Foto sekadar hiasan
Gangguan Pocong Di Chalet
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lebih kurang pada tahun 2007 ke bawah.
Aku bersama adik perempuan dan mak ayah merancang suatu percutian.
Dan kami tak sangka percutian itu bakal meninggalkan trauma hitam dalam hidupku.
Ini kisahnya.
Kami bertolak ke negeri dan sampai agak lewat malam lebih kurang 12 tengah malam. Masa tu kami jumpa satu chalet dan kami pilih untuk bermalam sekejap.
Selesai semua urusan check-in, aku pun ajak famili aku pergi ke chalet yang diberikan dengan nombor xx.
Sampai sahaja ke chalet, aku rasa tak sedap hati. Tapi aku buat tak tau. Aku pendam sorang. Aku tak nak takutkan ahli keluarga aku sebab dah tengah malam.
Kami dah penat dengan drive jauh. Apa lagi pilihan yang kami ada. So, redo jelah.
Ahh nak bagitahu yang Chalet kami tu dilengkapi dua bilik tidur dan 2 bilik air. Satu bilik air di dapur dan satu lagi dalam bilik tidur.
Aku pun ambik bilik tidur yang ada bilik air. Dan bilik satu lagi dekat dengan dapur. Aku tidur sorang dan bilik ni jauh dari bilik yang mak ayah dan adik aku tidur.
Sebenarnya perasaan tak sedap hati aku masih tak hilang. Aku pun biarkan majoriti lampu dalam chalet kami terbuka.
So masa tu dah dekat 1 pagi. Aku pun baring atas katil. Kanan aku ialah tingkap, dan kiri aku ialah ruang keluar menghadap pintu.
Aku tak masih tak dapat lelapkan mata. Baring Pusing kiri….. pusing kanan..
Lepastu baring lurus sambil pandang siling…. aku mula cakap dalam hatí.. “haishh kenapa aku tak boleh tidur ni.. kenapa aku rasa macam tak selamat..”
Tengok jam lah… sekali jam tunjukkan 1.30 pagi.. aduhh..
Akhirnya aku baring pusing ke kanan menghadap tingkap. Masa inilah peristiwa titik hitam menyeramkan berlaku.. sampai aku trauma nak duduk sorang sorang.
Waktu aku baring ke kanan..belum sempat tangan kiri aku alihkan ke sisi, aku tersentuh satu benda lembut.. yang ada di sebelah kiri katil aku..
Lembut… macam kain yang lembut.. ohh langsir kut.
Masa ni aku rasa curiga.. sebab bila tingkap di kanan aku, mesti langsir pun mesti di kanan aku.. ehh tapi apa pulak yang aku pegang dekat kiri katil aku kalau bukan langsir????
Masa ni mata aku tertutup rapat. Hati aku berdebar debar.
Dengan mata yang masih tertutup.. aku ubah posisi dari baring ke kanan, ke baring menegak wajah menghadap ke arah siling..
Aku raba kain tu.. macam satu objek yang panjang sedang berdiri di sebelah katil aku..
Aku cuba buka mata perlahan lahan. Aku rasa cemas wehh hati aku.
Dup.. dap.. dup.. dap..
Buka je mata, aku tersentak.. Sebab aku terpandang satu objek seperti bungkusan kain putih tinggi sedang berada di sebelah kiri katil aku..
Masa itulah aku rasa takuttt sangat.. aku cuba minta tolong.. tapi..
Mulut aku kaku… aku tak boleh menjerit.. aku cuba bergerak.. aku tak boleh..
Aku mula dengar benda tu menderam.. macam bunyi harimau… grrrrr…. grrrr…
Masa tu dalam hati aku hanya sebut ,”Allah… Allah… Allah..”
Benda tu tetap masih ada di sebelah aku.. seperti aku dapat rasa yang masa macam tak bergerak.. sangat lama benda tu ada dalam bilik aku… akhir terlintas dalam hati aku satu ayat,
“Aku berlindung dengan Allah, dari jin, syaiitan dan iblis yang direjam” aku ulang banyak kali dalam hati aku..
Kemudian aku hilang kesedaran.. masuk sahaja waktu subuh.. aku terjaga. Dengan penuh rasa cemas, aku cepat bangun dari katil.. ada benda pelik yang terjadi pada diri aku..
Kelihatan dari betis hingga kaki aku, penuh calar balar seperti dicakar oleh sesuatu.
Selepas peristiwa itu, aku mula trauma duduk sorang sorang. Aku mesti akan cari peneman. Kalau takpun, aku akan keluar dari rumah.
Itu sahaja kisah kali ini. Terima kasih..
Reaksi Warganet
Zie Sakura –
Saya terbayangkan TT masa terpegang kain lembut tu. adoiii. Kalu saya dah menangis dah..
Teringat adik saya nampak kelibat pocong waktu remang remang maghrib belakang umah abah.
Dia snap pakai handphone, tapi tak tahu kenapa gambar gambar tu semua tak menjadi.
Ada yang umpama ada cahaya, ada yang jadi macam gambar seret tak lengkap. Padahal kamera phone dia ok saje. Taj rosak.
Buktinya selepas dan sebelum kejadian, gambar semua ok. Yang tak ok adalah ketika snap gambar si pocong tu je.
Pelik tapi ia benar benar berlaku.
Encik Fazil –
Sebenarnya makluk tu kalau dah menjelma, dapat dipegang, kalau ade kekuatan boleh sepak, tampar atau buat ape ape je.
Sebab dia menzahirkan dalam keadaan jasad. Tujuannya nak ambik semangat kita dan takut2 takutkan Manusia.
Selalunya kalau dia yang kena serang dia sendiri tak berani nak ganggu lagi, terus tobat
Rabiatul Adawiyah –
Pernah dengar ceramah ustaz tu cakap bila dia ke alam kita dia fragile, lemah sebenarnya. Dia yang patut takut pada kita.
Contoh seperti ikan naik ke daratan. Bukan alam dia jadi dia akan jadi sangat lemah tapi itulah dalam mana kita sendiri tak kuat bila berdepan dengan makhluk Allah jenis jenis jin ni… Allahu’alam.
Aqilah Amalina –
Saya juga ada satu pengalaman tidur di homestay yang terletak di Johor. Dalam kawasan kampung. Saya tak ingat apa nama tempat tu.
Dipendekkan cerita malam tu saya tidur satu katil bersama adik saya (katil queen) kalau ikutkan masih ada ruang yang selesa sebab tidur berdua sahaja.
Pagi tu terjaga mamai mamai sebab rasa keadaan sempit je masa tu. Masa bukak mata tu dan pandang ke sebelah ada satu tubuh yang tidur rapat dengan saya.
Tapi sebelah tu ada orang lain which is adik saya. Means tengah tengah antara saya dan adik saya ada sesuatu dan benda tu tengah pandang saya sebenarnya.
Tapi sebab tengah mamai dan gelap so abaikan je walaupun dah rasa lain macam waktu tu.
Esok pagi bangun tanya adik. Dia tak ada rasa pape. Nasib baik. Sabar jelaaa
Nurathirah Eira –
Dulu zaman study pernah jugak ada pengalaman macam ni, ternampak lembaga hitam mata merah tengah merangkak pandang kita, badan dia besar tinggi.
Boleh imagine tak mata terbeliak merah pandang je kita. Waktu tu kolej takda elektrik guna lampu hp je sambil study.
Nak tidur tiba tiba lembaga tu ada dekat hujung kaki. Tak rasa takut waktu tu mungkin sebab ralit baca note fikir esoknya exam dengan penat sama.
Sampai sekarang bayangan lembaga tu ada dalam memori. Tapi sekarang kalau teringat jadi takut la pulak haha.
Sumber – Juyi (Bukan nama sebenar) via IIUMC