Anak MakNgah ada SPM je, keje gomen. Tp mewah, siap pkai BMW. Dgn bangga MakNgah buka cerita. Kami terkedu

Foto sekadar hiasan

Rasuah atau Duit Extra Income?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai.. namaku Hannah. Sudah berkahwin dan sudah ada cahaya mata. Kisah yang aku nak share ni bukan pasal kisah aku, tapi nak ceritakan tentang orang sekeliling yang aku kenal – makan rasuah.

Aku nak ceritakan dulu tentang kakak mak aku, iaitu mak ngah. Mak ngah aku ni berkahwin dengan seorang muslim dari Acheh dan dikurniakan anak anak yang hensem hensem dan bijak.

Diaorang bijak tapi takde rezeki sambung belajar sebab masa dulu diorang memang orang susah.

Suami dia iaitu Pak Ngah aku ni sangatla baik, sangat warak dan kematian dia pun sangat dicemburui. Meninggal Dunia elok elok saja lepas solat Zuhur berjemaah dengan anak anak.

Baru baru ni aku, suami dan anak anak bawa mak aku pergi melawat rumah mak ngah.

Mak Ngah aku seorang yang ceria, banyak bercakap. Mak Ngah bukak cerita yang dia bangga dengan pencapaian anak anak dia terutamanya Amir dan Arman.

Amir bekerja di sebuah badan kerajaan manakala Arman bekerja sebagai penguatkuasa. Jawatan biasa biasa saja sebab masing masing hanya guna results SPM.

Mak Ngah aku cerita dia bangga Amir dan Arman mampu hidup mewah walaupun gaji pokok dekat kerajaan biasa biasa saja.

Aku dan mak aku pun terujala minta mak ngah aku cerita lebih lanjut mana tau ada business yang boleh aku pun sertai.

Masa tu isteri Amir dan Arman pun ada sekali. Orang luar takde jadi seronokla bercerita.

Mengikut apa yang Mak Ngah aku cerita, Amir ni aktif dalam politik, baru baru ni kan 1 party menang besar jadi banyak la bisnes dia dapat. Siap boleh bukak syarikat.

Syarikat dia pulak jadi pembekal untuk jabatan dia. Jadi dia main harga dekat situ.

Aku pun cakapla bukan ke kakitangan kerajaan tak boleh buka syarikat apatah lagi jadi ketua syarikat.

Rupanya Amir bagi Adik adi ipar dia upah sorang RM1000 untuk jadikan nama diorang sebagai penama syarikat.

Bayangkan berapa pula yang dia dapat kalau mampu bagi upah sorang RM1000? Siap boleh upgrade kereta Kancil ke kereta BMW.

Dalam Facebook dia selalu dia utarakan masalah rasuah dan tidak amanah parti belah sana, tapi dia? Sama saja. Ini yang orang kata, pi Mai pi Mai tang tu.

Aku pandang dengan mak aku, rasa tak best dengar. Bagi aku itu dah kira ambil hak orang, awak tu kakitangan kerajaan, tak amanah buat gitu. Laki aku dekat belakang pulak dia diam saja, tak pasti dia dengar atau tak.

Kisah Arman yang seterusnya ni la yang buat aku panas sangat hati. Arman ni bekerja dekat bahagian pengambilan kemasukan warga asing.

Isteri Arman cerita satu kepala warga asing tu diorang akan cas sekian sekian untuk memudahkan diorang masuk ke sini. Siap bagitau tips tak nak kena tangkap kena buat ramai ramai.

Spontan laki aku cakap tiba tiba “itu dah kira makan rasuah tu” laki aku diam saja dari tadi, rupanya dia pasang telinga.

Mak aku pun sama nasihat “Kalau kena tangkap, makan tak habis. Dekat akhirat sana pun lagila nak menjawab apa” mak aku cakap slow slow saja.

Isteri Arman, Maria bangkang dia kata

“ni kira bukan duit haram mak teh. Kira macam duit poket saja ni. Lagipun ramai yang buat kerja ni. Dah lama dah orang buat”

“Tetap sama tu Maria oii. Ha kamu ni Rozita, nasihatkan Amir yang dia buat ni pun salah. Kira ambil yang bukan hak dia dah ni. Kalau nak bukak syarikat, resign la dari kerajaan, tak amanah dah ni”. Memang mak aku takda nak selindung lagi.

Rozita, isteri Amir agak pemalu, dia diam dan angguk saja apa mak aku cakap.

Lepas kejadian tu, family aku macam kena boikot. Laki aku cakap dia takkan pergi lagi rumah Amir dan Arman, dia tak nak makan duit haram diorang tu. Tapi dia cakap bab paling dia kesal bila dengar Arman punya cerita.

Isteri Arman ni pulak suka masak masak, suka jamu jiran jiran dan saudara saudara makan. Yang buat aku paling sedih, dalam ramai ramai tu cuma Mak Long aku saja tak setuju dengan apa yang anak mak ngah buat.

Yang lain semua sebelahkan mak ngah sebab diorang kata yang tu bukan makan rasuah, yang tu dikira extra income. Ini bukan pertama kali aku dengar kisah orang terdekat aku makan rasuah.

Sebelum ni suami kawan aku pernah kena buang kerja sebab ambil rasuah juga. Cuma silapnya dia buat kerja sorang sorang. Jadi betulla apa yang isteri Arman cakap, nak buat benda ni kena buat ramai ramai.

Betapa ramainya umat sekarang yang tak peduli halal haram.

Yang paling sadis, dulu kalau nak buat dosa diam diam saja, ni siap boleh canang satu family benda yang mereka buat tu.

Reaksi Warganet

Ryzal Mohamad –
Saya pernah dengar kalau public yang report berkaitan salah laku penjawat awam, kalau takde bukti, silap silap dia kena. Lainla kalau sesama penjawat awam yang jadi whistleblower.

Kalau ada siapa siapa boleh bagi gerenti yang pengadu takkan dikenakan tindakan, aku salah seorang yang nak buat aduan.

Nor Syuhada –
Aruwah ayah aku cerita, masa dia mula mula sertai pasukan badan beruniform ni lepas habis operasi memang dorang akan agih agih kan berapa ‘kutipan’ dorang dapat haritu. Dah jadi benda biasa.

Aruwah ayah aku tak nak bersubahat, dia minta tukar bahagian, tak nak deal dengan orang awam.. Dia nak tegur pon bukan mudah, benda dah berakar..

Lashin RA –
Saya biasa je dengar orang ada register company di SSM sebab boleh jadi sebelum dia kerja dah register. Tapi kalau sampai begini suruh berhenti la sebab apa salah laku nanti jatuh reputasi jabatan.

Kalau tak nak hal macam ni berlaku kena buat job rotation. Kalau satu orang sahaja handle satu bahagian dah lama pula tu, dia boleh ada pengikut, kenalan dan macam macam lagi la yang boleh bersekongkol dengan dia.

Arissa Bantasson –
Macam jiran aku punya bini namanya Ana kerja dekat kedai kek. Suami kerja bawa limo, anak 5 orang dan hantar ke rumah jiran untuk dijaga.

Setiap kali Ana balik kerja mesti dia bawa macam macam jenis kek dan tepung. Dia bagi bagi dekat pengasuh anak dan jiran jirannya termasukla aku.

Mula mula aku bersangka baik bahawa kek kek tu tak abis dijual (dan mungkin dibenarkan oleh bos untuk dibawa balik oleh perkerja) tapi bila fikir kan balik Ana bawa tepung Kek dan biskut Hari hari. Terus aku tak sedap hati dan mula bertanyakan hal ini dengannya.

Ana dengan bangganya cakap kek dan tepung tepung itu dia ambik time bos tak nampak. Terkejut aku. Aku cakap ini dah kes mencuri. Dan Ana just ketawa. Dia rasa perkataan mencuri itu lawak. Dan jiran jiran yang lain turut sama ketawa.

Besok nya macam biasa Ana bagi bagi kek kek dan tepung tepung yang dicurinya. Aku tolak dan cakap terus terang aku tak mau makan makanan curi. Haram jadi drah Daging. Dan sekarang aku telah di pulaukan oleh jiran jiran yang menyokong perbuatan Ana tu.

Ada ke kisah kena pulau? Nak curi pun curi la diam diam. Jangan la bebagi hasil curi tu dengan jiran. Malu pada jiran yang tak makan hasil curi.

Lagi 1 nak curi pun curi la sikit sikit. Jangan la curi banyak banyak. Kesian bos tu. Kalau bos tu banyak rugi daripada untung dan bankrupt Ana juga yang susah coz kena cari kerja lain.

Dah la si Ana ni orang seberang dan tak cukup documents untuk kerja tempat lain. Bdoh bertingkat tingkat betul.

Firas –
Bila tak tahu halal haram, berkat tak berkat jadi macam tu la. Dekat dunia lepas dekat akhirat jawab la. Memang ramai macam ni. Sebab tu kadang kesan tu dekat anak anak belajar susah nak masuk, anak jadi nakal. Ye la dari sumber yang tak berkat.

Tu belum diuji anak isteri atau diri sendiri sakit, rumahtangga tak bahagia. Mohon dijauhkan. Kalau ingat Allah kita takkan berani nak ambil yang bukan hak kita walau 1 sen. Tak kira la duit tepi ke duit poket ke tak yah pusing la. Nauzubillah

Sumber – Hannah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *