“Penatnya jadi isteri”. Suami kerja biasa2, terpaksa tinggl dgn mertua. Dh xmampu kutip pahala, hanya dosa

Foto sekadar hiasan

Penat Jadi Isteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Ni hanya sekadar luahan hati kecil aku, sebab aku dah tak tahu nak luahkan pada siapa..

Nama aku Siti, aku baru kawen 11 bulan.. Aku kenal suami aku ni dari orang tengah, orang satu negeri.

Mak aku terus suka sebab negeri sama dan rumah kami pun jarak dalam 15 minit macam tu saja..

Kenal setahun lepas tu kawen..

Suami aku aku namakan dia sebagai F. Kerja sebagai juruteknik. Kerja suami agak memenatkan, sebab kena kerja tengah panas. Dan dia kerap kali lenguh lenguh dan sakit badan.

Gaji suami aku pun tak besar mana, cukup untuk makan minum. Tambahan pula aku pun turut bekerja. Aku pulak kerja admin ofis, gaji aku lagi rendah dari suami aku.

Ok masuk pada cerita aku, dulu sebelum kawen. Aku tinggal dengan mak aku, sekali dengan dua orang adik lelaki aku. Mak aku ni ibu tunggal dan bekerja kilang..

Kebanyakkan kerja rumah aku yang settle kecuali memasak sebab aku kesiankan mak aku penat bekerja..

Masa bujang pun aku dah terasa penat sebabnya hampir semua kerja rumah aku buat, adik aku tingkatan 3 dan tingkatan 5. Lelaki pulak tu, kalau disuruh buat kerja baru buat.

Cumanya aku tak paksa sangat diri aku bila aku penat aku tak buat aku biar saja rumah bersepah, dan mak aku pun tak de bising bising. Sebab dia faham aku penat

Bila dah kawen aku berpindah duduk dengan mentua aku. Mentua aku pun ibu tunggal. Dia hanya duduk berdua dengan suami aku sebelum ni.

Suami aku ada kakak tinggal di KL dan dah kawen. Jadinya selaku anak bongsu dia lah kena jaga mak. Mak mentua aku tahun ni dah 68 tahun..

Rumah yang kami duduk ni, rumah suami aku hasil pusaka aruwah ayah dia. Jadinya nak tak nak kami kena tinggal dekat rumah ni.

Mesti ada yang akan kata kenapa tak tinggal rumah sewa..? Kalau tinggal rumah sewa siapa yang akan tengokkan mak mentua aku?

Dan suami aku saja satu satunya anak dia dekat sini. Lagipun gaji suami aku tak banyak sangat kami tak mampu nak menyewa dan yang penting rumah pusaka dah ada.

Entahlah aku dah mati akal nak menyewa

Kenapa aku cakap aku penat?

Setiap pagi aku akan bangun seawal jam 5.30 pagi, untuk siapkan breakfast sebab suami aku dari kecik dah diajar untuk breakfast di rumah, selain untuk jimatkan duit. Biasalah mak dia ibu tunggal sejak dia kecik.

So benda ni sangat memenatkan aku… Hari hari kena masak, dan suami aku jenis makan nasik atau makanan yang berat berat.

Lepas tu suami aku memang bawak bekal tengah hari pergi kerja, jadi aku kena masak malam sebelum tu untuk bekal. Dah la esok tu nak bangun awal buat breakfast pula.

Ni tak termasuk lagi kalau malam tu atau pagi lepas solat subuh tu suami aku mintak urutkan dia sebab dia sakit sakit badan. Aku faham ni tugas isteri tapi aku tak boleh nak hadap semua ni sebab aku pun penat. Penat sangat..

Setiap pagi aku memang kelam kabut, dan sekarang ni aku tengah pregnant 6 bulan.

Ada hari aku akan muntah teruk aku memang tak masak, mak mentua aku akan tolong sikit sikit. Jadi hari aku rilek sikit bila aku muntah teruk saja..

Aku pulak ada sakit tulang belakang, yang ni dari sekolah lagi sakit tapi tak teruk sangat cuma bila aku pregnant ni perot makin besar makin kerap sakit.

Kadang aku hadap sendiri saja sambil sapu ubat sendiri, sambil menangis. Kadang suami aku ada jugak tolong tapi lagi banyak aku la yang urutkan dia. Sebab dia selalu mengadu sakit badan sedangkan aku pula banyak hadap sendiri.

Mak mentua aku pulak asyik sebut dulu sebelum kawen mak la tukang urut dia Siti sekarang ni dia dah kawen tugas Siti pulak. Kadang aku pun kesian dengan suami aku tapi untuk fasa sekarang aku penat nak hadap benda sama hari hari.

Sebab aku terlalu stress dengan hari hari aku, aku dah ada drah tinggi sepanjang aku mengandung ni.

Tapi bagi mak mentua dan suami aku, drah tinggi ni aku ada sebab aku suka sangat makan makanan dekat kedai katanya.. Diorang macam tak faham aku. Aku sedih sangat

Ye sepanjang aku pregnant memang aku selalu beli makanan kedai sebab aku teringin, dan dari kecik dari duduk dengan mak aku lagi, kalau mak tak sempat masak beli saja apa susah.

Tapi bila dah kawen ni semua benda jadi salah, even aku beli tu guna duit aku sendiri. Mentua kata aku ni membazir suka beli makanan luar sedangkan boleh saja makan kat rumah.

Orang mengandung saja yang akan faham selera kita dah berubah kan. Nak makan macam macam..

Suami aku setakat ni akan layan saja aku nak makan apa tapi aku memang akan guna duit sendiri untuk bayar. Cuma tak tahu macam mana nak bagitahu mak dia yang aku tak guna pun duit anak dia.

Aku hari hari akan habis kerja pukul 6 petang dan sampai rumah jam 7. Lepas isyak biasanya baru akan makan malam, biasanya kalau penat sangat aku tak makan pun aku rela tido sebab nanti jam 10 aku akan terjaga untuk masak bekal.

Tapi mak mentua aku jenis nak makan sama sama, banyak hari even penat pun kena jugak makan.

Sebelum makan tu kena goreng ikan dulu, ayam dulu, buat sayur goreng ke. Katanya sedap makan panas panas. Aku baru saja balik tak sempat lagi nak rehat, lepas tu nak kejar solat lagi..

Mak mentua aku ni jenis pembersih so bila masak tu kena pastikan dapur semua kemas, boleh bayangkan tak penat aku macam mana.

Pernah sekali tu aku tinggal berdua saja dengan mentua aku hari cuti. Dia cakap nanti dah ada anak, kalau suami aku balik kerja. Jangan terus bagi anak dekat suami aku, sebab dia penat kerja. Bagi suami rehat dulu.

Lepas tu dia tambah lagi, Siti tak pe la kerja dalam ofis saja bukan penat mana pun. Tak semena air mata aku tumpah masa tu…

Aku dah dapat bayangkan life aku lepas ada anak macam mana.. Nak layan suami lagi, nak handle anak lagi, nak masak lagi. Aku sampai terdetik baik aku bercerrai saja macam ni.

Aku langsung tak happy dengan life aku. Baik aku hidup bujang saja. Setiap kali aku ceritakan hal ni dekat mak aku, mak akan mintak aku untuk sabar. Macam mana nak sabar, bila mental fizikal aku penat sangat…

Aku tak pernah terbayang life lepas kawen aku macam ni…

Takdir aku kawen dengan suami kerja biasa biasa saja.

Terpaksa pulak tinggal dengan ibu mentua,

Aku tahu ini semua ladang pahala…

Tapi aku dah tak mampu kutip pahala melainkan hanya dosa sebab aku benci life aku sekarang. Harap jangan kecam aku..

Reaksi Warganet

Labu Emas –
Tahap orang pompuan ni tak sama. Saya pernah jumpa orang pompuan yang jenis tahan lasak anak ramai tapi rajin sangat kemas rumah basuh pinggan rajin masak semua dan tak pernah merungut atau mengeluh tapi siap happy happy dan masih boleh gelak ketawa lagi. Tapi memang anak ramai la.

Itu mungkin kelebihan dia dan mungkin cara mindset dia pun lain. Saya yang tengok pun rasa hairan dan kagum…

Izzati Zatie –
Sebab macam nilah, aku tetap kan syarat tak nak duduk rumah mertua. Alhamdullillah dapat.

Yang konon acah baik, tak rasa boleh lah komen macam macam. Kononnya ladang pahala, lama lama dosa yang dapat.. Huhuhu.. Yang rasa dan lalui je tahu.

Semoga yang hadapi ujian macam ni diberikan kesabaran tinggi.

Masliza Maaris –
1. terus terang dengan suami elok elok. Memula kawen ni memang camtu dalam tempoh adjust kehidupan dan suai kenal.

Kalau susah nak cakap/WA pun takpe. Simpan WA ni andai kata esok dia lupa janji dia, hantar balik remind him.

2. Masak banyak lauk dan frozen kan terus. Ikan goreng pun siap siap gaul kunyit.

3. Nanti pergi klinik check up. Bagitau doktor secara ringkas pasal kesihatan mental dan fizikal. Next bawak husband dan mak mertua sekali, biar doktor nasihatkan suami dan mak mertua.

4. Cari beg galas, timbang berat beg kasi lebih kurang sama berat kandungan awak soh suami pulak galas di depan. Suruh dia baring duduk bangun supaya dia tahu penat bawak kandungan ni.

5. Jangan berenti kerja.

6. Time pakai duit sendiri pun khabor molek kat mak mertua contoh’ harini milah dapat gaji, nak belanja mak makan’. Kalau bawak kedai biar mak mertua tengok depan mata kita keluarkan duit dan bayar.

7. Jarakkan kehamilan akan datang.

8. Hari yang betul betul rasa penat terus balik rumah mak sendiri, rehat dekat sana.

Moga dipermudah semua urusan TT. Hugs

Akrima Abu Bakar –
Jadi isteri memang penat. Esok dah ade anak lagi penat.

TT ni sakit belakang dengan pregnant nye lagi. Kadang tak tertanggung juga letih tu. Emosi pon tak stabil time pregnant ni.

Ade orang ok buat keje tak henti henti, ade orang tak ok. Jangan compare life masing masing, kita tak hidup dalam kasut TT..

Luahkan la pada suami ape yg terbuku dlm hati. Mungkin dia boleh consider untuk belajar masak pulak ke yang simple simple.

Kalau TT tak larat, dia boleh masakkan. Nak taknak kena bagi dia paham beban yang ditanggung dan cari winwin solution sama sama.

Semalam ustaz cakap kalau masih dalam 5 tahun tempoh perkahwinan janganlah sampai bercerai berai.

Bertahanlah dulu sebab ada satu iblis yang namanye dasim, tugas dia mmg menghasut suami isteri untuk bercerai.

Semoga Allah ringankan beban yang ditanggung TT dan dipermudahkan segala urusan..

Sumber – Siti (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *