Foto sekadar hiasan
Anak atau Kerjaya
Assalamualaikum semua, kenalkan saya Noni (bukan nama sebenar), sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Saya bekas graduan di Utara tanah air.
Mungkin coretan ini agak beremosi sama seperti Saya yakin kebanyakan wanita yang tamat belajar mesti bercita cita nak ada kerjaya sendiri kan?
Begitu juga saya. Saya menganggur dari 2018-2021. Lepas tamat belajar saya mengandung jadi tangguhkan dulu niat bekerja sebab jarang syarikat swasta nak ambil orang yang dah mengandung.
Sektor Kerajaan pula masih tak nampak bayangan-nya itu. Saya lahirkan anak saya pada tahun 2020 dan hujung 2019 dunia dilanda c0vid.
Lagi jauh lah nampaknya nak mula bekerja, inikan pula yang bekerja pun ramai diberhentikan kerja.
Setiap kali itu lah saya terasa tertekan dihimpit soalan dengan orang sekeliling. Yela graduan degree tak bekerja, dah la teruk belajar sudah tu berhutang pula. Itu kata mereka.
Saya mengalami tekanan yang hebat, sedih menangis hingga rasa diri tidak berguna. Sejak itu saya ambil inisiatif untuk berniaga dari rumah tapi tula perniagaan ada naik turun.
Cubaan untuk berniaga tidak berjaya. Anak membesar depan mata, jatuh bangun setiap perubahan perkembangan tumbesarannya saya ada bersamanya. Momen indah bagi yang pertama kali jadi seorang ibu.
Alhamdulillah Feb 2022, akhirnya penantian yang ditunggu tunggu selama ini telah tercapai.
Doa saya dimakbulkan oleh Allah seperti apa yang saya nak iaitu office hour, cuti Sabtu Ahad dan dekat dengan keluarga (sebab nak ada masa dengan anak dan suami). Saya diterima bekerja di sebuah syarikat swasta.
Lepas ni tak perlulah lagi nak hadap soalan “Bila nak kerja?” “Dah kerja ke?”.
Tak perlu dah meratap, sedih dan kecewa dengan diri sendiri bila gagal untuk bekerja. Mungkin sesetengah masyarakat anggap suri rumah ni kerja yang tiada nilai.
Tapi betul la, kalau kita nak capai sesuatu keinginan kita terpaksa melepaskan satu yang lain. Ya itu yang saya maksudkan iaitu momen indah bersama anak. Bermula lah episod cari dan hantar anak pada BS (babysitter).
Setiap kali nak hantar anak ke BS dia akan buat muka sedih kadang menangis tak nak bila nampak saya capai beg baju dia. Saya lagi la rasa sedih nak melepaskan dia dan tinggalkan dia walau sementara.
Anak dah berusia 1 tahun 8 bulan sememangnya sudah pandai untuk tunjuk perasaan melaui verbal mahupun non verbal.
Waktu ni saya tertanya tanya pada diri “Kejamkah aku sebagai ibu, Tinggalkan anak untuk kepentingan diri sendiri?” Masa ni mula la teringat momen momen indah bersama dia.
Saya tak tahu perlu pura pura jadi kuat atau macam mana. Adakah perasaan ini hanya pada saya? sedangkan ramai juga wanita bekerja yang terpaksa tinggal anak mereka pada orang lain yang tiada pertalian darah juga di Taska.
Setiap kali ambil dia dari rumah BS dia akan tinggalkan semua mainan dan meluru terus pada saya.
Saya rindu dia, rindu yang teramat sangat. Balik rumah kalau saya sebak menangis dia sudah pandai datang lap air mata saya dan peluk saya.
Ya Allah, ini yang membuatkan saya rasa tak kuat dan perlu pilih antara satu. Kerjaya atau anak.
Saya terlalu membayangkan anak saya nanti akan berubah dan tidak akan ikut acuan (read: cara didikan) saya sebab dia akan membesar dengan cara orang lain.
Cara pun dah lain dan masa saya bersama dia sekejap sangat. Lepas ni saya dah tak dapat tengok perkembangan tumbesaran dia di depan mata.
Bila balik petang dah senja dan malam dan dia akan tidur awal letih main agaknya. Saya pula keletihan seharian bekerja.
Setiap kali dia tidur, saya akan tatap dia lama lama. Setiap pagi bangun tidur, saya akan peluk dia dan sebelum saya hantar ke BS dia seolah olah tahu dan akan pandang saya dengan pandangan yang sayu redup ja mata di pandang lantai.
Saya tahu dia tak nak saya tinggalkan dia dengan orang lain tapi saya kejam terpaksa umpan dia dengan menyatakan kawan kawan dia ramai nak bermain dengan dia.
Dia pun angguk faham dan ikut pergi ke rumah BS walaupun masih buat muka sedih bila saya nak tinggalkan dia. Macam mana saya nak jadi kuat macam ibu lain keluar bekerja tanpa perlu rasa beremosi seperti saya?
Buat, anakku. Ibu nak cakap yang ibu sayang kamu, terlalu sayang kamu.
Ibu tinggalkan kamu dan keluar mencari rezeki bukan bermakna ibu benci kamu. Ibu nak bantu ayah dan bila bekerja ibu boleh beli banyak benda untuk kamu walaupun tak semewah mana.
Ibu tahu, ibu terpaksa korbankan perhatian ibu, masa ibu demi capai impian ibu sebab ibu juga ada ibu (tok di kampung) untuk balas jasa sementara dia masih hidup di dunia ini.
Maafkan ibu, sebab ibu tak dapat tunjukan kasih sayang ibu sepenuhnya pada kamu seperti sebelum ini. Maafkan ibu sayang.
Reaksi Warganet
Adda Ariffin –
Awk rse cmtu sebab awk asyik nk senangkan kata orang. Perbetulkan niat awk dulu knp utk pilih sbg surirumah atau sbg ibu yg bekerjaya.
Klu awak sendiri dah tau dan yakin dgn jawapannya maka awk tak perlu ragu dgn diri sendiri dan tak perlu risau dgn pandangan org lain.
Susah senang awk je yg lalui. Orang luar tak layak utk judge dgn apa pilihan dan keputusan dlm hidup awk.
Nurul Akmal Hamid –
Sy pun sama..sekarang ni mak jaga sbb baru 2 bulan..tapi still kena cari jgk bs sbb mak dh nk balik kampung..sedih sebenarnya tapi tu lah, kerja jg satu ibadah..lagi2 bila kita kerja kita nk bantu ringankan beban suami dan nk bahagiakan anak di kemudian hari..insya allah akan diberi ganjaran pahala..
Cuma kadang2 sy terfikir, dari aku hantar anak ke BS why not aku yg jadi BS 😅..dok umah duit masuk gk tapi tu lah tkut tak terkejar pulak nk jaga anak org 3 4 orang ni..haihh dilemma betul sekarang..
Anita Kamaruddin –
Fikir ni je.. Kerja tu fardhu kifayah. Kerja kerana Allah. Bukan kita buang anak tapi kita minta tolong orang lain jagakan anak kita semasa kita bekerja. Hidup dalam masyarakat, semua orang main peranan. Awak ada kelayakan, ada ilmu, awak ada tanggungjawab dengan ilmu yang Allah bagi tu. Tak semua orang dapat. Orang lain yang tak dikurniakan ilmu atau peluang bekerja, boleh tolong jaga anak-anak kita, mereka pun tak kurang hebat peranannya. Mereka pun dapat pahala kalau niat jaga anak kita kerana Allah. Kalau semua orang saling tolong menolong macam ni baru lah ekonomi makin maju. Kita pun tenang nak kerja.
Fadzilah Musa –
Faham 😢😢😢
Walaupun anak yg sy penah tinggalkan kat Taska tu dulu dah berusia 17 tahun skrg
Waktu tu sy pun pelik kenapa ibu lain mcm relax je tak se”tissue” saya
Ke ibu lain pun sedih tp sy taktahu?
Hari2 masa htr anak taska, sy akan menangis (anak tak menangis 😅)
Selagi mampu bekerja, teruskan lah dik
Akk dulu kena stop kerja masa usia anak dlm 2 tahun, sbb mslh kesihatan, lps tu bisnes sendiri
Allah izinkan membesarkan anak dgn tgn sendiri dari kecik
Semoga kuat ok
Sumber – Noni (Bukan nama sebenar) via IIUMC