Pelik, lps goyang kerusi pkul 10 am bos ghaib. 3pm tiba2 dia muncul. Rmai2 bersorak. Aku tkut berdosa

Foto sekadar hiasan

“Kaunter Ada 10, Yang Buka 2 Saja”, Pernah Dengar?

Walaupun dah pukul 1.43am, mata aku tiba tiba jadi tak ada rasa mengantuk. Sebab sebelum pukul 12 tadi aku dah mengantuk tapi aku nak habiskan dulu cerita hantu Thai.

End up bila habis, cerah pula mata ni. Dah cuba tidur tak dapat (bukan takut ya, tak mengantuk. Percayalah cakap aku ni. Hahahaha).

So end up aku buka la tiktok dan tertengok satu video seorang lelaki berbangsa India mengamuk di kaunter sebuah jabatan kerajaan.

Biasanya aku rasa serabut kalau orang mengamuk dan cakap kuat kuat tapi kali ini aku puas hati.

Sebab rasa dia macam, Ya Allah terima kasih banggg, kau telah menyuarakan dan menyalurkan kemarahan dan kegeraman seluruh rakyat Malaysia yang telah terpendam berkurun lamanya.

Okay video tu macam ni, abang tu dah banyak kali datang kaunter tu untuk buat bayaran apa ntah (tak jelas) tapi walaupun dah banyak kali ulang alik masih tak dapat buat bayaran katanya sebab kurang staff gitu la. Sedangkan dia dah habiskan masa, minyak semua. So dia geram la.

Ehh, bila dia mengamuk tu ramai pula yang keluar dari sebalik kaunter minta dia bertenang. Alangkah lebih baik kalau yang keluar tu tolong duduk kaunter dan permudahkan urusan orang kan. Takde la sampai perlu mengamuk dulu.

Haa.. Bila ada cerita macam gini, maka aku pun terimbas la kenangan masa aku intern di sebuah jabatan kerajaan suatu ketika dahulu (negeri punya). Dekat department yang aku assigned tu ada beberapa orang budak intern.

So basically, bos pertama aku iaitu head of department tu selalu tak masuk office sebab tengah office hour dia lebih prefer pergi kuliah agama, mengaji kitab sana sini.

So dia tak selalu ada la. Kadang kalau dia ada pun takde buat kerja sangat. Bilik dia kosong saja.

Aku dan budak intern lain dah biasa dah dok pusing pusing kerusi dalam tu. Tidur dalam tu lepas Lunch pun biasa. Boleh tahan dahsyat kan? Sebelum korang kecam kitorang, adalah lebih baik aku jelaskan lebih sikit.

Bos pertama kitorang yang ni dah ajar buat kerja dia siap siap. Dah bagi password dia untuk key in data dalam sistem kerajaan. Segala benda kerja dia yang tertangguh, kami la yang key in dalam tu.

Kami buat dalam masa yang sangat pantas tau walaupun tanpa pantauan dan bos tak kisah pun kalau nak chill, buat slowly.

So lepas dah siap tu, suka hati la nak buat apa kan sebab takde orang kisah, takde orang ambil tahu.

Biasanya apa yang bos aku buat kalau dia masuk ofis? Dia bawa kitorang pergi kedai kopi, sembang sembang. Kadang pukul 10, kadang masa sebelum lunch.

Ada juga dia bawa kitorang tunjuk tempat tok guru dia. Pastu hisap rkok tembakau. Tercengang juga la aku sebab rkok kan haram.

Kemain dia pergi kuliah agama sampai selalu bagitahu rasa nak berhenti kerja dan fokus kepada belajar agama. Sebabnya isteri dia dah kerja dan tiap bulan isteri dia kutip duit rumah sewa. So cukup la tu. Ehh dah melencong pula.

Okay selain daripada tu dia pergi bayar bil, pergi pejabat pos dan lain lain. Aku ni dah rasa bersalah. Siap tanya dia, “bos takpe ke kita keluar buat benda lain time office hour?” sebabnya aku takut berdosa, lama sangat dah. Dia kata pastu bila saya boleh setel bil saya? Aku pun senyap saja la.

Seterusnya kisah bos kedua yang bergred 29 pula. Dia ni memang selalu datang. Tapi selalu juga hilang. Hahahaha. Betul la peribahasa chipsmore itu wujud.

Dia ni bagus suka datang awal kerja. Pukul 7 dah ada di office. Biasanya takde buat apa sangat pun. Goyang goyang kerusi gitu juga la.

Lepas dah setel goyang kerusi, pukul 10 pagi dia hilang ghaib. Pukul 3 petang gitu tiba tiba office kembali meriah dan orang dari department lain pun mula berkumpul di meja. Mesyuarat tergempar ke? Ehhh tidak!

Berkumpul tu sebab bos kedua bawa makanan yang isteri dia baru siap masak. Panas panas lagi. Lama juga aku hairan dengan rutin dia yang selalu menghilang tu. Lama tu baru terjawab.

Rupanya dia balik rumah dan aku pernah terdengar macam dia turut menolong isteri dia masak kuih yang dia selalu bawa untuk semua orang.

So siapa yang buat kerja dia selama ni? Hahahaha. Kitorang la budak intern 2/3 ketul tu. Kitorang terpaksa key in data sijil kelulusan latihan dan kursus yang terperap lama tak tahu zaman bila. Pening juga la aku nak mula dari mana.

Banyak kali tersilap key in dan print. Sambil tu dok kesian dengan orang yang dok tunggu sijil tersebut untuk buka kedai sebab kalau tak ada boleh kena denda.

Yang ketiga, seorang kerani atau pembantu am tahap SPM atau PMR gitu lah. Dia yang selalu bawa kami keliling seluruh negeri untuk buat pemeriksaan premis.

Mula mula dia ajar. Lepastu memang bagi kitorang buat semua. So basically, dia pergi Di premis tu, sembang dengan owner.

Lepas dah siap, owner biasanya akan belanja kami lunch. Memang makan sedap la biasanya. Sup kambing, secret recipe etc. Ada 1-3 premis kadang kadang tu sehari.

Aku was was juga sebenarnya, betul ke benda ni? Ghisauu.. Oh ya lupa, biasanya kami akan keluar 9/10 pagi dan pergi breakfast dulu.

Selalunya dekat kedai yang Best Best la. Tak sempat nak gastric aku intern dekat situ. So lepas makan, pembantu tu la yang bayar. Aku ucap terima kasih banyak banyak sebab dia selalu bayarkan.

Rasa terharu sangat jumpa orang baik. Kadang tu rasa serba salah aku kutip duit dengan kawan intern untuk bayarkan sekali dengan dia sebab kesian. Innocent nya kan.

Pada suatu hari tu, masa aku tengah buat kerja di meja dia, aku terjumpa surat claim makanan yang selama ni kitorang makan. Biasa dia tak sorok apa apa dokumen. Luar dalam hal office aku tahu.

Masa tu terus hilang rasa rasa terharu aku. Mati mati kena tipu. So duit yang aku bagi untuk bayar makanan selama ni dapat dekat dia la.

Pukul 4 macam tu biasanya kami akan sampai office. Segala data hasil inspection tu perlu key in secepat mungkin sebab ia akan beri kesan sama ada lesen dapat di sambung atau tidak. Sebab kalau lesen tak sambung susah la pemilik kedai.

Sekali tu pekerja am ni suruh kitorang key semua data sepanjang kitorang intern dan yang lepas lepas. Ya Allah sekali lagi aku rasa kesian dengan pelanggan. Office bukan sibuk sangat tapi sengaja ditangguh tangguh.

Patut paling lama dapat dalam masa sebulan tapi ini dah berapa bulan. Sambil pekerja tu akan highlight beberapa borang yang perlu tindakan cepat.

“Siapkan yang ni dulu ya, dia request nak cepat sikit ni dah berapa hari. Dia ni orang yang belanja kita sup kambing tu la.. Baik kan dia.”

Aku hanya mampu cakap ya saja. Sedangkan orang lain siap datang sampai ke meja pejabat nak tanya siap ke belum. Ada yang telefon berkali kali. Hmm.

Setel 3 orang penting yang tidak amanah tu. Sekarang aku nak cerita pula bilik fail yang berpuluh tahun tak dikemas dan disusun sampai dokumen tak tahu dekat mana.

Bila mereka ni nampak kitorang terlebih rajin, asyik minta kerja saja, mereka suruh kami clear kan bilik fail yang macam kapal pecah tu.

Department lain pun bagi galakan sekali sebab memang Dasyat sungguh keadaan dia. Huru hara. Mirically bilik tu jadi sekemas kemasnya hasil tangan berminggu minggu dari kami.

Sekarang bila nak fail boleh terus trace dekat mana. Nak letak pun senang. Peralatan pejabat pun tersusun sekali pandang dah jumpa barang yang nak.

Itu baru jabatan aku. Belum lagi jabatan lain. Panjang pula kan? Memang. Rutin harian semua jabatan di satu bangunan tu adalah memasak. Macam aras aku hanya breakfast. Tapi aras bawah sekali dengan lunch. Office dah macam dapur, berasap, berbau dan berminyak lantai.

Boleh nampak guni beras dan bahan mentah di pantri. Aku dah biasa tolong buat air kopi sejug 2 kali sehari. Dah biasa tolong goreng mee apa semua dan makan ramai ramai. Itu saja dah ambil masa lama. Huhu.

Lepastu beransur ansur semua orang buat kerja sekejap dan menghilang. Kalau aku lalu tangga belakang untuk hantar fail ke apa boleh kata hampir wajib la akan ada kerani yang tengah hisap rkok tak tahu berapa batang sambil main fon. Berasap habis.

Pernah juga dengar ada seorang staff yang tak datang kerja hampir setahun tapi masih tak dibuang sebab orang kesian dekat dia nak sara anak bini.

Kami intern ni memang tak boleh duduk diam asyik minta nak buat kerja saja sebab nak belajar sebanyak mungkin. Habis kerja jabatan sendiri yang tertangguh bertahun tahun tu, pergi minta kerja dari jabatan lain.

Akhir sekali sebab tak banyak kerja dapat, bos tak kisah kami buat apa. Pc dekat office tu kadang buka lagu, kadang tengok movie. Bosan sangat aku pergi tidur dekat sofa atau dalam bilik bos.

Akhir sekali bila hari lecturer aku datang dan minta penilaian dari bos aku, aku tick semua full mark kecuali aku tinggal kosong bahagian punctuality saja sebab kadang aku datang lambat 5 minit.

So aku izinkan bos aku nak bagi markah apa pun untuk tu. Benda lain, aku cakap awal awal dekat bos. “saya nak semua full mark sebab saya dah jalankan semua tanggungjawab saya. Saya selesaikan semua tugasan.

Saya dah buat yang terbaik malah lebih dari sepatutnya. Jadi saya hanya nak full mark. Hanya itu yang adil bagi saya”. Dan dia bersetuju kecuali deduct markah bahagian punctuality.

Lepas aku habis degree ada beberapa kali bos ajak lepak, makan makan, atau datang berbual di office tapi aku beri alasan.

Aku dah tak larat layan gurauan pasal second wife ke apa. Aku dah tak larat dok sedut kepulan asap rkok, aku dah tak mampu nak senyum pada sesuatu yang aku jelas benda tu salah.

Begitulah hakikat pekerja kerajaan yang gajinya hasil cukai rakyat. Bukan semua, tapi ramai ya. Bukan kementerian itu sahaja, malah yang lain juga.

Ingatlah kalian, apa yang kita makan dan pakai itu biarlah berkat untuk diri dan keluarga. Buat la kerja sehabis baik. Malaysia tak akan pernah maju jika sikap begini tidak dibuang.

Sekian luahan aku. Kalau tak setuju sila komen dengan sopan. Jaga akhlak walaupun di media social.

Reaksi Warganet

Miera Sa –
Pengalaman intern dekat salah satu jabatan gov dulu. Kesimpulan dia, makan sokmo. Lepas makan, makan, makan lagi. Haha

Driver siap boleh buat part time taxi (dulu dulu takde grab) pastu bangga cakap dekat kitorang budak intern ni rumah banglo dia hasil dia rajin bawak taxi. Huhu

Dila Hamid –
Memang patut dorang ni kena maki kena sumpah dengan orang ramai yang menguna perkhimatan mereka.

Berkat ke gaji yang dorang dapat hasil untuk bagi makan anak bini. Sedih rasanya bila tau belakang kaunter mereka hanya pandang sebelah pada kita yang berurusan. Pentingkan diri. Dari pihak atas hingga staff bawahan.

Setiap sen dorang dapat sebagai imbuhan untuk dorang mengular dari tugas hakiki adalah haram dan kami sebagai pembayar cukai tidak redha.

Hikmah disebalik amok brother tu. Terima kasih confessor.

Zila Akhtar –
Tak semua jabatan kerajaan macam tu.

Di klinik saya, kami mula kerja dari 7.30am kaunter dah buka dan beroperasi. Mula tengok pesakit by 7.45am to 8am.

Try to settle case pagi sebelum 1pm, by 2 pm dah start tengok patient petang.

Takde istilah lepak lepak, minum minum dekat cafe, kalau tak sempat breakfast, memang tunggu waktu lunch.

Tapi saya mmg make sure, habis waktu kerja, semua urusan dah selesai dan sy minta staff punch out segera dan balik rumah. Family time.

Kerja kena berkat, jangan ada masalah disiplin. Boss kena tunjukkan contoh yang baik. Nak tinggalkan klinik pun saya akan claim hours. Tak pernah hilang hilang macam tu je..

Shikin Nasir –
Teringat ayah citer. Engineer dia bagi note dalam pukul 9 macamtu. ‘I pegi breakfast jap’ then ayah pun balas balik note. ‘ tak perlu datang kerja lagi’.

Tapi tu la realiti. Tak kira kerja swasta atau kerajaan, memang ada je spesis spesis gini. Apa pun kalau rasa diri tu agama Islam, praktikan lah sifat amanah tu. Siksa uii nak menjawab esok bila mati.

Tu belum hasil hasil tak amanah tu dibagi anak bini makan. Menjawab lee nanti..

Umie Qaisara –
Ni namanya nila setitik rosak susu sebelanga. Ada je yang betul betul bekerja dan efficient. Dan tak nafi sebaliknya.

Kalau korang rasa korang terbeban dengan perangai mereka mereka ni, apatah lagi yang mengadap mereka hari hari. Sekarang dah tua malas nak fikir banyak.

Korang buat kerja tak betul gaji tak berkat, anak anak tak menjadi.. jawablah dekat akhirat sana.

Intake baru pun kalau takde nawaitu nak kerja betul betul pun sama je. Akan ulang ulang perangai sampai pencen.. Tepuk dada tanya iman..

Sumber – Rahsia laa (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *