“Mak aku surirumah je”. Duit dh xde. Mak hempas tabung. Habis berteraburan. Kami kutip sambil nangis

Foto sekadar hiasan

Mak Aku Hanyalah Surirumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sebenarnya aku terpanggil nak bercerita dekat sini sebab lately aku selalu terfikir nak berhenti kerja dan menjadi suri rumah.

Ya aku bekerja swasta gaji tak sampai RM2k pun tapi aku takut nak jadi suri rumah. Puncanya aku teringat kehidupan mak aku sebagai suri rumah sejak aku kecil.

Aku anak sulung dari 7 orang adik beradik. Mak dan adik adik panggil aku kak long. Bukan kak long 7e. Huhu. Kawan kawan panggil aku Wawa.

Ini kisah aku membesar melihat mak sebagai suri rumah.

Abah kerja swasta jauh dari rumah. Abah kuat kerja, selalu sambung shift. 4/5 hari sekali baru balik atau kadang kadang abah tidur dekat hostel pekerja.

Mak, aku dan adik adik tinggal di rumah tanpa abah. Hidup kami sangat sempit dan susah bila abah tak ada.

Bila abah balik, baru terasa ‘bahagia’. Nanti aku cerita.

Mak anak tunggal. Background mak boleh dikatakan apa mak nak, semua dapat.

Tapi atok dan nenek dah meninggal lepas mak kahwin dengan abah. Jadi sejak tu mak cuma bergantung hidup pada abah.

Aku masa kecik tak faham kenapa mak selalu nampak sedih, selalu marah marah kami adik beradik.

Aku rasa mak tak sayang kami. Selalu pukul kami. Abah je sayang kami.

Bila abah balik, abah bawak balik gula gula untuk kami. Abah belikan mainan. Abah beli jiwa kami. Inilah yang buat kami rasa ‘bahagia’ bila abah ada.

Padahal mak yang berhempas pulas jaga kami dekat rumah.

Sekarang ni aku marah pada diri sendiri. Aku yang waktu kecik tu sepatutnya lebih sayangkan mak!

Masa kecik aku tak faham kenapa dan apa yang menyebabkan mak selalu marah marah. Tapi sekarang aku dah faham. Kami ni nakal.

Umur kami dekat dekat. Selalu buat sepah dekat rumah, selalu juga bergaduh. Mak la yang kena kemas. Mak pukul kami bila bergaduh sebab mak nak adil, semua sama sama kena.

Bayangkan kami masa kecik contohnya 3 beradik waktu tu, mak pula mengandung adik no.4, uruskan kami seorang diri. Penatnya Allah sahaja yang tahu.

Mak terus terusan mengandung, bersalin, jaga baby kemudian mengandung lagi, sampai 7 lah orang semuanya.

Suri rumah kerjanya tak pernah putus. Bahkan tidur pun tak pernah lena asyik diganggu.

Baru terlelap, yang sorang nak ke tandas.

Tak lama lepas tu yang kecik pulak nak susu. Kadang kadang yang lagi satu mengigau sampai menangis.

Bayangkan lah bila masa mak aku rehat? Sedihnya bila aku terpikir semua ni..

Mak sebenarnya sangat sangat penat. Pagi pagi mak basuh baju guna tangan sebab kami tak ada mesin basuh. Adik adik kecik aku tak pakai pampers tau, pakai lampin.

Bayangkan macam mana mak aku menyental sisa sisa air kencing dan berak baby. Pastu sidai baju, kemas rumah, masak, jaga kami adik beradik.

Mak stress setiap hari rutin yang sama. Abah pulak kerja, jadi abah tak membantu.

Aku dan adik ada juga tolong mak. Tapi kadang kadang pertolongan kami macam buat mak lagi tertekan sebab tak kemas atau tak bersih.

Contoh sapu sampah, basuh pinggan, lipat baju. Apa yang kami buat nampak tak kena di mata mak. Jadi mak buat semula.

Kadang kadang mak nak beli sesuatu untuk mak, tapi mak tak ada duit. Mak cakap, abah tak bagi mak duit belanja. Alasan abah sebab abah dah sediakan semuanya. Sedih bila ingat bab ni.

Ada sekali tu lama abah tak balik sebab kerja. Kami dah tak ada makanan dekat rumah. Duit pun tak ada. Yang ada cuma dalam tabung bentuk rumah. Aku ingat lagi tabung seramik ke tanah liat tu.

Apa yang mak buat? Mak hempas tabung tu ke lantai. Bertaburanlah duit siling dan serpihan tabung tu. Kami kutip duit sambil menangis.

Kami nangis sebab tabung pecah. Tapi mak mungkin nangis sebab mak sedih sampai terpaksa pecah tabung. Allahuakbar.

Kalaulah aku dapat putar masa, aku nak peluk mak masa tu. Kesiannya mak.

Lagi satu yang aku nampak, mak tak ada kawan. Kami anak anak mak lah yang jadi kawan mak. Macam mana mak nak ada kawan, mak tak kerja. Nak sembang dengan jiran pun mak tak sempat.

Aku ni kalau tak sembang dengan orang sama dewasa dalam sehari (suami atau kawan), boleh jadi mereng rasanya. Sebab tu mak stress.

Balik balik bercakap dengan kami yang tak faham bahasa ni. Huhu.

Abah ada adik perempuan (makcik aku). Tapi makcik tak suka mak dan kami adik beradik. Mungkin sebab kami nakal.

Tapi mak selalu rendah diri mak cakap sebab mak tak belajar tinggi, tak kerja, cuma suri rumah.

Aku tak peduli sangat pun pasal makcik aku tu. Tapi yelah, fikiran anak anak ni mana sama dengan fikiran orang dewasa.

Makcik aku tu adik ipar mak aku. Keluarga juga. Mesti mak kalau boleh taknak bermusuh. Entahlah.

Makcik aku ni dah aruwah tahun lepas sebab c4ncer. Tapi aku tak ada perasaan sangat la sebab tak rapat.

Atok dan nenek sebelah abah meninggal masa aku tingkatan 4 kalau tak silap. Pun sama juga, aku dan adik adik tak berapa rapat dengan mereka sebab diorg tinggal dekat kampung dengan makcik.

Bila aku sekolah menengah, aku dapat biasiswa. Dapatlah aku belanja mak dan adik adik sekali sekala. Nampak mak happy bila aku belanja tu.

Masa berlalu. Mak tetap suri rumah. Mak redha je jadi suri rumah. Jadi isteri abah yang taat. Mak sabar sangat sangat.

Tapi tu lah, adakah aku sabar seperti mak? Bukan setahun dua, berpuluh tahun kot mak jadi suri rumah tak bergaji.

Abah berhenti kerja lepas adik aku yang no.3 tu kerja. Abah tak larat nak kerja malam malan dan bawak moto jauh jauh. Kami yang dah kerja ni mula menyara mak abah dan adik adik.

Aku boleh dikatakan happy dengan kehidupan selepas abah berhenti kerja. Mak dah ada abah dekat rumah. Adik adik pun dah besar.

Duit dah tak jadi masalah buat mak, aku dan adik adik. Kemudian sorang demi sorang kahwin. Aku taknak cerita bab ni sebab tak ada kena mengena dengan cerita aku ni.

Mak dan abah sekarang walaupun sudah cukup tua, diorang baik baik sahaja berdua tu dekat rumah.

Tapi aku tak pernah lupa apa yang mak lalui sebagai suri rumah. Aku tak sanggup lalui perkara yang sama.

Dalam hati aku selalu ada rasa sedih dan marah pada diri sendiri. Terkenangkan kesusahan mak besarkan kami adik beradik, dan akal pendek aku yang tak membantu ringankan beban mak.

Sedih. Tak tahulah korang faham ke tak.

Apa yang aku ceritakan ni cuma sedikit sahaja dari apa yang aku ingat. Sebenarnya macam macam lagi.

Aku kan anak sulung. Terlalu banyak yang aku nampak dalam perkahwinan mak abah aku.

Semoga Allah berikan syurga tertinggi buat mak. Mak aku hanyalah seorang suri rumah.

Reaksi Warganet

Cik Adiera –
Emak saya pun surirumah. Dan cukup marah bila kami nak jadi surirumah. Jangan sesekali sebut depan dia.

Sebab dia dulu jadi surirumah kena hina mentua, kena caci, kena pulau. Mak belajar pandai cuma jadi mangsa keadaan keluarga yang pilih kasih.

Sekarang emak ayah duk bahagia. Ayah dulu kerja kuat sebab nak simpan duit masa tua. Kalau bagi emak duit emak mesti akan cakap,

“tak payah bagi emak abah duit kami tak mau. Cukup untuk kamu guna bila perlu. Mak cuma tak mau kamu jadi macam emak ja. Miskin takde apa.”

Itula dia duk ulang selalu. Besar pengorbanan mak kami terutama hati dan perasaan.. Terima kasih emak

Rabiatul Adawiyah –
Masa mula mula suami suh berhenti kerja pregnant anak ke3. Alasannya, sampai bila nak anak anak membesar dengan bibik.

Dia lagi suka saya sendiri asuh anak. Saya reluctant sebab jenis suka menyimpan duit. Kalau tak kerja EPF pun stop.

Tapi suami insist dan kata mampu. Mula mula berhenti rasa inferior juga mula mula tu, ambil masa. Tapi sejenis manusia yang suka duk umah so rasa selesa bab tu.

Bisnes online semua tak reti tapi syukur suami tetap bagi nafkah seperti yang dijanjikan. Ada jugalah ups dan down pasal duit tapi alhamdulillah Allah Maha Baik.

Yang saya syukuri sangat dapat besarkan 5 orang anak sendiri, ajar mereka mengaji sendiri sampai khatam Quran dan dapat masa untuk beribadah yang lebih berkualiti.

Apa pilihan yang dibuat mesti ada lebih dekat sini kurang dekat situ. Tak semua kita dapat. Apapun baik sangka je pada Allah.

Haslina Yaacub –
Sis, life kita yang tentukan. Mak sis f0bia tak mahu anak anak perempuannya ulang cycle yang sama sepertinya.

Mak saya keje kerani hingga pencen pada umo 46 tahun. Ayah saya meninggal dunia masa mak saya umo 40 tahun. Kami 5 beradik (19-6 tahun).

Perit nak besarkn kami sorang sorang. La ni mak dah 67 tahun.

Saya dulu kerja, pas kawin duduk rumah dan jual online. Tapi dari tahun 2014 stop dan jaga 4 anak, dan jaga mak. Adik adik semua kerja dan dah kawin.

Mak kata kita yang kena uruskan hidup dengan baik. Rancang dulu, pas berenti apa nak buat, buat bajet famili, emosi dan mental u kuat tak nak hadapi takde duit sendiri.

Zaman sekarang, if u resign, lepas setahun boleh je cari kerja semula jika tak suka, asalkan usaha.

Zaman berubah, wanita boleh bekerja di mana mana asalkan mahu. Walaupun dari rumah. Good luck, dan fikir masak masak.

Mazni Sukardi –
Saya kongsikan sedikit ye pengalaman 15 tahun jadi surirumah.

1-Niat.
Kenapa nak berkerjaya surirumah? Macam saya sebab utama nak didik/ajar anak anak sendiri.

2-Kewangan.
Pastikan kewangan suami mampu untuk ‘membayar gaji’ kita. Kena ada perjanjian. Nafkah surirumah lain. Belanja rumah lain.

3.Perancangan.
Merancang jarak kelahiran anak dan bilangan anak.

4.Emosi.
Mental dan fizikal kena kuat. Kena bersedia emosi melayan kerenah anak anak, kena rajin kemas rumah, bosan, tiada kawan, tiada me time bila anak anak masih kecil dan banyak lagi.

Tu jelah serba sedikit. Harap membantu puan membuat keputusan.

Sumber – Wawa (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *