Bila masuk janda anak 1, bos tatang. Gj naik, bonus dpt, kereta company dia pegang. Bila rugi 180k, aku nekad

Foto sekadar hiasan

Bos Talam Yang Gagal

Assalamualaikum Selamat Malam, Dah pukul 3.35am. Aku susah nak tidur malam ni, tapi memang biasanya aku tidur lewat.

Tapi beberapa malam ni aku asyik terkenangkan masalah di tempat kerja, dan nasib aku untuk beberapa bulan akan datang. Aku akan diberhentikan kerja mungkin dalam bulan ni atau bulan depan.

Mak ayah tak tau, tak nak risaukan diorang. Nasib baik aku bujang lagi.

Sekarang aku tengah galak mencari kerja di semua platform yang aku tau (indeed, myfuturejobs, jobstreet dll). Tapi apa yang aku nak ceritakan kat sini adalah tentang bos aku sekarang ni.

Aku hanya seorang graduan universiti biasa yang hanya ingin mencari kerja sesuap nasi untuk keluarga.

Aku ni nak dikatakan seorang yang bijak pun takdelah bijak sangat, biasa biasa saja lah. Tapi, semua software microsoft word, excel, powerpoint tu memang aku biasa guna.

Microsoft project, autocad pun aku tau guna. Edit edit gambar tu semua memang aku dah biasa tak ada masalah. Aku biasa guna excel untuk kira costing projek semua. Boleh dikatakan aku takde masalah untuk buat semua tu.

Dah setahun lebih aku kerja di company ni yang terletak di negeri sebelah utara. Projek pertama bersama xxx, aku berjaya habiskan dengan jayanya walaupun sedikit lewat. Tapi bos masih dapat mengaut keuntungan yang besar.

Tapi, dari projek pertama ni aku dah boleh tau perangai bos aku ni yang suka memaki hamun dan marah tak tentu pasal. Takpe boleh terima lagi.

Bermula dari projek kedua, aku dengan penuh komited dan dedikasi ingin menyiapkan dan mengaut keuntungan untuk bos.

Tapi malangnya, dalam bulan 6 tahun lepas, aku dijangkiti C0vid tahap 4 dan hampir ditidurkan.

Aku stay di hospital selama hampir sebulan dan setelah keluar, aku rehat beberapa hari dan terus masuk kerja walaupun simptom long c0vid masih teruk. Cuma hati tak tenteram memikirkan projek terbengkalai disebabkan tiada pengganti aku.

Dengan badan tak bermaya dan kurang bertenaga, aku masuk ofis dan jalan jalan di site. Bos pulak seakan tak mengerti dan buat bodoh, terus bertubi tubi mengarah itu dan ini.

Disebabkan itu, ada sedikit kesilapan yang aku buat di site, menyebabkan aku dimaki bertalu talu bodoh dan sebagainya.

Mungkin muka aku tak menunjukkan apa apa, tapi dalam masa sama, aku tau aku sangat terasa dan berdendam dengan bos. Tapi takdelah aku plan apa apa, cuma maki dia balik dalam hati saja.

Projek tu pun siap akhirnya dan bos kaut untung berpuluh ratus ribu dari situ. Sikit pun tak ada terima kasih ke apa, takpe aku hanyalah hamba di matanya.

Memang sekelumit pun tak akan jadi kawan walaupun kami hampir sebaya.

Panggilan “abang” hanyalah menyedapkan hati, hakikatnya layanan macam tahi.

Seringkali dia merendahkan aku dengan berkata “tak payah belajar tinggi tinggi pun boleh tau lah semua ni”, dan macam macam lagi. Apa dia ingat aku takde perasaan ke, haha.

Mungkin insecurity dia tinggi sangat memandangkan kelayakan akademik aku jauh lebih tinggi dari dia, jadi tu saja cara dia nak pertahankan ego dia, mungkinlah.

Mungkin bermula dari situ, dalam sedar tak sedar, aku mula tak ambil peduli. Untuk projek seterusnya, aku masih bekerja dengan komited, hari hari turun naik site, dimaki dimarahi hanya kerana masalah kecil tu dah biasa.

Seringkali aku memilih untuk selesaikan masalah sendiri tanpa bagitau bos kerana kalau bagitau pun, aku yang akan dimarahi dan masalah bertambah kusut.

Ayat dia, “benda macam ni pun ko tak boleh fikir sendiri ke?” buat orang sakit hati saja. Tau nak goyang kaki kat ofis, orang bagitau masalah sikit mula la naik darah.

Tapi akhirnya projek tu ditolak sebanyak 50k semasa claim kerana pegawai majlis turun ke tapak dan ukur sendiri, dan dia mengikut ukuran yang sebenar pengurangan bahan di tapak atas arahan dia. Tapi aku dipersalahkan dan dimaki seteruk teruknya. Ok lah fine.

Projek masih untung sedikit cuma aku dipersalahkan hingga sekarang sebab tak bagitau dia awal. Kalau bagitau pun dia boleh buat apa? Nak rasuah la tu. Marah aku juga akhirnya, lemah.

Tapi dalam hati kecil aku, ada perasaan sedikit puas, entah kenapa.

Dalam bulan 10 camtu, ada pekerja baru masuk, perempuan. Aku namakan dia Suraya. Dia ni janda anak 1 yang berpewatakan ceria. Dia pun jaga site.

Senang cite, Bos Talam suka dia dan tak pernah dengar dia ni kena maki ke apa. Sampai ofismate kata diorang ni mungkin ada skandal.

Mungkin sebab tu pekerja pekerja baru boleh gurau gurau kasar dengan Bos Talam ni. Pekerja pekerja yang lama diam diam saja tambah tambah dalam group Whatsapp, sebab kami dah tau perangai asal dia macamana.

Nak dijadikan cerita, aku seringkali dibanding bandingkan dengan Suraya, Suraya bagus, Suraya bijak, Suraya berbakat, Suraya efficient, dan lain lain.

Gaji Suraya dinaikkan, kereta office Suraya pegang pakai hari hari pergi site dan park rumah dia. Setiap projek dia siapkan akan dapat bonus.

Aku tak salahkan Suraya, dia pun masih baru tapi boleh ngam soy ngan Bos Talam.

Tapi disebabkan layanan berat sebelah Bos Talam ni, lama kelamaan aku jadi menyampah sikit dengan Suraya, tapi aku pendam dalam hati jelah. Cuba Husnuzon kan. Mungkin aku tak cukup ceria dan gurau nak jilat b0ntot bos. Husnuzon2.

Untuk projek yang ke-4, aku diarahkan untuk monitor tapak sekolah agama. Dari harga masuk tender dan harga kontraktor, aku dah tau projek ni akan rugi teruk disebabkan kenaikan harga material seperti besi dan lain lain.

Setelah berbincang dengan Bos Talam, dia kata ada peluang ni untuk untung, kepala hotak dia, dia ni bodoh takde otak ke. Dia suruh teruskan juga, tapi aku kena monitor kos.

Dari awal dah rugi 100k dekat situ, nak untung apanya. Tapi dia suruh teruskan juga, takpelah aku buat juga sehingga siap baru baru ni.

Akhirnya kerugian hingga 180k. Aku ditengking dan diarahkan untuk berhenti dalam masa terdekat ni. Bukanlah aku tak monitor kos sepanjang projek berjalan, aku tau memang dah rugi dari awal.

Aku cuma tau nak siapkan saja memandangkan ni projek sekolah agama dan aku pun cuma ikut arahan saja.

Dia pun ada sekali bincang masa mula mula ambil keputusan nak buat projek ni, dia suruh siapkan tapi sekarang salahkan aku pulak. Ko tak reti tekan kalkulator kira sendiri ke? Tapi takpelah benda dah jadi, nak buat mcmana, projek pun dah siap.

Dalam hati aku, entah kenapa memang rasa bersalah. Tapi dalam masa sama, padan muka Bos Talam. Dasar talam dua muka, perangai macam syaiitan. Senior kata, jangan salahkan diri, salahkan Bos Talam sebab lepas tangan.

Tak semua orang ada kredibiliti untuk jadi bos. Setiap gaji yang dibayar kepada pekerja jangan diungkit ungkit. Gaji adalah persetujuan bersama, bukan paksaan sebelah pihak.

Aku harap kalau aku jadi bos nanti (doakan ya), aku layan dan hargai pekerja aku sebaik baiknya.

Pekerja bukan hamba, mereka pun ada hati dan perasaan. Bos Talam, ko ni memang gagal, padan muka rugi. Sazali cabut dulu.

Maaf ya bebel panjang pula.

Sekian, selamat malam.

Reaksi Warganet

Fydd Arsat –
Contractor dan consultant id ke archi ke, bersepah bos bos perangai yahvdi nak kaya sorang.

Staf keje sampai 3 4 pagi, gaji rendah paras paras hidung, bonus takde, kalau claim ot dia kata keje tak ikhlas.

Pastu dihimpit kiri kanan kaki kaki kipas yang pandai cakap je skill takde, hari hari jadi batu api. Memang shaiton mereka mereka ni.

Faridah Yusuf –
Tak dinafikan..ada politik tempat kerja, ada yang pandai kipas ada yang on econ terus.

Jadi untuk staff yang suam suam kuku, takde selera nak buat jokes merapu memang akan terpinggir.

Kadang yang pandai jaga hati bos bukannya pulun buat kerja pun di belakang bos. Rajin depan bos saja, haha.

Anyway Allah lebih mengetahui. Kalau nak sihat mental, kena segera keluar dari persekitaran toksik yang boleh membnuh akal yang sempurna.

Ezd Airanies –
Awak ada skill Autocad dan boleh jaga site, apa kata try berhijrah ke KL dan cari firm Architecture yang sustain.

Setahu saya kalau luar dari bandar bandar besar ni company yang buat projek projek site ni tak berapa nak okay kadang kadang disebabkan material, site dan client’s budget.

Kawan saya Architect, kerja kat Terengganu sampai 5 bulan gaji tak bayar. Tapi sebab bos ok je dia stay. Huhu.

Saya pernah ada pengalaman kerja macam awak. Fresh grad tak reti apa apa. Tapi dipersalahkan sebab kononnya projek tu gagal sebab saya.

Apa saya buat, saya berhenti daripada company sebangsa saya tu lepas 7 bulan.

Masuk company kecil buat kabinet dapur dengan gaji basic balik. Dapat bos Cina yang ajar saya daripada tak tahu apa pasal kabinet, kira harga, entertain client dan manage site sampai saya jadi bos company sendiri sekarang. Alhamdulillah.

Semoga dipermudahkan segala urusan. Allah swt pemberi rezeki. Jangan give up ok.

Sumber – Sazali (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.