Foto sekadar hiasan
Kisah Novelku
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Drama 7 Hari Mencintaiku sekarang tengah trending sekarang kan? Aku tak layan pun drama macam ni sebab aku agak skeptikal kewujudan kisah begini dalam kehidupan realiti.
Tapi bila tiba tiba rumah tangga aku yang sudah ku bina bersama suami tersayang selama 6 tahun terpalit dengan kisah orang ketiga aku jadi kaget sebentar.
Aku berkenalan dengan suamiku tak lama. Orang kata bercinta lepas nikah la senang. Proses berkenalan, bertunang dan nikah sangat lancar.
Kedua dua family approve. Tak sempat pun rasa dugaan bertunang. Keluarga mertua pun alhamdulillah sangat baik dengan aku. Pekerjaan dan gaji suami pun alhamdulillah.
Kelengkapan asas untuk isteri seperti rumah, makan, pakaian dan kadang kadang bercuti di luar negara semua aku rasa. Kalau orang luar tengok macam indah saja perkahwinan aku.
Ye betul aku tak nafikan banyak perkara nampak indah dan ada certain things tentang suamiku yang buat aku keliru dan pelik. Tapi aku selalu pujuk hatiku ini lah dugaan bercinta lepas nikah kot.
Maksud aku keliru dan pelik ialah suami aku sangat berahsia tentang berapa gaji dia, komitmen setiap bulan dan apa saja tentang perbelanjaan dia.
Aku bagitahu dia yang aku nak tahu bukan untuk meminta tapi untuk saja saja dan kepuasan hati.
Walaupun aku sebenarnya dah tahu berapa gaji dia sebab aku terjumpa slip gaji dia dan komitmen setiap bulan dia pun aku agak agak saja since rumah, bil api, air dan insurans semua dia bayar.
Kalau kata takut aku meminta lebih, aku bekerja juga. Jadi banyak belanja extra seperti shopping baju ke, deco rumah ke yang melebihi bajet dia semua pakai duit aku.
Kalau aku terlebih pakai duit dia walaupun beli chocolate pun aku bayar balik. Senang cerita die rekod berapa aku pinjam dan aku mesti akan bayar balik.
Lepas beli barang keperluan rumah, biasa dalam kereta dia akan soal aku kenapa beli itu beli ini sedangkan semua yang aku beli barang yang dah kehabisan stok di rumah.
Aku fikir tak kan gaji habis terus kalau beli barang. Kad dia kalau dah masuk saja kereta kena terus bagi dia.
Walaupun masa tu aku belum letak kaki dalam kereta lagi pun dia dah minta kad dia. Kalau aku tegur dia tak sabar dia akan marah aku. Jadi lama lama aku malas nak layan just ikut cara dia.
Balik kerja lewat pun selalu buat aku pelik. Kenapa pelik? Sebab aku tahu dia akan habis kerja sampai pukul berapa dan apa aktiviti dia selepas habis kerja. Ini dia la bagitahu aku.
Aku percaya saja. Biasanya dia akan spent masa dia untuk membaca sebab itu hobi dia.
Aku pelik kenapa dia tak boleh balik terus dan buat hobi dia di rumah. Aku fikir masa yang sama boleh spent masa dengan anak kecilku ini.
Aku kesian anak aku hanya spent masa dengan ayahnya pada hari minggu saja. Bapa mertuaku pun pernah menegur tapi sehingga anak 2 tahun pun tiada perubahan.
Banyak sebenarnya perkara yang dia buat merunsingkan aku. Banyak juga perkara kecil dia akan senang marah aku dan banyak kali juga aku berkecil hati dengan dia.
Walaupun bukan salahku, aku cuba juga untuk mohon maaf sebab aku tak nak hidup dalam suasana muram dan biasanya aku yang mulakan perbualan.
Aku dibesarkan oleh ibu tunggal. Environment family aku tak secantik macam family mertuaku.
Jadi aku takut kehilangan semua tu dan aku tak nak anak aku hidup seperti aku kalau asyik bergaduh saja jadi aku yang akan selalu mengalah.
Sampai la satu malam semua kekeliruan aku terjawab apabila aku tertarik nak cek hp suamiku. Dia tak pernah sorok hp sebab dia tahu aku percaya pada dia.
Aku tak pernah fikir pun dia akan ada rahsia perempuan lain selain aku. Macam mana pun dia layan aku yang aku ceritakan tadi, tapi banyak lagi kebaikan dia pada aku jadi aku sangat yakin pada dia.
Allah Maha pemurah lagi Maha penyayang. Baru kutahu selama ni aku mempunyai seorang madu.
Paling susah untuk aku terima ialah suamiku berkahwin secara rahsia semasa tempoh kami bertunang selama 6 bulan. Mereka sudah berkenalan lama sebelum suamiku berkenalan denganku.
Mereka pernah bercerrai sekali sebelum kami bernikah tapi rujuk semula selepas seminggu kami bernikah. Maduku tahu kewujudanku cuma aku yang masih berada dalam khayalan.
Hati isteri mana yang tak hancur apabila di madu dengan cara penipuan seperti ini setelah 6 tahun mendirikan rumah tangga.
Alasan suamiku untuk menjaga maduku yang mempunyai penyakit kronik. Dan juga perasaan sayang pada dia.
Aku menangis tidak henti sampai satu ketika aku terfikir adakah ini tiket syurga yang Allah nak tunjuk kepadaku? Perlu ke aku sama sama bantu kewangan suamiku untuk menyara maduku?
Ikhlas ke aku? Walaupun suamiku mohon ampun berkali kali padaku dan katakan cintanya padaku tak pernah luntur tapi aku berserah saja pada Allah kerana sesungguhnya aku hanya hamba yang lemah.
Jadi, begitulah kisah novelku. Luahan ini bukan la niat nak mengaibkan sesiapa cuma hatiku sudah berkecai dan masih sukar untuk aku menerima ditipu hidup hidup oleh sang suami yang di cintai selama ini.
Reaksi Warganet
Ungku Nor –
Dia tak mampu berp0ligami selagi duit nak beli sekeping coklat pun awak kena bayar balik.
Jangan jadikan alasan bahagia untuk anak sedangkan dia nak layan anak pun pemalas hazab!
Qymma El Eamiry –
Dik, sedihnya kisah awak . Kak dah merasa.. peritnya hati geram hanya 2 tahun. 2 tahun untuk mengubati pedih ditipu, 2tahun untuk kurang rasa gila, 4tahun untuk betul betul lali, betul betul hilang rasa.
Selepas tu akan datang redho perlahan lahan. Suami akan agak sombong jika ada isteri lain. Bila awak dah tau bermakna dia lebih senang. Cari kerja, sibukkan diri.
Memang pelikkan, tiba tiba suami macam suka marah, kurang menghargai, rupanya macamtu. Jika syurga awak kejar, bersabarlah.
Jika tak mampu, perlahan lahan boleh undur diri. Paling geram ibu bapa mertua tak tau ke? hmm
Nora Osman –
Faham.. KESETIAAN dibalas dengan KHIANAT dan PENIPUAN.. sakitnya tiada terperi.. Allahuakbar.. Paling sakit sebab misteri berkira kira, ‘kehilangan waktu bersama’ dan kemarahan yang tak sepatutnya selama ini tpaksa tt telan kerana taknak suasana keruh (ini dikira pengorbanan- setengah orang boleh mental bagi misteri begini) rupanya untuk madu rahsia..
Ya Allah, tabahkanlah hati TT ni YaRabb. Tinggikan darjatnya kerna pengorbanan dan kesabarannya thadap ujianMU yang berat itu. Betullah tu.. tiket ke syurga memang sangat mahal..
Tatiana Ali –
Kalau puan nak bertahan lagi, ok je. Tapi lepas ni jangan keluar satu sen pun duit untuk rumahtangga. Segala komitmen, suruh dia bayar dan tanggung. Nafkah pastikan dapat terlebih cukup.
Jangan terlampau dungu sangat semua benda nak bayar balik. Memang itu tanggungjawab suami. Pandai pandai nak berbini dua, pandai pandai la dia tanggung risikonya.
Norizan Mamat –
Salam. Pendapat makcik, dalam perkahwinan yang tidak punya ikatan rasa yang kuat, kekadang kita bertahan kerana tiada alasan untuk menjauh, untuk pergi.
Tetapi, jika perkahwinan ada banyak alasan untuk kita pergi, tak berbaloi kita pertahankan, menyeksa kita, better kita mulakan langkah untuk mendidik hati untuk jadi lebih kuat.
Dalam perkahwinan yang begini, umpama suami tiada kasih, kedekut dan sebagainya. Apa yang mula mula kita kena buat, ubah sikap suami dulu. Sebab tu makcik kata kita kena didik hati kita untuk kuat. Kita kena kuat demi masa depan kita.
Tak kan kita nak begini sampai kita tua reput? Kita kena ubah suami secara perlahan lahan, tidak takut dengan apa yang jadi pada rumah tangga kita. Kena yakin, tindakan kita benar.
Contoh, jika selama ini suami berkira dengan kita, lepas ni, kita buat buat lupa dia bila kita jalan jalan dengan anak, makan sedap sedap.
Atau, kalau dia minta pinjam atau guna duit kita dulu, buat kering cakap tak boleh. Kita kena jadi seperti dia.
Atau kita boleh cakap saja depan muka dia, halalkan, jangan kedekut dengan isteri bla bla bla. Buat saja, cakap saja apa yang kita nak cakap selagi kita rasa kita benar dan tak kurang ajar dengan dia.
Pepandai la yer…
Ubah rumah tangga kita seperti mana yang kita nak, supaya berbaloi dengan pengorbanan kita pertahankan suami kita.
Jika suami tak berubah atau hidup bersuami sangat membebankan perasaan kita, pepandai la… Jangan dok jadi bodo macam Mia yang konon cinta sampai kena pijak kena itu ini, sayang sayang ucapan dimulut tapiiii… Entah la… Macam bodo pun ada drama tu…
Oh… Makcik tak tengok tv, tengok sikit sikit jer drama tu pun boleh naik darah makcik. Hehe
Semoga kita kuat yer…
Sumber – FA (Bukan nama sebenar) via IIUMC