“Kerana aku isteri gemuk”. Suami tak selera. Di ugut pula. Luluh hati bila dengar kata2 suami sendiri

Foto sekadar hiasan

Dilema Isteri Gemuk

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Zu baru mendirikan rumah tangga dengan suami. Berkenalan dengan suami dalam masa yang singkat tetapi buat keputusan untuk bernikah kerana kedua duanya merasakan telah bersedia untuk satu perkahwinan.

Zu merasakan suami Zu insan yang tepat dan telah Zu titipkan doa kepada Yang Esa sebelum kami bernikah. Kami kemudiannya selamat bernikah.

Semuanya bahagia walaupun pernikahan hanya dengan cara sederhana, tiada honeymoon, tiada majlis besar besaran. Hanya kenduri kecil untuk keluarga terdekat.

Sungguh, semuanya sempurna.

Tapi, hari ini Zu kecewa. Kecewa dengan diri sendiri, kecewa. Sangat kecewa. Zu tidak disentuhi oleh suami. Hanya beberapa kali disentuhi sepanjang perkahwinan kami yang tidak sampai setahun ini.

Suami beri alasan (yang tak perlu Zu nyatakan disini) dan Zu terima dan beri masa untuk suami Zu. Zu redha. Mungkin ini kifarah dosa dosa Zu dulu sebelum kahwin. Zu redha.

Selang beberapa bulan, kini suami Zu beri alasan lain sebab tidak mahu sentuhi Zu kerana Zu tidak menarik.

Suami Zu tiada selera dengan Zu kerana bentuk tubuh Zu dan suami Zu minta Zu kurangkan berat badan sebelum dia beralih arah dan curang terhadap Zu.

Zu akui Zu gemuk, suatu perkara yang sudah cukup buat Zu murung sejak dulu lagi. Zu memang ada masalah h0rmon dan memang pernah diet, bersenam untuk turunkan berat badan. Tidak berhasil.

Bila suami Zu katakan pada Zu, satu sahaja rasa hati Zu, sesalan. Hanya penyesalan. Tiada satu cela dan cacat pada suami Zu pada mata Zu. Dia lelaki yang sempurna.

Malangnya, Zu yang tidak sempurna. Kenapa pilih untuk nikahi Zu sekiranya tidak boleh terima rupa fizikal Zu?

Apabila itu yang diucapkan suami Zu, Ya Allah, luluhnya hati Zu.

Selama ini, memang ada suami nyatakan niatnya serta harapannya agar kami sama sama memajukan diri. Erti kata lain, sama sama menyempurnakan kecantikan fizikal kami.

Sungguh Zu tidak kisah malahan Zu gembira kerana Zu berharap suami Zu sama sama majukan diri. Tetapi bila hujung minggu, tidak pula hendak sama sama bersenam dengan Zu.

Kerja Zu jauh dari rumah, balik dari pejabat, sudah penat, hendak sediakan makan untuk suami Zu.

Jika tidak sediakan makan pun, Zu berehat dan tunggu suami Zu balik dan sediakan apa yang suami Zu nak.

Zu luahkan disini bukan tidak bersyukur, bukan untuk simpati. Salah Zu. Salah Zu yang tidak reti jaga makan, salah Zu kerana tidak bersenam pabila balik dari kerja.

Zu luahkan disini kerana Zu tahu tiada tempat lain yang boleh Zu luahkan. Di hadapan suami, Zu ya kan permintaannya, tapi hati Zu sedih. Ya, Zu sedih.

Zu tahu masalah Zu ini bukan besar dan tidak sebesar mana pun kalau nak dibandingkan dengan luahan rasa orang lain yang pernah Zu baca sebelum ini.

Zu luahkan disini kerana Zu perlu luahkan, yang Zu sedih. Kalaulah abang boleh rasakan beratnya hati Zu sejak abang luahkan perkara itu. How useless I felt.

I am just sad. I am just freaking sad. And no one could help me but myself.

Reaksi Warganet

Nurul Izzah Marzuki –
Jangan sedih sis, sis boleh sihatkan badan turunkan berat juga, inshaAllah. Hargai dan sayangi kurniaan Allah yang tak ternilai ini iaitu tubuh badan kita.

Kalau ikutkan, saya tak percaya saya boleh turunkan berat badan. Sebab dulu saya morbidly 0bese, berat 130kg. Kini 65kg dah. Faktor dari pemakanan dan kurang aktif penyebab kepada 0bes.

Saya bertemu jodoh dengan suami semasa kami berdua sama sama morbidly 0bese. Bukan sikit sikit punya overweight. Ingatkan akan terus 0bes dan sakit bersama selamanya.

Alhamdulillah lepas kahwin kami sama sama usaha sihatkan badan turunkan berat, boleh sahaja turun berat dan kekalkan berat yang baik sehingga kini. Tiada yang mustahil dengan izin Allah.

Kami ubah gaya hidup, puasa, IF, kurangkan refined carbs dan elak gula, hasilnya kami berjaya pulih drah tinggi, reversed diabetes.

Saya hilang berat daripada 130kg kepada 65kg. Suami pula daripada 190kg kini 85kg.

Cuba kekal dengan amalan pemakanan yang sihat, elakkan yang manis, kurangkan karbo, berpuasa/IF dan gaya hidup yang aktif, senam dan jogging selalu.

InshaAllah. Dalam usaha perbaiki diri, rasa lebih syukur dan lebih hargai nikmat badan yang sihat yang Allah kurniakan ini.

Suka saya sarankan confessor untuk cuba ubah sedikit pemakanan. Kalau pengalaman saya, bila saya hentikan pengambilan gula dan kurangkan karbo, berat menurun.

Saya berjaya reverse diabetes, pulih darah tinggi, kulit jadi makin cantik tidak kusam dan saya tak perlukan mekap tebal, keyakinan diri yang hilang dulu kembali pulih (dulu sangat tinggi inferiority complex), Alhamdulillah. Mungkin boleh cuba.

Saya doakan confessor dan semua yang sedang berusaha untuk pulihkan kondisi badan akan berjaya juga capai sasaran nanti dengan izin Allah. Ameeen.

Teruskan usaha. Buktikan pada suami, sis pun mampu turunkan berat dan jadi tiptop juga. Umur bukan penghalang, saya pun dah 40an.

Azhmira Mokhtar –
Sedihnya, suami yang kita harapkan boleh terima kita seadanya boleh cakap macam tu. Dah tak paya sedih dan jangan sedih lama lama.

Bangun dan sahut cabaran dia. Ingat 80% makanan dan 20% senaman so kalau Zu tak sempat nak exercise buat masa ni just jaga makan sahaja.

Boleh follow diet suku suku separuh atau kalau ada duit lebih boleh hire dietitian untuk pantau makanan Zu.

Senaman tu hujung hujunh minggu boleh jogging, zumba atau lain lain.

Zu, ingat Zu ”Losing weight and improving my health is a way of showing love and bettering myself” cakap selalu dekat diri dan buat sebab diri Zu sendiri sebab Zu sayang diri Zu.

Jangan terlalu bergantung harap dengan suami. Hati manusia berbolak balik. Cintakan Allah dan diri sendiri inshaAllah semoga dipermudahkan

NuRaz Wan –
Saya ada ikuti ceramah seorang pakar motivasi, antara ciri orang yang kita patut tinggalkan awal awal ialah, orang yang ingin mngubah diri kita.

Dia patut cari yang memenuhi cita rasa dia dari awal, bukan terima seseorang, dan minta orang tu berubah macam yang dia mahukan.

Tapi dalam hal ini, sis dah terlambat kan? Jadi kalau nak cuba penuhi permintaan suami, awak mungkin patut jumpa pakar dalam hal berkaitan.

Sebab awak ada masalah h0rmon. Jadi cara diet yang biasa mungkin susah nak berjaya dan lebih buruk kalau dapat kesan sampingan pula..

Bertabahlah. Paras rupa dan fizikal, bukan satu satunya daya penarik pada manusia. Hati yang baik, senyuman yang ikhlas, budi yang luhur itu lebih memberi kesan. Cuma sesetengah oramg gagal menyedari sampai sudah kehilangan..

Amira Azmi –
Puan tolonglah jangan salahkan diri sendiri, sayang diri sendiri. Tiada salah pun berbadan besar, cuma suami puan yang tidak tahu menghargai puan.

Jadikanlah kata kata suami puan itu sebagai pembakar semangat. Tapi kena ingat, puan kena buat untuk diri sendiri bukan kerana suami.

Hal ini memang nampak macam hal kecil, tapi beri kesan yang besar bagi yang melaluinya.

Kata kata suami sudah pasti bermain dalam fikiran puan. Kuatkan semangat, sentiasa positifkan diri.

Bercakap pada diri yang baik baik, jangan sesekali merendahkan diri sendiri.

Sumber – Zulaikha (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *