Sejak kawin, aku makin diikat kuat. Suami tkut bila tinggl sorg. Kerana suami, aku hilang saudara mara

Foto sekadar hiasan

I Want My Life Back

Assalamualaikum semua.. Ni bukan kali pertama aku tulis dalam ni… Aku isteri.. Yang ada suami di diagn0se schiz0… Fikir banyak kali nak menulis..

Tapi aku tak tau nak luah pada siapa… Yang tau kisah aku, hanya 2 orang kawan baik aku. Tapi itu pun tak tau semua.. Sebab kawan baik aku boleh menangis bila dengar aku cerita…

Jadi aku tak sanggup nak tengok kawan kawan aku sedih.. Aku simpan banyak untuk diri aku saja..

Kisahnya, suami aku takut bila ditinggal seorang diri lama lama sejak ada penyakit ni… Lack of self confidence…

So dia banyak bergantung dengan aku… Walau tak cukup masa bersama sebab kerja, tapi tengok muka aku sekejap, dia rasa cukup…

Dulu aku seorang yang bebas.. Nak ke mana boleh pergi.. Drive sendiri.. Kursus berhari hari, travel dengan train, dengan bas seorang diri…

Berani ke mana mana tak berteman… Tapi sejak kahwin ni, aku kena ikat kuat. Makin lama kawin, makin kena ikat….

Jangan drive jauh sorang diri, jangan tinggal suami aku berhari hari.. Tak boleh.. Sebab suami aku tak boleh tinggal sendiri lama lama…

Nanti ada suara menganggu… Mata nampak macam macam… Ada kawan yang tak di undang.. Berteman tanpa sedar… Dia nak aku, selalu ada dekat dia..

Tapi………. Bila aku ajak bercuti, dia berdalih…. Aku nak ziarah kawan baik aku yang kematian anak, dia tak bagi… Aku nak pergi kenduri sedara mara, dia tolak.. Bermasam muka..

Pergi pun cepat cepat nak balik.. Tak ada nak beramah mesra.. Ajak bersenam sama sama, tak nak… Tak suka outdoor… Ajak hiking, tak suka…

Dia kerja, aku pun kerja… Balik kerja, aku urus anak.. Sorang sorang… Malam sampai ke pagi…

Bila weekend, aku la urus rumah, masak, anak, pinggan mangkuk, kain baju dan segala benda..

Dia buat apa? Hadap handphone, tido, hobi dia… Kadang aku penat sangat, terduduk, menangis… Anak berak pun, dia panggil aku basuh..

Kalau aku tertido, sampai bocor pampers lah tak di basuh…

Sungguh! Aku penat…. Hidup aku cuma kerja, dia dan anak… Rezeki aku tinggal dekat dengan family… At least tak la bloated kepala aku ni…

Waktu relapse… Hallucination dia menganggu, lagi lah tak boleh buat apa…

Aku takut dia cederakan anak anak/ sepak terajang/ mengamuk…. Bukan aku tak pernah tengok.. Tapi aku pun dah jadi tuli… Aku pandang sepi… Tak ada rasa…. Dalam hati sumpah seranah je yang ada…

Berdosa aku…. Suami sakit.. Tapi aku cuma pandang sepi… Makan ubat tak mahu, ajak ke hospital, tak mahu… Tapi aku pun dah tak mampu… Pujuk pun tak jalan.. suami kan… Dia lah yang betul..

Aku rasa hilang saudara mara.. Hilang kawan kawan… Sedangkan aku jenis bersocial.. Masih atas batas agama.. Aku jaga pergaulan… sebab sedar batas agama dan aku isteri orang..

Kadang menitik air mata.. Saudara berkumpul kenduri kendara… Kawan kawan berkumpul reunion, open house, game… Itu life aku yang dulu…

Sekarang aku hadap anak… Hadap rumah.. Hadap suami… Yang bila aku dah lembik terbongkang penat urus rumah, baru di ajak keluar…

Sedang dia sepanjang hari dengan fon, hobi dan tido… Menangis jugak tengok kawan kawan sambut anniversary, diberi kejutan masa birthday.. Hadiah… Yang di beri nafkah.. Di beli emas… perhiasan…aku? Kerja kan? Reward lah diri sendiri…

Sedangkan duit gaji aku, aku tampung kewajipan dia yang belubang besar tu.. Bukan tak minta.. Dah tebal muka meminta… Tapi jangan mengharap la.. Nanti kecewa.. Makan hati..

Nak tegur? Bekali tegur.. Minta tolong… Ok sekejap, lepas tu jadi balik… Bila aku naik emo, dia pulak mengamuk… Suara menghasut datang…. Jadi dia tak sedar apa dia buat…. Mengalah lagi aku…. Allah….

Sungguh aku penat…. Sampai aku minta Allah lepaskan aku dari genggaman dia… Tapi lemah aku, bila anak anak cari ayahnya…. Mengalah lagi aku….

Dulu aku orang susah… Harapnya, bila dah kerja, hidup lebih senang, dapat la sponsor parents aku, adik adik aku bercuti.. Tak apa lah berhabis sikit, asalkan impian aku tercapai…

Tapi…… Bila sebut nak bawak family aku pergi bercuti, jawapannya tak payah la…

Adik beradik ramai, payah… Padahal parents dia ajak bercuti, seminggu aku ambik cuti.. Bawak jalan puas puas…

Kadang rasa menyesal kahwin.. Kalau boleh undur masa, aku tak mau kawin… Tapi dalam masa yang sama, aku nak anak anak aku… Susahkan?

Kawan baik aku tanya, kau ok tak? Ini bukan diri kau… Husband kau sayang kau.. Kau sayang dia…. Tapi sampai bila nak bertahan? Fikir fikirkan… Pergi ke pejabat agama… Minta nasihat… Buat keputusan yang terbaik….

Kawan kawan.. Aku cuma nak meluah… Sebab dada aku sebak… Sakit aku rasa…. Aku nak hidup aku yang dulu… Tapi aku tak mampu bila tengok anak anak aku…

Mertua yang harapkan aku…. Doakan aku ya… Aku selalu kata dalam diri aku, apa husband aku buat, aku tak balas… Tapi aku yakin.. Allah akan balas….

Terima kasih membaca.. Mohon komen yang bagi semangat ya…

Reaksi Warganet

Shikin Ilyas –
Dengar suara, mengamuk tu mungkin skizo. Ngadap phone sampai tak boleh menolong keja rumah, tak bagi bersosial, tak bagi pergi vacation dengan family sendiri tapi family dia boleh.

Nafkah lubang lubang, tak nak makan ubat, tu attitude dia bukan sebab sakit.

Sakit boleh dikawal kalau kena caranya, sikap dan perangai yang lagi susah nak ubah.

Syafiqah Sapian –
Saya pernah berkawan rapat dengan mereka yang ada symptom macam suami TT.

Yes, mereka ini akan mggunakan alasan sakit mental demi untuk menghalalkan segala perbuatan salah mereka pada kita.

Kadangkala mereka sedar apa yang dilakukan tapi saja ambil kesempatan menggunakan sakit sebagai alasan, mudaratnya tu sehingga nyawa kita pun boleh tergadai.

Nasihat saya jika tak mampu lagi tanggung tekanan, tolong dapatkan nasihat pakar.

Jika dah tak tahan, kuatkan diri untuk melangkah keluar daripada hubungan macam ni. Kalau tidak kelak merana diri dan anak anak.

Norazlin Jalil –
Dah tahu sakit mental tapi tak nak dapatkan bantuan. Betul betul sakit atau dibuat buat sakit untuk nak lepaskan diri daripada tanggungjawab?

TT dan anak anak berhak hidup normal dan nikmati ketenangan (tanpa ancaman atau risau dicederakan pesakit mental).

Orang lain mungkin anggap TT selfish jika pilih untuk berpisah tapi pesakit mental tu lebih selfish sebab dengan sengaja memilih tak nak dapatkan rawatan susulan. Tanggungjawab pula totally out.

Sorry mungkin komen ni bukan yang TT harapkan untuk bagi motivasi. Sekadar meluahkan sedih dan simpati membaca kisah TT, kaum wanita yang tertindas tanpa sedar.

Semoga TT kuat, tabah dan bangkit semula walau apa pun keputusan yang TT ambil dalam hidup.

Emma Kay –
Mana boleh diagnose diri sendiri. Orang sakit psikiatri ni, kita boleh report polis dan panggil ambulans kalau enggan bagi kerjasama.

Puan perlu fikir jangka masa panjang, kalau sekarang puan dah tersiksa hadapi situasi sekarang, bagaimana nanti anak anak nak hadapi masalah ini 10 tahun, 20 tahun akan datang?

Lagilah bila dah masuk akil baligh, dah mula berfikir, “Kenapa family saya macam ni? Kenapa ayah tak normal? Kenapa Mak tak nak buat apa apa?”

Kalau puan sendiri tak bertindak tegas, kelak anak anak pula akan tersiksa sehinggalah masing masing dah besar mulalah nak tinggalkan mak ayah sendiri, tak nak bertanggungjawab, nak lari dari situasi keluarga tak normal.

Dah terhantuk baru tergadah, barulah nak cari semula mak ayah, kang terlambat nak minta ampun, macam mana?

Sekadar pandangan saya sebagai seorang anak. Mula mula memang tak faham, dah besar nanti mereka akan sedar. Moga puan tabah dan diberi kekuatan.

Rusyaini Ramlie –
Assalamualaikum Puan.

Saya pasti Puan dah ada jawapan untuk masalah Puan. Tak membuat pilihan, bertahan sampai abang jamil meninggal pun adalah keputusan. Terpulang pada puan.

Setiap keputusan pasti ada baik dan buruknya. Timbangkan yang mana lebih baik berbanding buruk. Kalau mahukan keputusan yang baik semata, tu hanya dalam alam khayalan. Tak ada dalam dunia ni.

Suami berpenyakit tu mungkin takdir kita, tapi tak bermakna kita mesti Menerima bila diri dia pun tak mahu mendapat rawatan. Bagaimana nak membantu orang yang tak nak ditolong.

Memang Skiz0frenia, pesakit merasakan dia tak sakit pun malah tak nak rawatan, maka puan dan keluarga dia mesti usahakan dengan doktor pakar psikiatri untuk ubatan jenis suntikan depo.

Tapi biarkan dia berterusan begitu, tanpa ubatan yang betul, keadaan akan menjadi lebih teruk. Delusi dan halusinasi dia takkan lenyap begitu saja. Ia penyakit maka mesti dirawat.

Zaman moden ni, ubat ubatan psikiatri dicipta untuk membolehkan pesakit kembali ke fungsi asal sebelum diagn0sis, bukan setakat mengawal simptom.

Tanyakan pada diri sendiri. Bolehkah puan bahagia dengan manusia tu? Inikah definisi perkahwinan yang puan inginkan?

Semuanya terletak pada puan untuk mencipta bahagia puan. Mak yang bahagia baru lah anak anak tu boleh menjadi manusia bergelar insan.

Kita berkahwin memang kita akan berubah. Tapi kalau perkahwinan tu menjadikan manusia yang kita sendiri tak suka, tu bermakna hubungan tu toksik untuk kita.

Nak bertahan? Sebab baik bersuami dari menjadi janda, silakan. Sebab tu pilihan puan. Maka, hadap lah semua yang puan katakan selamanya.

Setakat nak meluah perasaan, semua orang boleh mendengar saja lah. Kalau orang menyampah sekali pun, puan tetap boleh mencari orang lain yang sudi pinjamkan telinga.

Sebab ada juga isteri yang tak mahu keluar dari masalah. Tetap menganggap dirinya mangsa dan dia berharap satu hari segalanya berubah tanpa dia berbuat apa pun.

Tetiba dia harapkan keajaiban berlaku. Suami perangai syaitan tetiba bangun tidur satu pagi menjadi malaikat, begitu lah kiranya.

Sekali lagi, tanyakan diri sendiri. Apa yang puan mahukan dari luahan puan ni? Sebab semuanya terletak pada puan.

Saya doakan puan diberikan kekuatan dan ketabahan untuk memilih jalan yang betul untuk diri puan dan anak anak.

Kalau puan sendiri tak sayangkan diri puan, percaya lah tak ada manusia lain boleh kasihi puan.

Sumber – Me (Bukan nama sebenar) via IIUMC Plus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *