Aku stop kereta, tarik anak sulong bawa turun. Dia melalak, aku tinggl je tpi jalan. Sabar aku dh hilang

Foto sekadar hiasan

Burn Out Jaga Anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aku Mentari umur 30 an anak 2. Kebelakangan ni kecoh sikit pasal mak burnout jaga anak. Aku la tu salah sorang.

Btw, aku surirumah, suami selalu outstation, sekali kerja luar 2 minggu hingga 3 bulan.

Pernah jugak setahun, dia pergi oversea. Hal duit tak jadi masalah sebab suami memang mewahkan aku dan anak anak. Nak apa semua dapat.

Tapi masa dia dengan kami tak cukup. Anak anak aku dah besar la jugak, 8 tahun dan 6 tahun. Sejak anak anak dah besar memang aku banyak rehat dah.

Tapi masa anak anak kecik dulu aku struggle, anak anak rapat dan suami selalu tak ada buatkan mental aku sedikit koyak.

Masa dia pergi oversea, anak no 2 baru setahun lebih, high need baby.

Perangai suka menangis dia kurang masa dia dah masuk sekolah masa umur 4 tahun.

Bayangkan selama 4 tahun aku lawan seorang diri rasa serabut tengok muka anak, rasa nak tinggal tepi jalan, rasa nak matikan diri sendiri sebab aku rasa aku bukan mak yang sempurna, selalu tengking anak, selalu mengamuk marahkan anak.

Dan terbaru, baru saja jadi hari ni. Weekend aku bangun pagi dengan perasaan tak nak marah anak, nak bagi anak anak seronok.

Siap kemas kemas rumah, aku kejut anak anak, nak bawak pergi breakfast dekat kedai, nak bawak pergi taman.

Ok la sampai kedai anak anak makan elok semua. Aku seronok tengok dorang seronok.

Sampai la dekat taman, anak anak nak main gelongsor, aku tak bagi. Sekarangkan musim HFMD. Aku risau. Tapi anak sulung aku merajuk, sedangkan adik dia ok.

Merajuk tu sampai aku panggil dia tak layan buat pekak. Masa tu aku dah mendidih. Sebab biasanya kalau aku tak bagi main dorang akan pergi tempat lapang, berlari sampai berpeluh peluh.

Tapi hari ni tak. Merajukk panjang. Aku bawak anak anak aku naik kereta balik.

Aku marahkan si sulung, aku tengking dia. Hilang sabar aku hari ni dengan perangai dia. Lagi bertambah merajuk dia.

Aku berhentikan kereta tepi jalan, aku tarik dia bawak turun. Aku tinggal dia tepi jalan dengan keadaan dia melalak lalak.

Umur 8 tahun, bagi aku mungkin dia dah boleh fikir aku larang main sebab apa. Aku dah terangkan sebab dan akibat. Tapi tak nak dengar.

Mujur la hati seorang ibu tu kan ada lagi kesian dalam hati. Aku pusing balik ambik dia yang tengah melalak dekat tepi jalan.

Kalau ikut hati marah aku, aku tinggal tak pusing balik dah. Memang sabar aku betul betul hilang tadi.

Aku bukan tak bersyukur ada anak. Aku seronok. Tapi adakala perangai anak anak memang buatkan kesabaran aku hilang. Hilang terus.

Dengan semua benda kene urus sendiri, aku cuma tak perlu fikir pasal duit saja. Sakit demam anak aku tanggung, beli barang rumah, hal sekolah anak semua atas kepala aku.

Mak mak yang burnout ni dorang bukan tak bersyukur ada anak, tapi dorang nak rehat. Rehat sekejap tanpa fikirkan pasal anak anak, tanpa uruskan anak anak.

Aku kalau dapat balik kampung, seronok sangat. Sebab anak anak aku, adik adik aku boleh layan.

Bawak pergi jalan semua, aku boleh melepek dekat rumah ikut suka nak buat apa. Balik dari kampung otak aku rasa fresh gila, ringan terus.

Sekarang ok la sikit sebab anak anak dah sekolah. Banyak masa aku seorang saja dekat rumah buat hal sendiri, boleh keluar seorang window shopping time anak sekolah.

Lepas 6 tahun, awal tahun haritu aku pregnant balik, aku marahkan suami. Lepas 6 tahun aku still tak ready.

Tiap kali solat aku mengadu dekat Allah, aku cakap aku tak mampu, tolong kuatkan aku. Tak tak ready nak dengar tangisan anak kecik lagi. Aku takut yang kali ni high need baby lagi.

Benda lain tak risau, aku risau yang ni. Aku takut anak aku mati dekat tangan aku pulak. Lepas 2 minggu, mungkin Allah dengar rintihan aku. Aku gugur.

Time tu tak tau nak gambar perasaan aku, antara rasa bersalah dan bersyukur. Bersalah sebab ‘dia’ dah ada dalam rahim aku, tapi aku tak nak.

Bersyukur sebab aku tak perlu dengar lagi tangisan anak kecik dalam masa terdekat.

Dah jadi mak ni banyak benda perlu korban. Aku sampai sekarang duk cari mana lagi sabar aku nak kutip.

Tiap tiap malam sebelum tidur tengok muka anak anak sambil bisik dalam hati aku mak tak berguna. Aku gagal. Aku tak boleh bahagiakan orang orang disekeliling aku.

Terima kasih dengar luahan aku. Harap tak de la yang kecam. Sesungguhnya aku tengah koyak sekarang. Ujian dass aku minggu ni semua tunjuk ‘sangat teruk’.

Reaksi Warganet

Farah Aidan –
I feel u.. sesungguhnya aku faham sangat apa yang TT rasa. And sesungguhnya aku bersyukur sangat lepas ni aku takyah mengandung dah. Sebab aku dah letih gila gila.

Tengok orang mengandung pun aku nak muntah dah. Sebab aku tak larat. Antara sebab lain masa mengandung aku tak pernah rasa happy plus banyak kali kena pergi hospital.. and lepas bersalin apa lagi.

Tapi of cos la bila tengok muka anak hati jadi sejuk. Tapi untuk mengandung sekali lagi aku tak nak.

Dan masa dekat hospital tengok mak mak yang dah bersalin sampai 7 8 kali.. aku jadi tertanya tanya. Seronok ke dorang ni eh?

Aisyah Nur –
Saya pernah burn out Sorang2 besarkan anak anak dari yang kecil berusia setahun lebih yang sulung 4 tahun lebih.

Bersengkang mata cari duit. Saya cuma pegang dan cakap berulang kali pada diri saya ujian yang Allah bagi takkan lebih dari kemampuan saya. Jadi telan saja.

Kalau penat saya akan rehat. Kadang kadang kalau anak menangis saya biarkan saja. Dulu la. Sekarang anak anak dah besar. Sedikit lega.

Nak nak anak mudah dilentur, selalu ringankan kerja dekat rumah. Kenangan lalu buat saya tersenyum. Kuatnya saya hari ini adalah sebab pengalaman masa lalu.

Nur Athirah Ahmad –
Rasa ada hidden issue since duit takde masalah. Pergila jumpa kaunselor waktu anak dekat t sekolah.

Ada masalah lain yang trigger kan. Bukan sebab anak, punca lain tapi terlepas pada anak. Puan kena deal dengan masalah puan. Tak boleh biar melarat.

Bab anak tue, tuhan lebih tahu kemampuan puan. Maybe dh sampai masa untuk suami slow down sikit bab kerjaya. Maybe kurangkan outstation.

Yela dah lebih 10 tahun kerja, takkan tuntutan kerja sampai bos nak kena pi sana sini. Unless tak boleh jugak. Then tak boleh buat apa la.

Just talk to someone. Cari helper untuk sementara waktu. Banyak cara untuk calm diri untuk orang orang berduit nie. Kalau yang takdak duit, banyakk redha jela.

Risaw puan sebenarnya under ptsd nie. Sometimes memang mood swings, ada yang tiba tiba jadi manic, tiba tiba baik.

Pi jumpa doktor ya. Dan luahkan pada suami, bagi dia tahu dan dengar. Support sangat penting untuk puan.

Noor Shahin –
Faham sangat perasaan nak bagi anak seronok buat yang termampu bawa main, beli macam macam, bagi makan sedap.

Tapi nanti akan ada satu je benda diorang buat, terus buat kite meletup terus rosak semua ‘seronok’ yang kita buat tadi. Masa ni memang akan terlampau marah.

Tak, kite semua bukannya mak yang tak baik. Cumanya kite pun mnusia. Bila saya jadi mak, banyak bende yang saya rasa senangnya mak mak dulu jaga kami.

Dulu kene herdik sekali, terus la diam terus tak bercakap pape sampai malam sebab takut. Mungkin ada orang okey je kalau anak dia macam tu jugak kan. Terpulanglah.

Tapi anak anak kite pulak, mungkin lebih kuat bonding dengan kita. Macam mana pun diorg tetap jugak nak datang dekat kite, duduk depan kite, bising bising depan kite.

Baguslah tu kan, mungkin dah besar nanti mereka lebih rapat dengan kite banding dengan kite yang tak berapa rapat dengan mak bapa kite (untuk sesetengah orang yang mungkin sama).

Cakap pasal burn out ni orang tak faham, kalau tak lalui. Solution dia satu je (untuk saya la) ada masa sesiapa tolong pegang kejap anak anak ni, supaya at least saya boleh minum air dengan tenang.

Sebab nak minum sesuap air pun kene sambil dukung anak, tersedak sedak. Hahaha.

Ada orang tak lalui, takpe la syukur lah. Tapi ramai yang melalui. Nak buat macam mana, dugaan orang tu lain lain kan.

Fighting ye mak mak dan TT.

Sumber – Mentari (Bukan nama sebenar) via IIUMC

One comment

  1. I feel u….but since puan tak de masalah kewangan why not puan cari kan pem antu rumah utk ringan kan sikit beban dan stress puan…saya rasa ini jalan mudah utk meringankan stress puan…tak le puan rasa tertekan dengan semua benda puan kena buat sendiri kan…saya hanya bagi pendapat harap dapat membantu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *