Foto sekadar hiasan
Cari Suami Mat Salleh III
Part 3, klik link dibawah
Maaf agak panjang sebab aku nak habiskan cecepat. Malas nau aku nak menulis. Hahha
Dalam minggu depan tu aku dapat notification yang Visa aku dah lulus! Aku dah boleh pergi collect Visa dan passport aku. Tak sangka gila boleh lulus!
Maybe sebab aku cakap yang main reason nak pergi sana untuk discuss urusan online business untuk market U.S. And dia tengok statements bank aku agak kukuh da aku memang into business, so aku berjaya lulus.
And then lampiran taxation Joshua selaku tax payer pun agak strong, so maybe itu pun menyebabkan senang lulus. ( Siap attached tax slip kauu. Hahhha)
Us ni negara tax, so biar orang embassy tu fikir dengan kedatangan aku tu sedikit sebanyak boleh menambah tax kepada negara.
(Joshua lah ajar aku macam mana nak cakap dan siap prepared skrip untuk aku. Siap berlakon lakon interview lagi walau gelak yang banyak sebab dia asyik tersengih masa sesi ‘interview’. Aku tak boleh orang sengih sengih jadi nak ketawa).
Aku call Joshua bagitau yang aku berjaya dapat Visa. Dengan dia sekali menjerit happy dekat sana.
Lepas dah collect apa semua, Joshua cakap aku dah boleh book ticket flight dah. Dia suruh aku book Business Class sebab lebih selamat.
Dia akan transfer Tether dekat wallet aku dan nanti aku convert to Myr. Aku cakap tak payahlah sebab mahal sangat. Economy pun takpe.
Dia cakap jangan tengok dekat RM tapi tengok ikut Usd. In Usd, rate tu affordable lah katanya. RM memang nampak expensive.
Dia cakap fly dengan Business Class aku akan lebih selesa sebab boleh baring baring, ruang pun spacious. Kalau nak tunggu transit flight yang kekadang ambil masa berjam jam pun, ada special treat sebab ada Vip Lounge.
Aku dah tak perlu serabut dengan hiruk pikuk dekat luar. Relax, minum coffee, surf internet dekat lounge.
Lagipun aku lebih selamat dan takdelah dia risau sangat nanti.
Aku cakap bolehlah, kita share share bayar. Dia gelak dan cakap tak payahlah. Dia bayar semua. Aku datang jumpa dia pun dah cukup bagus.
Ini pun tips untuk korang. Kalau korang yang datang tempat lelaki tu untuk first meet, pastikan dia dengan rela hati bayarkan flight ticket korang pergi balik.
Kalau dia sudi bayar bermakna dia hargai susah payah korang yang datang nak jumpa dan maybe secara tak langsung korang boleh nilai economy strength dia macam mana.
Tak naklah nanti korang bersusah payah datang dan tanggung semuanya, tengok tengok rupanya dia seorang kutu rayau dekat negara dia.
Tapi aku suggest better cari jalan jugak untuk lelaki tu yang datang jumpa korang. Itu lebih selamat dan Islamic. Jangan ikut cara aku ni.
Berbalik kepada ticket, tiba tiba aku terfikir yang aku cakap dekat mak ayah aku yang aku gi ramai ramai. Memang tak logiklah naik Business Class.
(Yes, aku tipu mak ayah aku. Jahat sungguhlah. Korang janganlah ikut cara aku sebab apa apa hal terjadi, mak ayah jugak yang susah hati).
Kakak aku pulak dah sibuk suruh bagi gambar tickets dekat Whatsapp group sebab senang kalau jadi apa apa katanya.
Aku cakap dekat Joshua kena booking Economy jugak sebab takut jadi isu.
Lebih kurang seminggu sebelum pergi, aku kasi tau Joshua. Boleh tak jumpa nanti aku nak beard dia nipis ala ala baru tumbuh tu? Sebab gambar first aku jatuh hati dekat dia, dalam gambar tu beard dia macam tulah.
Dia tergelak besar dan cakap jap lagi mandi dia terus shave beard dia. Sempatlah nampak macam looks yang aku nak tu masa kami jumpa nanti. Masa tu beard dia agak panjang sikit.
Aku tanya dia lagi, dia nak aku pakai apa? Dia cakap apa apa pun dia tak kisah. Asalkan aku selamat sampai je.
Lelaki, malas nak fikir benda remeh temeh gitu! Hehhe.
Masa nak packing luggage tu aku dah siap bawak Maggi dan instant porridge. Let say aku di reject nanti dan takut nak keluar sorang sorang, aku boleh berkurung je dekat hotel sementara tunggu flight balik.
Tiba tiba aku terfikir, macam mana kalau betul dia akan reject aku? Apa perasaan aku masa tu? Hurmm..
Aku terus call Joshua, aku cakap aku nak deal something dengan dia. Dia tanya deal ape?
Aku cakap, boleh tak masa dekat airport nanti kalau dia nampak aku ni tak meet expectations dia dan dia tak sudi terima aku, boleh tak jangan muncul depan aku?
Maksudnya observe aku dari jauh dulu lepastu blah saje kalau tak suka.
Ghosting aku dan kalau aku Whatsapp, just blue tick saje.
Dia cakap mana boleh macam tu, aku dah datang dari jauh kut. Dia cerita, dulu dia pernah blind date dengan 1 girl. Dalam pic nampak girl tu takde lah too obvious, maybe due to selfies angle. Tapi bila dating rupa rupanya girl tu too curvy.
Girl tu yang sampai dulu, tunggu dia. Walau girl tu tak meet expectations dia, dia datang jugak dekat girl tu. Chill-chill, makan makan dan dia pay the bill.
Nak balik pun dia siap bagi friend hug lagi. Dia tak sampai hati nak buat orang rasa dumb macam tu.
Lepas jumpa tu, girl tu cakap suka dia. Tapi dia cakap elok elok yang dia lebih prefer stay as friend.
Aku cakap, dengan perempuan lain dia boleh buat nice macam tu tapi please jangan buat dekat aku. Aku datang sana bukan untuk berkawan. Aku datang sana memang untuk further our relationship. Kita kenal pun dah dekat 2 years.
Aku lebih prefer dia tak muncul depan aku so aku boleh move on dengan cepat sebab dia dah tinggalkan kenangan ghosting yang buatkan aku sakit hati. Biar aku takde kenangan real dengan dia. Biar aku ingat dia sebagai the unreal online lover saja.
Tapi kalau dia muncul depan aku, layan aku elok elok hingga aku rasa berbunga bunga tapi lepas tu dia cakap better stay as friend, itu akan buatkan aku lebih broken dan susah lupakan dia.
Lama dia terdiam renung aku dan sesekali dia macam telan telan air liur. Mata dia pun macam merah tengok aku yang dah meleleh air mata.
Entahlah, couple cara macam ni betul betul buatkan aku ni asyik sedih sebab asyik bermain dengan emosi. Maybe sebab aku memang sayang dia sangat sangat dan dalam masa yang sama aku risau penerimaan dia pada aku.
Lastly dia cakap “okey, I promise!” Terus dia off the line tanpa pandang aku pun.
Akhirnya sampai jugak date untuk aku berlepas. Aku bagi details Joshua dekat Tia. And aku pesan dekat Tia, aku akan update perjalanan aku dekat dia sepanjang aku travel ni.
Kalau aku dah sampai US dan tak Whatsapp lebih 12jam, sila message Joshua. Kalau tak reply, tolong report polis.
Disebabkan aku tak pernah travel jauh, Joshua siap pesan jaga beg aku elok elok, tak payah bawa handbag, kalau orang nak tumpang luggage/ bag jangan bagi,
Jangan nice sangat dengan stranger, orang ajak berbual just cakap gitu gitu je jangan peramah sangat, jangan leka dengan phone dan headphone sebab takut aku tak dengar apa apa annoucements penting.
Dia cakap don’t worry too much, just enjoy the journey. Dia tunggu aku!
Masa travel tu memang macam macam perasaan yang aku rasa. Berdebar debar dan tak lena tidur sebab takut ada singgah memana. Karang tertinggal aku pulak.
Akhirnya hati aku betul betul lega bila terdengar annoucement. ” Ladies & gentlemen, we are safely arrived at Minneapolis St Paul Airport. Welcome to Minnesota, United State of America!”
Terdengar je perkataan Minnesota tu macam tak tahu apa ayat aku nak gambarkan. Memang betul betul lega!
Tiba tiba aku terflash back message Joshua masa mula mula kami kenal, “I’m in Minnesota.” Tersenyum aku sorang sorang. Tak sangka aku dah sampai Minnesoda!
Awal awal lagi aku dah message Joshua beritau aku dah sampai tapi nak settlekan baggage aku dulu. Dia cakap sekejap lagi dia sampai.
And akhirnya dia sampai dulu dan message aku yang dia dah tunggu aku dekat arrival hall.
Sebelum aku keluar menuju ke arrival hall tu, aku touch up touch up sikit make up aku, biar Korean looks gitu. Dada aku dup dap dup dap rasa nak meletup. Kaki pulak macam freezing dan keras nak berjalan. Macam kaki gajah.
Bila sampai aje dekat arrival gate tu cepat cepat aku control ayu sebab aku pasti dia yang entah dekat mana tu mesti tengah ternanti nanti orang yang keluar dari situ. And mesti dia dah nampak aku.
Aku pulak takde keberanian nak tengok orang orang sekeliling sebab kena dongak dongak. Tinggi tinggi bebenau memasing. Nasib aku pakai platform sneakers, tambah jugaklah tinggi aku 8-9 cm. Jadilah. Hihhi.
Aku mesej Joshua.
Aku cakap aku dah sampai. Aku pakai baju knitted warna brown, silky shawl warna light brown dan seluar jeans light blue. Ada nampak tak?
Blue tick.
Aku mesej lagi. Aku ade berdiri dekat advertisement American Express. Ada nampak ke tak?
Blue tick juga.
Masa aku hantar message tu, message tu terus jadi blue tick maksudnya dia memang tengah buka mesej aku.
Aku reply hello! Masih blue tick sampailah dekat 5-6 minit aku berdiri dekat situ.
Dan akhirnya aku macam terjaga dari mimpi and start realized. Yes it’s a ghosting. Joshua ghosted aku.
Aku rasa macam terpinga pinga, dumb, sedih tapi tak boleh menangis. Tangan aku jadi terketar ketar. Dahlah masa tu aku memang dah fatigue gile.
Lastly, aku bagi last mesej pada dia. Aku cakap thanks sebab sponsor trip aku, thanks sebab pernah hadir dalam hidup aku. Maafkan silap salah aku. Thanks sebab jujur dan ikut janji kita, aku appreciated it. Aku tak apa apa dan tak marah dia. Bye.
Aku terus tekan block.
Frustnya aku masa tu tak boleh nak ungkap macam mana. Terlalu kecewa.
Tapi at last aku cakap pada diri aku sendiri, “Cukuplah Mira. At least engkau dah tahu jawapan yang selama ni kau nak tahu. Kalau lepas 4-5 tahun baru tau, kan dah rugi masa. Lepas ni dah, tak payah online dating lagi dah. Cukup lah yang ni last. Tak payah kahwin pun takpe.”
Terus aku tarik luggage aku dan bergerak pergi dari situ. Aku tak nak dia nampak muka sedih aku hingga nampak aku terlalu terhegeh hegeh. Biar dia nampak aku okey okey saja.
Tiba tiba aku dengar ada orang panggil ‘hey wait’ dari arah belakang. Memang aku kenal sangat hey tu dari suara siapa.
Kaki aku serta merta stop berjalan dan aku geleng geleng kepala aku. Aku betul betul ralat kenapa dia muncul jugak. Patut tak payahlah muncul.
Mesti dia tak sampai hati walaupun dia sebenarnya dah reject aku. Blue tick yang dia dah bagi pada aku tadi, dah cukup menggambarkan apa perasan dia terhadap aku. Sama macam the ‘too curvy girl’ yang dia cerita haritu.
“Wait”. Dia panggil aku lagi sekali.
Aku pusing belakang. Yes, memang tinggi dan tegap orangnya. Kurus lebar gitu. (Tapi bukan tough tegap macam Zul Ariffin tu).
Aku just pandang tepat ikut aras mata aku je which is dekat aras bahu dia. Dia pakai trefoil hoodie dan seluar pendek Adidas warna grey.
“Hi.” Dia hulur tangan dia tapi aku macam berkira kira nak salam balik.
Then aku sambut jugaklah salam dia dan dongak kepala ke atas pandang dia. Masha-Allah handsome betul aku rasa. (Maaf, dari pandangan aku lar). Hehhhe.
Tapi aku tak pandang mata dia, just tengok beard dia yang sama macam looks aku request tu. Sedih pulak aku rasa ending kami macam ni.
Masa bersalaman tu, tiba tiba dia tarik tangan aku dan peluk aku. Adalah dia cakap cakap tapi sebab aku sedang numb, aku tak boleh dengar apa apa dah.
Bila dia peluk tu aku cepat cepat tolak dia dan betul betul rasa nak marah.
Aku langkah beberapa steps ke belakang dan cakap, aku tak biasa ‘friend hug’.
Bila dia dengar je ayat, ‘friend hug’ tu dia gosok gosok kusut kepala dia dan pandang aku dengan muka bersalah.
Sebelum dia sempat buka mulut aku sound dia, kenapa muncul jugak depan aku?
Kan aku dah cakap jangan kesian dekat aku. Blue tick tadi dah cukup buatkan aku faham apa perasaan dia dekat aku.
Dia cakap aku dah salah faham ni. Aku cakap takde salah faham apa apa. Aku ucapkan bye dekat dia dan aku blah. Tapi dia cepat cepat tarik aku dan peluk aku kuat kuat. Maybe sebab aku ni kecik, senang nak tarik tarik.
Dia cakap please. Dia mintak maaf. Tadi tu dia nak joke je. Nak tengok expression muka aku dari jauh sebab aku kan suka sangat fikir bukan bukan tentang dia. Tu dia saja nak menyakat.
Dia cakap memang dia accept aku dan dia dah tekad walau macam mana rupa aku dia akan tetap terima aku.
Dia cakap first nampak aku keluar tadi pun dia tersenyum sorang sorang dan memang bertambah tambah jatuh cinta dekat aku.
Cuma salah dia sebab tiba tiba terfikir nak usik aku. Tak sangka aku ambik serius sangat. Dia betul betul mintak maaf.
Dengar dia cakap tu aku jadi betul betul sebak dan tiba tiba menangis teresak esak dekat dada dia. Dia gosok gosok kepala aku dan sesekali dia kiss kepala aku sambil mintak aku calm down. Mat Salleh kan romantik terlebih lebih. Lol!
(Aku harap jangan ikut ye perangai aku ni. Dosa peluk peluk gini. Kalau korang ada peluk bf/gf korang, mesti bertaubat okey).
Dia cakap jangan risau dia sayang aku dan happy dengan aku. Dia cakap aku sweet dan adorable (dia cakap lah).
Masa tu aku betul betul rasa lapang dan berbaloi sangat apa yang aku dah lalui semenjak hari 1st aku kenal dia dulu.
Kesian mak ayah aku. Hilang bayangan mak ayah aku yang selalu nasihat supaya jangan buat hal bukan bukan dengan lelaki.
Lepas selesai sesi sendu kami berdua (mesti orang sekeliling cakap dramatik sungguh lahai), aku cakap boleh carikan aku hotel tak? Aku cakap ngantuk, fatigue, dizzy. Rasa nak muntah pun ada.
Dia cakap aku jet lag ni. Yelah, dah tahu kemungkinan boleh jet lag, masih terfikir nak prank aku dah kenapa. Berapa jam pulak aku dalam flight, berpuluh jam kut.
Dia pergi cari makanan, ubat dan terus cari hotel. Masa hantar aku depan room, dia cakap aku just tidur je. Dia tak message dan tak call aku tapi jangan fikir dia lari pulak. Dia nak aku tidur je. Nanti dah bangun just call je dia.
Aku terjaga dari tidur tengok tengok dah malam. Lama betul aku tidur. Aku mesej Joshua dan cakap aku dah bangun. Cepat dia reply dan cakap lepas ni dia ambik aku bawak pergi dinner.
Sedar tak sedar pukul 2-3.00 pagi baru dia hantar aku balik room.
Malam tu sebelum tidur, betul betul buat aku gelisah dan susah hati. Tiba tiba teringat mak ayah dekat kampung. Kalaulah dia orang tahu apa aku dah buat dengan Joshua, mesti sedih dia orang.
Sambungan, klik link dibawah
Sumber – Mira (Bukan nama sebenar) via IIUMC