Sjk 4 thn lps, tiba2 bini berubah. Malu katenye. Bila dia tersedar aksiku hambar, cpt2 dia berlakon

Foto sekadar hiasan

Wahai Isteriku

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini adalah sekadar luahan seorang suami kepada isteri.

Kami bernikah suka sama suka, menghampiri 10 tahun dah.

Aku bekerja profesional di menara KLCC. Isteri pula suri rumah sejak tahun ketiga bernikah, atas pilihan sendiri.

Kami mempunyai 3 orang anak.

Pada dasarnya, saya bahagia dengan dia.

Dialah cinta hatiku, kehidupanku, kebahagiaanku, sedih dan tawaku.

Sempurna, tiada cela.

Tuhan menjadikanku seorang yang tidak cerewet makan pakai.

Dia masak tawar, aku sapu.. sedikit tak aku keji.

Balik rumah tengok bersepah, sedikit tidak aku keluh.

Malah aku tahu, anak kami sedang beraksi dan dia kepenatan melayan.

Ku ajar anak anaku untuk berkemas tolong ibu.

Hari minggu adalah hariku. Mandi anak, cuci berak, bermain dengan mereka, bawa mereka keluar untuk beri me time pada cinta hatiku, pinggan mangkuk aku basuh, keadaan luar rumah aku jaga.

Hujung bulan?

Rumah, bil, yuran, barang dapur, duit peribadi dia.. semua ku beri.

Keretaku takde sportrim baru. Dia nak bercuti, semua kuberi, shopping pun duitku, cantik rumah duitku, baju baru duit aku.

Aku tak kisah. Kerana membahagiakan keinginan dia adalah kebahagiaan aku juga. Siapa lagi nak guna duit aku kalau bukan cinta hatiku.

Satu sahaja masalahku.

Dia penat.

Penat melayan keperluan batinku.

Apakah aku tak punya hak menikmati nfsuku?

Setelah ku puaskan banyak nafsunya?

Bila aku minta, katanya penat.

Bila beraksi, mukanya kosong takde reaksi, mata pejam mengantuk. Suaranya dibuat buat, pergerakan kaku.

Katanya malu.

Bdoh apa malu dah 10 tahun.

Setiap inci dirimu sudah ku lihat.

Ya, dia tidak menikmati.

Kemudiaan bila dia perasan aku hambar, terus berlakon.

Ingat aku tak tahu.

Tidak sekali ku pendam.

Terus kucakap.

Kerana cintaku dan dia bukan terpaksa.

Jadi mengapa harus memaksa diri.

Adakah sakit? Tidak

Adakah aku busuk? Tidak

Adakah geli? Kadang

Lalu kenapa? Penat

Mungkin sewaktu weekday dia penat.

Tapi weekend ketika aku dapat membantu pun penat?

Suruh makan tak mau.

Ajak bersenam, panas katanya.

Habis aku ni tak penat?

Kurang kurang dia hidup sebagai suri dengan pilihan diri. Bukan aku yang minta.

Suka anak anak katanya dulu.

Habis kamu ingat aku suka dengan bos aku?

Dengan kertas kerja aku?

Aku menghadap benda aku tak suka 5 hari jam 9-6, jem lagi, tak ada coffe hour, minum petang.. hanya air kosong bekal aku bawak.

Dalam dunia ni, itu sahaja nfsuku.

Dompetku 5 tahun lepas beli.

Seluarku sudah 2 tahun.

Kasutku bundle.

Makanku mamak yap kwan seng sahaja.

Rkok ar4k judi tak ku sentuh,

Keretaku standard pekak.

Dan yang halal bagiku adalah dia.

Lalu aku harus apa?

Sudah 4 tahun.

Alasannya penat.

Masalahnya yang asyik dibincang adalah betapa dirinya penat.

Tak pernah dibuka tajuk nak selesai masalah penat.

Bila aku yang buka, bagai menjolok sarangnya.

Iya..

Pengurusan masa.

Cara komunikasi berkesan dengan anak.

Soalnya ketika di rumah anak anak teratur dengar kata.

Tidak ku perlu garang dengan mereka.

Semua ni bukan juga aku terus pandai.

Artikel banyak, bacalah.

Bila dah baca, komen pulak tak kena dengan situasi dia.

Ego..

Tak terima nasihat.

Bahkan itu bukan sekadar nasihat, itu adalah ilmu dari profesional.

Lalu aku harus apa?

Tidak, dia tidak curang denganku, cinta kami tulus.

Tidur kami berpegang tangan.

Biarpun hubungan hambar, kami mesra bergurau.

Duniaku adalah dia, dan akulah dunianya.

Tapi aku harus apa?

Reaksi Warganet

Hanna Emilya –
Saya mohon tt bawa isteri jumpa kaunselor, dan bawa dia berurut batin.

Ada kemungkinan isteri ada masalah mati putik. Simpati saya pada TT

p/s: kalau TT tak kenal/tak tahu mana2 tukang urut batin untuk isteri, boleh pm saya. Apa pun, jumpa kaunselor dulu yee.

Wan Zaty –
Culik bini bawak pergi bercuti. Kalau time bercuti pun dok dengan penat tak sudah, memang something wrong lah. Mati putik mungkin.

Tu je rasanya cara nak tahu wife betul betul penat atau buat buat.

Bak kata kaunselor rumah tangga, hubungan suami isteri ni ibarat nasi. Yang lain lain tu lauk.

Kot mana pun kena usahakan supaya tidak bermasalah

Mohd Nur Syafiq –
hubungan suami isteri dalam konteks yang satu ni, sangat perlukan element dynamic.

Kalau confessor tak ada masalah 2 minit atau jenis mukadimah pun 2 minit, semua sekali total 4 minit saja, boleh bawa isteri pi mana mana tempat yang dia suka tanpa bawa anak anak.

Cuba bercakap dari hati ke hati. Bukan hanya bercakap masa nak serang saja. Bila dua dua orang dah penat, saling menuntut takkan selesaikan apa apa.

Nfsu isteri/ orang puan ni selalunya melebihi kita, tapi bila terbalik camni, ada la benda tak kena tu.

Dalam hubungan kelamin pun mustahak ada komunikasi berkesan, bukan boleh main order saja.

Last, try tanya isteri tu apa confessor dah tak ensem ka

Zarina Rahmat –
-Burnout

-Comfortable being in her own bubble (maksudnya dia ingt u faham dia penat dan tak kisah takde s3xual activities, so dia carried away living life macamtu)

-Hilang nfsu due to beranak, menyusu and membesarkan anak anak kecik. H0rmones come and goes

-Lost interest with her own body sebab fizikal dah berubah. Time bujang badan kurus terletak. Dah beranak sana sini menggeleber bro.

-Lost circle of friends yang rapat. Lepas kawin selalu perempuan ni tinggal suami je jadi bff dia.

-Paling selalu, lost her old self

Solution
-Probably can give her time off. Tak kisah la dia nak tido ke nak baring main phone ke dalam rumah.

Tapi dia totally tak jadi mak, isteri that day. Only jadi diri dia. Maybe you boleh bg dia 2 days in a month time off.

Like myself I suka color rambut pergi spa buat hair treatment, pergi karaoke etc. So galakkan dia pergi la spend time for herself.

Ada anak kecik kecik ni jangan cakap la muka, badan, rambut memang tak sempat jaga. So galakkan dia start small with pergi gunting rambut ke, buat scalp treatment ke.

Call jela mane mane salon yang dekat dengan rumah u set terus appointment. So u hantar je dia buat surprise sket. Mesti dia happy.

-If she want to, she can start working so boleh start Ade new circle of girlfriends so boleh build balik her old interest such as suka makeup ke, bercantik cantim, berwangi wangi. Kadang kadang kena ada geng baru bersemangat.

-u can try to slow talk la. Gurau gurau tu other thing not a core sangat to communication in marriage. Tapi for her to open up to you is something difficult.

Probably you are not a good listener or you don’t understand her. Cuba bro. You also need to tell her to understand that you need that s3xual activities, sometimes she not understand it. Because too tired. Serious too tired.

-probably bro can try to massage each other ke hari hari. Just massage takde any hidden agenda. Sebab both kan penat. Sorang penat uruskan rumahtangga, sorang penat keje. Start small steps. Mane tau boleh sparks again.

Tapi wife u pon kene sedar, dia kena berusaha repair balik nfsu dia. Because 4 years is too long already.

Anyway, sparks in marriage makin lame boleh malap. So memang kene do something la to spark it again. Kene discuss jugak dengan dia apa yang tak kena dan apa yang dia mahu actually.

Sumber – Joe (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *