Dh 10 thn, ayah tinggl dgn nenek. Kami diharamkan ke sane. Jam 2pg aku call abah. Kata2 nenek buat aku mengigil

Foto sekadar hiasan

Anak Yang Tersakiti

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai nama saya Along, umur 17 tahun masih study dan bakal exam SPM tahun ini.

Sepuluh tahun lalu, saya sekeluarga hidup bahagia, gelak tawa mama abah, usikkan adik adik. Itu sepuluh tahun yang lalu.

Abah buat keputusan untuk pulang ke kampung nenek di selatan tanpa bawa kami bersama. Alasan abah, nenek tidak selesa. Lagi pun rumah yang kami diami ini abah sayang nak sewakan pada orang.

Tambahan pula kawasan perumahan yang sangat banyak kemudahan, sekolah rendah, sekolah menengah, tadika, kedai, klinik, kedai serbaneka 24 jam, segalanya ada. So better stay here.

Selama sepuluh tahun ini lah saya lihat betapa susah payahnya mama memberikan yang terbaik. Malah mama seperti tiada apa berlaku hakikatnya mama menangis dibelakang kami.

Abah akan datang setiap minggu menjenguk kami, abah tidak pernah tidur disini tapi abah akan layan mama dan ank anak sehabis baik.

Saya yakin abah juga cuba beri yang terbaik agar saya dan adik adik tidak terabai.

Ada satu peristiwa yang saya tidak boleh lupakan, mama demam panas teruk. Saya risau melihat keadaan mama, jam 2 pagi saya call abah tapi nenek yang jawab panggilan.

Ayat nenek yang buat saya terperanjat. “Kenapa kamu telefon malam malam, mak kamu lapar KOT* ke”.

Allah jujur saya jadi hilang hormat, gigil tangan saya. Saya buat keputusan call ambulans, mereka datang bawak mama ke hospital. Mama warded empat hari.

Selama empat hari, adik mama datang Pak Ude, baik sangat. Insan yang selalu ada dengan mama.

Pak Ude dan Mak Ude la yang banyak tolong kami. Mak Ude siap tolong suap mama saya makan kerana mama masih lemah. Abah….????… hmmm… abah takde sebab jaga syurga dia.

Jujur saya cakap dengan pembaca. Saya sedikit pun tidak menganggap abah saya hebat. Sebab apa? Sebab abah tak pernah ada dengan kami time kami membesar.

Yang abah tau kang nenek cari abah, nenek tu abah je boleh paham, kesian nenek takde sape nak jaga. Habis kami nie tanggungjawab siapa?

Bayangkan selama sepuluh tahun nie kami hanya beraya bersama keluarga mama sahaja. Kami diharamkan balik raya ke selatan.

Mama tak pernah bagi tau kenapa. Mama just cakap i’m not ready yet to tell you along, one day you can find the ansewrs. But now you have me and family members so please dont make any trouble.

For abah, along nak cakap satu je, along benci nenek. Nenek yang buat kita berjauhan dan mama cukup sengsara, sakit perit hanya mama saja lalui.

Abah…???? Seperti lelaki dan suami yang pengecut tiada pendirian untuk back up.

I’m hate you abah.

Reaksi Warganet

Zarbanu Naser –
Mungkin ibu bapa mu dik sudah lama bercerai

Aween Hamdan –
Jangan benci abah. Tu abah tu. Abah masih datang jenguk tiap minggu. Urusan sengsara bertekak bergaduh ke apa, tu urusan abah dan mak.

Hanya yang mengalami saja yang tahu. Mak tak nak bukak mulut, awak pun jangan tanya. Cukup tengok dan jaga mak baik baik.

Lashin RA –
Baik awak tumpu pada SPM sahaja. Tak faham kenapa nenek awak tanya macam tu, adakah ibu bapa awak dah berpisah?

Nenek belah ayah saya juga walaupun caring kadang kadang apa yang keluar dari mulut dia sangat mengejutkan contohnya gatal, hidung kemek. Dan mengikut kata mak saya, masa saya baru lahir, nenek saya kata saya nampak macam monyet.

Tapi atuk saya baik sangat, soft-spoken, solat subuh pun di masjid. Ibu-bapa saya pisah dan hari raya memang sukar bagi saya. Saya happy je jumpa adik beradik lain ibu, saya pun suka adik beradik saya ramai perempuan, dan saya tak kisah sangat hal ibu tiri saya cuma saya susah hati berjalan jauh tanpa mak kandung saya.

Macam saya takut lah kalau ada accident ke apa. Mujurlah ayah saya sebab kami ramai bawak kenderaan yang besar. Jalan balik kampung saya pusing pusing.

Sebenarnya saya pun boring perintah mahkamah yang jumpa minggu minggu tu sebab saya pun nak juga masa duduk rumah je tak buat apa. Bagi saya kerana parents saya bercerai, rutin hidup saya jadi terganggu, tak macam orang lain.

Jadi saya memang suka sangat tengok orang yang keluarga mereka kahwin, happy dan nampak sayang sangat dekat anak anak. Untung anak anak mereka. Cuma yang baiknya bila saya sampai ke kampung, nenek dan atuk saya selalu minta saya belajar rajin rajin macam emak saya.

Kalau nenek saya cakap yang tak selesa mungkin saya sendiri akan menangis tak nak balik kampung, sebab mak kandung saya pun tak ada, tak tahu nak menangis kepada siapa.

Bagi saya mak tiri tetap mak tiri, bapa tiri tetap bapa tiri, saya tak selesa. Saya masih panggil mak tiri saya aunty, dan bapa tiri saya dengan panggilan rasmi.

Awak ni kira ok lah orang lain lagilah ayah mereka kerja outstation la, kerja tiga bulan sekali baru balik lah. Anggap sahaja mak awak tak nak cerita apa apa supaya awak tak susah hati. Semoga awak berjaya dalam SPM.

Yahya Norhasliza –
Allahuakhbar.. wahai anak soleh / solehah , moga Allah kurnia kan kesabaran dan ketaatan mu terhadap Nya sebesar besar alam ini.

Andai kamu lelaki, jadikan sempadan setiap keburukan yang telah kamu lalui, berkenaan dengann tindakan abahmu.

Andai kamu perempuan ,jujur aunty nasihatkan , tetap berdiri kukuh seperti mana yang kamu nampak pada sisi setiap tindakan mama mu.

Inilah isi dunia wahai anak. Ingat lah kamu adalah sebaik baik anak. Wahai soleh/ solehah abah dan mama.
Untuk setiap perlakuan abah mu akan ada ruang debat di depan Allah nanti begitu juga yang lain lain yang seakan akan tidak memberi ruang untuk mu dan famili merasai apa itu erti ihsan dan kemanusiaan.

Doaku semoga dirimu, adik adik mu serta mama dan abah mu di lindungi dan di beri keberkatan oleh Allah SWT.

Ingat anak.. kamu sentiasa dalam kasih dan rahmat Allah SWT. Semoga urusanmu serta famili mu di mudahkan dan di lapangkan setiap nya . Yang baik baik sahaja untuk mu

Sumber – Anak sulong ibu (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *