Foto sekadar hiasan
Wahai Isteriku (Versi Aku)
Assalamualaikum semua… sekadar nak luah… baru ni aku baca kisah ‘wahai isteriku’ dari Joe (Klik link di bawah).
Sjk 4 thn lps, tiba2 bini berubah. Malu katenye. Bila dia tersedar aksiku hambar, cpt2 dia berlakon
Sedih aku baca semua kecukupan untuk bini Joe dah beri tapi bab ‘bi0logical needs’ Joe sendiri tak terbayar balik oleh isterinya.
Aku pulak nak cerita tentang isteriku yang tercinta 11 tahun dah kawin, anak 2.
Kenal masa aku habis belajar. Isteriku berniqab, pemalu takut dengan lelaki. Tapi aku ni pulak jenis buaya, mestilah nak try.
Bukan senang nak dapatkan dia. Banyak aku contact rakan kerjanya lebih dari aku contact dirinya. Dapat tackle pun setahun kenal terus nikah.
Usia pernikahan aku sebulan, aku dapat tahu yang isteri aku ni addiicted dengan self-pleasure. Katanya sebab dia pernah disentuh sejak usia 9 tahun. Rakan sekerja ayahnya sendiri yang sering datang ke rumah lepak dengan ayahnya.
Walaupun isteri aku mengaku dia masih dara, tapi dia dah pernah merasa 0rgasmic pleasure sejak usia yang terlalu mentah dari tangan lelaki tua takguna yang masih hidup dan bebas diluar sana.
Seolah olah tiada apa yang pernah dia lakukan terhadap isteriku. Siap kadang beraya dengan ayahnya tanpa pengetahuan keluarganya sendiri.
Pernah ku tanya kenapa tak report sahaja. Dia kata dari usia 9 tu sampai lah dia usia 12 hampir setiap minggu dapat sentuhan yang dipujuk lelaki durjana tu berkata ‘ini sentuhan kasih sayang, tolong rahsiakan lah ya.. jangan bagitahu sesiapa’
Anak anak aku sekarang baru usia 8 dan 6. Aku faham sangat apa maksud isteri aku. Kalau kita pujuk anak kita dengan cara baik, ajaran sesat pun mereka akan percaya, isteri aku pulak masa tu umur 9 tahun.
Alhamdulillah sekolah menengah dia masuk sekolah asrama agama. Dia baru tahu kesalahan perbuatan lelaki durjana tu. Jadi zaman sekolah menengahnya dia terlindungi jauh dari rumah.
Tapi kelemahannya sering dikaitkan dengan diri yang sudahpun kotor dan rosak walhal kawan kawan nya semua suci bersih bak malaikat.
Dan menganggap dirinya seperti binatang.
Habis sekolah dia ambil sijil pendidikan awal kanak kanak, terus kerja jadi cikgu pre-school. Comel sangat dia. Islamic pre-school tingkat dua, jadi sebelum kerja aku lalu tepi taska tu breakfast dekat kedai mamak tingkat bawah.
aku nampak dia. Comel berniqab. Sanggup hari hari aku makan breakfast kedai sama sebab nak cuci mata. Hari hari tackle ajak borak. Mulalah berkenalan dengan semua cikgu cikgu pre-school sana.
Lama lama alhamdulillah dapat kawin. Banyak sangat kelemahan emosi dia yang terluka sampai harini.
Awal awal kawin dia hari hari makan roti sahaja. Breakfast lunch dinner. Roti tanpa apa apa lain. Kosong. Katanya nak jimat duit. Padahal sebenarnya dia ada appetite dis0rder.
Aku betulkan bini aku. Dulu underweight aku suap jadi normal, tukar makan sedap sedap. Takmo roti je. aku banyak bawak jalan jalan.
Setiap kali sama sama dapat cuti walaupun 1 malam kami berdua pergi cuti jauh jauh. Pergi pantai, pergi homestay tapi tasik, pergi hutan.
Biar dia sibuk dengan reality, bukan lari nak 0rgasm je.
Dia tak suka make-up. Katanya dirinya terlahir cukup hodoh, buat apa nak make-up. Tapi kalaulah dia boleh nampak dari mata aku yang dia dah cukup comel.
Kenapalah dia rasa macam tu. Rupanya sebab pakcik takguna tu sering pujuknya begitu ‘tak cantik takpa, yang penting pandai melayan sentuhan kasih sayang’. Sumpah aku rasa nak bnuh mamat sial tu.
Aku nak bagi dia confident dengan dirinya. So aku saja pujuk dia pakai basic facial care, macam cleanser, moisturizer, blusher. Awalnya dia taknak katanya nak jimat duit.
Aku pun saja beli skali dashing men punya set konon aku titik berat bab facial. Bila aku buat, baru dia ikut. Semua benda sama sama. Alhamdulillah memang makin happy.
Tapi tulah… ada timing dia, bila down mesti nak layan solo lagi.
2 tahun pertama kami merancang, aku betulkan cara pemikiran dia yang dulu ‘bila down nak pleasure diri berjam jam’ bila stress nak lari reality masuk alam khayalan sendiri. Dia terlalu addiicted dengan self-pleasure.
Dan semestinya her self-pleasure is as important as mine. Aku betulkan instead berjam jam nak pleasure.
Aku ajar dia bersweet-sweet pun dah mencukupi. Aku larang dia bersendirian. Semua benda kena buat sama. Masak sama sama, mandi sama sama, makan sedap sedap sama sama.
Ada masa aku ajak puasa sama sama, alang alang tu boleh lah aku pun ganti puasa yang aku banyak ponteng zaman sekolah/kolej dulu. Dia taat sahaja.
Aku takut kalau dia bersendirian dia jadi dirinya yang lama balik.
Alhamdulillah 2 tahun tanpa anak, aku betulkan caranya dan dia tak pernah merungut. Dia makin happy dengan reality, tak perlu lagi dia berfikiran untuk lari ke self-pleasure dia yang tak menentu.
Dah ready untuk ada anak barulah kami berdua family planning.
Alhamdulillah, dapat rezeki anak pertama dan kedua yang jarak usia 2 tahun. Aku tetap larang isteri aku untuk berhenti kerja sebab dia tidak mahu sendirian menjaga anak katanya.
Aku setuju. Habis pantang hantar ke taska. Dia kerja aku kerja. Balik kerja kita urus keluarga sama sama.
Aku pernah diberi peluang naik pangkat dan kerja di ibu kota pun aku tolak sebab aku taknak tinggalkan masa masa istimewa aku bersama isteri untuk besarkan anak kami. Keluarga kecil kami cukup bahagia.
Ujian besar hubungan kami diuji apabila negara ditimpa c0vid dan work-from-home. Isteriku cikgu pre-school, terpaksa duduk rumah bersama anak anak.
Aku pulak tetap jalankan kerja aku keluar jam 8-5. Baru ku sedar dirinya tiada me-time bila dia dah tak kerja tapi fully hadap anak sahaja.
Dia mula relapse. Aku prasan dia kurang happy, nampak penat, asyik tidur, tak semangat, 4 bulan pertama c0vid makin teruk isteri aku jadi.
Tak nak masak kalau aku takda untuk masak sekali. Tak nak makan kalau aku tak suap atau makan sama sama.
Anak anak dah umur 4 dan 6 masa tu pun di ajak tidur dan beri susu badan sahaja. Kalau anak tidur dia kuncikan diri di toilet atau di bilik lain untuk self-pleasure.
Balik kerja, dia sendiri yang beritahu menangis nangis nak aku. Ntah kenapa walaupun bukan curang dengan lelaki lain.
Aku sebagai suami hancur hati bila dia boleh nak berseronok tanpa aku. Usaha aku bertahun tahun nak betulkan dia tak berhasil ke?
Dia tak nak jadi dirinya yang dahulu, dia tahu aku sorang yang boleh bantu. Tapi keadaan kali ni tak menentu. Bukan aku mintak nak berjauhan demi sesuap nasi keluarga kecilku.
Dia kasihan dekat anak anak dan tak henti menyalahkan diri cakap. ‘Kenapa lah anak anak tak bersalah ni dapat mama macam ni, mama yang kotor dan jijik suka layan nfsu. Mama benci diri mama, elok anak anak mama dapat mak lain’.
Masa ni aku dah limit aku, ntah nak rasa sedih, kecewa, ataupun marah.
Overthinking nya terlalu menyakitkan bukan setakat dirinya, tapi juga menyakitkan aku dan keluarga. Tetap nak cakap diri yang salah, diri yang hodoh, kotor, gemuk, macam macam. Salahkan diri.
For the first time in my life. Aku tampar isteri aku, baru dia diam dari kata kata negatifnya. Aku yang separuh sedar dengan perbuatan aku terus peluk dia kuat kuat walaupun dia tolak sebab baru kena tamparan 150km/j.
Bila dah waras sikit, aku bisik ‘jangan macm ni sayang. Abang berhenti kerja teman sayang ya, kita cari solution macam mana’. Baru dia peluk aku balik. Padahal dalam hati, habisla aku nak makan apa anak anak nanti.
Peluk je lama lama. Setengah jam menangis meraung. Anak anak datang join menangis sekali peluk ramai ramai.
Aku ingat lagi malam tu aku usahakan juga masak ayam goreng crispy dengan sambal hijau favourite dia. Makan suap suap dengan anak anak.
End up. aku tak berhenti kerja pun. Aku cuti tanpa gaji atas alasan peribadi. Budget simpanan aku boleh bertahan paling laing sebulan.
Alhamdulillah company lulus kan sebab c0vid memang ramai orang yang di berhentikan atas alasan ekonomi merudum.
Ujian bertubi tubi sebulan aku cuti terus dapat surat berhenti pulak… Allah… syukur banyak bantuan bakul makanan dan orang surau sering hantar makanan dan pampers budak.
Siapa sangka duit aku bajet sebulan tau tau cukup empat bulan.
dan keluarga kecil aku cuti lama dengan macam macam aktiviti yang dibuat termasuk self-improvement.
Kami berdua banyak layan youtube ceramah laki bini bahagia, layan didi and friends, omar hana, ajar anak sama sama. Buat macam preschool sendiri di rumah.
Aku happy sangat tengok isteri aku makin kembali normal. Kalaulah dia nampak betapa dia sempurna dan comei cantik bila mengajar anak kecil dengan cara nya yang penuh penyabar. Aku pulak standby hanger je kot kot anak buat perangai.
Sekarang 2 year later, dah boleh back to norm. anak dah 8 dan 6. Aku dah dapat kerja lain dia pun dah balik ke preschool nya.
Gaji tak banyak takpe yang penting cukup makan untuk diri dan keluarga dulu. Harap harap aku dan isteri stabil macam dulu yea..
Oh isteriku. Masa lepas tak boleh ubah, sayang. Tapi please, duduklah di dunia reality sekarang dan masa akan datang bersama dengan abang dan anak anak. Abang ikut sedih kalau pemikiran ayang tetap ada kat zaman zaman kena c4bul dulu.
Kita make it work okay? doakan untuk kami ye…
XOXO, Apit
Reaksi Warganet
Kak Ain –
Tak boleh tampar di muka. Nabi larang.
Rasa macam aunty nampak masalah awak ni. Isteri nak suami puaskan mengikut cara yang dia suka dan cara yang dia bayangkan, barulah selesai bagi dia. Sekurang kurangnya untuk masa itu.
Mungkin dia terlalu malu untuk nyatakan. Usaha usaha lain secara psychology tu aunty puji awak.
Norazimah Mustapha –
Penyabarnye.. aku yang baca ni pun rasanye tak kuat (dah mula geram bila isteri memilih untuk ‘relapse’ daripada meneruskan apa yang dah dbentuk suami)…
Sebab tu lah talak dekat tangan suami, bukan isteri.
Kalau aku, (dengan pemikiran seorang perempuan ni..) nak tinggalkan je dengan negative thinker dia tu. Tapi salute, tt ni penyabar..
Purplelove Tussils –
boleh bawa jumpa psikiatri mungkin boleh bantu kawal addiiction. Tahniah sebab jadi husband yang penyayang.
Cuma tula lepas ni jangan tampar bini. Takut makin trauma bini awak dengan lelaki. Apa apa saya doakan moga dipermudahkan urusan suami isteri
Sumber – Apit (Bukan nama sebenar) via IIUMC