Pg tu Ryan balik mengejut. Kantoi ibunya bawa laki masuk bilik. Ditegur, tk sangka begini reaksi ibunya

Foto sekadar hiasan

Aku Yang Dilema

Terima kasih admin, jika confession ini disiarkan. Maaf jika coretan aku ini agak serabut dan tidak tersusun. Lama sudah tidak mengarang.

Hai semua, apa khabar, harap awak semua baik baik saja diwaktu pandemik ini. Jaga diri dan kesihatan tau.

Okay aku kenalkan diri aku, Mia berumur 27 tahun dan teman lelakiku, Ryan berumur 25 tahun.

Ye kawan kawan, teman lelakiku muda 2 tahun dariku. Dan hubungan kami sudah memasuki 5 tahun. Cerita aku kali ini adalah lebih kepada kisah Ryan, iaitu teman lelakiku.

Aku ingin bertanya pandangan anda semua. Aku didalam dilema. Ryan baru sahaja membeli rumah untuk ibunya pada pertengahan tahun lepas. Adik beradiknya mendesak Ryan untuk membeli rumah itu. Sebagai hadiah untuk ibunya. Rumah itu juga dipilih oleh ibunya.

Rumah yang bernilai RM420k dan bayaran bulanan dalam anggaran 1.5k – 1.8k tapi dikongsi bayar dengan adik beradik yang lain. Mereka mempunyai 7 adik beradik, yang membayar cuma 4 orang sahaja iaitu, adik yang di bawah umurnya (RM400 seorang).

Manakala adik beradik diatasnya iaitu seorang abangnya dan 2 orang kakaknya tidak membayar kereka mereka mempunya komitmen yang tinggi. Tapi merekalah yang melebih lebih semasa mencadangkan membeli rumah tersebut.

Kadang kadang Ryan akan membayar lebih dalam RM700-RM1000 jika adik adiknya yang lain tidak mampu bayar pada bulan bulan tertentu disebabkan tiada OT/ elaun, maka Ryan lah yang akan menyelesaikan hutang tersebut.

Kerana rumah itu adalah atas nama Ryan dan adik lelaki si Mikael.

Sebelum aku terlupa, gaji Ryan adalah antara 3k-3.5k gaji bersih sebab basic gajinya ialah 2k, selebihnya adalah komisen. Manakala Mikael lebih rendah dari itu termasuk OT.

Pada mulanya aku tidak setuju dengan keputusan Ryan untuk membeli rumah tersebut. Tapi aku juga bukan siapa siapa untuk menghalang mereka. Nanti dikata pula aku mengganggu impian mereka untuk memiliki rumah itu.

Ryan juga pernah di sisih oleh adik beradiknya kerana tidak setuju untuk membeli rumah tersebut.

Pada akhirnya dia setuju juga untuk menggunakan namanya. Aku menghalang, semuanya bersebab, sebab pertama rumah itu sangatlah mahal bagiku.

Mereka boleh saja mencari rumah 100k kebawah kerana sebelum ini pun mereka menyewa teres kos rendah, bulanan hanyalah RM300 sahaja.

Apabila membeli rumah baru ini, bayaran bulan untuk rumah adalah mendadak 6 kali ganda.

Kedua, jika itu adalah cadangan adik beradik membeli rumah untuk dihadiahkan kepada ibu mereka, hendaklah berlaku adil. Sama samalah membayar, bukan sebahagian saja yang terlibat untuk membayar.

Ianya sangatlah membebankan. Aku perasan yang Ryan kelihatan stress dengan komitmen bulanannya.

Ketiga, jika Ryan sudah menikah nanti dan mempunyai anak anak serta mempunyai komitmen lain, adakah dia mampu meneruskan membayar hutang tersebut. Beberapa bulan ini pun adik adiknya suda melepas tangan untuk membayar hutang itu.

Masalah ini akan membebankan Ryan, lebih lebih lagi rumah itu adalah atas namanya. Aku kenal keluarganya dan sememangnya bukanlah dari keluarga yang senang, ibunya pula hanyalah suri rumah, Ryan pula hanyalah bekerja Pomen kereta.

Pernah Ryan dikenakan kuarantin disebabkan c0vid – 19, majikannya telah memotong gajinya dan pada bulan itu, dia hanya menerima gaji sebanyak RM700 sahaja.

Disebabkan komitmen yang tinggi, dia terpaksa meminjamkan duit dari aku sebanyak 1k untuk menyesaikan hutang tersebut.

Jadi isunya disini ialah, kami bercadang untuk bernikah pada tahun depan. Dan dia bercadang selepas nikah, dia ingin aku tinggal dirumah ibunya itu.

Aku tidak penah terfikir untuk tinggal dirumah itu, sebab di rumah itu ada adik lelakinya yang bujang yang tinggal bersama ibunya.

Jika ada cuti perayaan, adik beradik yang lain juga akan balik ke rumah itu, rumah itu hanya mempunyai 4 bilik. Setakat ini bilik dirumah itu sudah penuh, satu master bedroom untuk ibunya (ibunya status ibu tunggal sudah bercerrai beberapa tahun lepas),

Satu bilik dihuni oleh Mikael, satu bilik untuk Ryan dan satu bilik lagi untuk kakaknya yang sudah rumah tangga itu (balik setiap hujung minggu jumaat-ahad dan cuti umum).

Bagiku, untuk tinggal dirumah itu selepas nikah adalah cadangan yang tidak bernas sama sekali. Sebab aku inginkan privasi. Aku Inginkan ruang untuk diri sendiri. Aku pernah menyatakan isu ini Ryan.

Aku tidak selesa jika tinggal disana walaupun belum merasa tinggal disitu hahaha. Tapi Ryan kerap kali memujuk aku yang ibunya baik baik saja dan adik beradiknya juga baik baik saja. Aku tetap tidak setuju dengan cadangannya.

Penah Ryan menceritakan kisah kakaknya yang sudah berumah tangga itu mempunyai masalah dengan ipar duainya. Sebab dari awal perkhawinan kakaknya telah tinggal dirumah keluarga suaminya.

Tapi setelah 2 tahun perkahwinan, kakaknya tidak selesa dan banyak perkara yang membuatnya tidak selesa dirumah itu. Perkara itu menyebabkannya pindah keluar dan menyewa diluar, tapi masih menyewa dia area yang sama dengan mertuanya.

Kisah ini ceritakan balik kepada Ryan untuk mengiingatinya.

Sebelum aku terlupa, ibu Ryan juga kerap membawa teman lelakinya kerumah itu ketika Ryan sedang bekerja.

Bagaimana aku tau? Ryan menangis dan sangat kecewa menelefon ku, dia tidak menyangka ibunya seperti itu.

Kebetulan pada pagi itu barangnya tertinggal dirumah. Ryan patah balik untuk mengambil barang tersebut. Alangkan terkejutnya Ryan melihat ada kereta lelaki yang dikenalinya parking elok didepan rumah.

Sebelum ini, ibunya memperkenalkan lelaki itu sebagai subcon yang memasang kabinet dirumahnya.

Tapi pada hari kejadian, Ryan terkejut lelaki itu ada dibilik atas bersama ibunya dengan pintu bilik berkunci. Ryan sangat kecewa dan terus memecut keretanya keluar dari rumah itu.

Pada petang hari kejadian, dia menegur ibunya, menyatakan bahawa rumah itu bukanlah tempat untuk memuaskan nfsu dan dijadikan hotel untuk lelaki keluar masuk. Lalu ibunya merajuk berminggu minggu atas teguran dari Ryan itu.

Ibunya selalu mengatakan kepadanya yang rumah itu miliknya dan tiada sesiapa yang layak membuat apa apa dirumah itu, dan tiada siapa yang boleh melarangnya.

Selain itu, ibu Ryan juga agak cerewet. Ryan juga pernah dimarahi ibunya disebabkan isu kecil sahaja.

Contohnya, masa itu, Ryan baru sahaja balik dari kerja dan seperti biasa jalan meluru masuk terus ke dapur. Ibunya melihat bekas tapak kaki nya diatas lantai (kelihatan dari bayang cahaya). Perkara ini membuat ibunya marah dan merajuk seminggu.

Bagiku perkara sekecil ini akan menjadi rumit jika aku sebagai orang luar yg akan masuk kedalam rumah itu apabila sudah bernikah nanti.

Perkara ini juga sangat merunsingkan fikiran aku, pelbagai kisah rumah tangga yang diconfess dalam page IIUM Confession ini juga banyak memberi kesedaran dan pengajaran kepadaku terutamanya yang berkaitan dengan hal hal rumah tangga dan juga hubungan antara ipar duai dan mertua.

Bagiku kisah kisah itu sangat membuat aku lebih berhati hati sebelum memasuki alam perkhawinan.

Bagiku, perkara seperti ini juga perlu dinilai sebaiknya sebelum terlambat dan perkara yang tidak diingini berlaku antara kekeluargaan kami, sebab hidup dalam perkhawinan ini panjang dan semua yang kita inginkan dalam sesebuah pernikahan itu terus kekal hingga ke akhir hayat.

Aku juga inginkan hidup yang tenang dan menjalani hubungan yang baik dengan semua orang disekelilingku.

Satu perkara lagi, Ryan selalu meyakinkan aku, dia akan membeli rumah kedua untuk kami. Dan mencadangkan untuk menggunakan namaku untuk rumah itu nanti.

Tapi aku menolak cadangannya, kerana aku tidak inginkan dia melepaskan tanggungjawabnya itu.

Walaupun aku layak loan rumah (aku kerja dalam bidang profesional) tapi aku juga mempunyai perancangan aset/kewanganku tersendiri.

Aku sarankan Ryan mengguna namanya sendiri. Persoalannya disini, adakah dia layak untuk loan rumah kedua?

Aku tidak mempunyai pengalaman membeli hartanah, jadi aku ingin bertanya pandangan anda semua.

Harap persoalan aku ini terjawab dan jika anda mempunya apa apa pandangan dan cadangan untuk kisahku ini, sila utarakan diruangan komen. Pengalaman dan cadangan anda amatlah dihargai. Terima kasih kakak abang semua.

Aku yang sedang dilema, Mia

Reaksi Warganet

Radin Arishah –
Oit complicated yakmat bunyinya tu. Dengan maknya punya perangai, dengan adik beradik main lepas tangan bab duit, Ryan sendiri jenis tak de tulang belakang ikut je telunjuk orang dan nak duduk sekali dengan mak dan adik beradik.

Ada nampak kedamaian, kebahagian ke dekat situ? Awal awal lagi dah macam macam hal.

Sentiasa Sama –
1. Jual rumah pertama, dah jadi tempat maksiiat (Guna agen hartanah yang dipercayai yang berdaftar ada no ren)

2. Rumah untuk selepas nikah, boleh start dah cari, kalau tak jumpa, menyewa dulu.

3. Ryan nampak baik, tapi tula kena ambil kesempatan oleh adik beradik, hati hati lepas ni

Maya Mysara –
1. Xde ruginya rumah ke2 buat loan atas nama sendiri. Dengan syarat suami yang byr.

Kalau nama suami, akhirnya kita juga yang bayar…..lagi rugi.

2. Jika ada orang ke3 nak cuba nasib, dia akan sedar suami awak takde apa apa, rumah nama awak. Mungkin dia tak jadi.

3. Andai nya blakang hari anda berpisah, sekurang kurang itu rumah awak. Awak tak perlu keluar, suami yang perlu keluar. Awak dan anak anak takkan merempat.

Last andn not least, selepas kawen bawak Ryan keluar dari rumah tu. Sekurang kurang nya dia cuma tanggung bayaran rumah sahaja untuk mak dia. Bukan semua perbelanjaan dalam rumah.

Fmily dia dah nampak dia baik, takkan dilepaskn dengan mudah. Kalau Ryan tak mahu, say bye2 je lah. Takde keja nak menanggung family dia.

Normazlin Ismail –
Mohon TT tangguhkan dulu niat berkahwin dengan si Ryan tu. Fikirkan dengan dengan akal waras tanpa dipengaruhi cinta. Dah dapat agak masalah besar

1. Ibu Ryan – sikapnya yang memeras anak sedangkan tahu anak tak mampu.. Tambah pula dengan maksiiat di rumah sendiri tanpa ada aib dan malu pada anak anak.

Sikap sikap lain yang TT dah tahu yang memang akan bawa masalah nanti. Kaki merajuk lagi..

2. Adik beradik Ryan – kakak dan abang yang pandai pandai mengarah adik beli rumah untuk Mak tapi mereka lepas tangan. Nati hidup awak berdua suami isteri pun akan ada campur tangan nanti.

3. RYAN – tak matang, tak de pendirian, gagal dalam perancangan kewangan. Awal awal dah gunakan TT as bank dia, tau rumah pertama pun tak mampu bayar ada hati nak beli rumah kedua.

Dik non oiiiii….orang gaji RM6000 sebulan pun perit nak bayar rumah RM400k sebulan. Saya tak nampak Ryan akan pertahankan TT as isteri kalau ada konflik dengan keluarga dia nanti.

Anak jantan apa tau mak dengan berkhalwat dalam rumah dalam bilik lagi lari menangis pula.

Patut terjah halang maksiiat masa tu. Menangis depan mak untuk tunjukkan betapa kecewanya dia sebagai anak mak berziina.

4. Ini keluarga toksik dalam rumah maksiiat.

Kalau TT ni adik saya ke, saudara saya ke, saya memang akan tentang habis habisan hubungan mereka ni.

Tak salah kalau dalam kes ni TT tinggalkan Ryan, demi masa hadapan. Fikirkanlah TT. Kalau keluarga TT tau perangai mak Ryan, pasti mereka pun tak nak jadikan besan….

Sumber – Mia (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *