“Buat isteri ke-dua, dengarkanlah”.. Jagalah hati isteri pertama yang kau dah rampas suaminya itu

Foto sekadar hiasan

Luahan Isteri Buat Isteri Kedua

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca.

Aku perkenalkan aku sebagai isteri pertama, ada 5 anak. Dah hidup bermadu lebih kurang 5 tahun.

Madu dah ada anak tiga sekarang. Perkahwinan yang asalnya sorok, kawin alik siam.

Aku tak nak cerita episod awal awal duka lara semua. Aku masih teruskan perkahwinan sekarang demi anak anak. Sebelum p0ligami kami dah hidup susah senang bersama dekat 15 tahun.

Aku dengan madu takde gaduh gaduh, cuma aku memang tak ambik tahu pasal hidup madu tu, social media semua aku tak nak amik tahu.

Suami, bekerja kerajaan, gred bos, 51. Takdelah mampu pun nak p0ligami. Sekarang pun aku tengok sedih hidup dia. Kerja pagi petang siang malam, tapi tetap takde duit selalu, hutangnya banyak..

Orang luar nampak dia mampu, madu aku pun aku rasa ingat suaminya kaya raya.. Sedangkan kereta yang suami aku pakai pun kadang kadang aku yang bayarkan ansuran bulanan sebab dia tak mampu nak bayarkan.

Nafkah aku dan anak anak memang agak terabai. Tapi aku taknak fikir sangat, sebab alhamdulillah Allah bagi rezeki aku anak beranak

Alhamdulillah.. Melimpah ruah.. Anak aku yang dah kerja pun, selalu bagi duit kat aku. Agak banyak setiap bulan.

Cuma aku nak meluahkan perasaaan aku bagi pihak orang yang diambil suami. Harap isteri2 no 2 bolehlah faham.

Sakit tu, aku cakap sampai sekarang masih rasa, aku tak cerita dekat orang. Kadang tido malam nangis lagi sorang bila teringat kecurangan suami. Tiap kali solat, mesti nangis. Walaupun dah 5 tahun.

Di sekeliling aku ramai orang hidup p0ligami, kawan kawan aku pun ada yang jadi isteri kedua.

Kadang aku terbaca status, gambar bahagia mereka dengan suami, aku sebagai isteri pertama, sakit tu aku boleh rasa.

Aku minta yang dah ambik suami orang ni, ye takpa korang nak hidup bahagia dengan suami korang tu. Korang ade hak, korang layak bahagia.

Cuma tak perlulah lah nak tunjuk dekat satu dunia, jagalah hati isteri pertama yang kau dah rampas suaminya itu.

Tak perlu nak cerita setiap masa pasal bahagianya hidup korang, tak cukup di FB dan IG, setiap saat cerita di wasap status lagi.

Tak kisahlah apa niat sekalipun. Hormatilah perasaan isteri pertama yang kau dah ambil suaminya.

Kalaulah korang boleh rasa betapa sakitnya dikhianati, di ambik suami.

Aku tak nak doa korang merasai seperti apa yang aku rasa.

Aku cuma nak minta. Tak perlulah korang tunjuk satu dunia kebahagian korang itu, kerana dalam kegembiraan korang, ada hati yang terluka. Ada air mata yang tetap mengalir walaupun sudah bertahun tahun..

Walaupun madu korang tu baik, tak pernah kacau kehidupan korang, percayalah dalam hati mereka. Sakit itu masih ada. Hormatilah perasaan mereka..

Isteri pertama yang terluka, Nina

Reaksi Warganet

Dilla Eizmaira –
5 tahun.. 10 tahun.. 15tahun.. It will remains forever. Lainla klau ingatan ni macam memori hp tinggal delete trus kosong.

Terus kuatkn semangat, just enjoy ur money with ur own way.

Suami tu pandai pandai la dia nak hidup . Elok elok ada 1 fmily saja cari masalah.. Kalau mampu takpe, tapi ni tak mampu…

Naz Zuki –
Semoga kuat ya puan. Saya pun pernh jumpa golongan suami yang tak mampu tapi dia masih nak berkhwin sampai anak anak dan isteri terabai dan terpaksa cari rezeki sendiri untuk teruskan kehidupan (bukan semua)

Suami bebas kesana kemari. Menggunakan dalil payung syurga yang di perkatakan dari zaman nenek moyang dulu (padahal tak valid pun dalil ni).

Akhirnya Isteri isteri dan anak anak dari hasil p0ligami ini yang menjadi mangsa.

Semoga allah berikan lapangkan hati untuk puan dan anak anak ya. Jaga hati puan baik baik ya.

Nur Hati –
Sebab tu saya memang elak untuk jadi yang kedua, saya rela undur diri bila si dia tu sebenarnya suami orang, kantoi selepas 2 tahun. Last kami berhubung pada ari dia kantoi.

Memang sedih amik masa setahun jugak nak move on. Alhamdulilah sekarang dapat suami bujang dan menyenangkan hati ..

Bila jadi isteri kedua, kita akan rasa insecure, rasa perlu lagi hebat dari isteri pertama.

Rasa ingin berlumba lumba siapa yang lebih suami sayang. Ini sebenarnya menyakitkan.

Pada wanita yang sekarang terjebak dengan suami orang, cepat cepat la angkat kaki sebelum pikir nak kahwin dengan suami orang.

Kita tak rasa sekarang tapi nanti bila da kahwin baru rasa semua tu. Ini just pendapat saya la.

Apapun semoga tt kuat dan bahgia dengan anak anak. TT hebat orang nyer sebab tu Allah uji dengan ujian hati ..

Ezd Airanies –
Hanya ‘wanita terpilih’ saja layak jadi isteri pertama. Isteri pertama adalah lambang kesetiaan dan kebaikan seorang perempuan yang patut dihargai dan dihormati.

Puan isteri dan ibu yang layak disayangi orang sekeliling terutama anak anak. Sebab tu Allah swt permudahkan urusan puan berbanding suami.

Isteri kedua sebenarnya ramai yang narsistik dan suka play victim. Mereka anggap bila mereka jadi yang kedua mereka lebih disayangi.

Hakikatnya mereka akan lebih menderita sebab ambil hak orang lain – hak isteri pertama dan anak anak mereka yang diabaikan nafkah.

Saya doakan puan dikurniakan syurga dan diberi kekuatan meneruskan kehidupan. Insya-Allah anak anak puan akan sayang mak mereka sebab mereka nampak kekuatan mak mereka. Aamiin

Sumber – Nina (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *