Dpn pelajar dn ibubapa, teruk aku dimalukan. Baru aku tahu siapa sbnarnya tunang aku. Sebulan aku ‘lari’, trauma

Foto sekadar hiasan

Tunangku Suamimu

Assalamualaikum wbt dan hai pembaca semua. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan kisahku.

Hati terpanggil untuk confess once terbaca kisah hidup kak Lyn, Melukut di Tepi Gantang.

“Tidak Allah jadikan sesuatu itu tanpa hikmah-Nya. Ujian tanda Allah kasih terhadap hamba-Nya dan setiap kesukaran itu ada kemudahannya. Moga kita terus qawiy dan yakin dengan setiap janji-Nya”.

Ustazah Iman. Seorang wanita yang berjiwa kental setelah pelbagai ujian dilaluinya di samping airmata menjadi peneman setia. =’)

Ya, itulah diriku. Umurku menginjak hampir ke angka 30. Pada umur 28 tahun, satu mimpi ngeri telah berlaku dalam diari hidupku iaitu Tunangku Suami Orang.

Rileks. Jangan cepat melatah setelah aku maklumkan bahawa aku telah bertunang dengan suami orang. Huhu

Maka tersebutlah alkisah di mana aku diuji dengan pemergian aruwah tunangku yang merupakan rakan sekuliahku sewaktu di awal perkhidmatanku di salah sebuah sekolah di ibu kota.

Lantaran peristiwa tersebut, aku banyak menghabiskan masa dengan aktiviti aktiviti persekolahan agar aku tidak terus berasa kesedihan. Masa terus berlalu, alhamdulillah aku redha dengan takdir-Nya.

Setelah itu, aku dikejutkan dengan lamaran daripada Ketua Panitia yang sama ditugaskan dalam satu unit denganku, Ustaz M.

Aku menolak hasrat hatinya secara baik. Walaupun berkali kali Ustaz M memberi hujah tentang p0ligami, namun hatiku tidak tegar untuk melukakan hati wanita lain.

Aku mengambil pendekatan untuk banyak mendiamkan diri dan mencuba untuk menjauhkan diri daripada Ustaz M selain mengelak untuk melakukan tugasan unit bersama.

Jika dulu Ustazah Iman seorang yang ceria, berupaya untuk menceriakan harinya daripada dirundung sedih atas kepemergian aruwah tunangnya. Namun, tidak lagi sekarang. Tiada lagi senyuman yang terukir di bibirnya.

Aku mencuba untuk menjaga ikhtilat sebaik yang mungkin. Ustaz M menyedari akan perubahan sikapku dan masih lagi dengan niat hasrat hatinya untuk menjadikanku sebagai zaujah keduanya. Oh no.

Maaf Ustaz M, selama ini aku sangat menghormatinya namun setelah Ustaz M tidak dapat menerima keputusanku dengan baik, aku menjadi ‘jengkel’ dengan tindakan yang dilakukan oleh Ustaz M.

Secara tidak langsung, aku menjadi stress kerana Ustaz M tetap dengan pendiriannya selain terdapat beberapa orang guru yang mengetahui akan hasrat hati Ustaz M.

Ustaz M kerap berseloroh dan perkara tersebut acapkali menjadi topik bualan dan gurauan antara guru lelaki.

Speechless.

Kemudian, aku dikejutkan dengan perkhabaran sahabatku, Teacher Rina, bahawa dia dan suaminya, Cikgu Aliff, ingin memperkenalkanku dengan guru bahasa sesi petang, Cikgu Z.

Cikgu Z menyambut baik akan salam perkenalan yang diaturkan oleh guru pasangan suami isteri tersebut.

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan berkenalan, Cikgu Z berhasrat untuk mengikat tali pertunangan. Majlis sederhana yang dihadiri oleh Cikgu Z bersama dua orang adik perempuannya yang masih bersekolah.

Cikgu Z merupakan anak sulung yang telah kehilangan ayahnya beberapa tahun yang lalu dan tinggal bersama ibunya yang kurang sihat serta menyara adik adiknya yang lain.

Hubungan kami hanya diketahui oleh Teacher Rina dan Cikgu Aliff. Aku dan Cikgu Z bersepakat untuk tidak mengikat tali pertunangan dalam tempoh yang lama.

Maka pelbagai persiapan walimah telah aku lakukan secara berperingkat, sedikit demi sedikit.

Beberapa bulan sebelum bernikah, aku menerima panggilan dan whatsapp daripada nombor yang tidak aku kenali. Jika melihat kepada DP Whatsapp, sama seperti DP Whatsapp cikgu Z. Maybe ini nombor baru Cikgu Z.

So aku pun menjawab panggilan setelah beberapa kali aku dihubungi oleh nombor yang tidak dikenali tersebut. Kejadian ini berlaku setelah tamat sesi P&P.

Pemanggil di talian memperkenalkan dirinya sebagai Anne, isteri kepada Cikgu Z! Menggigil tanganku menjawab panggilan tersebut.

Lantas, aku meminta penjelasan daripada Cikgu Z akan perihal yang sebenar setelah Cikgu Z tamat tugasannya pada sesi petang.

Cikgu Z mengiyakan persoalanku dan menyatakan bahawa mereka dalam proses untuk berpisah.

Hatiku sangat terpukul akan jawapannya dan secara tidak langsung Cikgu Z telah mengkhianati kepercayaanku terhadapnya.

Seterusnya aku inginkan kepastian dan kebenaran daripada ibu Cikgu Z. Ibu Cikgu Z memberitahu bahawa Anne kerapkali bergaduh dengan Cikgu Z dan minta untuk dilepaskan kerana ingin hidup bebas serta tidak sanggup untuk hidup susah di samping menganggap menjaga ibu mertua sebagai suatu bebanan.

Aku rasa sangat down dan bertindak untuk memutuskan hubungan kami. Aku tidak mahu menjadi pengganggu rumahtangga orang lain. Namun, Cikgu Z berkeras untuk meneruskan perhubungan ini.

Aku juga dimaklumkan bahawa Anne daripada keluarga bukan warganegara dan kerapkali keluar bersocial bersama rakan rakannya tanpa pengetahuan Cikgu Z. Mereka juga telah lama tidak tinggal sebumbung.

Aku tenangkan diri dan menganggap ini sebagai ujian. Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Anne rasa tercabar setelah mengetahui akan perhubungan kami lalu bertindak hadir ke sekolah pada Hari Laporan Pelajar.

Untuk makluman, pada hari kejadian, Cikgu Z bercuti dan dikhabarkan beliau menguruskan ibunya yang warded di hospital.

Ketika itu, keadaan sangat tenang kerana hanya tinggal sebilangan pelajar yang masih menunggu kehadiran ibubapanya untuk mengambil laporan atau penyata peperiksaan.

Tiba tiba datang seorang pelajar yakni pengawas memaklumkan bahawa ada tetamu yang ingin menemuiku di luar kelas.

Lantas, aku meninggalkan kelas seketika dan bertemu tetamu tersebut di hadapan pintu kelas.

Aku menghulurkan tangan untuk berjabat mesra dengan tetamu tersebut yang kusangkakan ibu/penjaga pelajar. Namun ku dihambur dengan kata kata sinis yang mampu didengari oleh para pelajar dan ibubapa yang hadir.

“Oh ini Ustazah Iman! Malu sikit awak tue ustazah, belajar agama tapi ada hubungan dengan suami orang. Ingat ya, saya tidak teragak agak untuk mencari keluarga ustazah di kampung. Baru awak akan terduduk malu.

Sekarang anak saya dan cikgu Z berada di hospital, mungkin dia sakit terlalu rindukan ayahnya. Ustazah jangan ganggu rumahtangga kami, tapi seandainya awak nak bermadu, saya ikhlas untuk undur diri. Ingat tue Ustazah..!!”.

Allahu, aku telah dimalukan di khalayak ramai. Rupa rupanya serangan tadi telah didengari oleh Ustaz M yang mana Ustaz tersebut berada di sebelah kelasku tika itu. Aku menangis semahunya.

Hatiku remuk. Sejurus kemudian, aku menerima whatsapp daripada Ustaz M. Ustaz M kesal dengan keputusanku yang menolak lamaran baik seorang lelaki yang berkata jujur, namun menerima lamaran seorang lelaki yang berlagak jujur tetapi hakikatnya merupakan suami orang!

Aku telah menjadi mangsa keadaan dalam lakonan wayang seorang lelaki yang mengaku bujang.

Justeru, aku mengalami trauma yang sangat teruk lalu mengambil cuti rehat selama sebulan. Aku banyak lakukan terapi diri dan jiwa di samping mendekatkan diri kepada yang Maha Esa.

Tipu jika aku katakan aku dapat pulih sepenuhnya dalam masa yang singkat. Situasiku sama seperti kak Lyn yang mana airmata menjadi peneman setia di kala sendirian. Kadangkala airmata tiba tiba mengalir sewaktu bertugas.

Aku bukan bersedih atas kegagalan perhubungan ini, malah aku bersyukur terhadap Ilahi atas kebenaran yang terungkai sebelum membina baitul muslim.

Namun aku sebenarnya bersedih atas kejadian yang menimpa diriku. Even mulut berkata aku okay, tetapi hakikatnya hati yang merasai.

Aku semakin tidak keruan sehingga ke satu tahap aku hampir accident sewaktu dalam perjalanan ke tempat kursus hanya disebabkan aku ternampak bayangan seperti Anne sedang memandu di lorong kanan keretaku sambil tersenyum mengejek ke arahku.

Hidupku sentiasa dibayangi oleh bayangan Anne selain sentiasa terngiang ngiang akan suaranya yang lantang itu.

Selain itu, aku juga menjadi fobia untuk menjawab panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali, hatta ibubapa pelajar yang menghubungiku juga sukar untuk aku menjawabnya.

Anne telah berjaya dan sebati menjadi igauan ngeri buatku dalam tempoh yang lama sehingga aku merasakan bahawa Anne sentiasa berusaha untuk menjejakiku.

Sepanjang cuti rehat, aku menenangkan diri di kawasan pantai. Aku diam di sebuah inap desa tanpa pengetahuan keluargaku.

Berbeza situasi dengan kak Lyn, aku rahsiakan segala apa yang berlaku daripada pengetahuan ibu dan ayahku kerana aku tidak mahu mereka risau dan bimbang akan diriku sementelahan ibuku berada dalam keadaan kurang sihat.

Aku mencari kekuatan untuk melupakan peristiwa ngeri yang berlaku. Alhamdulillah, Allah permudahkan dan seterusnya aku direzekikan pertukaran ke sekolah lain jauh di luar semenanjung beberapa bulan selepas kejadian itu.

Doakan buat diriku dan tidak dilupakan juga buat kak Lyn agar kami terus dikuatkan hati dan semangat untuk melalui warna warni kehidupan ini.

Mohon iringan doanya jua agar kami dipertemukan jodoh yang soleh, baik serta seorang yang jujur yang mampu membimbing kami ke Syurga-Nya.

Nasihat dan dan pandangan mengenai menangani f0bia juga amat dialu alukan terutamanya bagi mereka yang pernah mengalami fobia/trauma sepertiku.

“Perempuan perempuan yang tidak baik (jahat) untuk lelaki yang tidak baik, dan lelaki tidak baik untuk perempuan perempuan yang tidak baik, sedangkan perempuan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan perempuan yang baik.

Mereka (yang baik) itu bersih (dari tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang orang (yang jahat)”. (An-Nur 24:26).

Al-Fatihah untuk aruwah.

Reaksi Warganet

Wahida Abdullah Sani –
Kalau smpai begitu traumanya, mintak tukar ke sekolah lain lah. kalau dapat tukar, ustzh ngajar macam biasa, cuba sibukkan diri dan jaga diri dan hati ustazah supaya tak dikecewakan lagi.

Biar lambat kawin, asalkan kita kenal dulu orang orang disekeliling kita dripada sibuk cari jodoh tapi jodoh beri trauma pada diri kita buat apa, rugi saja .

Hashieda Umi Hussin –
Hmmm.. wanita mudah tertipu, terpedaya. Tapi saya rasa lelaki pun sama. Ada yang tertipu dan terpedaya dengan wanita juga.

Cuma satu jer Yang maha pelik, kenapa Bila dah ada seseorang (suami/isteri) tapi masih memberi harapan pada yang lain?? Boleh tak Jangan nak menyusahkan hidup orang yang lurus bendul cepat percayakan orang yang pathetic yang perangai macam tu?

Kau dah berhutang dengan menghilangkan satu frasa hidup keceriaan/kegembiraan pada orang yang malang tu disebabkan oleh kerana ketamakan kau!

Ema Ri –
Selalu terdengar laki kalau nak kawen dua pakat dengan mak dia ke, family dia ke dan burukkn isteri pertama – what the fish.

Dude, kadang tak faham la. Nak wife baru yang solehah, bekerjaya or berpelajaran why not train yang pertama jadi macamtu dulu.

If tak mampu maksudnya that guy is loser. Dia tak mampu didik isteri yang pertama, dan tak settle secara baik (pisah) macam mana nak jaga perkahwinan yang baru. Im not judging, but reality.

Harap ustazah relax, take care of yourself…

Hafiz Aiman –
1. Wanita sebelum nak jadikan mana mana lelaki itu pasangan hidup kena research dahulu dirinya dengan orang lain contoh adik adiknya dan orang kampungnya. Supaya ia bebas dari tertipu. Kerana lelaki ini ramai yang bersifat talam 2 muka .

2. Para suami jangan kebulur sangat nak berp0ligami. Jangan sesekali mengheret mana mana wanita untuk menjadi mngsa keadaan. Kerana kita juga ada akak, adik perempuan dan anak perempuan.

Mungkin suatu hari kelak asbab dari kita yang sebelum ini akan menimpa perkara yang sama juga untuk mereka .

3. Kita sebagai pembaca dan pengomen kena cerdik. Sebelum komen itu mestilah fahami luahan confessor dulu. Supaya tidak berlaku aktiviti kebawangan.

4. Mohon kita semua mengambil pengajaran dari confession ini supaya hal ini tidak menimpa dalam hidup kita dan anak anak kita

Ustazah nasihat saya selepas ini jika nak kahwin, Jika memilih pilihlah yang terbaik dan jika dipilih pilihlah untuk jadi yang terbaik .

Sumber – Iman via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.