Time senja, aku nmpk sesuatu ats pokok. Cpt2 aku blik kolej. Krn tiada yg pcaye, aku nekad blas dendam

Foto sekadar hiasan

Penampakan Makhluk Di Waktu Senja

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Nama aku Oyai.

Saja aku nak kongsi pengalaman aku sedikit sebanyak.

Waktu ni aku masih bergelar mahasiswa di sebuah kolej di selatan tanah air. Kolej aku ni terletak dalam hutan. Macam kena tipu pun ada dengan pihak pengurusan. Fasiliti sangat lah teruk.

Waktu itu, rakan rakan sekuliah aku nak buat majlis jamuan makan selepas solat maghrib.

Malangnya bila dekat 6.30 petang baru aku tahu yang makanan tempahan kena pickup sendiri dekat kedai. Dan bila buat undian, kena lah dekat aku.

Adoi.

So, tak apalah. Sebagai anak jantan dan rider sejati, aku sahut juga cabaran.

Kolej aku ni sebelum keluar ke jalan besar kena melalui beberapa cabaran.

Pertama, kena melalui jalan kubur lama. Selepas itu kena lalu di perumahan kampung lama dan lalu betul betul di bawah pohon pohon yang ada macam tali menjalar ke bawah.

Nak dijadikan cerita, aku pun selesai pickup makanan dan otw balik ke kolej.

Masa balik ni lah gangguan berlaku pulakkk…

Waktu tu ngam ngam waktu Maghrib, langit dah merah. Aku tenangkan hati… bawa motor slow slow… Sambil menikmati pemandangan….

Sampai lah ke kawasan perumahan kampung lama dan lalu jalan di bawah pohon besar. Masa ni aku rasa tak sedap hati pulekk.

Aku tak tahu lah kenapa. Jantung aku macam berdebar debar. Takkan aku takut gelap pulak. Tapi aku kan rider sejati. Langit dah merah menandakan matahari beransur beralih.

Tiba tiba, perasaan ingin tahu membuak buak waktu tu.

Aku macam rasa nak sangat pandang ke atas pokok…dup dap dup dap…

Sekali aku pandang, wehhh terperanjat aku….

Atas dahan pokok ada sekujur makhluk seperti kain putih, bersilau merah seperti dua pasang mata sedang perhatikan aku dari atas dahan pokok..

Gabra juga aku masa tu. Tapi aku terus buat tak nampak, pandang balik bawah. Aku cuba bertenang dan ready nak pecut lajuu.

Wehhh masa tu juga aku rasa motor macam berat semacam.. aduuiiiiii..

Siapa nak tolong aku time ni…..!!!!

Masa tu aku baca surah apa yang patut, pulas juga motor.. slow pun slow lah..

Akhirnya motor aku normal balik dan aku terus ke kolej.

Bila aku sampai kolej dan ceritakan pada member member, tapi hampeh semua tak percaya siap ada yang cakap besar lagi.

Katanya dia tak takut lah.. ada silat lah.. ilmu itu inilah..

Haish geram betul.

Hari lainnya, aku nak kenakan member yang cakap besar tu. Aku bawa member tu naik motor dengan aku pada waktu Maghrib, guna jalan yang sama.

Tau apa jadi… dia pulak yang kena kacau.

Hahaha. Mau menggelupur dia atas motor minta aku terus pecut.

“Wehh cepat la sikit wehh.. bawak laju wehh…”

“Lah kenapa pulak, bahaya.. jalan tak rata” lebih kurang gitu je aku balas.

Sesampai ja di kolej, dengan muka cemas dia cerita..

“Tapi masa dekat perumahan kampung tu… aku nampak… benda putih depan rumah orang… tinggiiii… berdiri… tengah pandang kita… sebab tu aku suruh ko bawak lajuuu..”

Tau tak, tempat member aku nampak benda tu adalah tempat yang sama waktu aku ternampak makhluk atas pokok tempohari. Mungkin tu kediaman dia. Wallahu a’lam.

Sumber – Oyai (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *