Lepas suami kantoi dengan penyondol, sebulan aku ‘hilang’. Diam2 suami msj. Aku nekad adu pd penyondol

Foto sekadar hiasan

Hancurnya Sekeping Hati

Hello pembaca sekalian! Saya Sunflower, seorang wanita bekerjaya P&P yang sedang dalam proses pencerraian dengan suami saya akibat kewujudan penyondol.

Untuk pengetahuan semua, semasa mengenali saya, suami saya berpendapatan kecil jika dibandingan saya yang sudah stabil.

Setelah berkahwin, saya menampung segala perbelanjaan dia untuk belajar dan mengambil kos Oil &Gas yang mahal dan akhirnya pendapatan dia mencecah 5 angka sebulan. Ketika suami saya terkantoi curang dengan saya, saya rasa macam dunia saya dah berakhir.

Dia mohon dilepaskan kerana dia dah jatuh cinta dengan penyondol yang dia kenali melalu FB tersebut. Dia minta untuk bercerrai dan berkata akan membayar semua duit yang dia pinjam dari saya.

“Gaji aku sebulan bersamaan dengan gaji ciput kau dua bulan lebih, senang ja aku bayar.” Betapa bongkaknya dia berkata kata sedangkan gaji yang sedikit itulah yang menjadikan dia manusia berjaya sekarang.

Keesokkan harinya, saya cuba menghubungi penyondol tersebut namun gagal kerana dia sudah menyekat nombor saya.

Saya menghubungi tempat kerja penyondol tersebut dan menghantar surat aduan kepada HR tempat kerja nya. Selang beberapa minit, barulah dia menghubungi saya.

Dia mengatakan saya tidak professional kerana menghubungi tempat kerjanya dan saya sepatutnya saya berasa malu. Dia juga mengakui bahawa mereka sudah tidur bersama dan penyondol tersebut mahu saya berundur dari hubungan mereka.

Bukan itu sahaja, penyondol tersebut mengatakan bahawa suami saya curang kerana saya bukanlah isteri yang baik kerana saya tidak melayan suami saya seperti kawan dan saya tidak memahami suami saya seperti bagaimana dia memahami suami saya.

Ayat pertama yang keluar dari mulut saya pada ketika itu adalah WOW. Agak terkejut bahawa wujudnya seorang perempuan yang langsung tidak rasa bersalah malah menyalahkan isteri yang sah.

Keluarga mertua saya juga sudah mengetahui kecurangan anak mereka walaupun pada mulanya mereka tidak mempercayainya kerana suami saya menyangkal.

Tapi, sudah semestinya saya dengan bijak sudah menyimpan semua bukti di hp suami saya ke email saya.

Saya serahkan bukti tersebut kepada mereka dan mereka mohon untuk saya bersabar.

Suami saya marah kerana saya memberitahu keluarganya dan dia mengatakan dia memilih perempuan tersebut berbanding saya kerana perempuan itu lebih memahami dia dan sentiasa menyokong apa apa sahaja yang dia katakan.

Agak banyak kata kata cacian dan maki yang dilontarkan kepada saya seperti fck, get lost, I hate you, pergi mampus etc. Namun, tiada satupun kata kata makian daripada saya. Saya hanya ucapkan terima kasih dan berlalu pergi.

Saya pula dengan membawa hati yang dah berkecai berkeping keping, saya terus menghilangkan diri.

Masa ini merupakan masa yang sangat sukar kerana saya tinggal keseorangan, tambahan musim PKP maka malam malam memang saya fikir macam macam. Adakah saya tak cukup cantik?

Tapi, jika tak cukup cantik, mustahil saya banyak peminat walaupun dah menjadi isteri orang. Skill memasak dan membuat kek juga tiptop berdasarkan testimonial keluarga dan kawan kawan saya. Banyak lah yang bermain di minda sebab sebab suami saya curang.

Kebanyakkannya, saya menyalahkan diri sendiri. Rasa nak ulang balik ke masa belum kenal dia pun ada. Menyalahkan takdir pun ada..

Saya pula anak yang patuh dengan keluarga. Setia terhadap suami. Dari segi kawan kawan, saya selalu diundi sebagai kawan yang sangat baik oleh itu, saya mempunyai banyak kawan.

Sepanjang saya hidup, saya tak pernah ganggu hidup orang, so pada mulanya saya agak marah sebab diuji macam ni.

Setiap malam saya berdoa supaya hilangkan rasa cinta saya terhadap dia atau bangun tidur terus hilang ingatan pasal dia. LOL. Bila difikir balik macam bdoh pula sebab cuba mempersoalkan takdir Tuhan.

Setelah sebulan menghilangkan diri, suami saya menghubungi saya semula. Dia menghubungi saya menggunakan nombor telefon yang baru dan berkata mahu berbincang.

Suami saya berkata andai dapat dia ulang balik masa, dia mahu ulang balik sebab dia menyesal.

Dia juga memberitahu bahawa sayalah wanita terhebat yang dia miliki dan semuanya salah dia, bukan salah saya. Dia mengatakan setiap kali dengan saya, dia rasa macam dia inferior sebab saya tahu banyak sangat benda daripada dia.

Saya pula seorang yang berdikari dan dia rasa kerdil jika disisi saya. Dia mohon untuk kami dua hidup baru bersama dan dia meminta saya untuk memberi masa untuk dia mengakhiri hubungan nya dengan wanita tersebut.

Selepas sebulan lebih berhubung secara bersembunyi tanpa pengetahuan penyondol tersebut, akhirnya saya memaklumkan penyondol tersebut. Saya beri semua bukti kepada penyondol tersebut. Rasa macam lawak kan?

Saya isteri yang sah, dia pula yang marah seolah olah dia diduakan. Sudah semestinya suami saya marah kerana dia sudah terkantoi dan mereka berdua bergaduh selepas itu. Selepas kejadian tersebut, saya tidak lagi mengambil kisah pasal mereka berdua.

Baru baru ini, suami saya berkata dia tidak berhubung lagi dengan penyondol tersebut tetapi berhubung atau tidak, saya akan tetap dengan keputusan saya untuk bercerai.

Dia masih whatsapp saya sehingga ke hari ini namun saya hanya akan membalas jika saya rasa ianya penting.

Saya juga masih mengekalkan hubungan yang baik dengan mertua saya dan mereka masih berharap agar kami berdua berbaik.

Ada satu ayat mak mertua saya yang saya akan ingat selamanya “Saya sayang kamu sama macam kamu anak saya sendiri. Walaupun nanti kali kamu tak bersama dia, kamu selamanya di hati saya.”

Ayat dari makcik dia pula,

“Kalau boleh saya taknak kamu dua bercerai. Tapi jika kekal bersama dengan dia membuat hati kamu sedih maka kamu buatlah yang sepatutnya. Cuma kamu jangan lupakan kami atau buang kami ya. Kami sayang kamu macam darah daging kami sendiri.”.

Kini, saya banyak fokus dengan diri sendiri. Saya memperbanyakkan sedekah saya, banyak mempercantikkan diri sendiri.

Saya sememangnya masih mencintai dia tapi saya tahu, I deserve better. Masa dah terkantoi pun, banyak jugalah penipuan dia yang lain dah terbongkar.

Rasa macam kena scam juga lah sebenarnya. Semasa dia kembali mencari saya semula dan meminta maaf saya rasa itulah closure yang saya perlukan.

Dia mengaku sambil dia menangis yang dia yang tak bersyukur semasa dia memiliki saya dan segalanya sudah terlambat kerana dia rasa saya tak cintakan dia lagi.

I was never a bad wife after all. Instead, he said I was nearly perfect as a wife. Just that he needed to blame me just to justify his wrongdoings in order for him to feel better. I don’t know if I will be able to forgive him & her but I know I am moving forward without him.

And I feel so relieve that I didn’t viral her or attack her at her workplace in person even though at first that’s what I wanted to do but I didn’t because a woman should never lower her standard par to a slut.

At the end of the day, I kept my pride as a classy woman. Readers, wish me the best! Hopefully 2022, kes cerai kami dua selesai dia tak delay lagi.

Xoxo,

Reaksi Warganet

Kucing Belang –
This is one of the best confessions… you know what to do… You are a smart lady! You know your value… all the best and semoga mendapat jodoh yang lebih baik…

Lepas kan ajer suami macam tu, seumpama melepas kan anjing yang tersepit. Bila dah senang dia gigit kita balik

Hayati Abu Hassan –
Lelaki datang pergi datang pergi berkali kali sebab dia belum ‘selesai’ bab perasaan. Baguslah puan ambil keputusan move on. InshaAllah puan akan bahagia dengan hidup puan seterusnya. Saya bercakap begini berdasarkan kisah hidup saya.

Khairil Azreen –
Semoga proses di permudahkan sis. Nak kata pon perit, begitulah rasa bila di khianati. Kuatkan semangat.. cari semangat baru sis.

Kehidupan ni satu kisah cerita.. kita hanya watak utama untuk diri kita. Stay strong, cari kenalan baru. Hidup baru sis

Ida Faridah –
Someone pernah cakap dekat saye, kita ni manusia cuma menikmati bukan memiliki.. Menikmati pinjaman Allah tapi bukan memilikinya. Yang memiliki tu hanya Allah. Dats why bila bila dia bole ambil sesuatu dari kita..

Jadi bila kita dah apply kan konsep menikmati tu, bila kehilangan sesuatu nikmt/diambil dari kita, kita in Shaa Allah rasa redha sebab kita dah pernah menikmati moment tu dan kita sedar yang selama ni yang tu hanya pinjaman untuk kita dan Allah boleh ambil bila bila masa sebab Allah memilikinya…

Sumber – Sunflower (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.