Mlm hari lahir mama, aku dirgol teman baik sendiri. Sambil terhincut, kata2 Amir buat aku berdendam hingga kini

Foto sekadar hiasan

Kesakitan Seorang Mangsa Rgol

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua.

Terima kasih admin seandainya confession ini disiarkan. Nama aku Nur. Berasal dari negeri belah utara. Berusia 25 tahun (2020) dan telah berkahwin pada bulan Oktober lepas (2020).

Sekarang agak panas tentang kisah mngsa rgol dan c4bul. Disebabkan itu, aku salah seorang mangsa rgol ingin berkongsi satu cerita yang telah lama aku pendamkan.

Ramai yang pertikaikan kenapa perempuan tu tak buat report polis lepas kena rgol, suka sama sukalah tu, kenapa tak cek hospital, kenapa boleh bermalam, kenapa ikut laki tak kenal, kenapa mudah percaya lelaki baru kenal.

Netizen sekalian, seandainya anda tak pernah menjadi mangsa rgol atau c4bul, bersyukurlah dan tahniah.

Ye, kisah ini tentang aku yang menjadi mangsa rgol kawan baik lelaki sendiri.

Saat ni jari masih terketar nak taip. Tak ada siapa yang tahu rahsia terbesar ini kecuali suami yang sedang lena diulit mimpi di sebelah.

Pada usia aku 19 tahun, aku bekerja part time di sebuah kedai baju sementara nak sambung degree. Pada masa tu sumpah Lillahitaala aku tak pernah disentuh atau menyentuh lelaki yang bukan muhrim.

Bahkan aku takut pada lelaki sebab adik beradik aku semua perempuan dan kami diajar untuk jaga diri sebaiknya. Entah macam mana masa kerja part time tu, ada kawan kawan lelaki yang mula menegur dan ingin berkawan.

Aku seorang yang agak gemok dan putih sebab ada campuran cina. Mereka cuba untuk merapatkan diri dan berkawan.

Pada awalnya aku jauhkan diri tapi lama lama rasa seronok sebab dikelilingi lelaki. Lurusnya aku masa tu sebab tak nampak dan tak pernah tahu niat lelaki.

Ada seorang staff di situ aku namakan dia Amir. Dia antara kawan lelaki yang paling rapat dan disenangi. Kemana sahaja dia akan teman dan pastikan aku rasa selamat.

Dia tak pernah sentuh aku sebab dia tahu aku sangat menjaga bab itu tapi entah macam mana satu hari dia cubit pipi aku waktu aku tengah fokus kira sale. Katanya geram.

Aku yang lurus awalnya marah dan terkejut tapi lama lama jadi seronok dicuit sana sini.

Sehinggalah suatu hari di bulan Ogos. Dia ajak aku keluar minum minum katanya. Masa itu aku stay di asrama pekerja.

Entah apa Allah nak uji, aku terlupa tengok waktu pukul berapa sebab terlalu eksited dan seronok.

Kononya macam hebat lah sebab ada budak lelaki ajak lepak sama. Aku pelik kenapa Mydin depan asrama aku dah tutup. Jam berapa sekarang ni? Sedangkan di phone pon ada waktu tapi aku betul betul terlepas pandang.

Bila aku turun bawah, Amir dah ada tunggu dengan kereta Wira sport dia. Dan disisi dia ada seorang lelaki yang dia katakan sepupunya. Dia ajak aku naik kereta dia atas alasan nak pergi minum tempat lain.

Aku bdoh sebab terlalu percayakan dia yang menjaga aku. Ya aku naik kereta dia dan ikut dia. Mulut aku tak berhenti potpetpotpet sembang dengan dia.

Tapi aku perasan malam tu Amir lain. Dia lebih banyak diam dan agak kasar. Lepas lebih kurang 30 minit dalam kereta baru aku perasan lama betul perjalanan ni.

Aku tanya Amir berulang ulang kali nak kemana, aku nak balik esok kerja, hantar aku balik.

Tapi Amir senyum dan cakap, “Percayakan Amir, Amir akan jaga awak, Amir tak akan biarkan sesiapa apa apakan awak.”

Dasar lelaki jahanam. Sampai di satu rumah kosong yang gelap dia suruh aku turun, katanya nak lepak sembang situ.

Kemudian sepupu dia bawak kereta ke tempat lain. Tinggal aku dengan Amir berdua. Aku dah mula rasa tak sedap hati dan masa tu aku cuma panggil mama mama dalam hati. Aku berdoa Allah lindungi aku. Waktu itu pukul 2 pagi.

Amir mula berkelakuan tidak sopan dan pada malam hari lahir mama aku, buat pertama kalinya aku dirogol oleh kawan baik sendiri.

Badan aku yang agak besar ni tak mampu melawan kudrat Amir yang kurus. Hanya air mata kekesalan dan kesakitan yang meleleh saat tu.

Aku merayu pada Amir jangan, tolong jangan buat aku macam ni. Aku teresak esak. Dia tetap juga dengan tindakan dia yang dirasuk shaitan.

Katanya dia tak percaya aku masih dara dan dia nak rasa sendiri sebab kawan kawan yang lain mencabar.

Sampai saat aku menaip sekarang ni, aku masih menangis dan menyesali apa yang jadi.

Selepas Amir dapat apa yang dia inginkan, dia hantar aku balik seperti tiada apa yang berlaku.

Aku masih ingat ayat terakhir dia waktu aku terhincut hincut berjalan keluar dari kereta. Katanya, “kalau nak lagi cari saya tau”. Sumpah aku berdendam hingga ke saat ini.

Di usia 19 tahun. Aku hilang maruah yang aku jaga. Aku hilang kepercayaan pada lelaki. Aku hampir gila. Aku berhenti kerja tanpa sebarang notis. Aku tinggalkan asrama tanpa ambil gaji dan deposit.

Aku telefon mama kononnya aku nak balik sebab tak larat bekerja. Aku tersenyum di sebalik kesakitan yang tuhan je tahu.

Aku block kawan kawan sekerja, aku deactivate Facebook sebab aku taknak mereka cari aku.

Sehinggalah beberapa bulan kemudian baru aku berani untuk unblock kawan kawan sekerja termasuk Amir. Laju whatsapp berderu masuk.

Aku ingatkan mereka dah putus asa mencari aku. Amir merayu memohon maaf dan katanya dia menyesal.

Dia minta aku reply dan call dia. Dia nak ajak aku kahwin, nak jumpa mama papa, nak bertanggungjawab. Aku biarkan setiap whatsapp dan call dia tanpa sebarang respon.

Setiap malam aku tidur terkejut dan meracau. Aku marah dalam tidur. Aku menangis dalam tidur. Aku pendam sendiri sakit yang rasakan.

Sehingga hari ini mama papa bahkan sesiapa pon tidak tahu kisah silam aku ini. Hanya suami sahaja yang tahu.

Setiap hari selepas kejadian tu aku tulis surat, aku tulis diari, aku tulis WhatsApp panjang panjang, untuk aku lapor pada polis. Tapi aku tak mampu. Aku tak ada kekuatan untuk tengok muka mama papa yang terluka.

Aku tak ada kekuatan untuk meluahkan. Aku sakit. Aku nangis sepanjang malam. Aku menangis waktu sujud bahkan waktu bacaan Al-fatihah dalam solat aku teresak esak.

Bukan sebab sakit dirgol tapi sakit dikhianati kawan baik sendiri dan sakit memendam tak mampu meluahkan pada sesiapa.

Sehingga saat ini, aku meratapi dan cuba melupakan.

Pada awal pernikahan pon aku takut disentuh, aku rasa malu seandainya suami aku tahu isteri dia sudah ditebuk.

Tapi Alhamdulillah Allah hadirkan suami yang memahami dan sangat baik.

Dia tak pernah tanya kisah silam aku, cuma dia hairan bila aku menolak sentuhan dia dan sering terkejut bila disentuh.

Aku beranikan diri berterus terang pada dia selepas kami solat, aku minta ampun dan ceritakan segalanya.

Dia tenang mendengar dan hanya tersenyum. Kemudian ada satu ayat yang dia sebut,

“Benda yang lepas jadikan pengajaran, Seandainya kita ada anak, didiklah mereka supaya tidak berlaku benda yang sama, supaya mereka tidak sakit.”

Saat tu aku menangis semahu mahunya. Terasa beban yang aku pendam hilang sebegitu sahaja.

Bukan aku tak nak report polis. Bukan aku tak nak cek hospital. Tapi aku tak kuat untuk buat semua tu. Aku bdoh dan aku tak tahu jalan. Aku malu dan aku tak nak keluarga aku terpalit malu.

Biarlah aku pendam sejarah ni sampai ke liang lahad. Amir ada cari aku baru baru ni di Facebook, dia merayu maafkan dia.

Dia dah berkahwin dan mempunyai dua orang anak perempuan. Dia tak berhenti mencari jalan untuk hubungi aku dan meminta aku memaafkan dia atas alasan takut anak anak perempuannya menanggung kifarah dari apa yang dia lakukan pada aku.

Kepada semua netizen, jangan mudah mengadili sesuatu cerita tanpa mengetahui kisah sebenar.

Jangan mudah menilai seseorang tanpa berada ditempatnya.

Jangan mudah percaya dengan manusia walaupun dia adalah darah daging anda.

Jangan pernah lupa bahawa kifarah itu ada dan Allah tidak pernah tidur. Sekian…

Reaksi Warganet

Afifah Adni –
Thanks for the confession. Saya juga kena h4rass dengan family member.

Sekarang still bertemu dalam rumah yang sama bila weekend. Saya memang akan elak dia. Tak nak bagi peluang dia bukak mulut. Keluarkan kata kata lcah terhadap saya.

Suami selalu tanya kenapa f0bia sangat. Orang tu kan da mintak maaf. Orang tu tak buat.

Sorrylah, sampai mati saya takkan percaya.

Pandangan mata yang sentiasa menunggu peluang. Kalau bukan ahli keluarga memang saya dah report polis.

Annie Mohd –
You tak perlu pun reply si jahanam tu dik. Takut luka lama terbuka kembali bila berhubung dengan jantan tu.

Biarkan dia tercari cari you dan rasa “gila” yang you tanggung selama ni.

Actually perjalanan dari rumah you ke tempat tu jauh. Ada masa dia nk ubah fikiran kalau betul dia orang yang baik.

So everything was planned bukannya keluar sama sama tiba tiba hilang waras dan rgol anak orang.

Now let him plan to keep his daughters safe. And you just enjoy your new chapter in life.

Eirah Aira –
Biarkan dia hidup dalam perasaan gundah gulana. Kerana dia lebih wajar merasakan kesakitan itu lebih dari mangsa yang dianiaya..

Untuk kes sebegini, jadikan kemaafan itu suatu yang mahal nilainya.

Kerana tindakan dia, mangsa trauma sepanjang hayat. Sedangkan dia hidup senang bahagia dengan kemaafan yang diterima…

Nayl Inara –
Pada yang komen mudah suruh maafkan tu, sorry… You are never in her shoes!

Kalau aku, orang buat salah dan kejahatan sampai tahap ni, jujur cakap ye…. AKU TAKKAN MAAFKAN sampai ke akhirat!

Memaafkan tu memang sikap mulia, tapi saya bukan semaksum dan semulia Nabi s.a.w…….

Kesalahan yang dibuat tu, mngsa tanggung trauma seumur hidup selagi ingatan dia ada..

Kepada Amir tu, ingat la bumi berputar…. Tahu pula takut bila ada anak perempuan….

Farnita Arif –
Saya sangat sedih dan terluka dengan kata kata netizen yang menyalahkan mangsa lambat buat laporan, suka sama suka, sedap sama sama, menyesal nak report. Sangat sangat memualkan….

Apakah mereka tahu, lelaki yang berniat mergol sangattttt sangat kenal mangsanya..

Ya, mangsa yang naif. Yangg tidak pernah kenal cinta lelaki terutama pergol. Pergol Akan memasang perangkap dengan kata kata, perangkap bukan sehari 2 lama Bina kepercayaan dulu…

Ada jugak yang heran kenapa mangsa Tak melawan. Jantan Sasa pun belum tentu dapat bertindak dalam keadaan bingung, panik, pintu kunci weh..

Tolonglah, jangan perlekehkan mangsa rgol jika anda tidak ditempat mereka. Jangan sampai ahli keluarga sendiri kena baru nak ada akal.

Ramai wanita yang dicabul tapi Tak report pun. S3ksual h4rrasment dengan kata kata double meaning, ko ingat pompuan suke ke.. Bengong. Sick…

Sumber – Nur (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *