Foto sekadar hiasan
Dosa Yang Menghantui
Aku tak tahu hendak mulakan dari mana. Jujur, aku menangis baca kisah abang yang menceritakan kisah adik yang terlanjur (klik link dibawah)
Ya, aku seperti adik beliau. Ditinggalkan selepas lelaki itu meragut kesucian aku.
Sewaktu aku membaca kisah tersebut, aku terbayangkan kisah silam aku dulu. Seorang gadis yang hanya mengenali cinta semasa berumur 20 tahun.
Jiwa aku sakit.. Rasa diri kotor. Rasa rendah diri. Aku dibuang seperti kain buruk. Bdohnya aku, termakan pujuk rayu seorang lelaki.
Lelaki itu, langsung tiada rasa bersalah. Dengan bangga memberitahu yang dia sudah ada kekasih. Bakal guru katanya. Aku, ditinggalkan.
Menjalani hari hari yang bagi aku sangat sangat mencabar. Aku melawan perasaan. Kenangan kenangan bersama sentiasa bermain di fikiran.
Setiap malam aku menangis. Bukan mudah untuk aku melupakan. Dia lelaki yang aku sangat sayang, tapi dia mempermainkan perasaan aku.
Meninggalkan aku di saat aku sudah tiada apa apa.
Selepas aku ditinggalkan, aku bangkit. Aku sambung belajar. Semasa belajar, ramai yang menghulurkan salam perkenalan. Hati aku tertutup.
Melayan hanya sekadar kawan. Aku fobia dengan lelaki.. Tambahan aku rasa rendah diri, rasa diri kotor.. Sentiasa berfikir tiada lelaki yang sanggup mengambil aku sebagai isteri.
Sehinggalah aku menyambut salam perkenalan seorang lelaki. Dia adalah senior aku. Kami berkawan. Sehingga lah aku setuju untuk menjadi kekasihnya.
Aku berterus terang yang aku tidak suci lagi. Bagi aku, aku tak nak ada masalah kalau jodoh kami panjang.
Pada mulanya, dia tidak terima. Selepas beberapa hari, dia terima aku seadanya. Aku sangka kan, dia betul betul ikhlas tapi dia sama seperti bekas kekasih aku. Hanya tahu mengambil kesempatan.
Sekali lagi aku ditinggalkan. Dilayan seperti aku langsung tidak berharga. Aku bergado dengan kekasih barunya. Berperang besar dengan dirinya. Hinanya aku di mata mereka. Sekali lagi jiwa aku sakit. Terlalu sakit.
Tahun berganti tahun.. Aku seperti fobia. Mengenang diri yang tiada masa depan. Melihat rakan rakan lain bahagia dengan perkahwinan mereka..
Sedangkan aku, masih mencari cari kebahagiaan. Sentiasa berfikir yang tiada siapa sanggup jadikan aku isteri yang sah.
Sehingga lah usia aku 30 tahun waktu itu, aku berkenalan dengan seorang lelaki. Ya, dia suami aku sekarang. Yang sanggup terima baik buruk aku.
Bekas Kekasih pertama aku, bukan aku mendoakan dia tidak bahagia, tetapi Allah tu adil. Dia tidak bahagia dengan perkahwinannya. Isterinya tidak menghormatinya sebagai seorang suami kerana pangkat yang lebih besar.
Mereka bercerrai. Aku tahu kisah nya, sebab selepas dia bercerrai, dia mencari aku. Menceritakan semuanya. Apa yang aku boleh cakap kepadanya itu balasan sebab mempermainkan aku.
Kepada gadis gadis di luar, jaga kehormatan. Jaga sehingga berkahwin. Jangan jadi seperti aku. Buta dengan janji palsu. Pujuk rayu sang lelaki. Andai waktu tu boleh berputar semula, aku mahu perbaiki semuanya.
Kerana jalan yang aku pilih waktu tu, menghantui aku sehingga sekarang. Walaupun peristiwa tersebut sudah hampir 20 tahun berlaku.
Semoga kisah aku menjadi pengajaran kepada gadis gadis yang baru hendak bercinta. Ingat pesan aku, jangan termakan janji janji mereka.
Jika mereka baik, mereka tidak akan sentuh kita sebelom sah menjadi isteri.
Doakan aku ya.. Semoga aku dapat melupakan kisah silam aku yang sehingga kini masih segar di ingatan.
Dari aku,
Seorang Pendosa, Cempaka
Reaksi Warganet
Qymaa El Eamiery –
Ibu ayah, kurunglah anak perempuan,kerana itu yang mereka akan lebih suka, saya sangat berterima kasih kepada ayah ibu saya yang tidak memberikan kepada sayaa kebebasan, kerana seorang wanita sangat lemah apabila dengan lelaki, mereka bukan mudah menjaga kehormatan
Eina Ibrahim –
Ingatlah wahai anak gadis, jika lelaki itu serius dengan kamu mereka tidak akan mengambil kesempatan samada menyentuh kamu dan menggunakan duit kamu. Tinggalkan lelaki yang bersikap mengambil kesempatan seperti ini sebelum berkahwin.
Perempuan bdoh gunakan s3ks untuk dapatkan cinta manakala lelaki kasanova gunakan cinta untuk dapatkan s3ks
Nurliana Abdul Aziz –
Lelaki ni bila dia cakap cinta pada perempuan niat tu dia lebih kepada hal Hal keduniaan, contoh nak puaskan nafsu semata. Tapi bila sebut soal tanggungjawab dan berkorban untuk wanita tu, dia akan fikir worth it ke tak berbaloi ke tak untuk urusan dunia dia.
Sebab tu lelaki ni susah nak bertanggungjawab pada perempuan yang dia dah permainkan sebab dia lebih kepada urusan dunia.
Jadi perempuan jangan lah cepat percaya bila lelaki cakap sayang selagi dia tak buktikan dengan tanggungjawab dan pengorbanan. Sebab untuk dia berkorban demi perempuan pun dia bersyarat dan berfikir berbaloi ke tidak untuk urusan dunia dia.
Sedangkan perempuan bila dia cakap sayang, ia lahir dari hati. Sebab tu perempuan cenderung berkorban untuk lelaki yang dia sayang tanpa fikir berbaloi atau tidak. Dia akan berkorban Dan bertanggungjawab pada lelaki yang dia sayang tu tanpa syarat.
So perempuan jangan lah mudah sangat cair dengan lelaki.
Fatimah Zahra –
Mungkin awak belum dapat melupakan kisah yang lalu sebab masih susah nak maafkan diri awak atas kesilapan awak yang lalu.
Memaafkan diri sendiri ialah satu perkara yang agak sukar, tapi itu sahajalah kunci untuk ketenangan. Walau apa pun kisah silam, percayalah itu lah jalan takdir yang telah ditentukan.
Kalau tidak kerana perjalanan takdir itu, awak mungkin tak dapat menikmati keindahan bertaubat dan pengampunan dosa..
Umur semakin menambah, maka jarak dengan kisah silam semakin jauh. Maafkan diri sendiri, sayangi diri sendiri dan bersyukur kerana atas kesilapan yang dulu, awak lebih dekat dengan Tuhan dan diangkatkan darjat.
Pendosa yang paling disayangi Allah swt ialah pendosa yang mengaku kesilapannya dan bertaubat.
Stay strong sis, more good things are coming your way in Shaa Allah. Semoga dalam pelukan rahmat Allah sentiasa
Sumber – Cempaka (Bukan nama sebenar) via IIUMC