“Taubat si minah rempit”. Aku sorok cerita minah rempit aku dr suami dan family. Kini, aku masih dihantui

Foto sekadar hiasan

Aku Dulu Minah Rempit

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Thanks admin approve confession aku. Aku baru habis tengok drama Twenty Five Twenty One. Cerita ni triggered aku untuk teringat zaman umur 21 aku dulu.

Jadi aku harini nak confess sesuatu yang menjadi rahsia aku sekian lama – aku dulu minah rempit.

Aku Wawa, kini dah berkahwin. Anak 4 orang lelaki yang bijak bijak seperti ayahnya. Jodoh aku dengan suami sangat senang. Kami kenal tak sampai setahun sebelum berkahwin.

Masa aku nak mencari jodoh, aku selalu solat taubat dan doa sungguh sungguh. Alhamdulillah Allah perkenankan walaupun aku banyak dosa….

Nama suami aku Nuh. Tahun 2008, masa awal awal kenal suami (suami ni kawan kepada kawan kerja aku), aku dan kawan aku dan Nuh makan dekat mamak.

Masa tu kami ternampak geng geng mat rempit dengan makwe masing masing. Dia spontan beritahu kami yang dia tak suka tengok perempuan perempuan murahan macam tu.

Aku terdiam sebab aku dulu pun macam tu. Sejak pada itu aku simpan cerita minah rempit aku dari suami dan keluarga.

Aku ni anak bandar KL. Lorong lorong dekat Kenanga, Sungei Wang, Chow Kit Road, Petaling Street mahupun Pasar Seni adalah tempat permainanku. Jalan kaki keliling KL, no problem punya.

Ayah aku sibuk bekerja tapi mama aku sentiasa didik aku adik beradik kenal agama. Cuma mama aku tak tahu disebalik wajah suci aku ni, aku ni kaki lepak dengan mat rempit sekitar tahun 2001-2003 dulu.

Punca aku lepak dengan diorang ialah boyfriend aku. Aku dan bf memang couple sejak sekolah menengah. Aku tak tahu mana bf aku kenal dengan orang orang luar yang mat rempit ni.

Bf aku ni keluarganya agak senang. Aku rapat juga dengan keluarganya. Dia ada moto yang ayahnya belikan. Moto itulah yang dia selalu buat merempit.

Aku tak pernah pegi tengok bf aku race. Tapi aku akan ikut bila dia ajak lepak lepak. Maksudnya bersidai di tepi jalan ramai ramai, atau minum minum buat bising di mana mana kedai makan tepi longkang.

Mereka ni semua bukan berduit. Saja nak nampak bising dan ada ‘geng’ biar orang tengok pun takut nak tegur.

Duduk dekat meja makan sebelah menyebelah dengan bf masing masing. Pegang tangan, peluk pinggang, cuit cuit muka bertepuk tampar. Semua biasa saja bagi geng geng ni.

Masa tu bdohnya aku rasa macam bangga bila orang tengok.

Bila naik moto ramai ramai, press moto kuat kuat. Pastu bersaing saing. Masa ni la aku akan peluk kuat kuat bf aku. Bukan main suka lagi rapat rapat macam tu.

Sekarang aku kalau nampak laki perempuan yang macam belum kahwin naik moto, aku rasa jijik sangat.

Lawan arus lari road block tu perkara biasa. Padahal bukan tak ada lesen. Tapi bila dah ramai ramai memang polis akan aim.

Turning point aku ialah bila aku duduk lepak rumah family bf aku. Bf aku ajak datang rumah sebab anak buahnya ada.

Aku memang suka anak buahnya yang baby tu sebab baby kan.

Aku pun memang selalu lepak sana. Jadi aku datang dan main main dengan baby tu. Parents bf aku kerja.

Kakak bf aku ada tapi kakaknya dan suami kata nak keluar. Diorang minta aku jaga baby kejap. Aku ok saja.

Bila baby dah tido, bf aku mula jadi lain macam. Aku masa tu duduk dekat ruang tamu, dia panggil masuk bilik.

Aku tak nak. Dia tarik tarik tangan aku. Aku rentap balik tangan aku.

Aku tak tahu kenapa petang tu aku jadi sangat takut dengan bf aku tu. Dia macam orang lain.

Tanpa fikir panjang, aku blah saja dari rumah dia.

On the way balik rumah, banyak mesej masuk dia maki maki aku. Aku jadi blur kenapa dia maki maki aku.

Mula mula aku rasa bersalah (tinggalkan baby dan blah macam tu saja). Lepas tu aku rasa aku betul. Ntah lah.

Akhirnya aku matikan telefon sebab dia asyik call aku.

Seminggu jugak aku tak jumpa bf aku. Dia dah mula diam tak mesej aku, aku ingatkan dia dah tak marah aku. Aku pun mula rindu dekat dia masa tu.

Tiba tiba dia call. Aku ingat dia ok.

Tapi bila aku jawab, bertalu talu dia maki aku macam orang gila. Aku nangis sedu sedan tapi dia tak hirau.

Sebelum sebelum tu dia seorang yang layan aku merajuk, pandai pujuk. Tapi kali ni lain.

Bila dia dah puas maki aku tapi aku tak jawab, dia sound “kau apesal diam, bab1?” Terus aku matikan telefon.

Itulah ayat / suara terakhir dia yang aku ingat sampai sekarang. Aku tahu apa yang dia tak puas hati. Korang pun faham kan? Lelaki.

Mujur dia tak pernah cari aku dekat rumah. Aku takut masa tu kalau kalau dia buat huru hara atau panggil kawan kawan rempit dia cari aku.

Alhamdulillah kami terputus macam tu saja. Bf yang aku kenal sejak sekolah menengah dah ‘hilang’. Yang tinggal kenangan cuma kata kata maki dia.

Kejadian tahun 2003 itu yang buat aku bertudung. Aku solat. Aku mengaji. Dan akhirnya berkahwin dengan lelaki yang baik.

Aku selalu fikir doa mama aku yang makbul sebenarnya. Kalau mama aku tak doakan minta Allah lindungi aku, maybe aku dah ditebuk tupai.

Bulan Ramadhan tahun ni, aku cuba solat taubat setiap malam. Aku masih dihantui dosa dosa aku jadi minah rempit.

Pada korang yang ada anak lelaki, didiklah sebaiknya.

Yang ada anak perempuan, lindungilah sehabisnya.

Aku ni ada anak anak lelaki, aku doa sangat anak anak aku jadi anak yang soleh.

Terima kasih sudi baca.

Salam Ramadhan korang.

Reaksi Warganet

Azrul Hassan –
Tahniah Wawa. Jika kau tak keluar dari rumah bf tu, tak mustahil ada video aksi kau berlegar legar di media social.

Semoga kita semua diselamatkan.

Norul Hidayah –
Pernah kenal dengan someone yang dulunya minah rempit, free hair, rambut tak pernah warna hitam, pakai baju ketat, masuk club dan lepak sampai tengah malam dengan lelaki.

Tapi suddenly taktau apa jadi, tup tup dia kahwin dengan lelaki yang baik, hidup dia terus berubah 360 darjah.

Bertudung, selalu post gambar di ig dengan kata kata penuh hikmah. Memang kagum la dengan dia. Alhamdulillah, manusia memang boleh berubah.

Cuma yang saya ralat, sekarang ig nya dah tak aktif. Dah jarang nampak dia post apa apa cuma yang tahu latest dia sedang pregnant anak kedua. Moga semuanya baik baik saja.

Btw, tahniah juga buat confessor. Moga menjadi peringatan dan pengajaran buat kita semua.

Sumber – Wawa (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.