“Abangku disiksa isteri”. Tk sanggup kami ke rumah abang. Bunyi bunyian di dapur jelas di dgr. Kami xselesa

Foto sekadar hiasan

Abangku Disiksa Isteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kepada admin kerana sudi siarkan luahan hati saya. Saya cuma mohon admin siarkan supaya cerita ni dijadikan teladan dan peringatan kepada perempuan perempuan yang bergelar isteri terutamanya.

Abang saya namakan S dan kakak ipar saya namakan Kak C sememangnya dah mempunyai 3 anak. Kak C lebih muda 6 tahun daripada saya.

Pada awal perkahwinan, kami adik beradik tidak ambil tahu kehidupan mereka bahkan sentiasa berlapang dada bila kak C dari awal hingga masuk usia 9 tahun perkahwinan sentiasa pilih kasih dan melebih lebih keluarga sendiri.

Masih saya ingat semasa adik kami masih belajar, bila abang hulur duit buat belanja di U, pasti mukanya masam lebih masam daripada cuka. Jeling maut.

Tetapi bila adiknya jahanamkan kereta abang.. suami dia.. boleh pulak dia kata ‘alah sikit je’. Ooo sikit ye sampai bocor enjin kena tukar enjin baru.

Kalau kumpul adik beradik ramai ramai hari cuti umum atau yang jauh jauh balik kampung, mestilah buat makan makan, jamu adik beradik… Pun boleh kak C marah suami keluar duit untuk beli apa apa yang kurang.

Jelingannya membuatkan aku benci tapi aku tahan je amarah demi jaga air muka abang. Abang.. bukan dia tak sedar isterinya begitu tapi dia masih cara dia, slow dan simpan dalam lubuk hati. Slow bukan makna dayus tapi jaga amarah sendiri dan malu sendiri dengan perangai isteri.

Kami adik beradik sudah tiada mak dan ayah sejak 18 tahun yang lalu, hidup sama adik beradik je. Dan sekarang semua dah berumah tangga.

Dalam ramai ramai ipar duai hanya kak C seorang saja yang berperangai sebegitu. Tak suka campur adik beradik kami, datang rumah pusaka hanya asyik dengan telefonnya sampai ke sudah. Nak makan pun sampai suami kena panggil. Itu pun lepas dah habis ketap bibir tahan marah.

Untuk makluman, adik beradik aku sangat sangat sporting semuanya daripada yang sulong sampai lah yang bongsu. Pilih kasih tiada dalam kamus hidup kami sama ada ipar duai mahupun anak anak sedara. Semua sama rata.

Anak dia, anak kakak dan semua adik beradik lain adalah anak anak kami semua. Buat salah kena tegur kalau gaduh semua kena. Tapi anak dia, anaknya pun sudah mula ikut perangai kak C. Adu domba dan mengadu benda yang orang lain tak buat. Manja nya ngada ngada dan kadan kadang susahkan orang lain.

Abang suka kalau kami pergi rumahnya tapi kami sendiri agak berat hati ingin ke rumahnya kerana kak C sendiri. Dia suka buat muka dan cakap endah tak endah bila kami bertanya.

Anak anak main sepah sepah lagila ditarik muka nya. Buat air untuk kami minum, kadang kadang kami tolak tak payah sebab tak sanggup dengar gegang gegang ketung ketang berlaga gelas dan pinggan bila dia buat air. Nampak sangat tak ikhlas sambut kami.

Akhir akhir ini, makin teruk dibuatnya abang aku. Balik kerja penat, takde nasi takde lauk untuk dimakan. Even air setitik pun takde dihidang. Sudahlah penat, makan sendiri buat atau beli. Anak anak pula nak kena urus sebab kak C dekat rumah kerjanya cuma main fone fb, whatsapp dsb nya berkaitan.

Anak anak pun hanya makan nugget, aiskrim, biskut roti. Sebab memang kak C tak masak. Malam malam tido lambat 2, 3 pagi anak anak pun terikut.

Pagi pagi orang dah ke Mekah dia masih di katil sampai Zohor. Apa nak jadi isteri macam ni. Bila kemuncak dia rasa penat, anak anaknya dihantar ke rumah abang aku yang lagi sorang supaya boleh makan dan main sama sama dengan anak abang ni.

Alhamdulillah kakak ipar dan abang aku yang ni baik dan tak berkira bahkan anak anaknya diberi makan secukupnya. Suap nasi bertambah tambah makannya. Aku terpikir macam mana dikatanya anaknya tak suka makan nasi? Sedangkan bila datang je umah abang aku atau kakak aku yang lain.. boleh je minta nasi.

Aku personally dah tegur baik baik abang dan kak C bahkan berkias tapi tetap sama dan dikatanya aku busy body.

Ya Allah.. bantulah abang aku. Kuatkan hati dan jiwa untuk didik akhlak isterinya. Dia tidak gagal didik isteri tetapi isterinya gagal menjadi baik kerana suaminya yang terlalu bertolak ansur.

Ya Allah abg aku bukan dayus, dia cuma mencari kekuatan untuk berhadapan dgn situasi yang amat menyukarkan hidupnya.

Aku hanya mampu berdoa dan berdoa. Moga ada sinar perubahan buat kak C dan moga anak anaknya dijaga dengan baik dan cukup makannya.

Bukan tak berduit tapi selalu suka sebut duit takde duit xde, hakikatnya dia sendiri ada income.. walaupun income abang aku agak besar juga.

Moga cerita ini dijadikan sempadan dan peringatan untuk kita isteri isteri yang dambakan syurga daripada suami. Ingatlah.. suami itu syurga kita tapi gagalnya suami kerana ISTERI YANG HADIAHKAN NERAKA BUAT SUAMI….NERAKA ABADI!

Reaksi Warganet

Sue Ida –
Sorry aku rasa abang kau salah sebab tak tegur sikap isteri dia. Orang laki kadang amik sikap berdiam diri. Bagi aku tu salah. Kita mengharapkn wanita solehah tapi kita tak mendidik dia untuk menjadi solehah.

Kalau biarkan memang macamtu jelah. Aku doakan abang kau akan bertegas dalam mendidik isteri nya. Dan smoga isteri dia akan lembut hatinya

Asiah Hasbi –
Tapi tak mustahil ade kak ipar macam ni. Kalau adik beradik suami datang, buat endah tak endah. Layan nak tak nak. Kite bole tau la, anak anak tu dijaga elok elok atau acuh tak acuh.

Kesian la dekat suami dan anak anak kalau isteri or ibu tak berfungsi dengan baik. Anak anak jadi mangsa.

Kemenjadian anak anak memang banyak bergantung pada kekuatan si ibu. Kalau ibu banyak leka, tak pentingkan ape ape yang sepatutnye macam mana anak anak nak berjaya.

Walau ape pun yang berlaku, abang confessor kena bertegas dengan isteri. Bagitau isteri elok elok, janganlah diam je, tak bersuara. Rumahtangga orang, susah kite sebagai orang luar nak tegur.

Ape yang boleh confessor buat, banyakkan doa untuk kakak ipar tu mudah mudahan lembut hati dia untuk jadi ibu dan isteri yang terbaik untuk keluarga mereka.

Asna Zhafran –
Ala biasa je pun. Punya ramai menantu perempuan kena macam nie dengan famili lelaki takde cakap ape pun.

Biarkan jela. Pandaila abang ko didik isteri dia.

Dan isteri adalah orang paling kenal suami. Bukan mak bukan ayah atau adik beradiknya. Sebab depan famili para suami acah acah nak jadi hero, acah acah nak jadi contoh teladan. Hihihi

Kalo korang betol keturunan baik baik, dari famili baik, patut nasihatkan abang sendiri. Jangan sibuk anak orang. Ye. Biar pun abang kita tak salah ke ape tetap kita nasihatkan abang kita. Faham?

Tanya abang kita 2, dah jaga tak anak orang dengan elok?

Dah buat tak tanggungjawab dia. Itu lagi penting. Normal bagi kita nak defend abang sendiri tapi jangan sampai semua buruk dekat kak ipar.

Seorang Insan –
Saya rasa tiga tiga salah. confessor, isteri, suami.

confessor :
– sebagai orang luar, tak perlu blame terus isteri abang tu. Sebab 9 tahun kawen, lama gak. Kalau setahun, 2, 3 tahun mungkin memang perangai si isteri tu yang memang nak kena makan pelempang. Aku pon menyampah ada kakak ipar macam tu.

Tapi sebab 9 tahun, mesti ada sesuatu antara mereka berdua atau memang perangai ipar duai yang kadang kadang menyakitkan hati jugak. Kalau tak, tak kan lah sampai nak protes protes orang datang rumah.

isteri :
– ada jer spesis macam ni sebenarnya.. kat u, kat opis, kat rumah sewa, eh kat mana mana lah. Jenis yang macam bagus jer kau nih. Orang macam ni, biasanya pulaukan jer, tak perlu kita terhegeh hegeh dekat dia.

Dia ada pon seperti tak wujud. Lebih baik tak wujud lebih membahagiakan orang lain. Dia sorang yang macam tu. Lantak dia lah nak jadi apa. haha

suami :
– abang tu bukan takde otak. Tu rumah tangga dia. Pandai pandai dia lah handle. Nama pon suami.

Andai kata betul si isteri tu tak betul, segala keputusan atas kehendak dia. Ingat lelaki ni bodoh jer macam yang kita orang luar ni nampak?? acah acah baik, lembut, ahli sorga?? ohhh tidakkkkk.

Dekat rumah mungkin macam malaikat. Belakang, cari betina pon boleh jadi. Diorang bukan fikir dosa pahala sangat. Haram tu silap silap boleh jadi no 10. yang penting, kepuasan diri dia.

Sebab tu lah keluar statement, keluar rumah nak hilangkan tension. Tak payah pergi jauh. Drama tv3 nur pon dah tunjuk beb. Dekat rumah bini dia tak masak, bukan dia bdoh sangat nk tunggu bini dia masak, mengeluh bagai. Dia keluar la cari makan dekat luar.

Agak agak dia rasa bini dah tak boleh pakai sangat, dia kawen lain. Tak cukup syarat kawen baru, cerrai jer bini lama. Lelaki.. 1 dalam sejuta yang bdoh jer menunduk.

Kalau yang betul betul baik, mesti bini dia pon kalau tak baik pon lama lama akan jadi baik. Isteri ni, suami baik insyaallah dia pon jadi baik even tak sempurna baik pon, sikit sikit ada la jugak.

Sumber – Roswaja via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *