“Impian Berpoligami”. Bila ditanya knp nk nikah lg, jawapan mereka buat aku tersentak. Aku terdiam

Foto sekadar hiasan

P0ligami Dari Pandangan Kawan-Kawan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Berkali kali sebenarnya aku pikir nak tulis dan submit atau tidak tentang ini, tapi dah berbulan bulan, taip je la. Hahahahaha, walaupun aku tau akan bakal terima kecaman.

Baik, sebelum buang masa kalian baca post aku ini, aku mohon tenangkan diri dan berlapang dada. Aku tidak menyebelahi mana mana golongan yang berp0ligami tapi aku juga tak membangkang.

Aku cerita dulu serba sedikit tentang aku. Aku perempuan yang pernah berkahwin sebelum ini. Dan telah bercerrai 3 tahun lepas, tiada rezeki anak, sedangkan aku teringin ada zuriat sendiri. Mungkin belum tiba masanya lagi.

Kami bercerrai selepas beberapa tahun cuba pertahankan rumahtangga kami, punca utama? Rata rata rakan dan keluarga mengatakan aku dan bekas suami sebenarnya tidak SEKUFU.

Betul, bila difikirkan balik, yaa, kami tidak sekufu. Sekufu ini bukan hanya dari sudut harta dan pendidikan, boleh tengok balik post Aiman Azlan tentang sekufu ini.

Aku bekerja dalam sektor kerajaan P&P dan dari keluarga yang majoriti lelaki. Maka, dari kecil aku punyai ramai kawan lelaki dan mungkin juga kerana persekitaran kerja aku yang memerlukan aku berjumpa ramai orang, aku suka mendengar dan melihat dari pelbagai sudut.

Baik, yang aku nak cerita tentang p0ligami ini berkisah tentang kawan lelaki aku, kawan perempuan aku dan aku sendiri.

Kawan lelaki aku ni, aku namakan dia F. Dia dah berjaya kahwin lagi sebelum puasa ini, macam aku ceritakan awal tadi, F memang rapat dengan aku,

Setiap kali aku balik kampung, aku akan lepak dengan dia bercerita macam macam perkara. Dari hal peribadi, bisnes dan kerja termasuk hal politik negara.

Memandangkan kami sebaya dan belajar dan pernah bekerja sama, kami ni dikira “satu kepala”.

Masa F cerita dekat aku dia nak kahwin satu lagi, apa strategi dia sehingga capai cita cita dia tu, masa ni kawan aku join kami bersembang, sampai kawan aku pelik dan tanya “member ko memang dasyat eh, semua benda dia cerita and jujur dengan ko..”

Aku senyum saja, kami memang begini. Masa sesi bercerita ini aku tanya semua tentang bakal bini kedua dia, kenapa dia nak kawin satu lagi, macamana wife pertama dia nak terima, anak anak nak terima etc. Dia memang jawab semua.

Dan yang paling aku tersentak bila dia jawab “aku dah tua, tak mau buat dosa main perempuan dah, aku nak kahwin supaya aku jadi manusia lebih baik”.

Sebagai kawan aku terus setuju bila ini jawapan dia. Dan sememangnya dia mampu, dia ada bisnes masyuk, kereta bersusun dan setiap bulan memang dia bagi nafkah cukup pada wife dia.

Wife dia pun sebenarnya aku kenal, cumaa tak serapat aku kenal kawan lelaki aku ini.

Bila aku tnya macamana wife kau terima. Dia jawab “aku dah buat wasiat, hibah atas nama dia, dah belikan rumah di Cyberjaya. Aku bagi parents dia duit setiap bulan dan aku memang dari awal kahwin dengan dia, aku dah bagitahu aku nak kahwin lebih dari satu. Aku dah bagi dia prepare mental siap siap…” aku gelak,

Bagus strategi kawan aku ni. Aku tanya lagi “then bini ko tak minta apa apa? Anak anak kau macamana?”

Dia jawab “wife aku bijak jugak, dia kata dia ok, tapi dia nak jumpa lawyer jadikan semua bertulis. Contohnya sebelum aku kawin aku bagi dia sebulan 2k. Lepas aku kawin nanti, aku tetap bagi dia 2k.

Anak? Ni nasihat aku dekat semua lelaki, kalau nak kahwin lebih, kawin masa anak anak masih kecik.

Depa tak terkesan sangat dan akan biasa membesar dengan 2 mak dan jangan abai tanggungjawab dekat anak” Hahahahahaha. Aku gelak lagi.

Dan last aku tanya “macamana bakal bini yang kedua ni terima nak jadi no 2 ni?”. Dia jawab “yang ini janda anak satu, dia macam kau, jenis workaholic.

Ada sesetengah perempuan dia tak nak pun ada laki 24jam dengan dia. Kadang perempuan ini dia hanya nak ada suami yang boleh jaga dan beri keselamatan pada dia.”

Aku terdiam tentang ini sekejap. Kawan aku ini dah selamat kawin pun. Samada kucar kacir atau tak, aku belum dengar lagi dari dia.

Tapi bila dia rahsiakan tarikh pernikahan dia, aku tanya lagi kenapa nak rahsiakan kalo wife kau dah setuju,

Dia jawab “perempuan ini kalo dia setuju camne pun, rasa cemburu dia tetap ada. Kalau aku bagitahu minggu depan nak nikah, kang dia tanya macam macam. Baju beli mana, kaler apa, nikah kat mana, sapa yang aku jemput, serabut weeehh…..

Baik aku nikah dulu, then bagitau dia aku dah nikah. Dia konpem tak tanya banyak dah. Kalau merajuk, maarah or dia nak gaduh gaduh dengan wife baru aku pun, aku jangka 6 bulan tu konpem tempoh huru hara,

Tapi sebagai lelaki aku kena tenangkan diri, dan hadap je tempoh 6 bulan ni nanti. Masing masing dah penat, senyap la nanti”. Aku gelak lagi. Habis kisah kawan lelaki aku F.

Aku sebenarnya pada masa yang sama berkawan dengan suami orang juga, tapi aku layan sebagai kawan.

Aku belum pernah lagi keluar berdua dengan dia, setiap kali dia ajak keluar makan, akan ada kawan ofis lain atau kawan dia yang teman kami.

Dia satu ofis dengan aku, tapi lain jabatan. Setakat ini, kami masih lagi jaga batas. Aku dah berkawan dengan dia hamper 2 tahun, setiap hari mesej dari pagi hingga ke malam. Aku namakan dia N. N dah kahwin hampir 10 tahun, ada anak 3 orang,

N ni ada ciri ciri macam kawan aku si F ni, sebab tu bila F ni cerita semua strategi dia nak kahwin 2, buat aku teringat kat N. Aku jadi risau jugak. Hahhahahaha.

Kenapa aku layan mesej2 suami orang? Ntah, mungkin aku sunyi dan mungkin juga aku perlukan sesorang untuk bercerita.

Secara jujur aku selesa dengan N, dia banyak tolong aku sejak aku pindah ofis ni, hal rumah, hal kereta, hal kerja dan setiap kali aku kena kuarantin, dia akan ada.

Boleh katakan selang 2 minggu dia akan hantar makanan dekat aku, atau kami keluar makan sekali dengan bertemankan orang lain.

Macamana aku tahu hasrat dia nak kahwin lagi? Selain dari mesej2 hint yang dia bagi kat aku, ada satu ketika dia beranikan diri memang tu hasrat dia.

Selama setahun lebih kami kenal dan mesej jarang kami isukan hal peribadi,

Ada sekali, sorang junior join kami lepak makan, junior ni meluahkan isu-isu peribadi dia, hal parents dia bercerai, hal dia berdendam dengan family ayah dia etc, junior ini takut nak kahwin sebab tengok parents dia yang ada isu sampai bergaduh family.

Dan dari situ la aku dan N buka juga cerita tentang kami. Kami buka cerita bukan nak buka aib, Cuma nak junior kami ni “lihat” keliling dari sudut yang berbeza dan jadi berani.

Aku cerita kenapa aku bercerrai, macamana aku bina balik hidup dan semangat aku lepas cerai etc.

N pula dia bercerita tentang wife dia, wife dia anak orang kaya, dia budak flat yang dari kecik susah tetiba kawin dengan keluarga kaya. Dia bina sendiri bisnes dan kekayaan dia sendiri tanpa harap harta family wife dia.

Dalam pada bercerita isu masing masing, terbuka cerita tentang perempuan idaman, oh, junior kami ni lelaki.

N pun bagitau perempuan idaman dia, dan dia memang dari umur 18 tahun bercita cita kahwin 2. Aku terus tanya “kenapa nak kena kahwin 2?

Semua dah ada, wife, anak, rumah, kereta, bisnes, kerjaya..” Dia jawab “Sebab saya LELAKI”. Aku terdiam.

Dan ciri ciri perempuan idaman dia tu semuanya menjurus ke aku. Aku buat buat bodo lagi.

Aku ada juga sorang kawan perempuan janda anak satu, (yang ni tak de kena mengena dengan kawan aku F tadi tu).

Kawan aku ni aku namakan A, dia ni daring, lawa, bergetah. Tak macam aku la, jenis lepak kedai mamak, pakai pun selebet je, join aktiviti outdoor masuk kuar hutan etc.

Dengan dia, aku bagitahu aku berkawan dengan suami orang iaitu N. Kawan aku ni memang terus terang cakap dengan aku, taste dia memang suami orang.

Tersentak aku masa mula mula dia mengaku. Dalam hati “ada juga perempuan macam ni ya..”. tapi aku tak nak judge terus, aku tanya kenapa semua.

Dia bagitahu “kita ni sama je. Kita perempuan yang ada kerjaya, kita tak perlukan harta dari laki lain pun, kita dah ada semua tu.

Aku nak juga ada masa lepak dengan kawan kawan, join aktiviti yang aku suka, aku tak mau terstuck layan suami saja.

Time dia dengan dengan wife pertama or kedua dia, pi la, aku boleh kuar lepak dengan kawan kawan.

Tapi kita ni perempuan, still nak ada sorang lelaki yang kita boleh berkasih sayang dan bermanja.” Aku terdiam lagi.

Dia tambah “Kau tak payah risau or pikir banyak, lets follow the flow, kita beza dengan perampas, kita tak mahu rampas pun, kita tak nak suami orang ni tinggalkan family depa pun, kita cuma nak berkongsi, kalau dia mampu, go on…. Bab bini bini depa tu, biar depa yang uruskan”. Aku hanya mampu gelak kecil.

Guys, aku tulis ni bukan nak suruh korang sokong aku yang berkawan dengan suami orang pun. Korang tak kenal aku pun, tapi ini lebih pada perkongsian “mindset”.

Kadang kadang aku kesian jugak kat kawan kawan yang yang berp0ligami ini. Habis semua kena kecam.

Aku? Setakat ini, aku belum ada hati nak kawin lagi. Dan pada masa yang sama aku masih juga cuba bukakan hati untuk kenal lelaki lain, bujang, senior sekolah aku.

Setiap kali baca tentang p0ligami, perampas, of course la aku terasa jugak. Tapi bab hati ni susah nak cakap.

Korang mesti akan kecam aku bab ni kan. “hati tu mainan setan” . “Kau yang menggedik layan suami orang.” “Tu semua nfsu yang akan makan diri” etc.

Terpulang, aku hari hari berdoa supaya kami tak melampaui batas, dan sekiranya dia memang jodoh yang Allah ciptakan untuk aku, aku doa dipermudahkan dan diterima oleh semua.

Kalian bersyukur la kalau dapat pasangan yang betul2 memahami kalian, yang sentiasa ada susah senang bersama kalian, tapi jangan terlalu kuat kecam sekiranya kalian tak berada dalam “kasut” orang lain.

Bukanla aku dah buat keputusan nak pilih lelaki orang ini, dan reject yang bujang.

Tidak, aku masih memberi ruang pada kedua duanya. Dan aku juga masih bagi ruang pada diri aku untuk terima orang lain.

Korang pernah tengok drama korea “On The Way to the Airport”. Aku dan N lebih kurang macamni, bezanya aku dah single.

Dari awal awal aku kenal N, kami tak penah buka aib pasangan masing masing. Dan dia sentiasa ada bantu aku walaupun gred aku lebih tinggi dari dia.

Ok, cukupla kot sampai sini. Aku tak nafikan ada keluarga yang berpecah belah sebab p0ligami ini, yang ini terlalu banyak kita dengar kan?

Tapi agak tidak adil untuk kita pukul rata semua. Itu aku belum lagi cerita kenapa kawan kawan laki ada hasrat kahwin lain. Yang wife psyco macam macam pun ada. Cuma aku tak mahu aibkan golongan sendiri.

Oh ya, lastly, lelaki ni sebenarnya dia ada hasrat nak kawin lebih tu sebab bila tengok kawan kawan lain berjaya kawin lebih.

So, perempuan, kalau tak nak laki korang kawin lain, jangan bagi laki kau rapat sangat dengan kawan lelaki dia yang berjaya kawin lebih. Hahahahaha. Ini dari pemerhatian aku juga.

Doakan aku ok dan sentiasa happy dan kita semua dihindari dari perkara perkara yang boleh membawa kemungkaran. Termasuklah kemungkaran memcerca dan menghina orang. Kita doakan saja yang baik-baik.

Sekian.

Reaksi Warganet

Wan Nurfatin –
Kawen time anak anak masih kecik tu aku tak setuju sangat. Ayah aku kawen sorang lagi masa aku kecik emosi terganggu weh.

Walaupun aku kecik aku faham perasaan kehilangan. Ko jgn nk pandai2 ajar org kawen time ank2 masih kecik..terseksa jiwa raga budak2 xcukup kasih syg..perasaan memberontak tinggi giler..perasaan nk buat hal utk tarik perhatian mak ayh melampau2..ko jd kecik balik, suruh ayh ko kwen lebih sorg tengok apa ko rasa..pandai2 jer judge budak akan okay, akan terbiasa mmbesar dgn 2 mak..🙄

NuRaz Wan –
Sy ada 2 saudara terdekat yg bermadu ni.. pd sy cara betul utk bermadu, hak isteri pertama tak bolh dikurangkn ,apa lg diberi pd isteri kedua..jd dlm hal ini, org lelaki mesti ada lbhan rezeki, baru bolh tambah cawangan..Klu nak tambah isteri, tp nafkah isteri yg ada pun tak berapa mampu nk penuhi, mmg tak layaklh utk khwin lbh..Apa lg ,klu cari yg bekerjaya sbb anggap yg itu mampu sara diri sendiri.

Mujahidah Ansarullah –
Saya ada kenal dgn seorang lelaki, baik, soleh, ada rupa, sangat menjaga diri dan dia pernah bagitahu yang dia jenis one-person type. Means dia hanya mencintai dan mengahwini seorang isteri sahaja.

Kerana dia mencintai isterinya itu dengan kecintaan yang sangat mendalam.

Info ni saya dapat 18 tahun yang lalu. Dan dia masih sama, seperti kata-katanya.. saya pasti ramai lelaki2 sebegini cuma tidak direveal pada orang..

Norsilawati Jaminam –
Cerita bab poligami ni memang ramai yang akan triggered..isu panas..kalau betul cara nak mulakan poligami tu insyaAllah bahagia..mampu dari segala segi, mohon melalui mahkamah bukan nikah kat sempadan senyap-senyap..pastu adil pada isteri-isteri & anak-anak..jangan reti buat anak je tapi tanggungjawab kat anak tu serah sepenuhnya kat isteri-isteri..

Tapi satu je la nasihat kat TT..kalau tak ada niat nak kawen dengan N tu, tak payah la layan beria sampai mesej siang malam..N tu suami orang yang ada tanggungjawab..biar dia jalankan tanggungjawab dia untuk anak isteri diluar waktu kerja dia..sebok layan mesej ko ada bini dia je kena layan makan, pakai, cebok berak anak diorang..kalau betul ko nak kawen dengan dia bagitau la isteri pertama tu..ni kawan sampai bertahun konon jaga ikhtilat..

Sumber – Q (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *