Bila anak dah sorg, aku dimadukan. Umur 26, aku bercerai. Aku janda, pokai. Tiada SPM, tiada kerja

Foto sekadar hiasan

Part 1: Klik link dibawah

Umur 17, aku nk kawin. Bf keje ikat simen. Mak ayah tentang, aku amuk. Kini aku menyesal

Malam tu, aku bawa Ryan tidur bilik sebelah. Ryan yang tak paham apa apa tu, tengok aku menangis dengan mata terkebil kebil hisap susu.

Aku tak minta cerai dengan Abang, aku masih sayangkan dia. Aku terima semua yang dia kata tu. Sebab aku dah tanya, aku kena la terima jawapan dia. Aku bawa diri sendiri dekat rumah tu lepas dia kahwin.

Bila dah kahwin, dia memang jarang balik rumah tengok aku dengan Ryan. Aku buat keputusan, nak balik duduk rumah mak ayah aku. kalau dia ingat dekat anak, dia tahu la mana nak cari.

Berbulan juga aku duduk rumah mak ayah aku, ada kenduri pula rumah mertua. Anak sedara Abang khatan, jadi ada buat kenduri doa selamat sekali.

Aku tahu Abang balik, sebab adik dia ada bagitahu. Masa dekat dapur rumah mak mertua, aku sibuk bungkus nasi. Aku nampak madu aku ada.

Baru sampai, sibuk bersalam dengan ahli keluarga. Keluarga pun excited, semua nak kenal orang baru. Cantik, ya dia memang cantik. Aku pun kenal dia, sebab dia selalu datang dekat kedai abang dia yang aku pernah duduk dulu.

Aku nampak Abang masuk dapur, tegur isteri baru dia. Penuh di mulut panggilan yang manja, suaranya lembut manis sekali.

Aku diam saja, sekadar dengar sambil buat kerja. Mungkin dia tiba tiba perasan dan ingat yang dia ada sorang lagi bini dekat situ, dia pun tiba tiba juga terdiam.

Bila majlis dah mula reda, baru la dia datang dekat aku, tanya pasal anak.

Hmm, tak tanya pasal aku pun tak apa. Aku tak kisah. Berbulan aku jauh dengan dia pun, dia tak kisah. Sekurangnya, dia tanya juga pasal anak.

Lepas majlis, aku balik. Bila tengok orang pun dah rancak ice breaking dengan orang baru, aku tak mahu makan hati, aku balik.

Malam tu, Abang datang rumah. Aku sendiri terkejut dia datang. Tak pernah la aku terfikir dia nak datang malam tu.

Aku masa tu dalam bilik, nak tidur kan Ryan. Dah sehari suntuk dia bermain dengan sepupu semua, malam tu senang la dia tidur.

Abang masuk bilik, duduk tepi aku. Perlahan lahan dia kata, dia nak minta maaf dengan aku. Dia tahu aku sakit hati dan marah bila dia kahwin lain.

Lama aku senyap, banyak benda dalam kepala otak aku ni dah standby nak sembur dekat dia, berbulan lama aku practice dalam kepala otak aku. Yang mana satu aku nak sembur dulu.

But, when the time comes, aku sendiri tak percaya, dengan tenangnya aku boleh kata it’s okay. Aku sendiri masa sebut tu pun tak percaya, aku boleh kata dengan tenang, suara aku normal, tak marah marah. Sedangkan selama ni meluap luap marah aku duk tahan.

Dia kata lagi, dia minta maaf. Dia nak berbaik dengan aku sebab aku yang lama dengan dia berbading “orang lain”. Sebelum dia cakap lebih lebih, aku terus potong. Aku kata, aku minta maaf.

Aku sendiri terkejut, entah dari mana datang minta maaf tu. Aku sendiri tak pernah terlintas atau terfikir nak cakap macam tu. Tapi malam tu, segala apa yang aku sebut, betul, aku percaya, Tuhan yang bantu aku.

Aku kata dekat dia elok elok, dengan tenangnya, aku minta maaf sebab tak dapat jadi yang baik untuk dia. Mungkin aku rasa aku dah buat yang terbaik, tapi sebenarnya tak cukup. Aku kata dekat dia, memang aku mengaku aku sedih, aku rasa dikhianat, aku rasa dihina.

Aku kata dekat dia, Abang dah ada perempuan lain, tak apa lah, ada baru, ada lah. Saya tak kata apa apa pun kan? Tapi jangan hina hina saya. Yang Abang cakap tak cantik, tak pandai melawa ni la Abang duk ratah dulu.

Saya pun bagi apa yang saya ada sebab saya sayang dan percayakan Abang. Tapi bila Abang cakap macam tu, hati saya hancur.

Abang nak ada perempuan lain, abang teruskan lah. Jangan hina saya bau minyak angin apa semua tu. Abang datang minta maaf atau tidak, saya tetap diri saya. Saya tetap lah yang tak cantik ni. Abang datang minta maaf macam ni, esok bukan muka saya berubah jadi Fazura. Saya tetap macam ni.

Tiap malam saya kena ada ubat atu minyak angin tu, baru saya boleh tidur. Saya sapu sendiri minyak angin tu, satu hari saya jaga anak, jaga rumah. Abang balik kerja, saya tak pernah minta Abang buat apa apa.

Tapi saya letih, saya tak minta Abang urut saya ke apa, minyak tu pun saya sapu sendiri.

Saya tahu Abang susah lepas kahwin dengan saya. Tapi saya bangga tengok Abang kerja keras. Saya bangga buktikan dekat mak ayah saya, yang Abang boleh jaga saya lepas saya keluar rumah ni.

Masa tu, aku nampak dia dah mula menangis, macam budak. Aku tak tahu apa yang buatkan dia menangis tu. Sama ada dia betul betul rasa insaf ke apa, aku pun tak tahu.

Aku sendiri terkejut malam tu, aku tak marah dia lansung. Aku boleh luah semua yang aku kata dengan tenang. Lepas semua tu keluar dari mulut aku, aku rasa lapang. Aku rasa sejuk dekat hati aku. Setitik air mata pun tak turun depan dia.

Aku kata dekat dia, aku nak berpisah cara baik. Duduk jauh macam tu, hanya tambahkan dosa aku dengan dia Aku tak buat tanggungjawab sebagai isteri, dia pun sama.

Aku minta pisah cara baik sebab aku tak mahu Ryan jadi mangsa. Dia masih budak, masih seronok bermain. Dia tak tahu apa apa.

Abang terkejut bila aku minta nak berpisah, tapi aku buat bodoh saja. Buat buat tak perasan. Malam tu, aku tolak secara baik, aku minta dia balik tidur rumah mak ayah dia.

Esok pagi tu, mak ayah aku tanya, apa jadi semalam? Kenapa Abang datang? Dia cakap apa? Time tu aku berempat saja dekat ruang tamu. Aku ayah mak dan adik bongsu. Tak semena mena, bila ayah tanya, aku menangis.

Teresak esak aku menangis. Apa yang aku sebut malam sebelumnya, apa yang aku lalui sepanjang hari dekat kenduri rumah mertua aku, semua ter flashback dekat kepala aku. Apa yang Abang buat dan kata dekat aku, semua datang balik.

Aku menangis sampai ayah aku datang duduk tepi aku. Usap usap bahu minta sabar. Mak aku menangis. Adik aku yang tak tahu apa tu pun menangis. Ryan saja tak ada sebab tidur.

Aku rasa lega, sebab aku dah berjaya minta dia berpisah dengan aku. Tapi aku rasa apa yang aku invest untuk dia selama ni sia sia. Aku rasa apa yang aku buat selama ni betul tapi semuanya tak bawa apa apa makna.

Mak ayah aku terus bangkang, mereka suruh aku berhenti salahkan diri aku sendiri, jangan ingan benda dah lama yang dah lalu.

Even ayah aku pun cakap dekat aku, kalau tak ada kejadian macam ni mungkin sampai bila aku pun tak berubah nak dekat diri dengan Tuhan, nak jadi lebih baik.

Mak ayah aku pun mungkin masih sibuk sampai tak ingat nak bagi perhatian dekat anak anak. Kami menangis berjemaah lah pagi tu sambil tunggu bibik goreng nasi. Bila teringat balik, kelakar pun ada.

Betul kata ayah, disebabkan aku jumpa Abang, aku dapat anugerah terindah dalam hidup aku, Ryan. Dia lah peneman setia aku.

Aku dengan Abang bercerai lepas raya haji tahun lepas. Aku batch 1994, masa bercerai, umur aku 26. No SPM, Jobless, single mother and broke. Kau ada? Hahaha itu lah status FB aku pada hari aku bercerrai. Lepas tu aku tutup dan buat FB baru.

Dengan rakan rakan dekat sahaja, ahli kelarga yang terdekat sahaja. Semua dekat FB aku pun kalau tak pasal Ryan, pasal aku tolong mak ayah aku, bibik atau adik beradik dekat rumah.

Sekarang, goals aku lain. Dulu aku nak jadi someone yang terbaik untuk Abang dan keluarga yang kami bina.

Tapi now, aku nak tumpukan perhatian sepenuhnya kepada self love. Rasa sayang dekat diri aku, aku tak nak jadi orang yang terlalu memikirkan benda lepas dan akhirnya buatkan aku dan paling worse, anak aku jadi mangsa.

Aku dah janji dengan diri aku sendiri untuk usaha habis baik, lepas ni cari kerja yang aku mampu buat untuk masa depan Ryan. Apa yang paling penting adalah pendidikan dan masa depan dia.

Aku nak pastikan dia tak kecewa dibesarkan oleh ibu tunggal dan janda macam aku. Mohon doa dari korang semua. Aamin.

Abang masih baik dengan kami. Cumanya, aku tak berhubung dengan dia. Urusan nak jumpa Ryan atau sebagainya, dia akan contact ayah aku.

Almost everyday juga dia VC dengan Ryan guna wasap call ayah aku. Ryan pun ada adik tiri baru perempuan. Aku tumpang gembira untuk Abang dan isteri dia.

Cuma aku harap, sesiapun yang baca confession ni, kalau ada someone istimewa yang baru, terus terang. Jangan hina hina, ungkit benda benda yang tak perlu.

Kita tidak tahu penerimaan seseorang tu macam mana, kita tak dapat pun baca hati dah minda orang, jadi bincang dan cakap elok elok. Dengan kata kata tu lah boleh buatkan orang menyalahkan diri sendiri, berasa terpinggir dan terus menyendiri.

Kadang kadang, sebab orang bnuh diri dan kemurungan ni, bukan sebab hutang banyak dan muflis saja. Tapi, kata kata yang setajam pedang tu lah puncanya.

Satu lagi, aku nak share satu lagu yang bantu aku pulih dari rasa depressed, adik lelaki aku bagi dekat wasap. Sampai sekarang aku dengar hari hari. Indah sekali maksudnya. Epiphany- hadiah dari aku untuk korang juga.

Sebelum membenarkan orang lain sayang kita, kita kena sayang diri kita dulu. Let’s live to the fullest. Insha Allah

Sumber – Marshila Mazlan (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *