Kwn ayah, bini dah 2. Budak pun nk bedal. Ingatkan dh selamat, anak angkat ibu pulak buat onar. Mlang nasib aku

Foto sekadar hiasan

Aku Mangsa

Umur aku tahun ni 22 tahun, masih single dan tak pernah bercinta… mungkin sebab travma.

Bukan main intro, cerita dia macam ni. Kali pertama aku kena s3xual h4rassment masa umur 5 tahun.

Tahu siapa yang buat benda tu dekat aku?

Haa, kenalan aruwah ayah aku sendiri. Masatu aku kecil so memang pergi mana pun wajib ikut ibu ayah.

Masa tu aku pakai baju budak, baju tangan panjang, seluar panjang cumanya tudung saja yang tak pakai.

Dah budak, takkan nak expect pakai jubah dengan purdahkan? See, pakaian bukan punca, kalau dah nfsu kuda memang kau pakai guni pun dia bedal. LOL

Kenalan ayah tu memang kawan dia dari kerja kilang dulu sampailah masing masing ada anak. Anak orang tua tak guna tu pun dah besar panjang. Orang tua tu siap kahwin 2.

Yelah nfsu kuda mana cukup satu, sampai budak pun dia bedal mer4ba. Masa kejadian tu, kami dah nak balik.

Dah masuk kereta tapi macam biasa orang tua mesti menyambung nyambung sembangnya dari kerusi beralih ke pintu. Kemudian beralih ke pagar. Lepastu baru masuk kereta masih lagi sembang.

Masa sembang dekat kereta tu lah benda ni terjadi. Ayah aku buka tingkap seat belakang sampai habis so masatu dia panggil aku katanya nak peluk sebelum balik.

Aku pun pergi dekat dia sebab kita tak tahu nfsu kuda a. k. a perangai ped0 orang tua tu. Dia pusingkan badan aku dan peluk dari belakang.

Tangan dia berjalan sentuh private part aku sambal menggosok gosok tangan dia dekat priv4te part tu dan orang tua tak guna tu boleh tanya aku ‘sedap tak?’ Scene tu jelas lagi dalam ingatan aku sampai bila bila.

Parent aku memang tak perasan sebab aku duduk belakang dan diaorang tengah menyembang lagi dengan isteri si nfsu kuda ni.

Fyi, memang kami adik beradik rapat dengan orang tua ni so ibu ayah aku mesti tak jangka kawan diaorang buat benda tak senonoh dekat anaknya.

Aku tak pernah salahkan parent aku, tapi jujur masa aku first time kena, memang aku rasa tak suka dan tak selesa tapi tak reti nak cakap macam mana.

Itu bukan kali pertama dan terakhir ye korang, aku rasa 3 or 4 kali aku kena s3xual h4rassment dengan dia, masa datang beraya dekat rumah dia aku kena.

Dia bawa aku keluar konon nak ambil jajan dekat motor luar rumah, tapi silap langkah ikut, kena kali kedua.

Yelah, nanti kalau tak ikut macam biadap. Lagipun masih kecil. Apalah budak budak boleh buat sangat. Benda sama dia buat dekat aku dan ayat sama masih dia tanya.

Kali ke 3 masa dia datang dekat tempat ayah aku berniaga, aku baru balik sekolah agama pagi dan aku nak balik rumah so dia offer hantar aku balik.

Aku tak nak ikut tapi ayah aku suruh naik dengan dia, masa itu memang rasa takut gila tapi terpaksa naik juga sebab ayah tak boleh nak hantarkan.

All the way home, tangan dia memang diam dekat priivate part aku. Siap bawa lalu jalan jauh lagi. Memang aku travma sangat rasanya.

Benda ni memang jadi parut besar dalam ingatan aku sampai sekarang. Aku ada trust issue dengan lelaki. Last aku kena s3xual h4rassment dengan orang tua tak guna tu masa aku umur 8 tahun.

Memang aku dah elak sangat sangat dari berjumpa dia. Aku akan tanya parent aku kalau keluar pergi rumah dia ke tidak atau aku tak akan pergi kedai ayah aku sebab takut terjumpa dia.

Punyalah malang nasib aku, ingatkan dah settle kena s3xual h4rassment dengan orang tua tu. Rupanya aku kena lagi sekali dengan anak angkat ibu aku waktu tidur.

Aku pergi tidur rumah diaorang macam selalu, masatu dah darjah 4 kalau tak silap dan anak angkat ibu aku beza 2 tahun dengan aku.

Dia sibuk nak tidur kami yang perempuan ni, tak fikir pelik pun sebab memang membesar sama sama dari bayi tapi tak sangka aku terciduk lagi masa tu tapi macam biasa aku penakut jadi aku diam saja dan terus bangun ubah tempat tidur.

Trauma bila ingat, to parent out there. Tak kisahlah macam mana baiknya kawan korang, please berhati hati. Rambut sama hitam tapi hati lain lain.

Jangan biarkan anak walau dengan bapa saudara pun sebab kita tak tahu hati orang.

Jujur aku cakap, aku takut nak berkenalan dengan lelaki dan berkahwin sebabkan perkara ini. Walaupun dah lama tapi masih segar dalam ingatan.

Educate anak anak korang tentang s3xual h4rrasment, ajar anak anak dekat mana yang boleh sentuh dan tak patut disentuh lansung selain diri sendiri.

Ajar anak untuk bersuara bila ada orang yang buat perkara tak elok dan jangan perlekehkan apa yang anak cerita sebab anak anak ni pun takda masa nak menipu.

Benda ni memang sampai tua rasanya akan menghantui diri. Rasa takut dengan lelaki even abang atau ayah sendiri.

Sekian, Rosyllium

Reaksi Warganet

Maya Kirana –
Saya pernah kenal sorang makcik ni. Masa dia kecik kecik dlu, dia pernah kena gangguan s3ksual dengan pakcik dia macam cerita ni.

Tapi dengan mengunakan something yang berbulu. Benda tu jadi trauma sangat sangat dekat makcik ni.

Hinggakan umur dia waktu tu dah 60 lebih dia akan jadi ketakutan yang amat dan menjerit jerit tiap kali tersentuh atau terpegang benda yang berbulu.

Kesian, jadi tekanan perasaan yang amat sangat hingga ke tua..

Zatiey Salleh –
Suami sendiri ke, datuk ke, adik/abang ipar ke, siapa siapa je asal lelaki. JANGAN PERCAYA lagi lagi kalau kita ada anak perempuan ni.

Jangan. Jangan ambik mudah bila anak tunjuk tak suka, tak nak pergi, cuba mengelak atau apa apa yang pelik lahhh.

Jangan ambik mudah. Dah sampai masa alert dengan semua perubahan, alert dengan keadaan.

Maria AlQibtiyyah –
Dah beberapa confessions kita baca, kebanyakan confessor menjadi mngsa lebih daripada seorang pemngsa.

Macam, sekali dah kena, nanti ada pemngsa lain akan aim mngsa yang sama. Tak kira samada mangsa lelaki atau perempuan.

Padahal bukannya mngsa menyerah diri, merekalah yang paling berhati hati. Tapi mende nak jadi juga. Kesian mereka termasuk tt.

Semoga 2 pemangsa tu tak hidup tenang dekat dunia dan mendapat balasan dekat akhirat.

Intan Shazwani –
Tanam dalam diri, sifat tak mudah percaya dengan orang orang sekeliling apabila melibatkan penjagaan dan pergaulan anak anak kerana kanak kanak jarang menipu.

Apa yang disebut, tu la yang sebenarnya terjadi. Termasuklah dengan orang orang yang memang rapat sejak kecil dan bukan orang luar saja.

Ajar anak anak sentuhan selamat dan apa yang perlu buat sekiranya terjadi sentuhan tak selamat sejak daripada kecik lagi..

Jangan malu, biar semua orang tau anak anak kita dilindungi dan diawasi dengan sebaiknya, biar la orang nak kata terlebih risau ke atau kenapa kecik kecik dah ajar benda benda macam ni.

Zaman teknologi di hujung jari sekarang ni, memang sangat mencabar untuk ibu dan ayah dalam membesarkan anak anak.

Awasi semua anak, tak kira anak lelaki atau perempuan. Risau, memang sangat risau…

Hakim –
Antara pengajaran:

1) Sebolehnya jangan tinggal anak dengan orang lelaki lain mahupun kawan atau sedara. Sentiasa ada doubt.

2) Ajar safe touch

Semoga kesemua pelaku dapat balasan setimpalnya.

Semoga TT diberikan ketenangan hati.

Sumber – Rosyllium (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.