“Medical Report Berpuaka”. Pelik pesakit nk minta bntuan JKM. Aku call, tp setepek dia bagi. Aku terkedu

Foto sekadar hiasan

Medical Report Berpuaka

“Doktor, ada 1 medical report yang doktor kene buat ye. Patient ni nak mintak bantuan JKM, kene bagi report perubatan. Minggu depan dia datang ambik,” inform staff kepada aku.

Aku pulak tengah sedut air kelapa sambil angguk angguk kepala. “Berehhh”, balas aku.

Aku dok belek belek borang medical report tu, sambil aku taip IC patient dalam rekod sistem di PC aku. Ohh, ni pesakit kencing manis dan drah tinggi. Orait medical report, bring it onn!! (Ujar aku kepada diri sendiri)

Sambil aku scroll rekod patient dalam sistem, aku teliti satu satu apa masalah patient ni. Tapi makin lama aku skroll, hati aku makin berapi.

Aku sedut lagi air kelapa aku, nak bikin hati aku sejuk. Tapi yihhh air kelapa tu masih tak dapat menyejukkan hati aku yang membara ni.

Hilang mood aku nak buat medical report patient ni. Baru aku teringat sesuatu pasal patient ni.

Last week aku ada jumpa pesakit ni. Seorang pakcik umur 57 tahun. Ada kencing manis dah 8 tahun. Selalu tak datang appointment dekat klinik. Ubat pon selalu tak makan.

Dah level bagi insulin, tapi tu lah, bila tanya kenapa tak cucuk insulin, katanya malas. Leceh nak cucuk. Ubat pon makan tak makan. Buat pekasam saja dekat rumah. Kecik hati ubat ubat dia diperlaku sebegitu rupa.

Aku try explore apa kekangan dia, kenapa rasa leceh nak cucuk? Kerja sibuk sampai terlupa cucuk ke?

Dia jawab dia tak kerja. Kerja tu bosan katanya, baik duduk saja rumah, lepak lepak dan tidur. Lagi best. Lagipun pakcik kan sakit ada kencing manis, mana boleh buat kerja kerja berat, nanti pendek umur.

Aku try counsil dia, pastu aku cakap la bazir ubat ubat tu. Tu semua duit rakyat, pakcik dapat ubat ni bayar singgit saja. Mahal semua ubat ubat ni pakcik.

Lepas aku habis council dia, aku nak kasi tarikh untuk temujanji seterusnya.

“Ok pakcik, tarikh ambil drah next 13.7.22 ye, pukul 8 pagi. Kene berpuasa siap siap dari rumah pukul 10 malam…”

Tak sempat aku habiskan ayat, pakcik potong cakap aku..

“doktor, awal sangat la pukul 8 pagi. Saya selalunya tak bangun tidur lagi. Pukul 11 saya datang boleh tak?”

Aku cube maintain reaksi muka professional aku.

“Ok pakcik, macam ni lah. Klinik kita ni bersistem. Lab kita dah tak terima sample drah berpuasa selepas pukul 9 pagi. Nanti takut pakcik datang pukul 11 pagi, sia sia saja. Nak tak nak, pakcik kene akur dengan sistem kita.

Pakcik tu nampak tak puas hati, tapi angguk saja dengan penjelasan aku hihi. So, berakhir dah kisah konsultasi pakcik ni.

So berbalik kepada medical report tadi. Aku try call henpon pakcik ni, nak tanya tujuan dia minta bantuan JKM. Separuh hati aku betul betul inginkan kepastian, separuh lagi hati aku takat nak kepochi saja.

Truttt..trutt… “helo assalamualaikum. Saya Dr Jennifer Lopez (bukan nama sebenar) dari Klinik Kesihatan Texas (bukan klinik sebenar).

Boleh saya tau kenapa encik perlukan medical report?”

Pakcik: “Ooo macam ni doktor. Saya ni pesakit kencing manis. Saya rasa penyakit ni menyebabkan saya ada banyak masalah kesihatan yang lain.

Selalu tumbuh bisul, kaki saya pon dah kebas tak rasa apa apa, badan asyik lesu saja.

Nak kerja pon tak boleh dengan keadaan badan macam ni. Saya harap dapatlah JKM bagi bantuan. Doktor ke yang buat medical report saya? Boleh settelkan cepat? Lagi cepat dapat bantuan, lagi bagus.”

Ya Rosul.. bawak bersabar Jennifer Lopez… tarik napass.. hembus napasss..

Aku terangkanlah dekat pakcik tu, semua gejala yang jadi ni sebab kencing manis yang tak terkawal. Kalau pakcik makan ubat betul betul, jaga makan, bersenam, insyaAllah gejala semua tu akan hilang.

Macam mana pakcik nak expect JKM akan bantu pakcik, kalau pakcik pon taknak bantu diri sendiri?

Pakcik diam. Lepas tu dia balas, “dah siap report nanti, bagitau saya.”

Teeett. Setepek tu saja dia balas. Phone pon dah dimatikan.

Tipulah kalau aku tak bengang. Ini memang level kufur nikmat at its finest! Aiyo sabor jennifer lopez.. sabor.

Sekarang ni aku masih lagi menaip medical report pakcik ni. Dengan penuh jujur aku bagitau pakcik ni tak makan ubat sangat, appointment pon selalu tak datang.

Biarlah panel penilai baca dan nilaikan sendiri, berbaloi tak nak tolong orang orang macam ni. Kerja takmau, ubat tak makan, tapi nak bantuan.

Sekian sahaja bebelan saya. Terima kasih kerana sudi scroll sampai ke penghujung cerita.

Reaksi Warganet

Salimah Suhaimi –
Baru je jumpa seseorang ni, umur 40tahun balik balik dapat mini serangan jantung (unstable angina).

Punya la kita call pakar pajar jantung dari IJN dan Serdang nak mohon awalkan angiogram dia sebab kesian.

Bila tanya ubat drah tinggi dan k0lesterol balik balik jawab “terlupa” makan, dan masih merkok sometimes. I wonder why i bother.

Rina Shahir –
Pernah klinik kesihatan bagi bantuan susu tepung dan beberapa lagi barang dapur kerana anak yang di bawa ke klinik under weight.

Beberapa bulan lepas tu misi misi melawat ke rumah. Terkejut beruk tengok si bapak terbungkang tidur dah pukul 10 pagi. Tak kerja, jadi senang dia anak anak dapat bantuan. Bapa pemalas tegar..!

Chuad Steady –
Saya pernah call semula JKM report untuk termination bantuan JKM berkenaan penipuan seorang waris yang menggunakan anak OKU mental tetapi bersyarat kena datang training untuk rehabilitasi. Lepas dapat bantuan, lesap tak datang langsung rawatan berkala.

Tahniah pada doktor doktor yang berani buat report jujur, kalau tertipu di awalnya dengan lakonan pesakit/waris. Takda masalah boleh buat report semula pertikaian.

Ada juga kes waris OKU yang pegang kad bank si OKU dan guna untuk diri sendiri serta famili sendiri.

Tapi yang OKU hidup merempat sendirian. No telefon hanya aktif dan muncul bila nak renew mklmt OKU.

Yang ni pihak JKM pun sedang cuba sebaik mungkin nak atasi isu tapi laporan awam dan sekeliling amat penting jika rasa ada OKU yang dipergunakan waris mereka.

Pantang betul dengan orang yang makan duit bantuan cara kotor ni…

Icka Atiqah –
Saya paling marah orang yang pergi klinik kerajaan, bayar murah tapi paling suka skip makan ubat.

Ada Tu siap cakap lagi makan ubat nanti boleh rosak buah pinggang. Tapi dia merkok hembus hembus depan muka Kita tak ngape pulak.

Semalam pergi bawa ayah checkup drah tingginya. Harga ubat untuk 10 minggu + konsultansi RM 1960. Untuk 5 jenis ubat.

Macam mana mereka mereka yang dapat ubat dengan bayaran rm1 ni boleh sampai hati utk membazirkan ubat ye.

Lepastu orang orabg macamni kalau sembang dekat kedai kopi, menyakitkan hati je kalau dengar.

Matt Chivaree –
Style bercerita macam novel cerpen lak, haha. Anyway, I know your concern doc.

Orang berpenyakit ni lagi lagi yang lanjut usia aka berumur ni, memang payah sikit nak consult bagi faham.

Nak yang senang, tapi diri sendiri taknak usahakan mediciation untuk diri. Selain doc, maybe family dia boleh main peranan kot. Doa yang bebaik jelah kan

Sumber – J-Lo (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.