“Part 5: Cari Suami Mat Salleh”. Esoknya, aku terus ajak Joshua nikah. Kami cr masjid. Lesen takde, berkerut kami dgr ckp imam

Foto sekadar hiasan

Part 4, klik link di bawah

“Part 4: Cari Suami Mat Salleh”. Sampai di US, Joshua xmuncul2. Aku tersentak. Tgn terketar2. Tiba2 dgr org tempik

Yes, aku dah buat benda bukan bukan dengan dia. Walau tak sampai tahap masuk bilik dan ziina tapi aku rasa bersalah betul. Aku tau, itulah perasaan permulaan kepada ziina yang banyak terjadi di zaman sekarang ni.

Nak tidur tu, aku dah start fikir dan runsing sebab aku ada banyak hari lagi dekat sana. Aku cakap, esok aku mesti confront dia. Biarlah macam tak tahu malu pun.

Esoknya dalam pukul 11.00 pagi macam tu, Joshua jemput aku. Masuk je dalam kereta, aku tanya dia. Betul ke dia nak kahwin dengan aku?

Dia cakap betul, memang dia nak kahwin dengan aku. Kenapa? Aku cakap jom kita kahwin nak?

Dia tanya hari ni ke? Aku jawab ya, aku nak kahwin dengan dia hari ni. Tapi dia nak tak?

Dia cakap memang naklah. Aku tanya dah ready ke nak lafaz shahadah? Dia cakap ya dah ready. So aku kata kalau macam tu jomlah kahwin sekarang. Dia tanya nak kahwin dekat mana? Aku jawab kena pergi masjid.

Sampai dekat sebuah masjid, kami jumpa imam dekat situ. Kami maklumkan hajat dan terangkan status Joshua.

Imam cakap boleh, memang dia yang uruskan pernikahan dekat masjid tu. Dekat negara bukan Islam memang urusan nikah masjid yang uruskan.

Imam tu tanya kami nak menikah ikut syariah saja ke?

Joshua yang tak berapa faham, passed soalan tu dekat aku. Aku jawab ya betul, nak ikut syariah sahaja.

Tapi Imam cakap kena buat upacara lafaz shahadah dulu untuk Joshua dan lepas tu baru buat upacara nikah.

Tapi sebelum tu dia tanya ada wali hadir sekali ke? Aku jawab takde. Aku tunjuk passport yang aku datang dari Malaysia.

Dia tanya lagi, ada wali tak dalam jarak 2 marhalah dari situ? Kalau ada wali dalam 2 marhalah, nikah jadi tak sah.

Aku cakap wali aku semua di Malaysia which is lebih 2 marhalah (dalam 90km). Imam mintak nak tengok ic kami berdua bagi pastikan jantina. Bukti wali aku di Malaysia, aku tunjuk gambar ayah aku dan adik beradik lelaki dalam Fb aku.

Lega sungguh aku bila akhirnya Imam tu cakap aku boleh di nikahkan guna wali hakim / qadhi.

Tapi dia nak confirmkan yang betul ke kami tak nak legalize and register the marriage? Just nak ikut syariah saja?

Joshua trigger perkataan ‘legalize and register’ tu dan cakap dia nak legalize sebab nak apply Spouse Visa untuk aku.

Dia cakap aku hanya ada Tourist Visa 3 bulan dan perlukan Spouse Visa untuk stay lebih lama. Terharu aku dengar yang Joshua betul betul concern dengan kehadiran aku di sisi dia. Aku tadi fikir just nak ikut syarak saje, asal halal saje dulu.

So Imam tu bagitau kalau nak legalize, sepatutnya kami kena apply marriage license dulu dari county registrar.

Dah dapat license, bawak sekali masa majlis akad nikah. Sign, kepilkan gambar pengantin sekali beserta saksi pernikahan 2 orang dan submit sekali dengan surat/sijil dari masjid.

Joshua tanya berapa hari nak dapat license tu? Imam cakap dalam 3-6 hari. Dengar tu aku berkerut pandang Joshua dan Joshua berkerut pandang aku. Sama-sama berhuhu.

Tapi maybe sebab faham permasalahan kami, imam cakap takpelah. Kita buat ikut syarak saje dulu. Buat yang penting dulu. Nanti dah ada license just bawak je datang masjid. Terus happy balik dedua!

Untuk nikah, lepas Zuhur dah boleh buat dah. Zuhur dalam pukul 12.00 lebih.

Masa ucap shahadah, bergenang mata Joshua pandang aku. Aku pun terharu tengok kesungguhan dia masuk Islam untuk bersama dengan aku.

Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku selama ni dan aku berjanji akan bimbing dia. Dia pun akan attend class yang masjid anjurkan.

Dan akhirnya kami berjaya disatukan di dalam majlis yang aku rasa cukup mudah lagi memudahkan.

Cuma masa lepas akad nikah, baru kami sedar yang kami takde wedding ring bila Imam tanya ada nak sarung cincin tak.

Memasing gelojoh nak kahwin sampai tak teringat langsung tentang wedding ring. Wedding dress pun tak ada, aku pakai jubah masjid sediakan saje. Itupun besar kemain.

So takde pun gambar kami sarung cincin bagai. Joshua cakap lepas ni kita pergi cari ring dan tangkap gambar sendiri sendiri saje. Hehhhe.

Macam tak percaya, tak sampai 2 jam kami dah selamat menjadi pasangan suami isteri yang sah.

Selesai urusan dan kami masuk dalam kereta, Joshua tanya aku nak pergi makan dan cari ring ke?

Aku cakap, apa kata dia just bawa aku balik rumah dia. Sekarang kita lupakan dulu soal makan dan ring tu. Hurmm, my bad!

Joshua tergelak besar dan cakap dia memang setuju sangat dengan idea aku tu! Hehhhe

Bagi aku, proses pernikahan kami tu lebih kurang sama saje dengan kaedah pernikahan di Thailand. Dekat Thailand pun masjid yang uruskan pernikahan dan ada keluarkan surat yang sah diakui kerajaan Thailand. (bukan nikah sindiket bawah kolong).

Jika nak legal, daftar di Malaysia. Yes, lebih kurang sama procedurenya.

Lately, ramai pasangan kekasih yang lebih rela berziina daripada mencari jalan halal. Nasihat aku terutamanya kepada perempuan, jika percintaan korang dah melibatkan pra ziina atau ziina, berbincanglah dengan pasangan.

Tak salah bernikah di Thailand dulu untuk halalkan hubungan korang. Atau kalau tak nak Thailand boleh pergi negara lain yang akad nikah memang boleh terus dibuat di masjid. Korea ke, Australia ke.

Bukan aku nak pengaruhi korang untuk belakangkan wali nasab, tak. Tapi kalau bertahun terlibat dengan ziina dan maksiat, nak kahwin tak cukup cukup hantaran, atau nak kahwin parent cakap tak boleh lagi, mungkin korang kena fikir cara jugak untuk halalkan hubungan korang.

Yes, memang sama sama suka tapi kalau clash, kesan teruk dekat side perempuan.

Islam ni mudah dan tak membebankan. Sebab tu ada syarat ketetapan 2 marhalah dan syarat sah nikah bukan bergantung pada wali nasab (bapa, adik bradik lelaki) sepenuhnya.

Islam pun melarang wali nasab halang anak perempuan mereka berkahwin sekiranya anak perempuan tu dah cukup ketetapan untuk bernikah. Boleh jatuh aniaya.

Islam ni mudah sebenarnya tapi hantaran yang ber k-k & keputusan ibu bapa tu kadang kadang menyusahkan sehingga anak anak akhirnya berziina. Yes, memang semuanya bergantung kepada iman anak anak jugak.

Kalau nikah syarak dulu, korang masih boleh rahsiakan daripada keluarga sementara menunggu majlis pernikahan di Malaysia yang hantaran RM 20k 30k tu. (Maksudnya 2 kali nikah).

Yang penting korang berdua halal dulu sementara nak tunggu 2-3 tahun kumpul duit.

Kalau takut mak bapak tahu yang korang bernikah di Thailand adakah bermaksud korang tak takut kalau mak bapak tahu yang korang berziina?

Bernikah di Thailand kalau mengandung, just register di Malaysia dan anak dah jadi sah taraf. Tapi kalau berziina dan mengandung? Kesian anak anak tu seumur hidup jadi anak tak sah taraf. Silap silap boyfriend pun lari.

Kalau tak nak daftar sebab nak tunggu akad nikah bunga telur di Malaysia tapi dalam masa yang sama takut ‘suami secret’ tu tinggalkan korang dan susah nak lafaz cerai, buat siap siap surat cerrai taklik dan cop pesuruhanjaya sumpah.

Fikir fikirkan pesanan aku ni sebab lately aku tengok ramai yang confess berziina, kecewa ditinggalkan setelah ditebuk berkali kali dan macam macam lagi yang semua merugikan pihak perempuan sampai ada yang sakit mental.

Maaf kalau ada yang tak sependapat dengan aku. Tapi bagi aku ziina ni memang sesuatu yang berat. Ziina pulak berlaku sebab wujudnya perasaan cinta dan sayang. So why not cari jalan untuk halalkan dulu kalau sama sama sayang.

(Aku tak cakap tentang nikah p0ligami di Thailand. Maksud aku couple biasa. Jangan salah faham. And aku cakap kepada couple yang tak boleh tahan nafsu dan kurang alim. Bagi couple yang alim dan jaga ikhtilat, tak perlulah nikah secret).

Bagi aku ada hikmah kenapa Allah temukan aku dan Joshua di U.S. Rupanya Allah nak mudahkan pernikahan kami.

Aku yakin kalau Joshua yang datang Malaysia, ayah aku takkan terima Joshua. Dan disebabkan kuasa wali dan procedures, aku memang tak dapat kahwin dengan Joshua sampai ke sudah.

Kakak aku nak kahwin dengan orang Sabah pun terhalang, last last sampai sekarang kakak tak kahwin kahwin dan tak temui pengganti.

Beberapa minggu lepas nikah tu, aku confront mak ayah aku. Yes memang diorang sedih sangat dan cakap kenapa aku buat keputusan melulu. Kalau nak sangat, bawak balik Mat Salleh tu ke kampung.

Nasib abang aku back up dan cakap, kalau Mira bawa balik pun bukannya mak ayah setuju pun. Untunglah suami dia terus nak kahwin dengan dia, siap masuk Islam lagi.

Lastly mak ayah aku redha dan cakap benda dah jadi takkan nak suruh cerrai. Mak aku pun cakap takpelah, mana tahu nanti boleh pergi Amarika main salji sambil jenguk cucu mata biru. Mak aku kan suka berjalan. Hehhe

Orang tua, walau ada ralat tapi dia orang tetap seronok bila tengok anak anak bahagia.

Cuma dia pesan kalau boleh janganlah tak balik kampung sampai bertahun.

Aku cakap aku boleh balik kerap, jangan risau.

Bisnes dekat KL tu pun aku teruskan lagi so memang selalu kena balik Malaysia jugak. Nanti time aku balik, aku bawak mak ayah sekali pergi U.S.

(Last last next year tu c0vid. Semua adik beradik aku macam duduk overseas jugak, tak dapat balik kampung. Hahha).

Family Joshua pun mula mula terperanjat tapi akhirnya mereka pun accept keputusan kami.

Lebih lebih lagi bila kami selalu luang masa bersama sambil jaga ayah dia. Kawan kawan kesayangan Joshua pun takde masalah.

Itu jelah apa aku nak cerita. Yang mana baik korang boleh ikut dan yang tak baik, jangan ikut okey contoh bab maksiiat, bab bab ikhtilat, dating, couple, mesra dengan lelaki, travel sendirian, terlalu berani, belakangkan ibu bapa. Please jangan ikut dan normalize kan.

Jangan ambik risiko macam aku dan jangan terpengaruh dengan aku hingga korang jadi tak waras. Memang betul, silap haribulan memang boleh hancur masa depan. Ingat tu!

Maafkan semua silap salah aku, maafkan kalau terbody shaming, tersentuh bab agama atau terasa hati bab ziina ke. Mana yang kecam, aku maafkan korang. Kita sama sama chill okey. Dan thanks juga atas pelbagai teguran.

Kalau ada yang pm, comment mengaku aku, itu fake ye. Aku takde comment dan pm.

Dan kepada yang sedang mencari jodoh, aku doakan jodoh korang sampai. Tak kisahlah online/real.

Dan kepada yang sedang bercouple, banyakkan doa, selalulah solat taubat dan jauhi ziina sebab aku tengok confession sekarang, ramai sangat yang terjebak dengan ziina.

And bagi yang single, why not kan korang put Mat Salleh under wishlist korang lepas ni. Hehhhe. Assalammua’laikum.

Sumber – Mira (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.