“Rumah aku, syurga mereka”. Pelik sangat perangai ipar dan biras. Aku mcm dihambakan di rumah sendiri

Foto sekadar hiasan

Adik Iparku Pemalas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nama aku Nur (bukan nama sebenar). Umur aku awal 30an dan aku adalah seorang isteri (surirumah) serta mempunyai 2 orang anak. Sorang darjah 2 dan sorang lagi 5 tahun.

Aku cuma nak meluah dekat page ni dan nak minta pendapat semua.

Hidup aku sangat bahagia disamping suami dan anak anak. Dari segi kehidupan serba serbi cukup. Aku ada family yang sangat caring dan hargai aku. Alhamdulillah, mertua pun sangat baik dengan aku.

Cuma aku di uji dengan adik beradik ipar dan biras yang kurang beradap dengan aku.

Dalam rumah aku ada adik ipar yang tinggal sekali dengan aku. Suami aku ni dah kehilangan ibu since sekolah rendah lagi.

Lepas aku dan abang mereka kahwin, adik adik ipar aku memang suka tinggal kat rumah aku kalau dia orang cuti sem. Yang bekerja pulak memang suka datang rumah aku time ada cuti panjang.

Sabtu ahad pun kalau dia orang free mesti datang rumah. Since PKP aritu ada yang belajar online. Then boleh kata sampai sekarang la dia orang stay dengan aku.

Ceritanya sekarang aku rimas dengan perangai dia orang. Sangat sangat pemalas tahap dewa aku rasa.

Aku tak benci dia orang. Aku ikhlas jaga makan minum pakai dia orang. Aku dah anggap mereka macam adik sendiri.

Tapi yang menjadi masalah besar bagi aku sekarang adalah sikap mereka. Sikap yang aku rasa tak boleh adapt.

Aku sejenis yang agak rajin la jugak bila kat rumah sendiri, rumah family aku atau family mertua. Kalau rajin terlebih lebih aku buat la kek atau apa apa makanan yang boleh dibuat kudap kudap.

Aku dididik dari kecil untuk saling membantu buat kerja kerja rumah. Aku datang dari family yang sederhana. So kerja rumah ni memang aku dah biasa buat.

Awal pagi bangun selalunya pukul 5.30-6.30 pagi macam tu untuk aku mandi, solat dan settlekan apa yang patut.

Aku tak suka buang masa aku dengan benda yang tak berfaedah. Tengok TV berjam jam tu bukan aku.

Bukan kata aku tak tengok TV langsung. Tapi aku hadkan benda tu. Sama jugak macam handphone, aku tak suka mengadap terlalu lama.

Aku rasa pening, migrain kalau tengok lama lama. Pastu aku rasa benda tu akan melalaikan aku.

Adik ipar aku pulak jenis yang boleh mengadap handphone dari celik biji mata sampai la ke tengah malam kadang bawak ke awal pagi.

Aku sangat pelik. Seriously, aku tak tahu macam mana mereka boleh hadap handphone 24jam, duduk dalam bilik dalam keadaan gelap.

Keluar bilik bila perlu aja macam time makan, nak minum atau ke toilet. Kerja rumah memang tak harap la mereka nak tolong melainkan kalau aku sendiri yang minta TOLONG. Kalau tak minta tolong jangan harap la mereka nak tolong kemas rumah bagai.

Aku la yang settlekan rumah tu sorang sorang kalau mereka tak tolong. Masak pun mereka tak tolong kalau tak minta tolong. Takkan la setiap hari nak kena cakap kan. Patutnya pandai pandai lah bawa diri bila duduk rumah orang even rumah akak atau abang sendiri.

Mula mula aku okay la lagi, aku anggap aku boleh buat sendiri. Tapi lama kelamaan aku rasa mereka macam perhambakan aku. Kadang pinggan mangkuk pun tak tolong basuh.

Rumah aku tak la besar. Standard rumah teres biasa aja. Tapi tahulah kalau ada anak yang sekolah rendah dan tadika ni banyak nak kena uruskan. Settle uruskan rumah nak kena uruskan anak anak pulak.

Emosi aku kadang caca merba dibuatnya. Aku tak harap suami aku akan tolong sebab dia dah seharian kerja diluar. Aku tak nak bebankan suami dengan masalah aku dekat rumah.

Selain aku kena struggle settlekan anak anaka dan rumah yang didiami 7 orang. Aku kena masak banyak juga setiap hari untuk mereka.

Kebiasaannya aku masak sehari 2 kali, breakfast dan juga lunch. Jika tengahari tu makanan dah habis aku terpaksa masak lagi sekali untuk makan malam pulak. Sangat letih tanpa ada bantuan sesiapa. Orang yang tahu saja tahu apa yang aku rasa.

Duduk kat dapur sejam-3jam baru siap masak. Belum lagi hadap tengah masak anak anak menangis, menjerit dan bergaduh. Baru potong bawang anak aku pulak nak berak la nak kencing la. Aku serabut bila adik ipar masing masing tak nak bantu aku.

Pakat duduk dalam bilik tengok movie 24 jam. Aku stress. Jika difikirkan kalau aku dengan anak anak saja bole saja aku masak simple simple tak pun start enjin kereta pergi beli makan kat luar. Tapi masalahnya kat rumah ni ramai. Aku terpaksa masak 2-3 kali sehari.

Time dah siap masak masing masing makan lepastu basuh pinggan mereka aja. Ada masa mood baik baru mereka tolong basuh perkakas yang dah diguna masa aku masak tadi. Meja makan memang selalunya kotor lepas mereka makan dan mereka susah betul nak tolong lap. Aku stress !!

Aku sedih!! Korang paham tak situasi aku? Kalau ya pun tak tolong masak. Apa salahnya tolong basuh pinggan dan tolong lap meja kemas kemas sikit lepas makan. Ermmm…

Adik ipar aku ni kadang rajin jugak order fast food. Aku tak tahu la ada masa tu aku terasa hati betul dengan mereka. Mereka hulur ayam goreng dekat aku dan suami. Tapi kat anak anak aku (anak buah mereka) tak ada pun nak hulur ayam goreng tu.

Siap marah lagi anak aku yang sulung sebab dia ambil 2 ketul ayam. Anak aku nak ambil sekali untuk adiknya. Salah ke? Kadang tu bila order makanan luar mula la suruh anak aku buat itu ini.

Paksa anak aku kemas rumah. Selagi anak anak aku tak ikut cakap mereka, mereka tak nak bagi makanan yang mereka order.

Bayangkan budak budak ni memang excited nampak fries, ayam goreng, air berperisa, so that time kelam kabut anak anak aku kemas. Pakcik makciknya elok pulak makan sambil gelak gelak.

Aku terasa hati sangat sangat. Kenapa kejam sangat sedangkan aku sendiri pun tak pernah paksa mereka buat kerja rumah.

Mereka duduk rumah aku bukan sehari dua. Bertahun dah lamanya. Aku dan suami belanja makanan sehari hari beratus malah beribu habis untuk penuhi keperluan makanan harian untuk seisi rumah.

Aku dan suami tak berkira pun. Aku sedih kalau mereka perlakukan anak anak aku macam tu.

Aku tak tahu la macam mana kalau aku dan suami ditakdirkan pergi dulu. Aku harap kalau yang pergi dulu nanti biarlah aku. Aku tak nak hadap masalah dikemudian hari.

Sedangkan suami masih ada pun mereka tak jaga hati dan perasaan aku dan anak anak buah mereka. Apatah lagi kalau suami aku tak ada nanti. Aku tak minta tapi ini kitaran hidup kita, yang hidup pasti akan mati kan. Apalah nasib anak anak aku nanti.

Tiap kali kalau aku dan suami keluar. Aku akan bungkuskan makanan untuk adik adik ipar if kat rumah tak ada makanan. Mereka bukan jenis rajin masak. Makan maggi seminggu pun tak apa bagi mereka.

Kalau ada duit macam biasa la order food panda aja. Sanggup sebab malas nak masak heavy2. Padahal dalam freezer bnyak saja bekalan makanan basah kami simpan buat stok.

Dari apa yang aku cerita ni hanya 20% saja perangai mereka. Ada baiknya mereka ni. Cuma aku tak berkenan tang kemalasan tu la. Boleh sakit jiwa dibuatnya.

Lagi 1 aku tak boleh brain dengan adik ipar aku tu jenis 2-3 hari pakai baju yang sama. Malas mandi.

Cadar tak bertukar selagi aku tak suruh. Tuala tak tau la berapa bulan sekali dia basuh. Baju dalam bilik bertimbun menggunung tak berlipat. Baju basuh 2 minggu sekali. Toilet pulak nak kena suruh basuh barulah mereka basuh. Citer pulak pasal biras aku ni.

Dia cukup suka masuk bilik aku. Korang tau kan bilik kelamin ni mana boleh suka suka masuk tanpa kebenaran. Tak kan tak belajar adab kot.

Bilik aku master room so ada toilet la. Sebab tu di tiap kali datang cukup suka masuk bilik aku untuk guna toilet.

Toilet kat dapur tu ada saja. Aku pelik betul la. Suami aku pun tak berkenan dengan cara adik ipar dia tu. Kadang kami tengah berdua duan dalam bilik boleh pulak biras aku ni melulu masuk bilik kami tanpa izin. Alasan nak guna toilet kami.

Ya Allah, aku Betul betul annoying dengan persekitaran ni. Biras aku ni perempuan ye. Suami dia pulak aku tengok 2×5 saja perangai tak tau malu. Aku ni tak pernah lagi la masuk bilik mak bapak aku tanpa izin.

Masa kecil lagi mak aku dah ajar tak boleh masuk bilik orang lain sesuka hati. Since biras aku rajin kluar masuk bilik aku tanpa izin. Aku jadi panas hati dengan dia. Kadang aku terpaksa perli anak anak aku cakap kuat kuat kalau anak anak aku nak masuk bilik.

Sedangkan aku tujukan ayat perli tu kat biras dan ipar aku tu. Tapi sayangnya macam tak paham pulak mereka ni. Dulu rapat tapi sekarang tak lagi. Belum lagi dia buat perangai malas dia. Stresss aku weii!!

Aku tak tau nak hadap berapa lama lagi semua ni. Aku fed up. Aku buntu. Tolong la bagi kata kata semangat kat aku untuk aku teruskan hidup.

Masalah aku tak besar mana. Tapi tak mustahil boleh jadi masalah paling besar dan rumah tangga aku porak peranda 1 hari nanti kalau aku meletop.

Reaksi Warganet

Aza Yati –
Senang jer sis, kena tegas. Bagitau suami apa sis rasa. Pastu buat mesyuarat tergempar satu family and tegur depan depan.

Bab biras and adik ipar tuh tegur jer bagitau pasal masuk bilik korang secara melulu, sebab dah pernah sindir tapi diorang tak paham..

Bagi sebulan untuk adik ipar berubah, kalau diorang still sama and protes, lantakkan jer diorang.

Masak sendiri, kemas sendiri and hack kipas or lampu biar tak menyala. Cara halus gituu.

Yang biras tuh, kalau datang dan malas nk layan takyah bukak pintu.. senang

Nabilah Kamaruzzaman –
Faham sangat keadaan sis. Rasanya apa yang sis alami sis perlu luahkan pada suami sis, bincang elok elok.

Kalau sis pendam nanti akhirnya sis yang akan merana. Lebih baik luahkan dan berbincang dengan cara baik.

Mungkin solusinya suami sis boleh slow talk dengan adik adik dan abangnya (suami biras) apa yang sis suka dan tak suka. Mereka kenalah faham. Cuba lah letak diri mereka kat tempat sis.

Ingat, jangan pendam, luahkan dan cari solusi secara baik bersama suami. Insha Allah ada kelegaan di situ

Liana Mazni –
Suami biras tu adik kepada suami TT ni. Makna kata suami TT adalah anak sulung dalam keluarga.

Sepatutnya ada kuasa veto nak mengarah adik adik dia supaya beradab dan menolong dalam rumah tu. Nak2 tu rumah dia, bukan rumah pusaka atau peninggalan keluarga..

Solusinya TT kena berterus terang dengan suami dan gunakan kuasa veto suami dia sebagai anak sulung dalam keluarga bila dah perangai adik adik tak semenggah gitu.

Abang sulung kena tegas dengan adik adik perangai tak sudah macam tu. Baru diorang belajar hormat orang lain..

Tang bilik pulak, bila biras datang, TT kunci je bilik tu. Lantak la biras dia nak cakap apa pun.

Bila tengah berdua dalam bilik pun kunci je bilik tu. Takde la biras ke, adik ipar dia ke suka suka nak masuk bilik tanpa kebenaran. Suruh je dia guna bilik air yang lain. Tegas sikit TT..

Hazwani Mohd Dah –
Moga dipermudah sis. Saya dan suami memang tegas bab orang nak duduk menumpang dekat rumah. Rumah kami adalah privacy kami.

Orang nak tumpang duduk pun, kami akan suggest mereka cari hotel saja.

Saya tabik sis boleh beri orang duduk rumah lama lama, walaupun adik beradik sendiri.

Saya dah umur macam ni, nak tenang tenang je. Kita memang tak boleh kawal perangai orang, yang boleh saya kawal, siapa yang masuk rumah saya.

Saya memang sangat bengang juga dengan orang malas, even katil pun tak reti kemas, pinggan basuh yang dia punya je.

Orang malas tiada tenpat dekat dunia ni, apatah lagi kat rumah saya. My house, my rule!

Take care sis.

Sumber – Nur (Bukan nama sebenar) via IIUMC

One comment

  1. Assalammualaikum sis,bila baca post sis nie.Kita sama sebenarnya.Saya lelaki,tinggal rumah mak mertua.Ade ramai adik ipar perempuan.Boleh dikatakan agak pemalas juga.Wife saya anak sulong.Dorang buat macam hamba je.Wife saya pandai masak,mengemas kurang.Saya yg rajin bab mengemas.Tapi tu bukan alasan adik²ipar saya tu x payah buat kerja.Dah nama pon duduk serumah,rajin² lah membantu.Jangan nak senang je.
    Kadang saya saje cakap kuat,perli dorang.Tapi kalau dah sejenis manusia x reti malu,cakap macam mana pon dorang buat x tahu je.
    Ade sorang adik ipar tu,kawen 2x pon bercerai akhirnya.Semuanya disebabkan sikap die.Yang adik ipar no 4 lak,kawen dah.Tapi jarak jauh ngan suami.Dapat lak suami jenis malas,kerja ikut mood.Pastu x beri nafkah kat adik ipar saya.
    Semua tu saya dan wife saya yg kena hadap sikap dorang.Bab mengemas,masak ngan mencuci,boleh saya simpulkan kat sini dorang buat ikut mood.Bilik air pon malas nak cuci.Allahuakbar….
    Saya selalu bagi motivate kat wife,saya cakap “takpelah,biar orang buat kat kita,biar allah je balas perbuatan dorang”
    Tu x cakap pasal biras saya lak.Wife kepada adik ipar lelaki saya.Memang menguji kesabaran.
    Nasihat saya,sis kena slow talk ngan suami.Luah ape yg sis rasa.Insyaallah suami sis akan faham.Kalau suami sis x faham,sis buat yang mana mampu je.Saya dapat rasa ape yg sis rasa.Sebab situasi sis nie lebih kurang macam saya.
    Dari aspek agama,sis banyakkan berdoa pada Allah.Minta allah tunjuk jalan keluar dari masalah yg kita alami nie.

Leave a Reply

Your email address will not be published.