Umur 5thn, sepupu bw aku masuk kebun. Seluar di buka. Bila dh kawin, suami aku yg terima kesannya

Foto sekadar hiasan

Menjadi Mangsa

Hi readers, Terima kasih sekiranya confession aku ini disiarkan.

As the title suggested, aku seorang mngsa s3xual harassment.

Tujuan aku menulis ni ialah sebagai pengajaran kepada semua parents dan juga aku ingin meluahkan perasaan aku agar aku tak depress.

Ringkas pasal aku, berumur 30-an, berkeluarga dan kini mempunyai seorang anak.

Kisah ini bermula ketika aku kecil. Rumah parents aku di kawasan kampung, dan di kampung yang sama, terletak juga rumah saudara maraku.

Nak dijadikan cerita, ketika aku dilahirkan, mak aku sakit. Jadi aku dikeluarkan dulu dari hospital dan mak aku dapatkan rawatan lanjut di hospital.

Aku anak sulung. Ayah aku busy manjaga mak aku, jadi nenek aku telah letakkan aku sementara di rumah makcik aku.

Makcik aku ada beberapa orang lagi anak lain. Aku tak pasti berapa lama aku duduk di rumah makcik aku sebab waktu tuh aku masih baby.

Tapi sebaik sahaja mak aku keluar dari hospital, aku dipulangkan ke pangkuan keluarga kandung aku.

Namun, hubungan aku dengan keluarga makcik aku sangat baik. Aku suka pergi rumah mereka sebab ramai abang dan kakak yang melayan aku. Aku sesuka hati tidur rumah mereka dan ibu bapa aku pun Ok.

Namun, sejarah hitam aku bermula. Apabila ada seorang sepupu aku ni, aku gelarkan dia Syaiitan, yang ambil kesempatan ke atasku.

Waktu tuh, mungkin umur aku dalam 4-5 tahun, aku tak pasti sebab aku terlalu kecil. Budak sekecil aku, tak akan faham apa yang berlaku.

Syaiitan waktu tuh remaja, beza umur kami mungkin dalam 15 tahun, atau lebih kurang. Yang pasti ketika itu dia dah di sekolah menengah.

Ibu dan ayah aku sangat percayakan dia, sebab dia nampak macam budak baik. Ingatan aku mungkin tak berapa jelas sebab kejadian ni waktu aku terlalu kecil.

Tapi aku ingat, hujung minggu dia akan datang rumah aku, bagitau mak aku nak bawa aku ke rumah dia (naik motor), dan rumah kami sebenarnya dekat.

Tapi dia tak bawa aku ke rumah dia. Dia bawa aku masuk kebun dia. Dia buka seluar aku, dia raba punggung aku. Dia bukak seluar dia, dan dia gesel kemaluan dia di kemaluan aku, sampai dia kliimaks.

Ketahuilah semasa aku menulis ini, aku sangat marah. Aku sedar semua ini salah hanya bila aku dah besar dan faham apa itu sentuhan selamat dan tak selamat.

Dalam ingatan aku, 3 kali dia buat perkara jijik ini. Bukan itu sahaja, aku ingat dia cakap jangan bagitahu sesiapa. Budak sekecil aku, apalah yang aku faham.

Bila aku di sekolah rendah, dia dah tak buat semua itu, tetapi dia selalu bercerita pasal s3x. Aku waktu itu sudah pandai membaca, aku perasan dia suka print cerita cerita ‘dewasa’ dan baca.

Bila aku dah dewasa, baru aku paham yang semua itu salah. Ibu ayah aku percayakan dia, depan semua orang dia treat aku macam adik dia, semua percaya. Tapi dia sebenarnya Syaiitan.

Dan benda ini, tidah habis di situ. Rahsia ini aku dah pendam seorang sendiri terlalu lama. Tak pernah sehari pun aku tidur tanpa mendoakan kecelakaan pada dia. Kerana hati aku terlalu sakit. Walaupun tidak sampai tahap perk0sa, tapi aku jijik.

Sekarang Syaiitan dan aku masing masing dah berkeluarga. Oh aku lupa, hubungan aku dan dia dah tak rapat semenjak aku dah start masuk asrama waktu Tingkatan 1.

Aku seakan akan boleh move on sebab dah tak jumpa dia. Bertahun tahun aku tak jumpe dia. Namun, sekali lagi aku diuji bila kahwin.

Aku ada masalah dalam melayani suami aku. Aku seakan akan takut pen3tration. Suami aku gigih mengkaji dan akhirnya kami jumpa terms vagiinismus.

Kami berjumpa O&G dan kami ceritakan masalah kami. Doc sahkan ianya vagiinismus, dan suggest aku jumpa therapist.

Suami aku tak tau ape yang berlaku pada aku waktu kecil. Ada masa aku nak ceritakan semuanya, namun aku risau apa penerimaan dia.

Setelah beberapa kali jumpa therapist(kami jumpa bersama), therapist set kami jumpe di masa yang berlainan. Dia cuba cungkil sekiranya aku mangsa s3xual harassment/abuse.

Waktu tuh la aku rasa ada connection sejarah hidup aku dengan penyakit aku ini. Namun aku menafikan waktu itu.

Alhamdulilah, setelah beberapa kali jumpa therapist, dan atas nasihat nasihat beliau, aku dapat lalui penyakit aku dan kami dikurniakan anak perempuan.

Aku amat kesian pada suami aku yang secara tak langsung perlu hadapi masalah ini bersama aku.

Aku rasa bersalah sebab tak ceritakan perkara sebenar. Penyakit ini juga memberi tamparan hebat dekatt perkahwinan aku. Alhamdulillah kami dapat go through bersama biarpun kadang kadang ianya datang balik.

Namun, kepercayaan aku kepada orang yang handle anak aku sangatlah rendah sehingga suami aku rimas. Aku tak bagi anak aku masuk bilik sepupu sepupu dia dekat kampung.

Aku pernah tukarkan anak aku dari rumah pengasuh ke taska waktu umur dia setahun sebab aku dapat tau anak lelaki remaja pengasuh anak aku dah balik duduk rumah (sebelum itu belajar di asrama penuh).

Aku paran0id bila ada pakcik pakcik anak aku nak dukung anak aku. Aku serba serbi takut kejadian hitam aku terjadi dekat anak aku.

Berbalik kepada cerita Syaiitan, aku memang menjauhkan diri. Kalau aku balik kampung, aku memang duduk rumah, tak pergi ke rumah dia walaupun aku sebenarnya rindu mak cik pakcik aku sebab mereka baik pada aku. Aku memang cuba menjauhkan diri.

Tapi bila ada majlis kawen saudara mara, aku akan terjumpa jugak Syaiitan. Aku jijik tengok muka dia. Aku bertambah jijik bila dia buat macam tak pernah bersalah dengan aku.

Pernah sekali dia dukung anak aku yang masih baby waktu tuh (dia amik anak aku dari makcik aku), cepat cepat aku cuit laki aku suruh amik anak aku balik dari dia.

Pernah juga waktu anak aku umur 3 tahun, dia minta nak dukung anak aku. Aku cakap tak boleh anak aku takut dengan orang nanti dia nangis.

Sejauh mungkin aku larikan anak aku dari Syaiitan. Nasib baik sebab kerja aku jauh dari kampung jadi tak akan jumpa Syaiitan selalu.

Dua tahun lepas, aku balik kampung. keluarga Syaiitan buat makan makan, nak tak nak ayah aku suruh aku pergi. Aku benci bila dia buat buat “Eh lama tak jumpa” pastuh peluk bahu aku.

Cepat cepat aku pegi tempat lain. Aku memang menyirap waktu tuh. Aku benci dan jijik giila dengan Syaiitan tuh. Aku jadi trauma balik.

Pengajaran kepada semua parents, janganlah percaya sangat pada orang lain. Pantau lah anak anak. Biarpun dah besar, pantau apa dia tengok, pantau ape dia baca. Dan sekarang p0rnografi di hujung jari.

Tolonglah juga pesan pada anak anak, jaga batas, apa safe touch, ape non safe touch. Parents aku dulu tak pernah ajar aku, mungkin mereka pun tak sangka ada Syaiitan dalam keluarga kami.

Aku masih depress sebab tak ada tempat luahkan kisah aku ini. Kadang kadang aku terjaga malam dan kisah waktu kecil aku seolah olah replay dalam kepala aku.

Aku jadi rasa jijik dan benci sangat dekat Syaitan. Aku tak akan boleh maafkan dia.

Kalo pembaca ada suggestion macam mana aku nak overcome perasaan benci dan jijik aku, dan macam mana nak lupakan, aku sangat sangat berterima kasih.

Aku doakan anak anak pembaca semua selamat dari Syaiitan macam ni.

Maaf kalo tulisan aku berterabur, aku menulis pukul 5 pagi sebab aku terjaga dan terus teringat peristiwa ini biarpun dah 30 tahun berlalu.

Kepada Syaiitan, sekarang ko dah ada anak perempuan. Aku tak nak doa bukan bukan, tapi aku percaya ko pun takut perkara yang sama berlaku dekat anak ko.

Semoga ko dapat balasan setimpal dengan kelakuan ko. Kalo tak di dunia, pasti di akhirat.

Reaksi Warganet

Xini Za –
Memang patut digelar Syaiitan. Tapi bersyukur lah puan dikurniakan suami yang memahami.

Beringat itu baik tapi cukup cukuplah trauma itu sehingga mengganggu emosi. Berserahlah kepada Allah SWT atas segalanya.

Dan letakkan harapan supaya TT dan anak anak perempuan diselamatkan daripada godaan syaiitan. Amin

Nai Eira –
Kadang tak paham orang sebegini, takde sikit pon rasa bersalah. Macam mana dia boleh menjalani kehidupan dia seperti biasa, sedangkan ada satu kehidupan lagi yang sangat struggle nak terima kesan dari perbuatan dia.

Dia tak tahu ke kifarah tu sentiasa ada ? tak takut ke ape yang dia buat tu berbalik pada keluarga dia ? Semoga dia sempat bertaubat dengan semua perbuatan dia.

Buat confessor, biarlah kita paran0id terlebih pon. Biarlah kita ni jadi mak yang control anak pon. Asalkan, kita taknak apa yang dah jadi tu, terjadi dekat anak.

Please, lalui hari hari bersama keluarga dengan happy. Jangan biarkan memory yang sepatutnya tercipta bersama, berlalu macam tu ja.

Family puan tak salah. Diorang ada hak untuk bahagia dengan Puan sebagai Ibu dan isteri .

Haiza Najwa –
Baru baru ini seorang ayah tiri dijatuhi hukuman 1000 tahun lebih penjara, kerana mergol anak tirinya yang berusia 13 tahun waktu itu sebanyak 105 kali tidak silap dalam masa 1 atau 2 tahun disertakan sbatan 24 kali.

Syaiitan ada di mana mana dan ibu seperti puan sepatutnya menjadi pelindung pada setiap anak. Syabas.

Masa lalu memang perit tetapi tanpa masa lalu mungkin puan tidak sehebat ini melindungi anak. Semoga tabah

Satu yang mungkin boleh hilangkan derita puan. Apabila bertembung, luahkan ke muka dia. Aku benci kau, sejak kau buat tak senonoh dalam kebun dulu, hingga kini aku menderita jijik pada diriku sendiri.

Yg sedihnya, aku tak mampu hilangkan rasa jijik itu.

Dan aku lagi jijik bila tangan kotor kau berani berani nak sentuh anak aku.

Aku selalu berdoa supaya aku tak perlu tengok muka kau lagi.

Itulah remedi luka puan tapi? Risiko dia akan mengejek itu tetap ada. Itu akan buat puan lebih sakit.

Jadi puan berdoalah. Terangkan satu satu pada Allah. Ingat, Allah Maha Mendengar. Allah Sangat Sangat Sayangkan kita. Mohon pada Nya kesembuhan dari luka yang terlalu dalam itu.

Dan. Percaya pada Allah yang Dia akan kabulkan doa puan. Aamiiin.

Sumber – Aku (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.