Aku dan suami berdosa besar sbelum kawin. Pelik, kini suami makin tiada ‘selera’. Cerrai mgkin jln terbaik

Foto sekadar hiasan

Batin Hanya Mainan Gurauan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hai semua. Cukuplah saya kenalkan diri saya sebagai Ain. Macam biasa cerita rumahtangga yang tak habis habis dekat confession ni. Macam itu jugalah cerita yang bakal Ain sampaikan.

Cukup akhir bulan 5 ni setahun usia perkahwinan Ain bersama suami. Dan kami masih belum dikurniakan rezeki anak.

Is it normal jika Ain rasa give up dengan marriage ni?

Ain dah kenal dengan husband bertahun almost 5 tahun before we decided to get married.

Sebelum kahwin, Ain dah cakap Ain tak nak do all the house works alone. Kita kena buat together. Ain masak dia tolong dishes or potong potong ke, atau Ain masak dia tolong sidai baju. Kita lipat baju sama sama.

Weekend kita kemas rumah sama sama. Ain kemas dapur, dia basuh toilet. Everything la. Ain cakap sepatutnya kita duduk serumah bergerak macam teamwork la.

Tapi hakikatnya bila dah kahwin almost semua benda Ain yang buat urusan kemas rumah.

Bila Ain nak suruh dia buat kerja rumah, alasan penatlah nanti abang buat ye, baru balik kerja ni or baru nak rileks dah kena buat kerja. Rehat kejap ea sayang.

By the way dia kerja site Electrical Engineer yang berhujan panas di Selangor. Kejap dia berzaman. Last last Ain malas nak suruh dah sebab sakit hati.

Ain pun ada common sense jugak, weekdays memang jarang suruh dia buat kerja rumah sebab tahu his job memang penat.

Kadang kadang bila mood dia baik, dia rajin juga masakkan untuk Ain. Cuma tak pernah Ain nampak dia kemas rumah.

Kadang kadang dia nampak je singki penuh pinggan lepas masak. Tapi dia don’t bother sebab Ain tahu dia penat kerja. Weekends pulak bukannya kami keluar berjalan.

Melepek dekat rumah duduk sofa main game sampai berkulat hitam dah sofa tu. Sampai Ain pun dah jadi malas macam dia. Main game sama, solat entah kemana dari pagi sampai malam.

Itu weekends. Ain tak kuat nak berubah. Makin lama Ain dah jadi macam dia. Badan makin besar. Solat entah ke mana. Supposed marriage ni buat kita berubah ke arah kebaikan kan??

Bila masanya Ain nak minta tolong, and dia tolong Ain? I try my best untuk tak nak buat dia rasa terbeban. Sebab Ain tidak bekerja.

Ain ada degree holder dan bebas hutang PTPTN. InsyaAllah bulan 6 ni Ain akan start bekerja. Awal kahwin mampu bagi nafkah sehingga RM500.

Bila dah last last ni dia bagi RM100-RM200 sebulan. Barang-barang groceries pun sebulan tak sampai RM100. Dia yang beli. Takde bagi duit ke Ain nah ni duit belanja dapur sebulan. Nope takde. Seminggu seekor ayam. Ain langsung tak berkira. Ain bersyukur.

Ain takde bebankan dia dengan bayarkan komitmen Ain atau Ain minta macam macam. No, tak pernah. Duit gaji banyak habis sebab komitmen dia sangat tinggi.

Sebulan 3 ribu lebih sahaja gaji dia habiskan dekat kereta honda RM800, sewa rumah RM800, bayarkan kereta mak dia RM150, bil api air RM100, Minyak kereta RM250, Wifi rumah RM130.

Itu pun dia dahulukan semua komitmen bila dapat gaji. Tengah atau hujung bulan duit claim masuk baru bayar nafkah Ain. Ain tak berkira. Sungguh. Dia juga lansung tak transparent dengan Ain berkaitan duit.

Rasa macam Ain bukan isteri untuk dikongsi segala masalah. Dan untuk pengetahuan almost banyak barang dalam rumah guna dari duit Ain yang Ain kumpul sebelum kahwin. Ain beli meja makan, carpet, almari dapur.

Dan alhamdulillah rumah tu dah nampak macam rumah. Kalau tidak hanya ada sofa je di ruang tamu. Itu pun kawan dia yang bagi and i don’t mind pun tv takde. Sebab phone kan ada.

Apa yang lebih terkilan bila dalam sebulan berapa kali je Ain disentuh. Dan permainan hanya bertahan 5 minit saja.

Bila isu nafkah batin makin ketara, perkara perkara yang kecil di atas betul betul bagi kesan dekat Ain. Bila Ain suarakan Ain tak puas lagi, dia kata sekejap nanti sambung.

Tapi takde pun. Bangun pagi pagi apatah lagi sebab Ain baca kesuburan lelaki waktu pagi memang tinggi. Ain tak pernah kena kejut pagi pagi untuk penuhi nafkah batin. Never.

Bila Ain yang “nak” disentuhi, banyak sangat alasan dia penat. Dan bila waktu dia “nak” pula memang tak kena timing.

Waktu dia seharian tak tolong Ain tiba tiba malam minta dipenuhi hajatnya. Waktu Ain cramp sangat sebab almost waktu period. Haish. Ain tahu kenapa dia selalu penat. Sebab dia heavy smoker. Dua hari 1 kotak rkok. Sebab tu bila bertarung dia tewas awal.

Kadang kadang Ain sampai ada thought kenapa husband tak berahi dengan Ain. Padahal n4ked je dekat rumah. Pakai jugak s3ksi-s3ksi. Dan sampai satu tahap Ain rasa dia hanya berahi bila Ain bermain dengan lelaki lain je kot. Sebab dia memang ada fetish cuck0ld.

Ain mengaku Ain dan husband berdosa besar dan berziina sebelum kahwin. Even we do the cuck0ld things. Tapi Ain pilih dia jadi husband sebab Ain nak sama sama berubah. Tapi kalau keadaan makin teruk, Ain rasa cerai adalah jalan terbaik.

Seperkara lagi adalah berkaitan solat. Almost one year kahwin jarang sangat dia ajak Ain solat. Itu pun Ain yang ajak baru solat berjemaah.

Kalau dua dua lalai memang ada sampai sebulan kami tak solat. Apatah lagi bila keluar musafir, tak pernah ajak pergi masjid solat. Kadang Ain ada paksa untuk solat tapi nauzubillah liatnya. Sedihnya rasa ada suami tak boleh nak bimbing.

Belum ada rezeki anak, Allah dah tunjukkan yang kami tak capable untuk handle marriage ni.

Ain tak boleh imagine, macam mana nak handle marriage once ada anak. Ain pulak bukanlah jenis yang penyabar, jadi bagi Ain perkahwinan ni betul betul uji kesabaran Ain.

Ain rasa semua ni jadi sebab karma kami berdosa sebelum kahwin. Berzina and so on. Sebab tu Allah belum kurniakan lagi anak untuk kami.

Macam mana nak berubah kalau dua dua tak kuat untuk mencari redha Allah. Maafkan aku Ya Allah

Ain tekad bulan 6 ni Ain akan buat ujian kesuburan. Sekiranya antara kami tidak sihat atau mandul, Ain akan failkan penceraian. Tuntutan fasakh atas sebab kesuburan, tidak solat dan merkok, fasik.

Doakan Ain kuat ye semua..

Reaksi Warganet

Kirdpan Chivaree –
Sorry to say. Betullah apa u rasa tu, Tuhan Maha Mengetahui. Dia tahu u berdua belum capable untuk tangani rumah tangga sendiri.

Diri sendiri belum betulkan properly, mungkin sebqb tu tak dibagi rezeki anak. Rasanya kau kena betulkan diri dan keluarga dulu. Dari segi solat, lifestyle semua lah.

Aku taknak be judgemental about your past semua tu. Cuma, hidup ni peluang untuk kita manfaatkan sebaiknya. Goodluck

Dina Ryoko –
Dalam Islam, takde karma karma ini. Benda yang lepas usah dikenang. Berubahlah untuk kebaikan diri sendiri dan sebagai isteri, banyakkan berdoa kepada Allah SWT yang pegang hati hati manusia.

Minta denganNya hati kita dan pasangan diberi taufik hidayah dan petunjuk untuk sentiasa berada di landasan yang lurus, selain tegur suami.

Belajar agama kembali. Kita mula dulu takpe. Cari kelas fardhu ain dan kelas pengajian al-Quran dan hadis. Fokus kehidupan untuk kejar akhirat dengan cari cinta Ilahi dan keredhaanNya, in Shaa Allah yang lain lain akan dipermudahkan.

Siti Khadijah –
Ustaz kata tak semestinya suami yang memimpin di dalam keluarga, jika suami camtu, awak sajalah ya g memimpin.

Pepandaila awak, nengok gaya bahasa semua ok. Memang awak boleh berubah dan boleh menunjuk contoh baik kepada suami.

Doa itu mesti, cer cari adab dan tatacara berdoa yang betul. InshaAllah doa isteri teraniaya sangat mustajab.

Ujian yang berat itu biasalah untuk naik tahap kehidupan. Ujian orang bujang kurang daripada ujian yang berkahwin, maka sesungguhnya perkahwinan hanya layak untuk yang nak berusaha keras seiring dgn pendidikan diri berterusan, di samping Allah s.w.t yg berada lebih dekat dari urat lehermu.

Has Niza –
Nak bahagia tak boleh ada expectations tinggi sangat. Big no letak orang lain sebagai syarat untuk kita bahagia.

Dah besar, dah boleh fikir dosa pahala, so walau apapun masalah, jangan tinggal solat. Solat tiang agama, dekatkan diri dengan Allah, perbaiki diri sendiri dulu insyaAllah yang lain lain akan ikut baik sekali.

Syaiitan tak suka tengok umat manusia ni kahwin dan terjauh daripada dosa dan maksiiat. Syaiitan suka kalau kita bercerai berai dan kembali pada maksiat.

Since TT pun dah kenal husband lama, dah buat macam macam dengan dia dah lama, slow talk elok elok.

Mungkin sebab apa yang korang dah buat sebelum kahwin buat dia tak hargai tt, atau ntah apa lagi yang dia fikir kena bincang elok elok.

Kerja rumah tu tak buat hari hari, tak kemas hari hari pun tkpe, yang penting keperluan suami kena diutamakan.

Ada masa maybe boleh belajar lagi macam mana nak happykan suami, satisfy dia, improve setiap masa. Moga ada jalan keluar.

All the best utk confessor, moga yang baik baik belaka nanti insyaAllah.

Sumber – Ain (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *