Lps kluar anak ke3, bentuk bdn brubah. Suami kata, dia ok. Bila siasat, aku terkedu. Hampir2 aku nk berubah ke zmn dulu

Foto sekadar hiasan

Isteri Yang Tidak Lagi Menawan Di Mata Suaminya

Assalamualaikum. Sebak sangat rasa di dada ni taktau nak luahkan dekat siapa. Tak mau mengaibkan suami jadi saya luahkan semuanya di sini. Sekadar ingin melepaskan beban di hati.

Nama saya Diey. Saya dah berkahwin selama enam tahun.

Di zaman bujang saya dulu, saya berpakaian seperti kebanyakan wanita Melayu sekarang, pakai baju sekadar membalut tubuh. Tudung saya singkat, baju ketat, seluar pun ketat. Badan saya pulak berisi tapi tidak gemuk.

Memang ramai yang suka usha saya dulu. Saya rasa hotstuff sangat masa tu, padahal orang usha sebab suka benda percuma saja. Hahaha

Sehinggalah saya berkahwin, mengandung dan melahirkan tiga orang anak, bentuk fizikal saya mula berubah. Payudara, perut, punggung semuanya mula melondeh.

Dah macam macam cara saya buat, makan jamu, workout, teknik urutan tapi tak berhasil. Saya hilang keyakinan diri.

Saya dah rasa tidak menarik di mata suami. Saya selalu nyatakan kegusaran saya di depan suami. Tapi dia selalu cakap dia okay.

Dia faham saya melahirkan dan menyusukan anak, sudah tentu aset aset itu akan jatuh. Saya berasa lega sekejap dan rasa bersyukur sebab suami saya terima saya seadanya.

Sehinggalah suatu hari saya tergerak hati nak cek history google chrome suami kerana kami selalu berjauhan sebab PJJ. Hampir terkedu saya. Penuh dengan carian tentang “n4ked woman”.

Saya rasa macam ditipu. Rupanya selama ni dia suka tengok badan wanita lain berbanding badan isteri dia sendiri.

Dah lah sekarang saya mula berhijrah ke arah yang lebih baik. Saya dah tukar gaya pakaian saya. Saya pakai tudung lebih labuh, baju longgar, sarung kaki, handsock.

Saya mula persoalkan adakah patut saya berpakaian seperti wanita jalang yang dia suka tengok tu?

Saya rasa kecewa. Hampir saja saya berpatah balik menjadi diri saya yang dulu.

Baru saya faham sekarang kenapa rata rata orang yang saya kenal bila diceraikan atau diduakan suami, daripada elok bertudung terus jadi s3xy, daripada berniqab mula buang tudung.

Mungkin kecewa kerana suami mereka tidak menghargai kecantikan mereka tapi gilakan kecantikan wanita lain.

Tapi saya cuba muhasabah diri. Mungkin ini ujian untuk saya. Walaupun tidak sampai curang atau berziina tapi ini pun sudah cukup mematahkan hati saya.

Saya tak tahu bagaimana isteri di luar sana mampu memaafkan kecurangan suami mereka berkali kali sebab bagi saya apa yang saya hadapi pun sudah terlalu melukakan.

Adakah saya akan buka tudung sebab suami saya? Sudah tentu tidak. Malah saya semakin kuat menyatakan Allah terlalu sayangkan saya,

Sebab tu Dia patah patahkan hati saya, sebab Dia nak saya letak kebergantungan pada Dia satu satunya dan bukan pada manusia.

Tentang suami saya, dia suami yang baik, terlalu baik cuma dia kalah dengan nfsu dia.

Saya akui saya wanita yang tak sempurna di matanya tapi saya tidak kisah kerana saya ingin terlihat sempurna di mata Allah sahaja.

Dengan ujian ini saya semakin dekat dengan Allah, tiap hari saya menangis memohon ampun pada Allah. Ampunkan dosa saya, ampunkan dosa suami saya.

Mungkin ini cara Allah nak menebus dosa-dosa saya di zaman silam. Redha dengan semuanya.

Dan buat wanita di luar sana tolonglah jaga maruah anda. Usah mengharapkan hanya lelaki yang menundukkan pandangan kerana anda tidak tahu bagaimana mata lelaki berfungsi.

Jadilah wanita yang mahal, yang diinginkan semua orang tapi hanya satu yang bisa memilikinya.

Sekian.

Reaksi Warganet

Robiah Ismail –
Rasanya perkara ini lazim apabila ;

1. sudah lama berumahtangga

2. lelaki midlife crisis

3. tidak selari atau seimbang antara suami dan isteri dalam penghijrahan.

The best way is to highlight all your concerns to your husband. And work out the solutions. you need to listen his point of view n vice versa. inshaAllah u n him will find titik persefahaman. It takes two to tango.

Fatimah Lee –
Sebenarnya puan hanya perlu self esteem yang tinggi je. Bila puan mempercayai puan cantik, automatic suami juga akan percaya puan cantik.

Jangan bertanya lagi pada dia puan cantik ke tak, tunjukkan confident diri.

Adik lelaki saya pernah bagitau saya yang depa orang lelaki tak nampak pun kaki kita besar, selagi kita tak beritahu dia. Depa tak perasan pun muka ada jerawat kalau kita tak tunjuk tunjuk atau tanya dia.

Confident puan! Confident! Tapi klau kita dah sebesar gajah, seeloknya turunkan lah berat badan demi kesihatan ye.. hugs for u!!

Ann Fardan –
Mengikut kajian psikologi, wanita dilayan mengikut telinganya. Makanya kena cakap yang baik baik, yang indah indah. Puji pujian kepada wanita, yang menyedapkan auditorinya.

Dan lelaki perlu dilayan mengikut matanya. Makanya perlu dipersembahkan yang cantik cantik, yang menarik visual matanya.

Makanya untuk isteri mendapat kesenangan telinganya bukan dengan bertanya suami. Tapi dengan mempersembahkan visual yang menarik. So suami kena belajar puji isteri. Dan isteri kena belajar menawan depan suami.

Sekadar tips ringan tapi manfaat untuk kita semua yang dah lama berkahwin. Kadang kadang malas nak bers3ksi seksa depan suami. Hakikatnya Itulah yang suami nak tengok..

Dan buat suami rajin rajinlah puji untuk hargai isteri sebab Itu juga adalah nafkah batin yang Allah balas dengan kebaikan.. Membahagiakan jiwa isteri adalah kewajipan.. Sekadar pandangan makcik yang serba dhaif ni…

Sumber – Diey (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *