10thn dh kwn. Bf anak yatim. Mcm2 kami bantu. Tp bila dia nekad nikahi janda anak 3, aku trus terdiam

Foto sekadar hiasan

Bercinta 10 Tahun, Tapi Ex-BF Pilih Janda

Hi assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya Nina (bukan nama sebenar). Saya nak luah sedikit, dan minta pandangan serta apa sering terjadi jika ini terjadi.

Saya berkawan dengan ex bf saya selama 10 tahun. Daripada dia tak ada apa apa sehingga dia kerja. Dia kerja pun hasil bantuan keluarga saya.

Waktu belajar, ayah saya banyak bantu dia. Dari segi duit, makanan dan sebagai nya. Dia anak sulung, ayah dia meninggal dunia ketika masih di bangku sekolah.

Mak dia kerja biasa, kena tanggung rumah dan kereta serta tiga orang adik adik dibawah nya.

Kami PJJ. Lama bercinta. Sepanjang bercinta tak pernah curang, tak pernah ada kes apa apa.

Dia berumur 24 tahun. Naik jatuh dia semua saya ada. Segala benda dia dapat. Kawan kawan dia pun tak pernah dapat seperti apa dia dapat. Keluarga masing masing sudah kenal. Rapat sangat dah.

Selepas habis diploma, dia kerja. Lama juga, PKP punce dia diberhenti kan kerja. Saya kesian. Saya bantu dia dapatkan kerja.

Dia tak nak sebab takut terhutang budi. Saya cakap tak apa la, terima saja la dulu. Ni confirm confirm dapat kerja, kerja saja sementara ni.

Company aku bagi ni, agak besar dan stabil. Impian ramai orang. Dia pun mohon, sementara dapat kerja baru, berduit la dia.

Aku paksa dia kerja. Aku ingat lepas masuk situ dia akan mohon kerja lain. Rupanya tak, dia selesa. Ini aku dapat jamin dan agak dah. Dia takk akan tukar kerja lain.

Tempat kerja ni ramai keluarga aku, merata rata. Suatu hari, dia dah permenent. Dia nak carpoll dengan seorang kakak, single mom umur 36 anak 3. Aku percaya dia.

Lama kelamaan, perasan banyak perubahan dalam diri dia. Bergaduh, sebab ini. Sampai berkait dengan family dah.

Pendek cerita putus. Dia cakap dia akan ingat aku sampai bila bila. Pendek cerita. Dia bercinta dengan janda tu. Kisah dia satu tempat kerja tahu. 24 ft 36. Dia cakap janda tu ade susah senang dia.

Terdiam aku. Sedangkan belajar dia, kain baju dia, phone dia aku yang bagi. Semua yg mahal mahal. Brand brand mahal serta original.

Mereka start rapat bulan 6. Dedua pihak ade nasihatkan dia suruh fikir panjang. Tapi apa kan daya, jodoh tak panjang. Dia nekad juga berkahwin. Dan sudah pun berkahwin dengan janda umur 36 anak 3.

Anak anak duduk dengan suami nya. Janda tu cerrai dengan suami nya kerana suami dia main kayu tiga. Ex hubs dia pun dah kahwin and ade anak. Perkenalan kurang 6 bulan terus ikat dan kahwin.

Ramai perasan, kenduri mereka suram dan kurang setuju oleh ramai ahli keluarga nya. Kerana ex bf saya nak sangat. Mereka turuti.

Katanya, kalau dia lepaskan perempuan ni ramai lagi nak. Ramai tunggu. Dia ade juga cakap yang perempuan ni baik. Dia berani kahwin kerana anak anak janda tu, ex hubs janda tu jaga. Jadi tiada masalah.

Ex bf aku ni, tak ada apa apa pun sampai sekarang. Dia menapak pun hasil bantuan kami. Semua kawan kawan dia tak setuju dengan dia. Kerana kawan, turuti saja. Belakang semua mengata. Kereta tak ada, rumah tak ada.

Aku tak pernah dengar kisah janda kahwin dengan budak mentah dan muda sejauh ini jaraknya.

Kawan kawan semua minta aku bersabar. Aku sanggup kasi kerja tu dekat dia, padahal masa tu aku takde kerja juga. Seminggu dah mereka berkahwin.

Pesanan kawan kawan serta makcik pakcik dekat aku, apa apa pun terjadi dekat diorang akan datang. Jangan pernah terima balik dia dalam hidup. Tak reti kenang jasa langsung.

Pesanan aku pada yang membaca ini, jangan pernah kacau hubungan orang lain. Dengan cara apa sekali pun, baik jalan nya, mahu pun buruk jalan nya.

Betul takdir. Ingat, tak semua Allah izin Allah redha. Tak salah kahwin dengan status janda atau duda.

Tapi biar berpada dan kena gaya. 24 dengan 36, dengan tak ade apa apa. Majlis perkahwinan pun macam tiada sambutan seperti perkahwinan biasa.

Suram, keberkatan dan barakah itu tiada kerana restu pudar dan tak ikhlas dari hati. Hati mak dan ayah ini berkata kata. Tak baik buat orang macam tu.

Ingat, kifarah tu ada. Aku dah boleh move on. Sejak tahu dia sudah berkahwin minggu lepas, perasaan sayang suka cinta dah tak ada. Hilang terus.

Doa yang baik baik.

Reaksi Warganet

Nurul Marjan –
Saya nampak ada hikmah. Lelaki macam tu tak pernah bersyukur.

Sampai bila awak nak tanggung dia. Yang dah biasa kena tanggung ni, sukar nak ada kesedaran menanggung tanggungjawab (bukan semua).

Awak pun bersyukurlah. Tak perlu jadi “mak” untuk dia lagi. Biar isteri dia yang lebih berusia jadi “mak” untuk dia pula.

Norlaila Mohd Din –
Ok dah tu berkorban untuk bakal suami, takda silapnya. But kesilapan BESAR bila bakal suami sekereta dengan perempuan bukan ajnabi, itu big No sepatutnya.

Ataupun dah bukan jodoh u. Samada u halalkan atau u saman dia minta balik ganti rugi semua belanja atas dia, serta mungkir janji dia tu. Your choice….

Peah Peah –
Pengajaran, jangan banyak sangat tolong, Biarkan dia berdikari dan rasa susah.

Bukan sekali dua baca cerita begini. Bila dah selalu senang dia pun dengan senang hati blah.

Species tak tahu menghargai kebaikan orang. Lagi pun belum ada ikatan yang sah. Mungkin janda tu pun nak tumpang senang si lelaki bf TT. Sakit pula hati aku baca.

Kifarah itu wujud, setiap perbuatan ada balasannya. Aku doakan Nina dapat suami yang lebih baik, lebih kaya, lebih menghargai awak.. Aaamiin.

Fatin Nadia –
Dalam soal ni, dari apa yang saya baca dari luahan hati awak, yang bermasalah adalah ex BF awak.

Sekiranya dia seorang yang setia, pandai menghargai pengorbanan orang yang dia sayang, sudah tentu dia takkan berkahwin dengan J tu..

Dan ex BF akan tentu sekali takkan membuka peluang untuk rapat dengan mana mana wanita sekiranya dia betul betul menghargai awak.

Itulah, hati manusia ni, bukan kita yang pegang.. Boleh berubah ubah. Ini adalah ujian untuk awak.

Status J, usia semua, bagi saya bukan masalah langsung. Kalau da jodoh, kita leraikan banyak kali pun, masih lagi akan berjodoh..

Jadinya, redha je dengan apa yang dah jadi. Memang sakit, cubalah untuk memaafkan walaupun pahit..

Semoga awak bertemu dengan jodoh yang baik baik, yang terbaik untuk awak.. insyaAllah..

Sumber – Nina (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *