“Bila dah jadi rider”. Tengah syok bersidai, mata terpaku lihat amoi dlm kedai. Mula terbyg2. Ada yg xkene dgn aku

Foto sekadar hiasan

Aku Sebagai Rider Food Delivery

Nama aku khairul (bukan nama sebenar). Aku cari makan dalam hidup sebagai rider food delivery di company x.

Aku pada awalnya tak minat pun jadi rider. Kadang tu terbisik dalam hati aku memperlekehkan juga orang jadi rider ni.

Dah lah Kerja hujan panas, lampu trafik main langgar saja. Kejar order macam esok tak boleh nak makan. Tapi aku juga selalu order makan dari macam macam platform food delivery.

Dalam aku perlekehkan rider, tak ada lah aku sampai khianat buat yang bukan bukan dekat rider, sebab aku dengar macam macam perangai customer yang buat rider macam lowest class dalam masyarakat.

Ada yang buat fake order sebagai manipulation nak makan free, ada yang pin location tak betul nak avoid bayar delivery fee tinggi, dan macam macam lagi lah kerenah customer.

Kadang kalau aku order makanan online, kebetulan masa tu hujan, bila rider sampai depan pintu rumah, aku buka pintu aku nampak rider tu berbaju hujan, basah air menitis nitis. Aku dah standby dah RM3, kadang lebih aku bagi RM5 sebagai tips deliver makanan aku masa hujan.

Bayangkanlah hujan hujan malam malam bawa motor tu risiko sebab aku pernah juga ride motor malam malam hujan memang susah nak nampak jalan.

Bahaya!

Aku kerja ofis, tipikal masa kerja jam 8am-5 pm. Bila dah bertahun kerja dekat ofis ni mesti ada rasa macam bosan. Ye lah hari hari duduk dalam satu ofis, hari hari tengok muka orang sama, naik menyampah pulak aku.

Lagi naik menyampah aku bila manager aku bergaduh dengan bini ke, atau dia bergaduh dengan superior atas dia. Aku tanya sikit saja naik angin macam wanita datang bulan. Over!!

Tu belum lagi cerita clan2 ofis dengan gosip gosip ofis, dengan nak melayan orang acah acah bagus lagi. Kadang kehidupan ofis ni kau kena jadi fake untuk survive dalam environment ofis, tu tak bagus bagi aku sebab aku memang jijik jadi orang fake.

Dalam hirarki korporat, kau kena ikut acuan korporat yang kau join, sebab tu selalu bos bos atau superior ni selalu basuh kau supaya jadi macam ni macam tu, buat macam ni macam tu.

Itu acuan dia, nak tak nak kau kena ikut sebab kau duduk dalam sistem dia. Selagi kau tak sejalan dengan acuan dia, selagi tu lah dia basuh kau.

Mudah cerita, aku dah penat dan bosan kerja dalam suasana ofis. Aku cari sesuatu untuk aku cari sesuatu dalam diri aku. Aku cuba berbisnes kecil kecilan dan alhamdulillah bisnes pun jalan dan sikit sebanyak menambah sumber pendapatan aku.

Tapi kelibat rider yang selalu memintas di jalanan buatkan aku terfikir, diorang ni sampai bila nak jadi rider. Itulah inquiry aku tentang rider dan aku pun buat keputusan apply aktifkan app rider dan ambil segala kelengkapan rider di HQ.

Kini dunia dah terbalik, dulu aku perlekehkan rider kini sebahagian dari mereka.. Hahaha.

So aku dah start jadi rider, aku start motor dengan beg delivery dekat sit belakang aku sandang.

Aku newbie malu nak minta orang ajar ikat beg delivery tu dekat belakang sit, so masa trafik light berenti tu jenguk jenguk lah macam mana rider ikat beg, oh senang saja rupanya, haha.

First day aku ride, aku dapat job dan vendor tu dekat saja kat area rumah, so aku pickup and deliver ke rumah penerima.

Masa tu hujan sikit, masa aku sampai rumah customer yang order tu, rumah dia setinggan, aku call bagitau aku dah sampai. Dia datang sambil dia ambil makanan dia, dia hulur rm 20 sebagai tips, perghh..

Hati bergembira dah lah first day cedok, hantar dekat dapat tips customer lebih dari fare aku hantar dekat dia haha. Masa ni lah aku belajar sesuatu, kakayaan bukan apa yang kau lihat pada zahir.

Kalau ikut basic fare, RM20 tu kena run lebih kurang 4 ke 5 job rider. Mungkin bagi orang alaa RM20 saja pun, tapi RM20 ni bagi aku sangat besar nilai dia, campur sekali nilai teladan yang aku belajar bahawa kekayaan bukan hanya pada zahir sahaja.

Aku teruskan buat job demi job, aku deliver macam biasa, ada customer yang biasa biasa maka aku pun kerja saja lah macam biasa, pickup hantar pickup hantar. Sambil sambil buat income tepi.. Hehe

Aku buat job di kawasan orang cina. Kedai makan makanan cina dan pelanggannya tentulah banyak orang cina. Ada sikit juga aku nampak pelanggan orang india, dan rider kebanyakkannya orang Melayu.

Kat sini pun aku belajar something dalam masyarakat majmuk. Kita bergaduh gaduh perkauman pun dalam masa sama nak makan pun perlukan satu dengan lain.

Makan kat sini ada 2 erti, satu makan santapan dan satu lagi makan yang kita sering istilahkan sebagai mata pencarian, ‘masing masing cari makan’ itu lah dia apa yang aku nampak,

So bila isu racist timbul saja, atau ada yang cuba hasut aku jadi rasis, aku just cakap dalam hati ‘masing masing cari makan, masing masing suapkan makan’.

Padahal sebelum aku jadi rider pun sikit sebanyak aku terhasut dengan dakyah rasis.

Tapi sejak jadi rider aku deal job banyak dengan orang bukan sekaum, kalau aku tak jadi rider mungkin aku terperap jauh tak bergaul secara dekat dengan kehidupan mereka. Oleh itu mungkin stigma aku pada mereka akan kekal bawah tempurung.

Bila dah lama sikit jadi rider ni, panas hujan tu memang kena hadaplah, penat mengayuh pun satu hal. Tapi best, tak macam dalam ofis terperuk satu tempat tengok muka orang sama hari hari, naik menyampah aku.

Lagipun bebas tak ada lah tekanan sangat kena suruh itu ini, tak ada orang yang cuba shape kau jadi macam ni macam tu, bila ride keluar umpama stress stress kerja ofis tu dapat release.. Fuhh

Cuma ada lagi sikit pengalaman aku sebagai rider, yang aku share dekat sini saja, aku tak pernah share pengalaman ni dekat siapa siapa pun haha.

Macam aku cakap tadi aku ride dan ambil job di kawasan orang cina, bila dah biasa kat satu kawasan tu, order masuk aku dah tahu kedai tu kat mana tanpa aku buka map dekat phone.

Adalah 1, 2 kedai tu memang selalu aku dapat job order kat situ. Cuma 1 kedai ni saja yang jadi gangguan fikiran aku. Biasa kalau kau dah sampai kedai tapi makan belum siap, rider rider ni gelar situasi tu sebagai ‘sidai’, maksudnya tunggu order siap.

Dalam masa sama tu adalah rider2 lain sidai sama. Masa ni lah rider biasa borak borak sama sendiri tanya order ok ke tak, mengeluh sidai sampai 1 jam 2, dann share share tips sebagai rider.

Masa ni biasa rider2 duduk luar dari kedai makan. Staff yang bertugas akan bawa makanan order delivery sambil sebut no order, rider yang ambil job no order sama akan ambil makanan tu dan berlalu pergi hantar order.

Tapi tu adalah rutin sebagai rider, bukan itu aku nak concern kan sangat. Yang aku concern tu staff perempuan cina yang selalu bawa makanan sambil tanya nombor order, kalau tak ada dia bawa masuk balik makanan tu, kalau ada dia bagi la dekat rider.

Tapi setiap kali dia masuk kedai balik, aku tertunggu tunggu dia keluar balik munculkan diri.

Aku kalau boleh tak nak order aku cepat siap. Setiap kali dia keluar kedai bawa makanan tanya ni siapa punya, aku harap nombor dia sebut tu bukan nombor aku lah, ntah lah.. Aku pun tak tahu apa hal aku jadi macam tu.

Nak tak nak, aku tunggu macam mana pun dia akan sebut nombor aku. Hmmmm kena pickup dan masa ni lah boleh borak borak sikit tanya itu ini.

Berapa saat saja pun setel dia pun masuk balik kedai buat keje dia. Aku pulak blah ambil order, start motor hantar ke customer.

Hantar order biasa aku tak rushing pun, sambil sambil lalu jalan raya tu, detik detik dia keluar masuk kedai tu asyik rotate saja dalam kepala.

Dalam banyak banyak kedai, banyak customer dan orang yang aku deal, tapi sejak hari tu, dia selalu berlegar dalam imbasan memori aku. Ada yang tak kena dengan aku.

Lepas siap hantar order biasa aku akan masuk balik kawasan yang banyak vendor. Dan biasa aku masuk lah balik kawasan aku dapat order tadi. Aku round round kedai sama dengan harapan aku dapat bersidai dekat situ lagi, supaya imbasan memori aku atas jalan tadi jadi realiti kembali.

Ntah.. Ada pelik berlaku, biasa rider kejar order, aku pulak nak bersidai

Kalau dah lama sangat aku round, order tak masuk aku round tempat lain nak dapatkan order. Tapi tak kira dekat mana pun memori tu selalu terimbas..

Padahal dalam 1 kedai tu ramai juga staff lain, lelaki ada perempuan pun ada. Yang aku tunggu, dan selalu terimbas peribadinya adalah dia seorang saja.

Detik detik dia keluar dari pintu kedai sambil memegang bungkusan makanan, dan menyapa rider rider yang ada dan tanyakan no order.

Mungkin rider rider yang ada dekat situ nak cepat, tapi aku… Tak tergesa nak bergegas, aku lebih suka ambil masa dkat situ kalau dia ada.

Kalau aku perasan dia tak ada, aku pun jadi macam rider lain, tergesa dan cepat. Hanya dia saja yang jadikan ruangan masa aku terjeda dan terhenti seketika, aku pun jadi tak peduli soal masa bila dia ada.

Apa dorongannya? Cantik ke dia? Kalau dia betul cantik kebanyakan rider pun lelaki boleh nampak apa yang cantik. Tapi tak ada tanda cantik yang luar biasa tentang dia melalui gerak bahasa rider rider atau lelaki lain.

Kalau betul dia cantik sangat dah jadi buah mulut rider rider. Tapi tak ada, rider lain semua nak cepat. Buat apa sidai lama lama, fare 1 job tu lagi berharga dari nak menghadap dia keluar masuk kedai. Aku saja yang syok bersidai bila dia keluar masuk kedai… Hahaha

S3ksi ke dia? Tipikal amoi cina berpakaian s3ksi.. Tak pun, dia tengah bekerja mungkin etika pemakaian tempat kerja dia kena pakai sopan, pakaian bawah tertutup sampai buku laki, pakaian atas pula agak labuh juga.. Masa tu dia pakai tak s3ksi pun, tak menarik.

Jadi apa dorongannya? Cantik pun tak, s3ksi pun tak. Aku pun tak kenal dia, nama pun tak tau lagi. Cuma yang aku tau dia kerja dekat situ saja, nak tegur tanya macam macam segan pulak.

Bila lalu kedai tempat dia kerja, aku intai intai saja kalau dia ada Kalau ada cuba stay dekat dekat mana tau dapat order kedai dia.

Tapi aku taknak stay lama sangat dekat situ. Takut orang tertanya tanya. 5 ke 10 minit takde order aku blah cari order tempat lain..

Hmm, macam tu saja lah ceritanya, dari orang yang perlekeh rider, dunia terbalik aku pun jadi rider. Sampai lah syok bersidai dekat kedai tunggu order.

Tak ada yang menarik pun, bila realiti aku nikmati, bila jadi kenangan aku imbas berulang.

Bila jadi rider ni, timbul panggung wayang aku sendiri sambil layan order.. Hmm..

Sumber – Khairul (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *