“Nenekku Mertua Ibuku”. Lps kena uji, dah 10 thn maklong xbalik jenguk nenek. Ibu xdpt lari, turut terkena

Foto sekadar hiasan

Nenekku Mertua Ibuku

Assalamualaikum semua..

Sepertimana yang tentera pada tajuk, saya merupakan cucu kepada nenek A (nenek A merupakan isteri pertama Atuk). Tapi bukan itu yang saya nak ceritakan.

Ceritanya bermula begini.

Nenek saya seorang yang cerewet dalam memilih pasangan anak anaknya. Nenek saya mempunyai 6 anak lelaki, 1 perempuan. Ayah saya anak ke 2.

Ceritanya bermula apabila paklong saya menyatakan hasrat mahu berkahwin. Selepas berkahwin, nenek saya menguji cara maklong saya.

Termasuk cara melayan dia, memasak ikut tekak dia, melayan suami, membantu mengemas rumah. Kalau maklong saya masak tak ikut tekak dia, dia akan buat muka dan kutuk pada anak anak nya.

Ada satu masa, maklong saya masak kan lauk ayam gulai (sebab nenek saya teringin gulai). Semasa makan bersama, nenek saya tak habiskan lauk nya.

Bila ditanya, kenapa tak habiskan, dia kata dah kenyang. Tahu tahu dia buang sisa makanan tu di tong belakang. Nenek saya cerita pada anak anak nya, maklong saya tak reti masak, masin sangat dan pekat.

Mak long kecil hati bila dapat tahu daripada makcik saya (yang merupakan anak kepada nenek saya). Tapi masih bersabar dan teruskan mengambil hati nenek saya.

Tetapi, hati wanita sampai bila boleh bertahan bukan? Lagi lagi kesalahan kecik yang dilakukan itu tak ditegur depan depan malahan dikutuk pada anak anak nya, menantu lain, adik beradiknya dan kadang kadang jiran jiran yang bertandang ke rumah jugak disebarkannya.

Maklong saya dapat tahu dari orang sekeliling. Jadinya, sejak itu dia merajuk dan berazam tak mahu balik ke rumah nenek saya untuk beraya atau melawat lagi.

Lebih 10 tahun dia tidak jenguk nenek saya. Kadang kadang paklong saja yang datang. Dengan alasan, maklong sibuk bekerja. Nenek langsung tak kisah. Asalkan dia boleh lihat cucu cucunya di kampung.

Ok, habis cerita tentang maklong.

Ayah saya (pakngah) juga mengalami perkara yang sama. Nenek saya tidak restu ayah berkahwin dengan ibu. Tapi disuarakan selepas mereka berkahwin.

Ibu saya seorang career woman. Bekerja dalam sektor korporat sama seperti ayah. Jadi, kami adik beradik dibesarkan oleh bibik. Bila bila balik kampung untuk beraya, bibik akan ikut sekali untuk tolong nenek juga.

Nenek saya bila dapat kawan (bibik), suka lah dia. Nenek saya pernah cadangkan untuk nak menjodohkan bibik dengan ayah saya sebagai istri kedua! Merepek kan?

Nenek ada mengutuk ibu pada bibik. Nenek juga bertanyakan perihal perangai ibu di rumah yang tidak mengendahkan anak anak nya dan fokus kerja setiap hari.
Dia gunakan informasi itu untuk mengumpat pada adik beradik ayah dan menantu menantu dia.

Ibu dapat tahu dari bibik sendiri dan biras biras lain. (Biras biras ni semua satu geng, tak suka nenek saya. Apa apa gosip, mereka akan share bersama)

Ibu sakit hati dan merajuk tak mahu balik ke kampung melainkan hari raya (itupun kalau tahun tu turn ayah sahaja).

Setiap kali ayah mahu menjenguk nenek di kampung, ibu saya kata, “pergilah awak dekat ibu kesayangan awak tu. Tak payah bawak ramai ramai anak pergi sana. Seorang dua je”

Banyak kali kami dengar ayat tu dari ibu. Secara tidak langsung kami pun terkesan dengan kata kata ibu.

Tiap kali ayah ajak antara kami pulang ke kampung, kami bagi alasan nak ikut ibu. Kalau ibu tak pergi, kita semua tak pergi.

Ibu juga banyak memerli nenek dirumah saya jikalau ayah hendak melawat kampung.

Pernah satu ketika ibu berkata, “tak guna kalau mak awak solat sunat banyak, tapi banyak mengumpat menantu menantu”, “hubungan dengan manusia kena jaga, bukan hubungan dengan Allah saja”, “ibadah jaga, mulut tak jaga, tak guna juga” dan lain lain.

Dengan perlian ibu ini la kami dapat connect the dot dan mengambil iktibar dengan perkara ini. Kami jadi benci pada nenek sebab banyak mengata ibu dan makcik makcik lain.

Oh ya, bukan maklong dan ibu saya saja yang kena begini dengan nenek. Semua menantu dia buat macam tu. Sampai lah semua menantu tak mahu balik ke kampung disebabkan perangai toksik nenek saya.

Kesan nya kepada family saya ke hari ini, kami tidak rapat dengan nenek. Dan nenek jarang dapat kumpulkan anak anak cucu datang ke kampung pada hari raya kerana makcik makcik saya tak betah dengan perangai toksik nenek.

Saya pun jarang jumpa sepupu sepupu kerana mereka lebih meluangkan masa dengan keluarga belah ibu mereka. Hubungan kami dengan sepupu sepupu lain rengang.

Setelah melihat semua perkara berkait ni, saya bertekad untuk mencari pasangan yang baik keluarga nya. Yang meraikan kehadiran saya, yang tidak judge apa apa yang saya lakukan dan menegur sekiranya saya melakukan kesilapan.

Sekarang nenek saya sedang tenat. Pakcik pakcik saya mula melawat semula dan membawa istri dan anak anak nya sekurang kurangnya setahun sekali. Tapi masih ada jurang antara nenek dan cucu cucunya.

Semoga dengan cerita ini dapat memberi pengajaran kepada semua ibu ibu dan mertua mertua diluar sana.

Terima kasih.

Reaksi Warganet

Junaida Abdul Jalal –
Inilah yang sangat ditakuti. Hati kita ni mudah bolak balik. Selagi namanya manusia, memang tidak lekang dari membuat kesilapan.

Sebagai orang tua, kita juga pernah merasa muda, pernah buat macam macam kesilapan. Dari kesilapan itulah kita belajar menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya.

Saya berdoa setiap hari agar Allah tetapkan hati saya untuk menjadi seorang ibu mertua yang disayangi menantu menantunya kelak. Hidup ini terlalu singkat, banyakkan berkasih sayang, buang jauh perasaan ego dan utamakan keharmonian dalam kekeluargaan.

Faranisyah Hakim –
Kisah macam ni saya akan ambil iktibar sebagai ibu. Mesti anak anak pun sedih kalau pasangan dan anak anak tak mahu balik menziarahi kita kan. Nauzubillah…

Saya harap kelak, kalau panjang umur dan sempat terima menantu, semoga harmoni lah hubungan kami.

Macam mak saya, rapat dan sayang sangat dengan menantu. Menantu pun baik, selalu bagi hadiah, tak kekok balik kampungg. Kan bagus macam tu.

Wan Norlihar –
Salah maknya juga jangan tanam kebencian tu pada anak anak, baik buruk itu nenek mereka. Air yang dicincang tak kan putus.

Macam mak saya jugak dapat mertua yang cerewet iaitu nenek saya tapi tak pernah tanamkan rasa benci pada anak anaknya. Balik kampung macam biasa dan hadap saja kerenah ibu mertua sehingga ke akhir hayat.

Tiada pun rasa benci pada nenek walaupun nenek memang suka membebel. Hasilnya mak saya dapat banyak ilmu yang dipelajari dari mertua dia dari segi memasak. Memang menantu dulu jiwa sangat kental.

Tun Syafiqah –
Sebab mulut. Ya. Tapi zaman sekarang modern bukan kerana mulut jugak. Kerana tangan gataii mengutuk dekat WhatsApp. Pakat pakat kecik hati para menantu tak nak jejak rumah mentua.

Buatlah ayat macam mana pun sekali dah tawar hati sampai bila bila meluat nak jejak. Bahaya ya bila dah terguris hati ni.

Sumber – Fiza (Bukan nama sebenar) via IIUMC Plus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *