Bila ayah kawin lain, kami tak salahkan ayah. Time kaklong nikah, kata2 ayah buat kaklong menangis. Rupanya ayah pendam

Foto sekadar hiasan

Ayah Kahwin Lain

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hi. Saya Imah. Luahan ni sebab saya rasa ayah tak salah.

Mak tak rajin masak seperti dulu. Tapi, ayah sentiasa memahami. Ayah rela masak. Kadang kadang kami 3 beradik dan ayah berganti ganti untuk masak setiap hari. Kak long, kak ngah dengan saya.

Mak, tak pernah jejak dapur. Jejak dapur kalau nak makan sahaja. Mak lebih rela duduk dalam bilik main telefon.

Kami adik beradik tak kisah mak tak masak. Tapi, kami sedih ayah selalu dibiar makan sendiri. Makan tengahari dengan anak anak, isteri tiada disisi. Makan malam pun tanpa isteri.

Kalau kak long dengan kak ngah kerja, saya teman ayah. Tapi saya pun kadang kadang ada assignment nak diselesaikan. Atau kelas online.

Ibaratnya ayah seperti seorang duda yang hanya boleh nikmati makanan dengan anak anak saja kerana isteri telah lama tiada. Lebih kurang macam tu la.

Mak selalu makan sendiri, main telefon, bergayut ditelefon dengan kawan lama, keluar berjalan dengan kawan sampai tak ingat rumah.

Balik rumah kembali ke bilik. Main telefon. Bercakap dengan ayah bila mak rasa perlu.

Kami nampak makan minum dan pakai ayah terabai. So, kami adik beradik decide suruh ayah makan diluar sahaja kalau hari bekerja sebab kak long kata kak long dan kak ngah dah start sibuk bekerja.

Saya pula selalu sibuk dengan assignment. Takde siapa masak dirumah. Kami adik beradik kasihankan ayah sebab kadang kadang balik dari kerja, terpaksa masak. Lepastu, makan sendiri.

Berbulan bulan ayah makan diluar. Akhirnya, ayah bawa berita beritahu ayah nak bernikah lain. Ayah beritahu tak nak cerraikan mak. Tapi mak kata mak tak sanggup diduakan. Ayah kawin dengan isteri baru pada Mac 2021.

Mak salahkan ayah, sebab cari perempuan lain diluar. Mak kata, sebab tu dah lama tak balik makan rumah. Tapi kami adik beradik tak pernah salahkan ayah.

Alhamdulillah saya tinggal dengan mak sampai sekarang dengan kak long dan kak ngah. Sebab niat nak jaga mak. Mak takde kerja, takde harta juga.

Sepanjang hidup mak dulu sebelum cerai, memang bergantung dengan ayah.

Kami tiada dendam dengan ayah. Tapi tak pernah tahu bila ayah jumpa isteri keduanya. Dan kami tak pernah nak berkenalan atau duduk semeja dengan isteri baru ayah.

Walaupun kami selalu jumpa ayah, kami 3 beradik dah maklum awal, kami tak nak kenal atau jumpa dengan isteri kedua ayah. Setiap kali ayah jumpa kami adik beradik, ayah tak pernah bawa isteri dia. Sebab ayah faham.

Februari 2022 akhirnya kak long bernikah. Ayah masih wali kak long.

Lepas akad, ayah beri nasihat pada kak long, “tak nak masak pun takpe, rajinkan teman suami makan. Suami rasa sunyi dan sedih bila makan sendiri.”

Kak long beriya nangis lepas dengar ayah cakap benda ni.

Barulah kami tahu, selama ni ayah diam, ayah tak pernah luah pada kami, rupanya ayah dalam diam terasa hati dengan mak.

Buat para isteri, tugas isteri tu melayani suami. Doakan kita semua jadi isteri solehah dan mithali buat suami. Doakan saya juga, hehe.

Reaksi Warganet

Dee Ya –
Kalau benar mak awak tak peduli ayah, memang patut ayah kawin lain. Dah la mak tak keje. Urus rumah makan pakai suami pun malas.

Moga mak awk insaf dan dimaafkan atas sebab sebab dosa pada suami. Moga mak awak tak leka lagi bermain hp dan keluar dengan kawan kawan sampai lupa keluarga

Nurul Fae –
Kak long, kak ngah, adik means semua perempuan. Nape nak tengok hati ayah sorang je. Semua dah dewasa, Kena selami hati mak tu dulu kenapa bawak diri.

Mungkin mak tu terasa hati dengan ayah, tak dipujuk. Ada anak anak perempuan pon kot lebihkan ayah, pastu tak memujuk mak jugak.

Mungkin sebab tu la mak tak heran korang nak masak dan makan sendiri.

Aku kalau 1 hari tengah syok syok bergelak sakan dalam rumah dengan yang lain, tapi mak tak join. Mesti la cari mak. Mak kenapa dalam bilik sorang sorang? Demam ke? Merajuk ke?

Hairi –
Betullah ayah awak tak salah. Tapi awak dan kakak2 jumpa lah mak tiri tu. Santuni dia sebagai isteri ayah awak. Dia pun tak salah.

Kaau korang terus terusan tak nak jumpa mak tiri tu msti dalam hati ayah awak ada sedikit sedih. Ambiklah hati ayah awak sikit…

Aisyah Nur –
Mak saya walaupun tak teman arwah ayah makan dengan duduk semeja tapi mak selalu duduk kat bawah menyandar kat pintu dapur menyembang dengan arwah ayah masa makan.

Mak saya tak pernah sediakan makan minum ayah sebab semua anak anak buat. Mak rehat ja. Cuma kain baju ayah memang mak yang basuh. Basuh guna tangan.

Anak anak tak pernah basuh pun sebab mak tak bagi. Mak kata orang lelaki baju kena basuh sental guna tangan sebab dia orang kerja teruk, berpeluh, berdaki.

Tapi kalau alasan ni arwah ayah kahwin lain, saya sebagai anak tetap tak rela.

Alhamdulillah rumahtangga mak dan arwah ayah saya bahagia selama 58 tahun. Sebab bila si ayah telan saja apa isteri buat tanpa tegur, itulah kesilapan dia.

Ada masalah carilah penyelesaian bersama dulu. Bukannya tambah masalah dengan kahwin lain.

Hati yang terluka sebab diduakan lebih perit dari terluka disebabkan isu lain.

Robiah Ismail –
Dari cerita tt memang nampak pihak isteri yang tak jalankan tanggungjawab. Selebihnya hanya kedua ibu bapa yang tahu kenapa hubungan menjadi dingin.

Sebagai anak anda tersepit dan wajarlah anda menyebelahi apa yang awak nampak pada zahirnya. Apa apa pun hubungan ibu bapa dah putus bercerai. Mungkin ini yang terbaik n ketentuan Allah.

Sedih baca kisah kisah begini sebab di hujung hujung hayat dah malas nak lalui semua kemelut ini.

Moral of the story kita kena saling berkomunikasi. Suarakan apa yang tak puas hati. Disamping doa moga Allah beri pasangan kita tengok dengan rahmah

Sumber – Imah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *