Rel kerja di darat. Si isteri kerja di pelantar minyak, bergaji besar. Posting isterinya buat Rel rasa kerdil. Terasa tidak berguna

Foto sekadar hiasan

Isteri Oil & Gas dan Suami Yang Tak Guna

Hi assalamualaikum dan salam sejahtera semua. First sekali aku nak ucap berbanyak banyak terima kasih pada admin kalau sudi siarkan tulisan aku ini.

Coretan ini adalah hasil luahan sahabat baik aku yang aku namakan sebagai Rel, suami kepada wanita dan ibu bekerjaya yang bekerja di laut, lebih tepat di pelantar minyak.

Untuk pengetahuan, Rel pada mulanya tidak ada masalah langsung untuk isteri kesayangannya bekerja mencapai cita cita di laut.

Lebih lebih lagi mereka kini dikurniakan anak kecil yang berada di dalam jagaan Rel, dan ibu mertuanya.

Rel sangat menyokong impian isterinya walaupun banyak yang perlu dikorbankan demi mencari rezeki.

Dipendekkan luahannya, Rel sering menceritakan yang dia sentiasa akan berasa down setiap kali isterinya membuat apa apa posting di media social,

Lebih lebih lagi apabila isterinya pulang bercuti di darat.

Memang tidak dinafikan bekerja di pelantar minyak menjanjikan pendapatan yang lumayan. Rel bekerja biasa sahaja, cukup untuk family kecil mereka.

Namun seperti yang diluahkan, kadang kadang posting isteri beliau yang berbunyi begini,

– Anakku, maafkan mommy berjauhan mencari rezeki untuk keluarga kita.

– Anakku, bila mommy balik nanti kita bercuti sama sama ye.

Dan setiap kali bercuti, isteri Rel akan bawa ke tempat yang mewah, dan setiap inci percutian akan dikongsikan di social media.

Dari segi caption, memang menampakkan yang isteri Rel yang mengeluarkan segala perbelanjaan.

Dan ini membuatkan Rel down, kerana perkongsian isterinya seolah olah memberitahu satu dunia bahawa segala perbelanjaan dan urusan mencari rezeki adalah tanggungjawab isterinya.

Sedangkan dia adalah ketua keluarga. Dan perkongsian isterinya sedikit sebanyak membuatkan Rel rasa kerdil sebagai seorang suami, apatah lagi di mata rakan rakan mereka.

Nasihat aku kepada semua isteri, walau besar mana pun gaji kalian, walau tinggi mana pangkat kalian, sentiasalah tunduk ke bumi.

Dan jangan mencanang kelemahan si suami dalam sedar atau tidak.

Tidak perlulah ucapkan kata kata yang menunjukkan lelah nya mencari rezeki, dan mengeluarkan semua perbelanjaan percutian semata mata untuk mendapat pujian.

Cukuplah menjadi manusia yang rendah diri, tidak perlu dicanang kehebatan diri mencari rezeki dan seolah-olah suami tiada guna di sisi.

Be humble, respect your husband.

Semakin berilmu, semakin menunduk.

Untuk Rel, semoga Allah beri kekuatan untukmu.

Reaksi Warganet

Puteri Pelangi –
Maaf lah… Ramai yang bergaya dengan harta isteri. Lepas tu, kunun kunun hak mutlak sendiri dan suami tanggung semua.

Kenapa nak malu pulak? Terima lah hakikat yang isteri menyumbang lebih dari sudut ekonomi. Anda menyumbang lebih menjaga anak. Update jelah, aktiviti menjaga anak tu dekat media social.

Apa nak heran, janji sama sama bahagia….

Kallen Stadfeld –
Pelik lelaki zaman sekarang, kemain nak isteri gaji besar boleh tumpang pastu jadi kuasa veto isteri tak boleh suarakan apa apa. Takkan tak tahu sebelum kahwin isteri kerja apa.

Kalau nak isteri bekerjaya bijak pandai gaji banyak kena expect lah isteri tu jenis outspoken.
Kalau rasa nak isteri tunduk tak cakap banyak cari yang tak belajar tinggi dantakde kerjaya.

Busseroa Abd Jalil –
Dia isteri yang baik. Bekerja terkurung di pelantar minyak berbulan bulan, hidup di kelilingi lelaki dan ada pendapatan besar tetapi masih ingat anak suami.

Hebat wanita ini. Tak perlu ajar dia cara untuk menunduk ke bumi jika anda sendiri tidak tahu pahit maung yang dia terpaksa telan untuk membina kekuatan diri. Malah berapa juta kali dia telah menangis pun mungkin anda tidak pasti.

Kalau rasa diri tercabar, maka bangkit. Bina kehebatan diri. Sajikan emas permata untuk anak isteri. Suruh isteri jadi bidadari di rumah dan di hati.

Itu lebih baik daripada bercerita sana sini seolah olah diri telah dibuli. Hakikatnya tanpa keringat isteri anda yang gigit jari.

(Dan lagi satu jangan sibuk dalam hal family orang lain.)

Aisyah Syed Ali –
Kepada Sufi seandainya Sufi adalah perempuan nasihat akak, jauhkan diri anda dari Rel. Kerana semakin anda rapat dan mesra dengan Rel semakin banyak cerita yang akan anda dengar dari Rel.

Sehingga ianya akan mempengaruhi anda serta menjadikan anda berfikir mahu menjadi lebih baik daripada isteri Rel. Apabila ini berlaku anda bakal menjadi orang ketiga dan akan memusnahkan sebuah keluarga.

Namun seandaikan Sufi adalah lelaki tolong lah nasihatkan Rel.

Hargai lah isteri beliau. Apabila isteri posting di media social. Cubalah Rel komen dan respond dengan kata kata positif dan menghargai apa sahaja yang isteri beliau lakukan.

Contoh “jangan risau sayang. Abang ada di rumah dan berjanji akan jaga anak anak kita dengan baik, terima kasih sayang kerana sudi membantu ekonomi rumahtangga kita”

Contoh kedua “terima kasih sayang belanja percutian mewah kali ni, anak anak happy abang jugak happy dengan kegembiraan mereka, abang doakan rezeki sayang semakin melimpah ruah,”

Percaya lah setiap kata kata komen dari si suami akan menyentuh hati isteri. Dan pastinya nanti posting isteri akan bertukar. Akan diselitkan kata kata penghargaan kepada si suami nanti. Buat saja walaupun tak percaya.

Ikhlaskan hati menerima kejayaan isteri yang lebih berjaya daripada suami. Kerana kejayaan isteri ini hadir dengan redha dari suami.

Kepada Sufi juga andai anda lelaki tolong jangan menjadi batu api sehingga boleh merosakkan rumah tangga Rel.

Kepada Rel, terima dengan gembira semua kejayaan isteri. Ramai jer sebenarnya isteri yang berjaya daripada semua. Ada income yang lebih daripada suami.

Tetapi apabila suami redha, isteri sangat happy.

Rel boleh tengok di media social. Ramai insta femes, founder serta influencer yang income mereka sangat banyak, tetapi mereka sangat hargai suami mereka kerana suami mereka sangat menyokong apa sahaja yang mereka lakukan.

Sorry terpanjang pulak komen.

Sumber – Sufi (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *