“Aku anak pling miskin, menyusahkan”. Sakit mata aku bila mak ayah tolong. Akhirnya dipalau. Krn suami, aku jd mngsa

Foto sekadar hiasan

Nusyuz Ke?

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.

Terima kasih admin jika post ini disiarkan. Aku nak minta pendapat semua dan komen yang positif untuk aku.

Aku memang orang susah, dari kecil hidup miskin. Keluargaku mengutamakan solat tapi ada benda t0ksik yang aku nampak dari ayah aku.

Dia baran, tersangat baran. Dari kecil aku adik beradik dah tengok mak kena pukul, terajang, penumbuk depan mata. Melawan sikit saja kena penampar sekali.

Sampai dah tua sekarang ni pun masih kekal sikap baran dia. Baran yang suka mengamuk, campak barang, pukul mak.

Mak tu dari dulu hadap saja perangai suami macamtu. Benda tu buat aku jadi geram dan aku taknak jadi isteri selemah mak.

Negatifnya, baran tu turun pada aku. Aku selalu marah suami aku sampai tahap aku pun campak barang pada dia. Nasib lah suami aku jenis baran yang boleh control.

Suami aku baik sebab layan saja perangai aku. Dia pun pandai jaga anak. Cuma kekurangan dia, dia tak solat sebab tak pandai solat. Tak pandai mengaji sebab tak kenal huruf jawi.

Kami bina rumahtangga ni bertahun tak pernah solat sekali. Dari segi agama, aku rasa suami aku gagal.

Dia tak kisah pun aku bertudung atau tak, sebab dia tahu dia gagal didik isteri.

Berbalik pada kisah aku kecil dulu, ayah aku ni suka ambil duit anak.

Bila antara kami yang dapat biasiswa ni habis dikebas semua duit tu. Dahla baran, kaki pukul mak, ambil duit anak pula. Tu la t0ksiknya. Benci aku tengok.

Sampai rasa nak cepat habis sekolah. Habis saja sekolah aku kerja. Aku kenal suami aku ni. Dia pun asal keluarga broken juga. Bezanya keluarga dia ni mentaliti bandar.

Masa bujang dulu, suami aku ni boleh dikatakan ada duit tapi tak beli harta. Enjoy beli gajet.

Dah kahwin jadi bapak ni baru menyesal kenapa masa muda dulu ada duit taknak buat lesen, taknak beli motor, kereta. Nasi pun dah jadi bubur.

Kami kahwin free sebab kena tangkap basah. Hancur lah kan perasaan orang tua aku.

Lepas kahwin, suami aku ni berhenti kerja. Aku masa tu mengandung anak pertama. Dia berhenti kerja, duit takda, harta takda, aku tetap sayang dia.

Tapi sayang, bila ada isteri yang ikhlas walaupun kau tu miskin, kau taknak hargai. Dia langsung taknak usaha bersungguh sungguh.

Kerja siang malam main game. Kerja tempat baru suka hati nak datang ke tak. Kerja tak pernah kekal, berganti ganti.

Disebabkan macamtu perangai suami aku, terpaksalah orang tua aku tanggung. Disini lah bermula kisah 6 tahun orang tua aku support aku anak beranak.

Mereka bayarkan sewa rumah, belikan kereta buruk, motor, segalanya untuk suami aku dengan harapan suami aku kerja tak main main lagi.

Tapi tetap suami aku ni buat hal. Duit tak cukup, makan tak cukup, mak ayah aku la hulur.

Tahun ketiga, hubungan rumahtangga kian hambar. Perasaan sayang berubah jadi dendam, sakit hati tengok orang tua aku banyak tolong suami aku tapi suami aku tak hargai pun.

Aku mula tak hormat dia sampai dia nampak perubahan aku. Dia tanya kenapa, aku luah semuanya.

Tahun keempat dia janji dia akan ubah diri dia dan akan balas balik semua jasa orang tua aku.

Ya berubah, dengan gaji 1.4k nak tak nak masih mak ayah aku hulur juga. Kalaulah dari awal kahwin suami aku tak main main, tentu sekarang gaji dia 1.8k..

Ini tak, sekarang baru nak mula dalam keadaan aku dah tawar hati. Mana tak tawar hati, hidup semua ditanggung mak ayah lepas kahwin. Rasa macam ada suami tapi ibarat takda suami.

Mak ayah aku pun sekarang nampak dah letih menolong. Mereka pun layan aku lain. Sebab kemalasan suami aku dan mereka banyak bantu kami, aku jadi mangsa.

Adik beradik pun terasa dengan aku. Katanya aku banyak menyusahkan orang tua. Aku tak harap pun semua tu tapi orang tua aku yang nak tolong atas dasar kesian.

End up, aku kena palau dengan keluarga sendiri.

Aku kalau nak bercerai pun sebab aku nak hentikan segala pertolongan orang tua aku. Bukan aku nak menempel duduk dengan mereka.

Aku ni fikir masa depan diri aku dulu sebelum anak aku. Aku masih muda, aku perlu ada simpanan masa hadapan.

Aku cuma harap mereka jagakan anak aku saja, biar aku merantau dan aku takkan menyusahkan mereka.

At least, motor dan kereta yang dia bagi sekarang boleh mereka jual, ada juga duit kan. Aku cuma nak bawa diri, mencari ketenangan.

Aku nak stabilkan minda dan emosi aku yang sekarang ni kerap tertekan. Aku nak sendiri, aku nak bebas dan kerja ikut suka waktu tak kira siang malam. Aku nak ubah diri dan jadi anak yang membanggakan orang tua aku.

Aku dapat bagi mereka duit tiap bulan pun aku dah bangga. Aku sekarang trauma tinggal anak pada pengasuh, aku baru kerja tak sampai sebulan dah naik lebam lebam.

Trauma sangat. Dan memang aku mengharapkan pertolongan mak ayah aku.

Tapi tu semua mimpi, dengan sikap baran ayah aku tu dengar budak merengek sikit dia dah serabut.

Mak aku okay saja. Tapi siapa berani lawan cakap ayah memang makan pelempang.

Aku stress. Rasanya belum habis kisah aku sebab panjang berjela. Aku ni anak tak guna, useless, banyak buang duit mak bapak.

Aku anak paling miskin, dan anak menyusahkan. Terima kasih semua.

Reaksi Warganet

Dhuha Imani –
Paling kesian dalam kisah awak ni. Mak awak dik. Dah lah dapat suami baran, kaki terajang.

Dapat pulak anak dan menantu menyusahkan. Kesian sangat. Saya doakan Allah kurniakan syurga buat mak.

Shikin Ilyas –
Cerrai dan biar hak penjagaan anak pergi pada suami. Biar dia pulak fikir macam mana nak cukupkan keperluan anak anak.

Kenapa nak harap keluarga untuk jaga anak anak pulak dengan bapak yang baran macamtu. Kan bapak dorang ada.

Dah stabil sikit nanti, fight balik untuk hak penjagaan anak.

Fadzilah Musa –
Sedih baca dik. Macam nak ke kiri kanan atas bawah serba tak kena.

Punca asalnya dari sikap ayah yang panas baran. Memang itu lah yang membentuk anak anak.

Semoga dipermudahkan amin yra

Sha Rashid –
Maruah suami dengan mcari rezeki dan memberi nafkah. Kalau hanya sebagai penabur benih, goyang telo helokk laaa kuburkan tanpa nisan.

Miskin, tapi rajin cari rezki tak pa. Hati isteri boleh redha. Tapi kalau sekupang pun tak guna. Elok pulangkan dia kepangkuan ayah bondanya.

Tak pun ajak dia naik bot, lepas tu pandai pandai la sis..

Princes Liyana –
Pertama.. salah kan diri dulu. Kenapa tak pilih suami ada agama. Agama tunjang. Takpe, lesson learnt.

Berpisahlah, sebab suami tiada agama malas dan bdoh. formula 3 serangkai menjadi bangkai.

Hak penjagaan anak, jangan dilepaskan. Kita selaku ibu paling layak untuk jaga anak.

Seterusnya, rawat lah baran. Baran boleh dirawat.

Akhir sekali, usaha bersungguh sungguh cari rezeki, Allah kan ada. Rezeki anak anak akan datang melalui usaha TT nanti. InsyaAllah.

Sumber – Hawa (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *