Ibu xnak jejak kakinya lg, aku lega. Tiba2 ibu nk jual share rumah aku. Dia paksa aku beli. Aku dh tk tahan

Foto sekadar hiasan

Ibuku Ratu Hatiku?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai, sejak sekian lama aku menjadi silent reader dekat page ni, aku pun nak luahkan sedikit sebanyak isi hati aku dekat sini.

Nama ku King, umurku hampir 30 an dan baru sahaja melangkah masuk alam perkahwinan. So far semuanya nampak ok antara aku dan isteriku, masalah aku adalah dengan ibuku sendiri.

Aku anak tunggal untuk 15 tahun sehingga adik aku muncul dalam kehidupan kami semua dan aku amat rapat dengan ibuku, kira macam momma’s boy.

Sejak kecil lagi, aku dididik perkara akademik oleh ibuku yang menyebabkan aku pintar dan berjaya dalam semua exam major.

Aku sayang ibuku, dan apa apa arahan ibuku, aku cuba taat. Kalau ibu dan bapa aku gaduh, aku akan ikut cakap ibu saja (ada sekali tu ibuku menulis surat tentang keburukan bapaku dan suruhku membacanya dekat bapaku sendiri, itu pun aku ikut).

Namun sejak keluar universiti, hubungan ibuku dan aku menjadi tegang. Kami asyik bergaduh dan ibuku suka memarahi aku untuk hampir semua benda. Ya aku tahu ada yang salah aku tapi tak perlu la sampai marah (kekadang maki) aku begitu.

Ini menyebabkan aku berasa stress dan stay back di tempat kerja hingga lewat malam dan balik hanya untuk tidur. Kekadang bila hubungan kami pulih sedikit, aku dan ibuku akan meluangkan masa sama sama melakukan pelbagai hobi.

Apabila hubungan kami tegang, ibuku akan merendah rendahkan aku, menghina hobiku (aku suka programming), dan kami akan bergaduh besar.

Hampir tiap tiap minggu kami akan bergaduh. Semua keputusan yang aku buat mesti disanggah dan aku akan dipaksa mengubah keputusan aku.

Aku masih ingat lagi, ibuku menghantar kucing belaan kami berdua ke shelter tanpa persetujuan aku. Alasan ibuku, kucing tu miliknya dan dia tidak suka kucing itu. Sakit hati aku sampai sekarang.

Beberapa tahun lalu, aku hendak membeli rumah dan berjaya untuk berpeluang membeli rumah full loan tanpa downpayment (rumah ni agak jauh dari rumah ibuku).

Hampir semua urusan selesai, tapi aku dipaksa batalkan loan aku kerana ibuku telah menjumpai rumah yang agak dekat dengan rumah ibuku.

Aku cuba memujuk ibuku, tapi tak berkesan dan aku pun menyerah. Aku ikut saja cakap ibuku, aku beli sahaja rumah yang ibuku suruh walaupun aku kena berhutang untuk bayar downpayment.

Loan untuk rumah ni walaupun nama aku dan ibuku, hanya aku seorang saja bayar dan segala bill rumah ni aku seorang sahaja yang handle.

Aku dan ibuku kerap bergaduh semasa renovate rumah ni. Ibuku selalu suka membuat renovation (seperti cat, membeli barang dan sebagainya) tanpa pengetahuan aku ataupun menolak hasrat aku.

Renovation pun sebahagian besar menggunakan duit aku jugak. Sudah sampai satu tahap, aku redha saja, letih untuk bergaduh.

Tak berapa lama lepas tu, aku berkahwin. Isteriku dan aku berpindah ke rumah ni secara rasmi. Maka mulalah ibuku cuba mengawal isteriku, menyuruh isteriku ini itu.

Isteriku akur tetapi dekat aku ibuku selalu mengutuk, mengatakan isteriku tak pandai masak, tak bertanggungjawab bersihkan rumah dan sebagainya.

Buat info semua aku dan isteriku bekerja dan kami jarang berada di rumah. Apabila waktu cuti baru kami bersihkan rumah dan sebagainya.

Ibuku pulak suka melawat rumah kami ikut masa dia. Kadang kadang dia masuk saja rumah kami masa kami tak da di rumah. Semua ibuku complain, ini tak bersih, itu tak sedap.

Isteriku pulak ada seekor kucing dan dia membawa kucing tersebut ke rumah ni. Ibuku pulak benci akan kucing itu, dia menyuruh isteriku menghantar kucing itu ke shelter.

Of course aku dan isteriku tak setuju! Berlakulah pergaduhan besar, sampai ibuku mengatakan dia tidak akan menjejakkan kaki kerumah ini selepas itu.

Jujur, aku rasa lega apabila ibuku tidak datang ke rumah. Hujung minggu aku cuba melawat ibuku di rumahnya tetapi selalunya aku tidak dilayan.

Namun sekarang, ibuku membuat masalah baru. Ibuku hendak menjual share rumah ni (sebab ada nama ibuku) dan mula memaksa aku untuk membeli darinya dengan harga mahal.

Masalahnya, loan dan segala perbelanjaan rumah ni aku seorang saja tanggung (walaupun namanya ada sebagai peminjam loan). Dia mengugut untuk pergi ke lawyer dan sebagainya.

Aku dah tak tahan, aku pun sekarang ni sedang mencari khidmat guaman untuk menyelesaikan masalah yang ibuku timbulkan. Aku hanya boleh harap kepada Allah untuk menolong aku dalam cabaran ini.

Terima kasih kepada semua yang sudi membaca luahan aku ini.

Yang sudah letih, King

Reaksi Warganet

Fairuzk Ibrahim –
Big mistake tu bila kita let people decide untuk benda yang besar contoh beli rumah/tanah or even kereta. Lagi silap, siap masukkan nama orang yang tak menyumbang sebagai penama. Ni bukan hadiah, ni bukan rumah yang dibeli cash. Hope you will learn from ur mistake. Nak jual ke apa rumah tu, kena buat kira kira. Better settle awal awal pemilikan rumah tu.

Azhar Nazarita –
Sabarlah.. ibu tetap ibu. Diam je lah. Diam tak bermakna kita tunduk tapi kita taknak keruhkan keadaan.

Pasal rumah tu, bagi akak tak perlu king cari lawyer nanti lagi panjang cerita. Lebih baik jual je. Duitnya nanti bahagi je 2.

King cari la rumah lain. Kali ni tentukan sendiri apa yang terbaik untuk rumah tangga king. Ada perkara dan hal rumahtangga kita tak perlu cerita dan berkongsi dengan ibubapa kita hadap je suami isteri. Semoga urusan king dipermudahkan. Dan dapat diselesaikan dengan baik..

Siti Zaimah Zainal –
Jual rumah tu…

1.Senaraikan kos renovation

2. Deposit

3. Senaraikan berapa bulanan di bank yang dah tt bayar

Hasil jualan rumah, tolak dulu 3 item di atas lepas tu baru bahagi 2

Jangan di buat musuh ibu kandung sendiri. Biar buruk macam mana pun prangai ibu tu. Ingat dik dia ibu yang lahirkan u.

Pesanan akak cari rumah lain. Jangan libatkan ibu dah lepas ni. Bina rumahtangga baik baik dengan istri tapi jangan abaikan ibu, tetap cari masa untuk ziarah ibu k.

Doa byanyak banyak dekat Allah swt semoga ibu tu berubah sebelum ajalnya menjemput

Hidayah Maznan
Kesian la dekat awak suami isteri. Mesti menderita. Memang ada mak camni. Saya pernah jumpe. Sangat sangat t0xic. Merosakkan anak anak dengan perangai pelik dia.

Biasanya makin tua kita nak hidup tenang tenang je. Ni tak makin tua makin nak bergaduh dengan semua orang. Mak yang saya jumpe ni jenis bergaduh dengan semua orang. U name it. Anak anak, adik beradik, jiran, mak dia sendiri semua pun dia gaduh. So, U are not alone.

Tapi bila melibatkan rumah ni lagilah complicated. Kalau saya dah besar besar ni saya nak hidup ikut acuan sendiri. Saya selalu refer ape apa dengan mak. Tapi semua keputusan saya decide sendiri. Alhamdulillah la mak saya ok je.

Kalau saya dekat tempat awak saya mungkin akan jual rumah tu. Kalau kekalkan rumah sekarang banyak masalah akan menanti. Cari rumah lain awak suami isteri. Rumah ape, dekat mana, semua awak decide dengan isteri je. Mak jangan masuk campur.

Sebuah ketenangan tu kadang kadang mahal harganya. All the best.

Sumber – King (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *