Ibu time tu pkai seluar berlapis2. Tgh mlm tiba2 ibu terasa. Ibu tempik. Esoknya, bapanya pengsan terkejut

Foto sekadar hiasan

Pengalaman Ibuku Diganggu Saudara Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berapa banyak kes kita dah dengar saban hari, baca di media, twitter, facebook dan sebagainya tentang seorang yang alim, seorang yang sangat dikenali asbab kewarakkannya tiba tiba dituduh atau terpalit isu melakukan gangguan s3ksual.

Ibuku atau yang kupanggil mama, lahir pada tahun 1971, ibunya berasal daripada Kelantan, bapanya orang Selangor.

Pada umur 14 tahun, ibuku dic4bul oleh seorang saudara lelaki belah ibunya, seorang anak tunggal, cucu sulung lelaki di dalam keluarganya. Bahasa mudah, cucu dan anak yang paling disayangi.

Maklumlah lelaki kan, budaya kita anak lelaki disanjung tinggi.

Ditambah lagi saudara lelaki ni baru sahaja pulang dari negara luar belajar agama, berketerampilan warak, sertai kumpulan tabligh malahan, hari ini dia merupakan seorang imam besar di salah sebuah masjid di Kelantan sana.

Satu hari, ibuku tidur bersama adik perempuannya yang ketika itu berusia 10 tahun di dalam sebuah bilik, di rumah saudara.

Kebiasaannya ibuku akan mengunci pintu sebelum tidur, pengalaman dic4bul dan diraba pada usia 5 tahun (diraba pak alim warak yang sama, yang pada ketika itu berumur sekitar 11 atau 12). Dan juga sekitar 10 atau 11 tahun diraba oleh seorang kenalan kepada kakak di dalam panggung wayang mengajar ibuku untuk sentiasa berjaga jaga.

Bahkan, ibuku memakai beberapa lapisan seluar. Dia berpendapat bahawa jika ada yang mencuba untuk melakukan apa apa, mereka tidak akan berjaya.

Kerana hari itu ibu dan kakak serta adiknya telah menonton filem seram, ibuku membuat keputusan untuk tidak mengunci pintu kerana kakaknya tidur di bilik sebelah jadi kalau ada hantu atau apa apa, dia boleh lari ke bilik kakaknya.

Malam itu dia terjaga, seseorang menyentuh perutnya. Saudara lelaki ini duduk ditepi katil, dengan tangan di atas perutnya, baju sudah diselak. DISINI SAYA INGIN MEMBERITAHU, UMUR LELAKI ITU PADA WAKTU ITU ADALAH 21 TAHUN!

Berfikir secara logik, adakah seorang yang berusia 21 TAHUN tidak tahu bahawa apa yang dilakukan oleh dia salah??

ADAKAH SEORANG YANG BERUSIA 21 TAHUN DAN BARU BALIK DARI SEBUAH NEGARA ISLAM BELAJAR AGAMA TIDAK TAHU PERBUATAN ITU SALAH?

ADAKAH SEORANG YANG MENYERTAI KUMPULAN TABLIGH TIDAK TAHU PERBUATAN DIA ADALAH SALAH??

Apabila melihat perbuatan lelaki itu, ibuku terus berkata “KELUAR”.

Lelaki itu tergagap gagap dan salah satu kata kata yang dikeluarkan dia adalah, “ABANG PELIK TENGOK ADA BULU KAT PERUT”

Keesokan harinya ibuku menelefon bapanya yang berada di Kelantan bersama ibunya supaya balik kampung dengan segera.

Berikutan ibuku tidak mahu menceritakan secara terus di telefon sebab mengapa dia telefon, bapanya sehingga pengsan di Kelantan sana akibat terkejut.

Dipendekkan cerita, reaksi dari keluarga belah Kelantan ini (lelaki tu orang sana, dari keluarga Kelantan sana, keturunan nenekku),

Mereka kata ibuku memfitnah cucu lelaki sulung mereka. Dari kecil ibuku dibesarkan dengan kata kata dan penerapan dalam diri bahawa dia gemuk dan hodoh.

Jadi apabila berlaku hal c4bul ini, tiada siapa yang percaya dan mempertahankan serta membela ibuku.

Inilah sebabnya s3xual assavlt surviv0r or viictim tidak mengeluarkan atau memberitahu pengalaman mereka.

Ancaman atau kemungkinan dipulau keluarga sendiri, dicemuh, dihina dan tidak dibela menjadi sebab sebab utama.

Ditambahkan pula, bapa ibuku seorang anggota polis yang sangat terkenal dengan kegarangannya tetapi kekecewaan terbesar berlaku pada ibuku apabila bapanya ini tak membela dirinya seperti yang diharapkan.

Walaupun seseorang itu sudah berubah, bagaimana alim atau warak atau bahkan sudah menjadi ulamak pun.

Di mata seorang mangsa itu sendiri, yang berdiri di hadapan mangsa adalah seorang pemangsa dengan wajah dan personaliti yang paling terkeji sekali.

Persoalannya, adakah semudah itu, imam besar ini sudah lupa s3xual assavlt yang dilakukan oleh dirinya pada usia 21 tahun?

Pernah anda tengok cerita Inside Out? Dalam filem itu ada menyebutkan tentang “CORE MEMORY”.

Adakah peristiwa ini tak termasuk dalam “CORE MEMORY” imam besar ni?

Bayangkan, berapa ramai mngsa imam besar ni?

Bayangkan, imam atau ahli masjid atau orang warak yang anda kenali ada sejarah melakukan s3xual assavlt.

Sekian dari saya, Nich

Reaksi Warganet

Encik Fazil –
Mungkin 20 tahun lepas kes kes ganguan s3ksual kesedaran dan kepekaan masyarakat amat kurang. Alhamdulillah sekarang ini, masyarakat smakin terbuka dan celik dri golongan ini. Semoga tabah dan terus kuat

Lokk Amry –
Kelantan MEMANG top. Puak lelaki wajib kawen 4 walaupun takde keje. But tak semua MaCAM tu. Saya simpati dengan nasib ibu TT. Semoga tabah, semoga kebenaran tersingkap jua..

Wan Nurul Aini –
Saya doakan semoga semua pahala dan kebaikan si polan p3rvert yang dah jadi Imam Besar tu disalur kepada mak tt.

Tak apa, doa orang teraniaya ni tiada hijab. Tiada pembelaan di dunia, semoga Allah membela semasa di akhirat nanti.

Semoga Allah angkat doa doa oranng yang teraniaya dan doa doa orang yang mendoakan mak tt

Alaia Amanina –
Geng geng aalim yang buat jenayah s3ks ni tak perlu la sorok nama mereka. Mendatangkan lebih banyak bahaya.

Imam, ustaz dan agamawan ni lebih dipercayai dalam kalangan masyarakat kita. Jadi kalau perkara ni berlaku lagi, buat terus laporan polis dan jalau disabitkan kesalahn, perlu didedahkan kepada umum.

Sumber – Nich (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *