Krn xnk susahkn suami, aku tanggung semuanya. Tp sia2. Dlm diam dh 2 tahun suami curang diblkg

Foto sekadar hiasan

Pengorbanan Yang Sia-Sia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai, aku Fiya. Berumur akhir 20-an, bekerja in corporate line, sudah berkahwin 3 tahun dan mempunyai seorang anak.

Aku seorang yang terlalu independent sebab aku fikir aku tak nak susahkan suami aku yang bekerja berat katanya.

Akibat terlalu independent, aku tak kisah aku yang bayar semua benda yang sepatutnya jadi tanggungjawab dia.

Dari sewa rumah, belanja dapur harian, sakit aku dan anak, kereta dan semua loan aku yang akan settlekan sampai lah gaji aku habis.

Jadi aku hanya berharap pada duit suami aku untuk belanja harian aku untuk pergi kerja. Aku cuma terima apa yang dia beri tanpa tanya apa apa.

Kalau tak cukup, aku akan bawak bekal pergi kerja atau cari alternatif lain untuk tambah duit belanja aku. Sebab aku tak nak susahkan dia.

Atas urusan kerja dia, kami akan PJJ setiap 3 bulan. Every 3 months dia akan balik bercuti untuk 2 minggu.

Jadi dalam 3 bulan tu aku akan survive sorang sorang dengan anak. Sakit aku, sakit anak aku. Berjaga malam anak demam. Pergi klinik dan hospital. Semua aku sendiri dan tak pernah susahkan dia.

Walaupun dia balik bercuti, aku tak kan kacau dia untuk jaga anak sebab aku pernah dimarahi sekali bila aku minta dia tengokkan anak sementara aku mandi.

Dari 2020, company aku benarkan aku kerja dari rumah sebab keadaan aku PJJ dengan suami.

Sedikit sebanyak aku bersyukur sebab dapat besarkan anak depan mata. Hidup aku happy walaupun suami aku jauh. Sebab aku tak nak susahkan suami.

Tapi rupanya pengorbanan aku selama ini sia sia apabila rupanya aku dicurangi lebih 2 tahun.

Rupa rupanya perkahwinan aku bertahan untuk 7 bulan sahaja. Rupa rupanya perangai aku tak nak susahkan dia tu buat dia ada banyak masa untuk bercinta dengan orang lain.

Selama ini, hanya aku yang beriya setia pada suami yang rupanya bukan mencintai aku seorang. Hari aku tahu suami aku bercinta dengan perempuan lain selama ni buat hati aku hancur sampai aku tak rasa apa apa lagi.

Rupanya di saat aku susah sorang sorang, suami aku pergi bercuti dengan girlfriendnya. Lebih dari sekali.

Dari saat itu, semuanya berubah. Kepercayaan yang aku beri pada dia, hilang macam tu saja. Sepatah perkataan yang keluar dari dia sekarang tak ada satu pun aku percaya lagi.

Makin hancur hati aku bila sangkaan aku yang suami akan minta maaf dan betulkan keadaan rupanya hanya angan angan aku sahaja malah dia lebih salahkan aku kenapa dia membuat pilihan untuk curang.

Dia kata aku tak pandai ambil hati dia, tak pandai jaga hati dia dan dia tak pernah bahagia dengan aku.

Mungkin dia tak sedar siapa yang uruskan rumah, sediakan makan minum dan jaga zuriat dia lebih dari nyawa aku sendiri.

Dia mahu aku layan dia 24 jam tapi dia lupa aku bekerja kerana permintaan dia sebab kewangan kami tak kan cukup kalau hanya bergantung pada gaji dia.

Bila aku mintak cerrai, dia sehabis matian tak nak cerraikan aku. Aku dah cuba untuk pergi mahkamah sendiri untuk daftar percerraian tapi ada beberapa masalah dari mahkamah yang memang buat aku tak boleh daftar.

Aku cuba terima mungkin ini dugaan aku untuk kehidupan lebih baik. Aku cuba maafkan dia dan semua orang yang menipu aku. Aku dekatkan diri dengan Allah. Aku minta bantuan dari Allah. Tapi hati aku masih tak tenang.

Selepas kantoi haritu, katanya dah tak contact lagi dan dah putus lama dengan perempuan tu.

Tapi suatu hari tu, Allah makbulkan doa aku dan Allah tunjuk semuanya yang rupanya suami aku masih contact dan berjumpa dengan perempuan tu.

Sekali lagi aku rasa ditipu dan dianiaya. Hati aku terus mati haritu. Rasa sayang dan cinta aku pada suami aku terus hilang macam tu saja.

Kali ini baru lah dia menangis minta maaf dan merayu walaupun tetap aku yang dipersalahkan.

Perempuan tu pun bukan lah dari perempuan yang baik baik.

Lepas kejadian kantoi tu, aku buat siasatan pasal perempuan tu sampai mak ayah adik beradik dia semua aku tahu siapa. No telefon family dia, no ic dia, alamat rumah dia semua aku tahu. Tempat kerja dia pun aku tahu.

Menggelupur jugak la dia bila aku contact family dia. Ingat ya, aku ni berdendam orangnya. Satu hari nanti, aku tetap akan hancurkan hidup dia jugak macam mana dia hancurkan hidup aku sekarang.

Hari ini, aku dah penat menangis. Aku dah tawar hati dan tak rasa apa apa lagi. Aku bertahan hanya demi anak.

Tapi aku percaya suatu hari nanti aku akan pergi bawa diri. Walaupun suami janji untuk berubah, tapi aku rasa sama saja. Tak ada apa yang akan berubah.

Kepercayaan aku dah tak ada lagi. Sakitnya hati aku sampai aku tak boleh tengok gambar gambar dari 2 tahun sebelum ini. Aku yang bdoh terus setia pada orang yang tak menghargai aku pun.

Depan suami aku cuma buat buat happy sebab aku malas nak gaduh depan anak. Tak apa. Suatu hari nanti, Allah akan balas semuanya. Allah tetap akan beri pengajaran untuk setiap saat aku ditipu dan dianiaya.

Oh ya, aku bekerja dalam bidang yang mana dominasi nya adalah lelaki. Bukan tak pernah ada lelaki lain cuba cuba untuk try aku tapi selalunya memang aku tak layan dan tak kan reply apa apa. Sebab ada maruah suami yang aku perlu jaga.

Tapi since the day aku buang semua gambar aku dan suami dari social media. Dah lebih 5 orang kawan lama dan ex yang masih single tiba tiba muncul semula buat confession sampai ada yang sanggup nak jumpa parents aku. Tapi aku masih setia pada suami yang mencurangi aku.

Aku cuma harap Allah kuatkan hati aku, tenangkan jiwaku dan peliharalah aku dan anakku.

Reaksi Warganet

Nina Soraya –
Dalam kita berlaku “adil” kepada orang lain, jangan lupa berlaku adil pada diri sendiri. Setia pada bukan tempatnya adalah kezaliman kepada diri sendiri.

ZeenathSufi Matjlani –
Firstly kenapa manjakan suami. Hampir semua belanja TT yang bayar dan buat. Tu salah dan berdosa suami bilamana TT dah tak ikhlas…

Isteri boleh tolong suami bila suami dah habis ikhtiar usaha. Takpa la lepas ni kalo nak stay lagi dengan suami sila tegas dan bincang elok elok dengan suami. Hukum agama tu.

Faham kekadang isteri ni malas nak gaduh sebab anak tapi please jangan biarkan anak hidup dalam keadaan keluarga yang t0xic dapat ayah macamtu. Moga TT dapat jalan bahagia..

Norsyina Tazali –
Sebab tu laa Prof. Muhaya suruh perempuan buat buat bodoh. Bukan bodoh betul tapi biar suami tu tahu tanggungjawab dia sebagai pemimpin rumahtangga.

Benda dah jadi kan. Curang itu pilihan. Sekali dah buat, dia akan repeat lagi. Buat apa nak setia dengan buaya darat gitu?

Mohon fasakh. Awak berhak bahagia. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan vice versa.

Kalau sayangkan anak, jangan tangguh tangguh lagi. Takut emosi tak dapat dikawal, anak yang jadi mangsa.

Fikirkan masa depan anak. Dia berhak dapat ayah yang boleh jadi role model bukan kaki perempuan yang tak tahu beza halal dan haram.

Cik Adiera –
Andai kata awak tetap nak teruskan juga perkahwinan dengan suami tu, segala komitmen awak selama ni awak bagi suami suruh dia bayar.

Amboii dah bagi betis nak peha. Selama ni tak susahkan dia kan? Haaa lepasni susahkan dia.

Kalau dia balik bagi anak pada dia suruh uruskan awak pulak rehat. Suami awak banyak masa lapang sebab dia tahu awak tak susahkan dia sebabtu dia sempat bercinta bagai.

Takpayahlah jaga hati suami nak kesian bagai, dia tu tak kisahkan awak pun. Kalau dah tak sanggup mintak fasakh. Tak payahlah nak kata sabar or bertahan sebab anak, awak dah buktikan sendiri boleh jaga anak tanpa suami

Fairuz Quatronoza –
Ramai yang kata TT manjakan suami dari awal dan bersalah sebab tanggung apa yg sepatutnya jadi tanggungjawab suami.

Tapi saya percaya, TT adalah supermom dan tak mahu beratkan pemikiran dengan cari gaduh dengan suami hanya kerana nak meminta minta.

TT pun dah cuba ke mahkamah sebab sedar dia memang sedang menanggung biawak hidup, tapi apakan daya sistem mahkamah menyulitkan keadaan TT.

Dia kan bagitahu one day dia akan pergi juga, dia cuma bertahan sementara yang saya percaya sebenarnya bukan sebab anak, tapi sebab dia sedang mengumpul kekuatan untuk move on.

Please, we need to support her bukan blame dia kerana menanggung suami. Dia dah sedar pun kesilapan dia, cuma dia perlukan kekuatan untuk fight habis habisan.

Its never been easy nak keluar dari ikatan ni, especially bila suami taknak bagi kerjasama. All the best to you dan big hugs, confessor.

Sumber – Fiya (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *