Umo 12, mak tunangkan aku. Mak ajar kami bkan2. Qyan mula tjk belang. Krn dendam mak, aku jd mngsa

Foto sekadar hiasan

Mak Aku Ada Perangai Tak Senonoh

Ye mak aku ade perangai tak senonoh, hahaha. Tapi aku dah maafkan dia. Aku dah nak dekat 30 ade anak dan suami yang helok baik alhamdulillah.

Aku anggap ini lah hadiah dari Allah selepas aku hadapi trauma bdoh tu.

Masa aku umur 12 TAHUN, DARJAH 6 mak aku kenalkan aku dengan anak angkat dia. Qyan nama dia. Umur dia masa tu 18. Qyan ni bijak pandai nak mampos.

Siapa budak budak SBP, clue nya Qyan ni sekolah SBP TOP dan religious. Dah lah SBP paling top dia pon pelajar genius. Lepas tu student oversea tajaan with 12A+ SPM. Semua cerita ni berlaku sepanjang 3 bulan sebelum dia fly ke overseas.

Korang kene faham yang 3 bulan sebelum fly oversea ni adalah preparation for them untuk ke oversea ni hanya UNTUK BUDAK PANDAI saja.

Aku nak sebut terms yang betol pon macam tak elok sebab nanti calar pula kan.

Tapi tu lah nak cerita perangai dia ni memang lahabau orang kata.

(aku rasa dalam banyak banyak student hebat dia sorang saja ade perangai bdoh kufur nikmat)

Masa umur aku yang masih mentah lagi iaitu 12 TAHUN, DARJAH 6. Kami di tunangkan. Di ikat sebab mak aku sayang sangat dia sebab dia macam golden la gitu sebab pandai sangat kan.

Belah sana suka aku sebab aku kecik, rendah dan suara sedap.

Kedua dua belah pihak setuju. Semua suka bahagia. Tapi aku? Dipaksa. Aku tak nak, mak aku paksa. Semua paksa.

Masalah lebih teruk dimulai dengan mak aku ajar aku dan Qyan tu pegang pegang tangan, pelok pelok dari belakang masa bergambar konon sempena ikatan pertunangan kami.

Disebabkan mak aku macam tak kisah anak dia disentuh, so Qyan rase dia ade tiket free. Qyan mula tunjuk nfsu buas dia. Dia raba raba semua tempat tapi tu lah Allah masih lindung aku, hanya setakat raba raba.

Dia ajar aku pegang dia punya private part. Dia pernah tolak paksa aku dan baringkan aku kat lantai dia gosok gosok private part dia pada kaki aku. Dia pernah halakan private part dia ke my private part tapi masih berseluar.

Alhamdulillah masa tu aku tak suka, aku selalu halang dia pegang private part aku. Alhamdulillah Allah maha baik. Tapi sampai mati aku takkan maafkan dia.

Mak aku suka marah marah, tengking dan ugut ugut aku bila berkait dengan Qyan. Jadi ape aku sebagai anak 12 tahun, boleh buat apa?

Qyan juga pernah duduk dalam bilik bergelap dengan adik lelaki aku. Adik aku cerita Qyan suruh pegang dan gosok gosok. Nauzubillah. Syaitan betul.

Dia selalu tidur rumah kami sebab invitation dari mak aku la suka nau ajak mamat tu tidur rumah. (Actually ade sebab tapi takpe lah bia aku simpan aib mak aku tu. Aku just nak korang tahu mak aku invite bersebab).

Mak aku macam dihantui hantu belaan dia sendiri apabila setiap malam dia akan pastikan aku dekat bilik elok tidur sebab takut si Qyan kacau aku. Padahal siapa juga yang ajar pegang pegang? Siapa juga yang bagi tiket free? Bodoh kah?

Ayah aku mana? Ayah aku membatu.

Ye hanya membatu. Sebab ayah aku buat salah besar pada mak aku masa tu.

Then maybe mak aku pon membalas dendam nya pada ayah aku dengan menggunakan anak angkat dia tu. Entah aku pon tak tahu la betol ke tak ni teori aku saja.

Tapi yes ayah aku menyaksikan segalanya, menunjukkan reaksi marah tapi dia hanya membatu.

Selamatkan anak perempuan dia? Tidak. Hanya membatu.

Sampai satu tahap aku mengamuk aku tak tahan aku luah segala galanya dengan mak aku.

Mak aku macam baru sedar kesilapan dia. Dia menangis minta maaf dan putuskan pertunangan dan perhubungan aku dengan Qyan.

Fobia beb fobia. Aku sampai takut dan gerun dengan lelaki. Aku tak mampu nak hilangkan dendam kesumat aku ni pada 2 manusia ni.

Sampai hati mak aku tu. Sampai sekarang pon aku memang tak boleh tinggal lama dengan mak aku, jumpe sekejap sekejap boleh la.

Tapi tu lah aku dah maafkan mak aku dah. Aku redha dengan semua yang Allah tetapkan. Cuma cerita ni aku nak share dengan korang supaya jangan lah jadi mak yang bdoh. Waraskan lah akal kalian.

Walaupun syurga bawah tapak kaki mak tapi mak tetap kene jaga hak anak sebagai sesame manusia. Dosa tetap dosa.

Nanti aku nak share juga next part.

To admin: aku harap kau siarkan story aku ni. Supaya jadi pengajaran and pengetahuan untuk semua bahawasanya memang wujud kisah yang macam tak masuk akal ni.

Reaksi Warganet

Hani Ira –
Jahatnya mak hangggg !!

Betoi laa… walau dalam quran suruh muliakan MAK. Tapi hakikatnya ramai jaa MaK yang tak layak dimuliakan punnnnnnnnnn.

Ramai yang terpaksa hormatkan MAK sebab terikat dengan hukum… Tu jaaa

Zarbanu Nasir –
Mak nak balas dendam ke suami, suami pun dah di bdoh2kan, sebab tu membatu. Dan anak ppuan jadi kambing hitam, mak nak pakai menantu tu.

Cerita banyak selindung, kita baca ikut kefamanan masing masing. Ok teruskan sambung ya. Jadi pedoman untuk semua ibu bapa dan bakal ibu bapa.

Takpa.. kami faham itu mak awak. Nak cerita semua pon serba salah. Lagi lagi hal aib. Macam macam jenis Emak ada.. serammm gilaa

Eva FirDarish –
Macam banyak kes kan, bebudak genius ni… Akal dia memang ada something fishy.

Too genius i guess sampai sel sel otak dia bukan je berhubung but bercantum terus…

Tak bleh dah fikir yang tu tak bleh..semua boleh. Ala dah genius kan. Benci aku jenis macam ni…perverted genius.

Sumber – Perempuan (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.