“Ipar bermulut puaka”. Bila ipar masuk bilik, suara makin mengecil. Mula berbisik. Bila kawin, balasan aku terima

Foto sekadar hiasan

Ipar Yang Pernah Menyakiti

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hi, nama aku Laila. Tapi bukan nama sebenar. Aku dibesarkan dalam keluarga yang besar dan aku adalah satu satu nya anak perempuan dalam adik beradik aku.

Jadi setiap kali masalah aku memang yang paling rapat dengan mak. Memang aku je lah yang selalu tadah telinga bila mak membebel pasal adik beradik aku yang lain termasuk lah ipar aku yang stay dengan kitorang.

Kakak ipar aku ni nama nya Rozi (bukan nama sebenar). Rozi seorang je kakak ipar aku yang tinggal dengan kitorang. Yang lain semua berumah sendiri.

Rozi tak bekerja, surirumah sepenuh masa. Dia dengan abang aku sekarang ni dah ada 4 anak. Mereka sekeluarga tinggal dekat rumah kitorang tu.

Nak di jadikan cerita, mak aku ni jenis tak pandai nak tegur kesalahan kakak ipar aku ni. Kakak ipar aku bangun lambat ke, tak mop lantai ke, tak sapu sampah ke.

Mak aku tak kisah je. Dia boleh je buat semua tu. Cuma kadang kadang bila dia penat, lepastu tengok semua benda tu boleh di jadi kan salah. Dia marah, tapi dia buat jugak. Memang semua mak mak macamni lah kan.

Jadi, bila dah macam tu, dia pun mengadu lah dekat aku. Yang kakak ipar aku ni tak buat itu lah, tak buat ini lah.

Aku pun mulut celupar boleh tahan jugak lah masa tu. Aku sambung jugak lah cerita mak aku masa tu. Kalau dia dekat dalam bilik, kitaorang ni kira mengumpat lah. Cakap dia belakang belakang. Berbisik lah.

Alaaaaa macam korang tak pernah mengumpat. Mula mula suara ok je tiba tiba makin kecik. Haaa mengumpat lah tu.

Dannnnn di sini lah cerita sebenar nya berlaku.

Aku pun berkahwin dengan seorang lelaki, dia ada seorang kakak yang belum berkahwin dan seorang adik lelaki.

Dia macam aku lah. Aku je tempat mak aku mengadu semua benda tu. Dan aku rasa karma betul betul kena tepat hempoukkkk terus dekat aku.

Aku di kurniakan seorang anak perempuan yang comel. Bunting pelamin. Alhamdulillah. Sepanjang 3 tahun aku berkahwin, aku masih duduk bersama mertua aku. Belum ada rezeki lagi nak ada rumah sendiri.

Kenapa tak sewa? Aku pun tak bekerja, kahwin kahwin je terus pregnant. Alhamdulillah habis je pantang, aku dapat tawaran kerja. Tu pun contract setahun. Tapi tu bukan kisah dia.

Kisah aku ni, dia macam karma tau. Kakak ipar dengan mak mertua aku tu cakap belakang belakang. Pastu tiba tiba berbisik lah bila nak cerita pasal aku. Macam aku tak tahu lah pulak kan. Yela pernah buat. Hahahaha.

Mak mertua aku tu pulak jenis yang pilih kasih. Kalau laki aku yang buat, mesti ada je silap dia. Bila kakak dan adik ipar aku yang buat, semua boleh. Semua betul. Takde salah nya. Dia asyik nak menangkan anak bongsu dia je.

Aku ni bukan tak nak buat kerja rumah. Bila aku nak tolong masak, mak mertua aku cakap tak payah. Plussss dia memang tak suka orang kacau dia masak. Lepastu aku pulak yang jadi mangsa bila dia cakap dia masak sorang sorang.

Sebab dulu aku pernah lah nak tolong dia, tapi dia marah marah. Dan dia jenis nak buat benda tu dengan cepat cepat. Lagi lagi bila bab masak masak ni. Jadi serba salah. Semua benda tak kena.

Jadi aku buat keputusan, aku buat hal aku. Jadi aku jaga anak aku je. Dan jaga hati aku. Biar kental sikit nak hadap ipar dan mertua macam tu.

Kakak ipar aku tu sejenis yang memang tak reti nak masak jugak. Dan pemalas nauzubillahminzalik. Tapi bila dia tak buat apa apa, mak mertua aku tak marah pulak.

Itulah orang cakap. Anak menantu dengan anak sendiri lain kedudukan dia. Anak sendiri tak buat apa, tak salah pun. Dia nak berehat.

Tapi bila anak menantu yang tak buat apa terus semua jadi tak betul. Semua salah. Jaga anak pun penat weh. Ingat senang ke jaga anak?

Jadi, aku buat kesimpulan bahawasanya menantu perempuan dengan mak mertua memang bermasalah. Semua nya tak indah di mata mak mertua.

Aku tak pukul sama rata, cuma aku boleh cakap, bertuah korang dapat mertua yang layan korang seperti anak sendiri. Tak pilih kasih. Tak berkira. Boleh ajak borak.

Mungkin itu lah karma yang aku dapat kot. Sebab jadi ipar yang bermulut puaka. Last last aku pulak yang dapat ipar yang sama perangai dengan aku masa aku single. Hahaha.

Cuma satu je lah pesanan aku, buat baik je dekat semua orang. Bila orang tu bercakap benda jahat pasal orang lain, kau diam je. Sebab kau tak tahu pun, bila kau dapat balasan yang sama macam yang aku dapat.

Kepada kakak ipar aku, kakak kepada laki aku, dan juga adik adik yang belum kahwin. Jangan ingat kau dapat yang baik baik je nanti.

Kau buat jahat dekat belakang orang, nanti orang lain buat benda yang sama dekat kau. Percayalah. Aku dah kena. Rasa dia sakit sangat bila keluarga mertua mengumpat pasal kita.

Lagi satu, lepas kahwin, pergi lah cari rumah sendiri. Tak kisah sewa ke beli ke, yang penting rumah sendiri. Takde lah timbul masalah macam aku ni.

Korang doa je yang baik baik untuk aku dan suami aku. Semoga suami aku dapat sediakan aku rumah tempat kami berteduh. Aamiin.

Reaksi Warganet

Azrul Hassan –
Beruntung kerana ada dalam kedua dua belah – pengumpat dan diumpati. And tu yang buat kau mampu bertahan bila kau dijadikan modal diskusi. GoodLuck.

Hazimah Mohamad –
Sebelum aku kahwin, dah cakap awal awal dengan suami, nak duduk sendiri sendiri lepas kahwin. Tak nak duduk umah mak, atau mak mertua.

Baik buruk suami isteri, biar la jadi rahsia antara pasangan.

Nur Athirah Ahmad –
Dah minta maaf ke dengan kakak ipaq sendiri tue. Dosa mengumpat nie kena minta maaf ye.

Lepas nie boleh la nasihat apa yang ptot ke mak sendiri. Semoga Allah pelihara hubungan keluarga smua.

Tusuf Ibrahim –
Ada mertua dah biasa buat kerja rumah sendiri. Bila masak, dah terbiasa sendiri. Bila ada menantu, mungkin dia ralat. Cara masak / potong sayur atau lauk tak sama macam dia buat so dia ralat.

So kene tengok betul2 mertua masak/potong macam mane. Bila dah sama dengan cara yang dia biasa buat, so nanti boleh lah berkawan dalam dapur tu.

Ini berdasarkan pengalaman. Mertua saya macam ni lah. Haha

Sumber – Laila (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *