Kerja takde. Duit aku dah kering, nama dh blacklist. Minta jd tukang cuci pun xdpt. Kwn2 tiba2 hilang time aku susah. Aku tekad

Foto sekadar hiasan

Dah Penat Jadi Baik

Hai, Salam semua. Nak luah sebab rasa tertekan sangat sekarang. Aku tak pernah kata tidak untuk tolong orang. Dari zaman sekolah rendah sampailah dah kerja ni, tak pernah la aku tolak kalau orang mintak tolong.

Zaman belajar universiti dulu, aku ada kenderaan. Jadi aku selalu tumpangkan kawan kawan pergi kuliah. Tak adalah aku nak mintak duit minyak.

Sebab pernah sekali aku nak pinjam duit diorang pun, diorang sendiri pun struggle nak survive. Lagipun kawan kawan aku mostly dari family B40.

Masing masing dapat PTPTN tapi dalam masa yang sama masing masing juga kena kirim duit dekat family sebab family masing masing pun susah. So aku faham.

Sebenarnya family aku pun bukan orang senang, tapi aku tak pernah la cerita dekat orang sebab aku rasa hal family ni privacy. Pastu kawan kawan aku ni memang rapat la dengan aku.

Aku zaman belajar rasa happy sangat sebab ada geng sendiri, ada ramai bestfriends. Aku masa tu rasa macam tak nak berpisah dengan dorang kalau boleh. Masa tu kami selalu berjanji tak akan pernah lose contact. BFF forever la katekan.

Kalau diorang ada nak beli barang masa weekend, aku yang tengah busy study pun terpaksa korbankan masa study aku untuk teman diorang pergi shopping. Sebab diorang nak gerak memana mesti akan minta tolong aku.

Ada sekali tu member aku baru balik dari kampung tapi dia minta aku ambik dia dekat bus station. Aku ni pergi la ambil sorang diri pagi pagi buta dekat stesen bas around 1 am masa tu.

Waktu nak exam pun sama, aku ni jenis suka salin nota. So masa nak exam tu la kawan kawan BFF aku ni sibuk nak pinjam nota aku. Aku ni bagilah dorang sampaikan aku sendiri tak sempat nak study.

Banyak lagi kalau nak cerita. Tapi aku baik dengan diorang sebab aku sayang diorang as my own BFF. Kami memang sangat rapat.

Bila dah masuk dunia kerja, masing masing kerja jauh. Tapi still keep in touch. Masa tu aku dapat kerja swasta. Gaji ok la tak mahal tapi sebab aku ni jenis berjimat, so bolehlah saving dan bagi parents tiap bulan.

Gaji 1.5k pun aku boleh saving banyak dekat KL sebab aku memang berjimat.

Bayangkan, breakfast aku makan roti Gardenia tu je. Biasa waktu lunch aku bungkus nasi dan lauk tengah hari (request asing nasi dan kuah) dan satu nasi dan satu lauk tu aku divide untuk lunch dan dinner. Memang jimat.

Ikat perut pun ye jugak. Sebab aku pun ada hutang PTPTN nak dibayar. Kalau lauk ayam goreng tu aku kerat dua untuk lunch dan dinner.

Tapi kawan kawan aku mana nampak semua tu. Diorang anggap gaji aku mahal. Yelah aku makan ala kadar je. Cukup untuk kenyang.

KFC McD tu boleh kira dengan jari berapa kali je aku pergi setahun. Starbuck lagilah aku tak pernah masuk. Aku bukan kedekut, tapi aku sedar diri.

Kadang kadang kawan kawan BFF aku ajak lepak, aku macam mengelak jugak sebab aku tahu bila lepak confirm banyak keluar duit (membazir).

Ada sekali tu diorang ajak gather main bowling pastu makan dalam mall. Aku susah hati dah sebab aku ni kena catu makanan. Tapi aku think positif, bila lagi nak jumpa diorang.

Masing masing busy so takpelah duit boleh dicari kawan kawan takde galang ganti.

Bila masa makan tu cashier dia kira sekali. So masa tu orang lain macam pandang aku. Aku assume diorang nak suruh aku belanja la kot.

Aku pun bayar. Tapi sampai kesudah diorang tak bayar balik. Means diorang anggap aku belanja. Sedangkan aku tak pernah cakap nak belanja. Haha tapi sebab diorang BFF so aku pun fikir hmm takpelah niat sedekah bagi makan dekat kawan kawan.

Pastu ada BFF aku sorang ni dia mengadu dia ada masalah kewangan sebab bos dia lambat bayar gaji. So dia nak pinjam duit. Aku pun ok la bagi jelah sebab dia janji gaji bulan depan dia bayar.

Tapi dah berbulan bulan berlalu, sampai ke hari ni dia tak pernah bayar. Dia cakap, bajet dia lari. Setiap bulan bajet lari. Aku hairan juga dia ni. Bila stalk aku tengok dia punya lifestyle tak serupa macam orang tengah ada masalah kewangan pun.

Nampak kat ig story rajin pula melepak dekat cafe hispter. Phone pun dah ke android 12 sedangkan aku masih di android 9. Duit aku sampai harini masih tak bayar.

Ko faham jelah, aku nak marah kang, jadi lain. Diorang tu BFF aku. Pastu ada sekali tu BFF yang lain mintak tolong nak pinjam duit jugak.

Aku ni tak sampai hati nak tolak sebab bestfriend kan. Aku pun bagi. Berbulan jugak dia nak bayar balik tapi nasib baik haritu dia bayar selepas dapat KWSP tu. Yang lagi sorang tu masih tak bayar bayar. Tak tau la dia ingat ke tak lagi hutangnya tu

Disebabkan PKP haritu, aku diberhentikan kerja. Short notice. Aku fight pergi pejabat buruh tapi end up tak ada hasil apa apa pun. Aku sakit hati gila. Dah la pegawai buruh tu macam nak tak nak je layan aku.

Dia kata banyak sangat kes macam aku dia nak handle. Sampai sekarang aku tak dapat pun hak aku. Bekas majikan senang lenang aniaya staff. Takpelah aku tak halalkan duit gaji aku sampai mati.

Ok so bila dah diberhentikan kerja ni, ko faham lah kan betapa aku dah mula ada krisis kewangan. Duit simpanan aku pun dah menyusut.

Tiap bulan duit tetap kena beri kat parents sebab parents aku pun tak kerja sebab dah tua. Parents aku pun susah. Aku payah cari kerja, akhirnya aku tekad buat bisnes.

Bisnes aku ni hampir setiap hari la aku promote dekat semua social media aku. Ok before ni, BFF aku ni semua suka like dan komen komen dekat social media aku.

Tapi sejak aku bisnes, BFF aku semua macam dah tak wujud. Langsung tak de nak support aku. Kalau kat FB tu aku nak dapat 1 like pun payah. Padahal sebelum ni ratus ratus like boleh dapat.

Masa ni aku dah betul betul struggle. PTPTN dah banyak bulan tak berbayar. Bisnes modal hangus tapi incomenye kadang ada kadang takde. Takde sangat orang nak beli.

Stories aku upload dekat ig, fb, whatsapp beratus ratus orang tengok tapi takde sorang pun member nak support. BFF aku lagilah haram jadah taknak beli. Jangankan beli, follow kedai online aku pun taknak.

Aku rasa terkilan banyak. Sebab selama ni aku banyak tolong diorang. Tapi bila aku susah ni, takde orang nak tolong aku. Aku bukannya meraih simpati nak pinjam duit pun, aku tak pernah mintak tolong dengan diorang.

Aku bukan nak demand beli pun dengan aku, tapi at least follow dan like page business aku. Bukannya aku tak pernah promote. Hari hari aku promote. Diorang tengok tapi no respond.

Akhirnya tiba saat paling getir. Duit aku kering. Betul betul kering. Dalam bank acc memang dah takde duit langsung. Ada singgit lebih je baki dalam bank. Aku dah kena blacklist PTPTN. Mintak keje merata riti pun masih tak dapat.

Even minta jadi tukang cuci pinggan pun tak dapat sebab ramai sangat orang senasib macam aku masa tu yang tengah job hunting.

Aku menangis sendiri dalam bilik. Parents aku pulak tak dapat terima kenyataan anak dia tengah susah. So parents keep bebel dekat aku tanya mana kawan kawan yang rapat tu takkan takde sorang boleh tolong.

Aku pun whatsapp salah sorang BFF aku mintak hutang lama, tapi dia seen je tak reply. Sakit gila hati aku.

Pastu aku contact BFF lagi sorang. Aku citer masalah aku tapi dia cakap sorry dia takleh nak tolong. Dia pun ada masalah duit jugak. Pastu dia tanya aku tips bisnes, dan dia nak join dropship aku. Aku share jelah tips bisnes semua dekat dia dan add dia masuk group dropship aku.

Tiba tiba lepas tu aku dapat tau dia jual benda sama sebijik macam aku dan sailang semua dropship dan customers aku.

Aku rasa nak maki. Bestfriend sendiri buat aku macam ni. Nak bisnes tu bisnes jelah tapi perlu ke nak pm dropship dan customer aku sorang sorang suruh beli dengan dia sebab dia jual lagi murah? Dah la aku tengah nazak nak survive, dia boleh pulak buat aku macam ni.

Aku tekad dah, aku tak nak percaya sesiapa lagi. I dont simply trust anyone including my bestfriends.

Ada sehari tu aku update story whatsapp yang aku takde duit nak makan. Even maggi pun aku tak mampu beli. Aku sampai terpaksa tebalkan muka pergi mintak makanan free dekat restoran berdekatan rumah aku.

Nasib tauke restoran tu baik.

Korang tau? Dalam beratus orang yang tengok story whatsapp aku tu, takde sorang pun tanya aku okay ke tak??? takde sorang pun peduli pasal aku. Padahal selama ni masa diorang susah, semua cari aku.

Aku tekad tak nak ambil tahu dah pasal bestfriends aku. Aku declare yang diorang bukan lagi bestfriends aku. Now I’m alone and I dont want to befriend with anyone.

Aku dah unfriend semua kawan kawan aku dekat fb dan unfollow semua bff aku kat ig dan twitter. Diorang friend pun tak guna jugak, macam tak wujud masa aku susah.

Now aku cuba untuk bangkit. Doakan aku dimurahkan rezeki dan berjaya keluar dari kemelut masalah kewangan ni. Nasihat ringkas dari aku,

Kalau betul kau member, kau akan support bisnes member kau. Kalau tak de duit nak beli, kau bagilah support dengan like post dia, like page dia, dan tunjukkan yang kau memang support dia.

Sape lagi nak support kalau bukan member. Takkan nak tunggu member masuk surat khabar jadi headline mati kerana kelaparan baru kau nak ambik peduli?

Reaksi Warganet

Daisy Lily –
Pengajaran untuk kita semua, hargailah diri kita sendiri baru hargai orang keliling. Bukan nak suruh jadi selfish tapi ini realiti. Bila susah, tak ramai nak hulur bantuan. Bila senang tak payah disuruh tetiba je datang menempel.

Ari Kael –
Sabarlah dik, memang terlalu ramai orang macam ni. Time kau berduit, jam tu lah macam macam kisah sedih kau akan dengar, kau akan tolong.

Time kau pulak, sendu je semuanya. Pengajaran..never trust people with money. They never be there when u need their help.

Perjalanan kau masih panjang, aku doakan kau dimurahkan rezeki dan mudah dapat kerja lepas ni. Ini semua pengajaran untuk kau buka mata tentang true color manusia.

Dalam surah al insyirah pun ada bagitau, setiap kesusahan pasti ada kesenangan. Just hanging there n be strong!!

Mzai Azi –
Petua buat baik:
1. Jangan harapkan balasan sebab kita yang akan kecewa. Biasanya kita takkan dapat balasan dari yang kita tolong tapi mungkin balasan dalam bentuk lain. Contoh dapat anak yang baik hidup smooth dll. Macam tt dapat makanan dari restoren tu.. itu kira balasan kita buat baik lah tu

2. Buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali. Jangan tolong orang berlebih nanti kita kecewa. Kalau nak tolong.. bagi rm20 atau paling banyak pun rm50.. pastu halalkan saje lah…

3. Kalau saya, saya tak tolong orang yang dah ada kerja yang sepatutnya manage duit sebaiknya tapi boros berbelanja.. baik saya cari anak yatim. Pernah nak tolong kawan, dia cakap dia susah.

Bila saya pergi rumah untuk bagi duit. Tiba tiba nampak ada honda, beli kereta baru. Tak kuasa nak tolong. Saya yang boleh dikatakan gaji tinggi dengan husband pun tak pakai honda.. sendiri cari pasal sendiri settle.

4.. bersedekahlah dengan ikhlas kalau ada duit.. tak payah banyak.. rm5 pun cukup…

5. Jangan tolong orang sebab nawaitu nak dia berkawan dengan kita.. tak ihklas namanya..
Jangan berhenti jadi baik.. sebab Allah ada.. inshaaAllah ganjarannya tetap ada.. tapi mungkin waktunya belum sampai

Nor Arfa –
Itulah dunia dik. Bila kau senang, kau akan dipandang. Bila kau susah, kau akam dibuang. Yang mana kau pernah buat semua kebaikan yang pernah kau buat, jangan sesekali kau ungkit. Nanti hilang semua keberkatan.

Kau terlalu mengharapkan bff kau. Kau langsung tak boleh cakap TIDAK pada mereka sebab kau harap mereka semua akan ada di belakang kau bila kau susah. Tapi kau silap…

Sebaiknya kau berkawanlah dengan Allah.. kau jangan cakap TIDAK dengan Allah… sentiasa yakin Allah akan bantu kau tapi kau jangan putus asa. Disaat semua orang jauhkan diri dari kau, Allah akan ada disisi kau.. dengan syarat kau kena ingat DIA.. minta dengan DIA.

Banyakkan muhasabah diri. Solat malam, berbicara dengan Allah, sebut nama Allah dalam zikir… doa doa doa.. dan kau kena redha dengan apa yang berlaku. Pengkhianatan kawan kawan, kau kena lepaskan. Minta Allah saja yang balas.

Jaga hubungan dengan Allah.. jaga hubungan dengan mak ayah. Minta mak ayah doakan yang baik baik. Jaga hubungan dengan adik beradik..

Jangan sesekali putus asa. Ingat ye.. kita mati pun duk dalam kubur seorang diri. Menghadap azab seorang diri jugak. Takkan ada kawan kawan yang nak bantu jawab soalan dalam kubur…

Sumber – Naruto (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *