Lepas tiduri’ anak ustaz, aku bermimpi aneh. Mcm dirgol ular, suara ditarik. Aku cari masjid. Bila dikerumuni, aku ku lari hingga ‘terima balasan’

Foto sekadar hiasan

Anak ustaz aku tiduri, malam tu jgk aku lari cari masjid, aku dpt mimpi aku dibelit sampai suara ditarik badan tertanam

Hai kawan. Haha, aku pun tak tau siapa kawan aku. Semua blah dah.

Aku anggap tempat konfesi ni lah sahabat, selain sejadah aku. Tasbih aku. Nak borak dengan orang sebelah dah nazak. Sebelah lagi termenung macam orang giila. Ke, aku yang giila?

Baru tadi aku kasi nurse cuci najis dekat tiub ni, tukar tiub baru. Punggung aku dah disfunction. Tak leh berak ikut situ. Makanan yang aku boleh makan cuma bubur, nestum, oat ..

Aku tak tau la sempat ke tidak konfes sampai habis sebab aku ada epilepsi. Ada masa aku akan terjatuh sendiri, menggeletar sampai gigil gigil mulut keluar buih. Nurse datang inj3ct ape bende tah. Pastu kasi aku gigit sudu. Naik berpaarut lidah sebab gigi ketap kuat masa aku sawan tu tanpa aku sedar pape. Tak dikawal maunye putus.

Aku tak boleh berjalan.

Tak boleh berdiri.

Haha. Muda lagi dah rasa tua beb, advanced en?

Aku jeles tengok orang lalu lalang dii hospital ni. Sihat walafiat. Bertenaga, tak nampak pun bila dia orang nak mati. Dia punya segar tu macam boleh hidup 100 tahun hahaha.

Eh, aku pernah macam dia orang.

Sihat.

Berisi.

Tapi sekarang tak cam tu dah…

Eh ni aku nak cite jap.

Masa aku sihat dulu en, aku selalu lumba motor dengan member. Masuk border thailand cari minah siam lawa lawa, projek. Pastu, aku isap g4nja. Ecst4cy pun boleh tahan la, khayal indah indah.

Dara permpuan aku pecahkan banyak. Aku biasa kalau projek skali, skali ah. Kau dah projek dengan aku tak ada ah aku pandang lagi. Aku akan cari minah ‘suci’ yang lain, pecah dia punya pulak.

Ada yang pregnant, aku buat bodo. Kau nak suruh buaya tanggungjawab kat kau? Mimpi la…

Amacam heaven?

Seronok kan life lama aku?

Beb, apa yang aku buat dulu bukan syurga, doe. Aku sebenarnya jejakkan kaki dalam ‘syurga’ dajjal, macam syurga tapi neraka hakikatnya.

Malam lepas aku pecah daraa anak ustaz, ustaz tu warak sangat agaknye, aku mimpi semacam malam uh. Mimpi aku kena rejaam dengan batu tengah tengah hutan. Seluruh makhluk rejaam dekat aku. Pokok, batu, gua, pastu ada benda ghaib tanam aku hidup hidup pulak.

Lemas tapi tak boleh nak jerit. Asal bukak mulut telan pasir, asal bukak mulut telan pasir. Tak leh buat apa.

Nafas sekat sekat sampai dalam mimpi tu aku menangis. First time aku sebut nama Allah, aku kata, “ya Allah ampunkan aku.”

Lepas aku cakap macam tu tepi tepi aku semua berpetir. Kepala aku kena petir skali, aku dah menggeletar tak nampak apa. Kepala sakit, badan dah tertanam dalam tanah. Tiba tiba aku rasa punai aku kena patuk.

Kau pernah rasa tak? Seluruh badan kau beku, then ada orang dera tempat sensetip kau? Kau lak tak leh nak lawan. Pernah?

Aku rasa macam dirgol dengan ular. Dia patuk punai aku, sedut, pastu dia belit sampai putus. Air mata aku je bersuara masa tu. Suara aku ditarik. Aku jerit macam mana pun suara tak keluar.

Lepas tu aku dengar ramai ramai budak nyanyi Asmaul husna. Tapi budak budaknye takde. Suara je.

Situ aku dah rasa. Tuhan yang selama ni aku tak nak kenal dan langsung tak kenal, tengah murka dekat aku.

Aku pernah tembaak orang doe.

Belasah sampai maati.

‘Kekah’.

Rgol ex aku teruk teruk sampai dia sakit jiwa sebab dia curang dengan member aku sendiri.

Apa je jnayah aku tak pernah buat? Mak bapak aku pun dah cop aku budak jahanam. Habis satu rumah bapak aku geledah nak duit. Nak emas. Nak beli ganja.

Tak yah cite ah, tempat aku dekat akhiraat nanti neraka agaknye.

Balik pada mimpi tadi, aku terbangun badan aku berpeluh macam baru lepas mandi. Perempuan yang tidur dengan aku dah hilang.

Aku keluar dari hotel nak jumpa mak. Aku dah lupa syurga dunia aku. Aku cuma nak tengok mak.

Rumah mak bapak aku gelap, aku syak tengah tido. Aku tekan bell tak bukak bukak, malam sangat dah. Takkan pukul 4 pagi nak layan kerenah aku en? Logik ah tu.

Aku blah pegi carik masjid.

Carik carik, jumpa.

Masjid tu terang sentiasa.

Lampu kalimantang menyala nyala, tapi takde orang pulak tahajjud ke, ape ke. Tak pe lah.

Terkenang kenang mimpi petunjuk yang aku dapat, menitik air mata aku. Dengan diri aku yang baru lepas projek, aku rasa kotor.

Aku mandi dekat toilet masjid.

Mandi sambil menangis

Aku nampak berus, aku sental badan aku sampai luka. Aku ini hinaa.

Last aku sembahyang masa tu, darjah 3. Masa tu aku anak murid kegemaran ustaz Fahimi. Otak aku cepat, boleh hafal 4 juzuk sepanjang darjah 3. Aku selalu solat berimamkan ustaz Fahimi. Aku sayang ustaz tu. Selalu belikan aku coklat, sponsor buku aku, mungkin sebab aku pandai, dan aku baik.

Aku suka bagi makan dekat kucing kucing, duit belanja habis bagi makan kucing, kawan kawan.. aku lapar pun takpe.

Tapi sejak aku pindah sekolah, aku tak nampak ustaz fahimi dah. Aku jadi liar. Sampai jadi macam ni…

Lepas badan dah luka disental sental, aku bilas sampai bersih dan ambik wudhu’.

Ya Allah, sekiranya nikmat kesihatan ini yang membuatkan aku alpa, berikanlah aku kesakitan. Agar d0sa d0sa yang banyak ini lupus segenap genapnya, sehingga tiada lagi d0sa yang akan menarikku, menahanku dari berjumpa denganMu dalam keadaan Kau redhai.

Aku doa untuk mak, bapak.

Sedara mara aku.

Perempuan perempuan yang aku dah rosakkan.

Doa yang berulang ulang sampai aku tertidur.

Esoknya aku tersedar, aku di kelilingi ramai orang yang lihat aku tidur, kata mereka, aku tidur lena sampai dikejutkan dengan kuat pun tak sedar.

Aku terkejut.

Aku tak bersedia berjumpa orang baik baik. Aku malu. Aku takut dikerumuni macam ni.

Jadi aku lari. Lari turun melalui tangga masjid dengan cepat untuk mencapai selipar aku.

Akibat aku terlalu gopoh sampai tak nampak anak tangga, aku pun terjatuh. Kena kepala dulu. Akhirnya semua jadi gelap.

Aku sedar di hospital dalam keadaan kaki yang kebas, aku dah tak boleh berjalan. Aku disahkan sakit knser akibat t0ksik, kimia yang terlalu banyak. Usus perut aku rosak.

Dan jadi apa yang aku jadi sekarang.

Nampaknya Allah betul betul makbulkan doa aku. Ternyata d0sa aku tak terkira, sampai maati akan ku sakit begini.

Sakit doe.

Perit.

Kadang kadang sakit dia macam nak ambik pisau, tikam diri sendiri biar aku mati. Aku tak tahan.

Tapi aku sedar aku haamba.

Aku ada iman. Aku tahu ini akibat d0saku.

Jadi aku tahan,Relakan, redhakan. Malah aku bersyukur.

Sakit tapi haamba. Daripada sihat, cuba menjadi tuhan.

Kawan, kalau kau fikir, dunia ni syurga. Bertaubat lah.

Sebab, sungguh, dunia ini hanyalah sebuah persinggahan yang membohongi.

Haha.

Wei, doakan mak dengan bapak aku terbukak hati memaafkan anak dia yang tak guna ni. Aku pegi tak lama lagi ni.

Tapi aku tak boleh pegi dengan tenang kalau mak dengan bapak aku tak bersemuka dengan aku dengan senyuman beri ampun.

Kau beruntung, sihat tu Allah bagi lagi. Boleh tahajjud. Aku ni tiap kali sembahyang kena bukak tiub dulu, kena mandi dulu.

Tapi alhamdulillah solat aku cukup 5 waktu sepanjang 4 tahun duk spital ni.

Haha. Selagi nyawa dikandung badan, kau cacaat segala anggota pun, kau tetap hidup beb. Tetap hidup untuk menjadi haamba.

Maka kau jangan sia siakan.

K ah.

Jumpa lagi. Kat akhiraat kelak.

Reaksi Warganet

Mirae –
Alhamdulillah dengan diri awak sekarang. Awak patut bersyukur awak diberi peluang untuk bertaubat. Doa je selalu supaya dapat jumpa dengan parents awak. Cari lah balik (social network pun ok sebab awak tak boleh gerakkan) manusia manusia yang pernah awak aniaaya sebelum ni dan minta maaf dekat dorang. InshaaAllah semuanya okay.

Ameera –
Moga Allah ampunkan d0sa bro yang lalu..saakit itu penghapus d0sa. Allah takkan membebankan seseorang melebihi kemampuannya. Terima kasih atas perkongsian, membuatkn saya sentiasa ingat untuk tidak berputus asa dengan rahmat Allah. Mudah mudahan syurga sebaik baik tempat untuk bro kembali..

Shaiful –
Pergh, hati mau sado nak baca confession yang ni. sedih, hiba aku rasa baca status ni. hidayah itu milik Allah.

Siapa yang di muliakan oleh manusia, belum tentu dia mulia di sisi Allah, tapi siapa yang di muliakan oleh Allah, sudah tentu dia mulia di sisi makhluk.

Siapa yang dihinaakan oleh manusia, belum tentu dia hina di hadapan Allah, tapi siapa yang dihinakan oleh Allah, sudah tentu dia hina di sisi makhluk.

Boleh jadi jarak kita sejengkal dengan pintu syurga, Allah boleh balikkan hati kita sehingga kita terjerumus di dalam neraaka. Boleh jadi, jarak kita denga sejengkal dengan neraka, tapi Allah balikkan hati kita hingga kita masuk ke syurga.

Ummu –
Jujur, kalau akulah perempuan perempuan tu, tak tau macam mana aku nak maafkan kau. Bukan senang, kalau jadi kat adik ke, mak kau macam mana. Tapi, apalah daya. Kalau tuhan lebih sayangkan kau, tak ada yang dapat menghalang.

Aku harap kau diampuni, dan aku tahu saakitnya menanggung penyesalan. Banyakkan sebut nama Allah. Kalau ada rezeki kau panjang umur, pergi minta maaf. Kalau tak, kau wakil kan lah siapa siapa untuk minta maaf bagi pihak kau. Dengan harapan kau akan terlepas kat sana. Allah maha pengampun

AZ Dotter –
Sedih aku baca cite ni. Huhu. Pengalaman ko time sihat tu memang dahsyat. Tak terbayang aku apa yang ko dah buat time ko sihat.

Tapi cerita ko macam tanah kubur lak. Baru pas mimpi terus saakit. Huhu. Tapi ko kena bersyukur Allah bagi ko sakit. Dapat bertaubat. Sedangkan aku dan yang lain lain ni tak tau la macam mana. Ko bertuah sangat. Huhu.

Aku doa ko cepat sembuh. Aku doa ko kuat tempuh ujian Allah ni. Aku doa sume perempuan tu, mak dan ayah ko buka hati nak ampuankn ko. Amin. Saakit tu penghapus d0sa. Ko kena sabar dan banyakkan berzikir dan istighfar ye. InsyaaAllah semua akan ok.

Sumber – Kai

Tidak dapat kami sahkan samada kisah diatas ialah berdasarkan kisah benar atau rekaan semata mata. Confession diluahkan pada Dec 2015.

Yang baik itu dijadikan pengajaran dan yang buruk itu kita jadikan sempadan. Semoga menjadi peringatan buat kita semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published.