Bini cepat panas. Bila teruk kena, aku lari jerit dlm kereta. Silap aku pendam, aku mula rasa sesuatu

Foto sekadar hiasan

Pasangan Panas Baran

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hi semua. Saya Encik K, berumur 30 an dan mempunya anak 3 orang dan sudah berkahwin selama 10 tahun. Saya berkerja di utara tanah air dan isteri adalah penjawat awam.

Saya sangat memerlukan bantuan kalau ada sesiapa yang pakar dekat sini. Masalah saya adalah isteri saya seorang yang panas baran.

Kami selalu bergaduh disebabkan hal hal yang kecil saja, yang boleh berlarutan sampai berhari hari hingga lah berbulan bulan.

Dalam seminggu mesti ada “cooling war” dari isteri saya sebab benda yang sangat remeh temeh.

Contoh paling mudah hal yang kecil isteri saya marah, bila kami hendak keluar beli barang basah, dan isteri saya suruh pergi ke pasaraya Aeon pukul 10 malam, dan saya cakap Aeon biasa pukul 9.30 dah siap siap nak tutup.

Then, dia akan trigger dan marah cakap saya tak pernah nak dengar cakap dia padahal saya memang tahu Aeon memang tutup.

Selalu kalau jadi macam ni, walaupun saya di pihak yang betul, saya terpaksa ikutkan jugak pergi ke Aeon tu dengan berharap Aeon memang tutup.

Kalau tutup saya selamat lah dari kena marah, tapi kalau tiba tiba pasaraya tu bukak, memang teruk la saya kena marah.

Bila 3, 4 tahun dah jadi macam ni, saya mula berhati hati bercakap dengan isteri. Saya tidak boleh argue atau question apa apa dari dia, saya hanya kena ikut saja apa yang keluar dari mulut dia.

Sehingga perbualan normal sudah menjadi tak normal, bila saya sendiri rasa saya berbual dah tak mesra dan rasa awkward sebab saya kena berhati hati tak nak bagi dia trigger dan marah.

Dan bila saya jarang bercakap sebab asyik kena marah, isteri pulak marah saya cakap saya dah kurang bercakap dengan dia, cakap saya selalu tengok tv saja.

Sedangkan bila bercakap dengan dia, selalu akan ada point yang trigger dia untuk marah walaupun saya dah cuba berhati hati.

Marah dia bukan marah biasa, walaupun benda simple macam kes Aeon tu, dia akan bagi cooling war dekat saya berhari hari sampai dia sendiri rasa nak bercakap dengan saya.

Dalam keadaan cooling war tu, saya masih layan dia seperti biasa. Cakap baik baik tapi dia tetap akan jawab dengan kasar.

Benda ni akan stop bila dia sendiri rasa sejuk hati, tapi benda ni ambik masa lama, kadang kadang sampai berbulan pun ada.

Pada awalnya, saya lebih kepada memendam sebab saya tak mahu jadi lagi teruk. Kalau saya argue lagi, nanti dari cooling war dua tiga hari akan jadi seminggu atau lebih lagi.

Tapi, saya silap, saya sepatutnya bagitahu saya tak suka bila asyik kena marah benda benda yang tak sepatutnya kena marah, saya hanya pendam dan cuba melupakan.

Tapi tak sangka ia menjadi barah dalam diri saya. Sikit sikit timbul rasa benci terhadap isteri saya.

Dulu, apabila kena marah, saya rasa sedih, tapi sekarang saya mula rasa benci sangat. Saya rasa saya dah tak boleh hidup begini, hubungan ini sangat t0ksik.

Saya pernah sekali meluahkan kepada isteri, tapi akhirnya saya dipersalahkan kerana saya yang dituduh tak faham perasaan dia dan saya yang trigger amarah dia.

Sejak hari tu, semua nya saya pendam saja sampai menjadi barah. Bila saya kena marah, saya akan masuk kereta, saya akan jerit kuat kuat dalam kereta sorang sorang nak lepaskan kemarahan dan kebencian saya.

Saya sudah tak nak hidup begini. Tetapi apa yang menghalang saya adalah saya terlalu sayangkan anak anak, saya tak boleh nak hidup tanpa mereka.

Tapi saya tak nak jugak hidup seperti ini, hanya jadi mangsa amarah orang lain, sampai perasaaan saya, amarah saya, penat saya, saya hanya mampu pendam sendiri.

Saya nak berpisah tapi saya tak mampu hidup tanpa anak anak. Inilah dilema terbesar saya, 10 tahun saya bertahan kerana anak anak.

Saya percaya mesti ada follower akan cakap isteri jadi macam tu sebab isteri yang buat semua dalam keluarga.

So far, saya setiap bulan tak pernah miss bagi nafkah rm650 untuk dia.

Dan semua perbelanjaan kelauarga ditanggung sepenuhnya walaupun isteri saya juga berkerja. Duit gaji dia semuanya milik dia, dan saya bagi tambahan nafkah wang rm650.

Setiap hujung minggu kami akan keluar berjalan jalan dan makan semua di luar, dan kadang check in hotel dan pergi bercuti ke seluruh negeri dalam Malaysia.

Mohon bantuan pakar apa yang patut saya buat. 10 tahun macam ni, saya rada sangat sakit tapi sakit yang tak boleh diubati.

Sehingga saya selalu membayangkan lebih baik saya kemalangan saja setiap kali saya memandu ke tempat kerja.

Selama 10 tahun hidup, tak sampai 5 kali pun dia mintak maaf dengan saya. Tapi saya punya side dah beratus kali saya mintak maaf dengan dia, minta maaf tanpa saya tahu pun apa salah dia bila tiba tiba kena cooling war.

Saya tak berniat mengaibkan sesiapa, tapi saya betul betul perlukan pertolongan, tiap masa rasa asyik nak menangis saja.

Terima kasih..

Reaksi Warganet

Dee Ya –
Cara untuk tangani isteri macamtu, awak kena luahkan kemarahan awak pulak. Nak bagi isteri sedar kesilapan dia.

Contohnya dia suruh pergi Aeon pukul 10 malam. Awak pun pergi dengan dia.

Bila sampai dan tengok Aeon tutup, awak membebel dan marah dia sebijik macam dia selalu marah awak.

Marah lah dengan meletup dan meluap luap. Lepas ni dia akan jadi takut pula dengan awak…. Percaya lah. Sebab benda macam ni saya dah praktikkan.

Kalau awak buat silap dia marah marah, kalau dia buat silap, awak kena marah dia. Tiru semua stail dia. Baru namanya buku bertemu ruas.

Zarina Zack –
Faham perasaan confessor. Aruwah bapa saya dulu macam tu. Benda kecik boleh buat dia marah.

Contoh sebab tak jumpa barang, dan aruwah bapa wajib marah seminggu sekali. Kalau tak mungkin jiwanya tak tenang.

Tapi mak saya sabar sepanjang perkahwinan walaupun nampak jelas dan ketara mak tertekan bila selalu jadi mangsa kemarahan arwah bapa.

Terpulanglah pada confessor nak buat apa sebab confessor lelaki banyak pilihan boleh di buat.

Kalau perempuan berada dalam situasi confessor, Kena sabar sampai salah seorang mati

Wan Teh Aya –
Ya betul silap awak. Dari awal lagi awak berdiam sampai isteri awak dah naik lemak.

Berdiam pada isteri awak memang awak salah dan salah awak. Makin lama isteri awak makin naik tocang.

Awak nak berpisah tapi terhalang sebab sayangkan ank. Rasanya awak tak kan dapat tinggalkan isteri awak sebab dia tahu kelemahan awak. Isteri awak akan gunakn anak anak untuk awak kekal dengan dia.

Saya simpati dengan awak.

WN Azlini –
Rasa dia dah hilang hormat pada encik. Mungkin encik kena terus terang sambil menangis depan dia.

Beritahu dia untuk berubah atau encik terpaksa lepaskan dia. Kena bagi dia sedar yang encik pun ada perasaan untuk dijaga, bukan dia seorang je ada perasaan.

Orang perempuan ni kadang kadang dia take things for granted sebab suami baik smpai dia pijak kepala.

Satu lagi, baca ya latif 100x everyday sambil minta Allah lembutkan hati isteri.

Noorul Izzah Marzuki –
Kesiannya. Cuba solat berjemaah sama sama. Lepas solat, salam dan bermaafan, tak kiralah tengah bergaduh atau tidak.

InshaAllah lama lama akan lembut hati, baik suami atau isteri. Bergaduh itu normal, tapi jika terlalu kerap/ambil masa lama nak berbaik, itu tidak normal.

Baca al fatihah sambil tiup/sapu di ubun ubun isteri, doa agar dilembutkan hati.

Atau baca mana mana ayat di bawah ini, selepas solat, atau sapu di ubun ubun untuk lembutkan hati pasangan dan kuatkan ikatan InshaAllah.

Surah Al-Syura (ayat 19)
Surah Taha (Ayat 1-8)

Surah Taha (Ayat 39)
Surah Ali-Imran (Ayat 31)

Surah Al-Qadr
Surah Al-Insyirah

Surah Ali-Imran (Ayat 200)
Surah Yusuf (Ayat 4)

7 Zikir (Ya Latif, Ya Rahman, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Rahim, Ya Waddud, Ya Jabbar)

Niat dan doa pada Allah SWT agar pasangan sejuk dan lembut hati. Wallahualam.

Sumber – Encik K (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *