Hari nikah, keluarga mertua langsung tak datang. Malam sblm tu, aku dh kena ‘serang’. Aku malu sgt

Foto sekadar hiasan

Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, semoga yang baca post ni dapat berikan nasihat.

Saya pon dah cuba bermacam macam cara untuk dapatkan kaunseling daripada orang yang beragama tapi biasalah kerajaan memang susah nak angkat call.

Saya dan suami baru berkawin 2 tahun. Dikurniakan anak kembar lelaki.

Sebelum berkahwin kami bercinta 5 tahun, husband belajar dan saya pon sedang belajar. Selepas belajar kami buat keputusan untuk berkahwin. Keputusan ni ditentang habis habisan oleh mak mertua.

Setelah setahun suami pujuk mak mertua masih tak jalan. Jadi suami jumpa abang saya dan terus hantar cincin (ayah sudah meninggal masa umur 5 tahun dan saya ada ibu yang dah uzur)

Ibu mertua sangat marah bila suami bagitahu dia dah hantar cincin. Ibu mertua terus whatsapp saya tanya kenapa nak kawin sangat? Dah buat benda tak elok ke?

Saya masih reply macam biasa. Walaupun dah teruk makan hati

Malam perkahwinan kami tu saya betul betul stress, sedara mara suami call cakap kenapa perangai saya ni teruk. Kenapa saya minta yang mahal mahal.

Walhal saya tak tahu apa apa yang dia maksudkan, saya tengah sibuk persiapan inai baju dan majlis belah saya. Majlis belah saya abang saya yang sponsor. Belah lelaki tiada majlis jadi apa yang mahal yang dia maksudkan?

Hari perkahwinan keluarga suami langsung tak datang. Saya malu sebab abang dan pakcik saya ingat keluarga dia tak suka saya.

Lepas kahwin Alhamdulillah rezeki saya dapat anak awal. Tapi mertua nampak tak happy. But lama lama macam dah boleh terima.

Bila anak lahir suami memang bagi sepenuh perhatian dekat anak anak saya dan saya.

Tapi entah kenapa mertua macam tak senang, selalu cakap suami tak patut manjakan saya. Cakap suami saya takut bini. Mertua langsung tak pegang anak saya

Selepas habis pantang suami bawa saya bercuti. Tup tup mertua call suruh kami datang rumah sebab dia sakit perut nak minta hantar ke klinik.

Kami dah dekat highway ni, suami minta adik adik yang lain tolong bawa sebab semua ada lesen. Dia terus matikan call

Esoknya saya terbaca chat mertua panjang panjang, dia gaslighting cakap apa dosa dia sampai anak dia dah tak ingat dia.

Salah ke didikan dia sampai anak dia tak nak tengok masa dia sakit. Chat tu saya baca seolah olah nak cakap suami anak derhaka.

Suami pelik dengan perangai ibu dia, sedangkan sebelum kawin ibu dia takda clingy macam tu dengan dia. Ibu dia banyak habiskan masa keluar dengan kawan kawan dan ikut abah outstation luar negara.

Sebelum ada yang tanya, kami selalu datang rumah mertua setiap minggu. Suami tanya adik dia ibu sakit apa. Adik dia pelik sebab ibu dia sihat saja.

Saya sayangkan suami saya tapi dalam masa yang sama saya tak tahan dengan family dia. Saya taknak suami jadi anak derhaka, dan saya pon tak boleh nak ikut sahaja apa yang mertua nak.

Banyak benda yang dicontrol, saya ni seakan akan takda family sebab asyik kena luangkan masa dengan family dia. Setiap minggu ada sahaja.

Bila kami tak dapat datang sebab melawat ibu saya, mertua akan update status. Tak direct tapi dia akan terus update macam “pengorbanan ibu yang tak kan terbalas” ha status status yang macam tu

Saya rasa tak bahagia kalau selalu macam ni. Saya stress sebab saya pon ada ibu, ibu saya dah uzur. Jadi saya teringin nak luangkan masa banyak dengan ibu saya.

Ibu pulak ada abang saya dan saya sahaja. Ibu saya tak pernah persoalkan kenapa saya jarang lawat. Tapi sebagai anak saya mesti sedih sebab bila datang ibu akan peluk cium saya dan ibu happy layan anak anak saya.

Saya tersepit antara tak nak suami jadi derhaka dengan nak luangkan banyak masa dengan ibu saya. Syurga suami di bawah tapak kaki ibu dia manakala syurga saya berada di suami.

Suami sangat memahami saya, dia faham saya nak luangkan masa dengan ibu saya.

Saya ada bincang untuk berpisah sebab saya rasa tak bahagia kalau hidup dengan perangai ibu dia. Walaupun saya bahagia dengan suami.

Kalau cerrai, saya mungkin dapat luangkan banyak masa dengan ibu saya dan mertua dapat anak lelakinya semula.

Reaksi Warganet

Ari Kael –
Ntahla dik, ni la salah satu sebab aku ni tak gemor orang kelam kabut nak kawin bila baru abis belajar.

Dapat family in law baik, alhamdulillah lah. Dapat macam kau, kan dah menyesal. Sekarang meratib nak cerai pulak sebab tak dapat nak jaga ibu yang uzur..

Kenapa tak fikir ni semua awal awal b4 kawin? Dah nampak mak mentua tak suka, kawiinnn jugak.

Sekarang anak dah 2, hadap jelah. Nasib baik ler laki tu baik, rezeki kau jgk ler.

Cuma kena start buat tak peduli jelah dengan mak mentua tu. Jangan diikut sangat peel merapu dia. Luangkan banyak masa dengan mak yang uzur tu, jaga sebaik mungkin supaya talde sesal kemudian hari.

Lagu satu jangan biarkan mak mentua suka suki pijak kepala, ada masa ikut, ada masa bertegas

SN Za –
It must’ve been tough on you. Jangan bercerrai sis. Rugi sebab suami sis baik dan masih mengutamakan anak isteri.

Dia bijak handle keadaan itu.. Bukan hanya menurut cakap mak dia. Sis buat sistem giliran untuk balik kampung sis dan balik kampung suami. Kesian ibu sis dah uzur.

Jangan diikutkn sangat MIL sis yang toxic tu. Whatever you do pun, you bagi nyawa you sekali pun kat dia, dia tak kan puas.

So sis live jer your life happily. Tak payah fikirkn sangat pasal dia.

Also jangan korbankn kebahagiaan sis disebabkn MIL toxic tu. Tak payah tetiap minggu balik umah dia. Bergilir lah balik umah mak sis sendiri..

Ena Tahir –
Tak payah berpisah dengan suami. Suami sis baik. Zaman sekarang ni susah dah nak cari suami yang baik sis. Lagi pon kesian dekat anak anak.

Sekarang ni apa yang perlu sis buat is pertama sekali sis block ja semua toxic people belah mentua tuu. Hati pon terasa lebih tenang sebab dah tak dapat tengok status meroyan tua tuu.

Kedua kalau suami nak balik rumah mentua dia tiap tiap minggu biarkan ja dia balik sorang.

Dia balik rumah mak dia sis pulak balik rumah ibu sis. Biar laa dia nak benci sekalipon dah memang dia dah benci dah kan.

Tak berbaloi nak berpisah sebab orang tua meroyan tuu sis. Biar laa dia pon bukannya nak lama sangat dah kat dunia ni

Noor Afidah Alias –
Kalau awak berfikiran macam ni, kenapa masih berkahwin dengan suami ya? Sedangkan sebelum kahwin lagi dah tahu mak mertua tak suka awak. Gatal juga nak kahwin.

Dah kahwin, tak tahan pula, sibuk nak bercerai. Poning kepalo den.

Tanya balik pada diri tu, apa yang awak nak dalam perkahwinan ni? Kenapa awak berkahwin at the first place?

Jalan terus je la awak, selagi ada suami yang melindungi awak.

Tapi awak pun kena bersedia. Andai suatu hari nanti suami dah tak ada, Pasti kan awak cukup kuat untuk lindungi diri awak dan hak awak bersama anak anak.

Apa yang awak tak suka, jangan tengok, jangan follow mak mertua dekat media social.

Sumber – Sarah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.