“Aku Suami Pendosa”. 4 thn PJJ. Hidup2 aku tipu isteri. Bila kantoi, tindakan isteri buat aku terkelu

Foto sekadar hiasan

Aku Suami Pendosa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sedikit pengenalan mengenai aku. Panggil aku Nazmi, seorang suami dan bapa.

Long short story, sebelum ni aku bekerja di Brunei dengan jawatan yang agak stabil. Kiranya aku ni PJJ la dengan wife dan anak aku.

Wife aku seorang surirumah. Kami dah hampir 4 tahun PJJ. Tapi sejak C0vid 19 melanda, PJJ kami jadi lama. Paling lama 2 tahun aku tak balik.

Hari hari aku berhubung dengan wife dan anak melalui Whatsapp. Wife aku seorang yang sangat baik, setia dan boleh kata cinta mati pada aku. Beruntung sangat aku dapat menikahi dia.

Tapi, isteri aku tak beruntung bersuami kan aku. Aku jahat, aku dayus, aku terlalu berdosa dengan isteri aku.

Sepanjang PJJ, kadang kadang isteri tak terlayan aku sebab dia pun ada bisnes online dan jaga anak.

Kadang kadang dia mental bila aku call banyak kali bila dia tak angkat. Pasti aku dimarahi, katanya aku ni tak faham bahasa. Aku faham dia stress, tapi aku berkecik hati.

Dan sejak itu, aku mula mencari seseorang untuk menutup kesunyian aku. Mula mula aku minta nombor, ajak makan sama sama dan akhirnya kami bercinta.

Wanita itu tahu status aku, tapi dia tetap nak teruskan hubungan kami memandangkan dia pun baru berpisah dengan teman lelakinya.

Makin lama hubungan kami makin rapat, dan akhirnya kami terjebak dengan ziina. Bukan sekali, berkali kali kami check-in hotel untuk bersama.

Sepanjang tempoh itu, aku tetap melayani baik isteri dan anakku. Hari hari kami bersembang melalui Whatsapp. Dan hubungan aku dengan skandal pun tidak pernah kantoi sampai sekarang.

Tapi bila isteri aku dah mula melayani aku dengan baik, dah mula tunjuk rasa rindu dan sayang dia pada aku, aku mula rasa bersalah tipu dia hidup hidup. Aku cuba ambil cuti dan pulang ke pangkuan keluargaku.

Dan sepanjang aku di rumah, aku memang terus hentikan sebarang perhubungan dengan kekasih gelap ku kerana takut kantoi. Lama kelamaan, dia pun tinggalkan aku dan tukar no Hp tanpa dapat aku jejaki lagi.

Sepanjang di rumah bersama isteri, aku dilayan sebaiknya sebagai seorang suami. Rasa bersalah semakin membuak buak dalam diri sehingga lah isteri aku terjumpa screensh0t mesej aku dengan kekasih gelap.

Memang jelas nampak kecewa pada raut wajah dia. Aku kelu, tidak tahu nak respon bagaimana. Lalu, dia meminta izin untuk pulang ke kampung.

Aku tak ada pilihan, aku terpaksa bagi dia masa untuk bertenang.

Aku betul betul buntu, aku yakin kebolehan seorang isteri untuk mencari bukti semua. Dan aku percaya naluri seorang isteri kebanyakannya tepat.

Aku risau sekiranya perbuatan terkutuk aku terbongkar. Aku betul betul risau dibenci isteri dan ditinggalkannya.

Aku sayang rumahtangga aku, aku sayang isteri dan anak aku. Tapi layakkah untuk aku diberi peluang kedua. Aku betul betul rasa berdosa.

Boleh ke isteri aku maafkan aku dan terima aku semula selepas dia tahu kebenaran nya.

Buat isteriku Faiqah, saya minta maaf sangat sangat.

Saya tahu ayang pun selalu layan confession sini. Andai ayang ternampak post ni, saya merayu pulanglah semula. Maafkan saya, saya betul betul rasa berdosa.

Aku seorang suami pendosa, tapi aku mohon berilah peluang buat aku.

Reaksi Warganet

Nur Hakimah Rais –
Mengaku je bang dah sampai tahap ziina. Abang pun checklah H1V. Takut nanti bersama isteri, isteri pun tanggung kesan.

Dahlah dicurangi, kena tanggung siksa H1V lagi. Baik terus terang bang. Bini ni tayah siasat lebih. Tuhan tunjuk sendiri bila sampai masa dia.

Allah ada Allah tak tidur. Dia cuma nak tengok sejauh mana nak balik pada DIA

Anita Kamaruddin –
Rejam sampai mati. Begitulah hukuman yang Allah tetapkan bagi orang yang telah berkahwin tapi berziina. Berat.

Sebab tu ‘tempat isteri di sisi suami’. Nak elak terjebak gini la. Baik suami, baik isteri. Dua dua boleh terjebak bila kesunyian dan keperluan bi0logi tak dipenuhi.

Apapun alasannya tetap tak boleh berziina. Isteri sibuk ke, marah marah ke, bukan alasan. Tak takut mati ke? Tak takut masuk neraka? Tengah berziina, mati, acaner.

Saya KA –
Pertama sekali, bertaubatlah dan jangan berziina lagi. Dan awak kena pergi hospital, buat ujian untuk penyakit kelamin dan H1V.

Kalau keputusannya negatif, alhamdulillah. Sabarlah menunggu kerana isteri mahukan yang terbaik untuk dirinya.

Kalau isteri boleh terima awak semula, berterima kasih la pada dia dan jangan ulangi lagi kesalahan tu.

Tapi kalau isteri nak awak lepaskan dia, awak ikutlah kehendak dia dan redhalah.

Apa pun, banyakkanlah berdoa pada Allah mudah mudahan isteri lembut hati untuk kembali pada awak.

Kamariah Salleh –
Kenapa harus PJJ sedangkan keje stabil dekat Brunei?. Kenapa tak bawa keluarga sekali sedangkan isteri seorang surirumah?.

Cuba TT fikirkan kalau isteri TT buat seperti yang TT buat tu apakah tindakan TT?.

1) Maafkan dan teruskan kehidupan seperti tiada apa apa berlaku,

2) pilih utk bercerrai

Saya doakan isteri TT diberikan Allah pilihan terbaik untuk diri dan anaknya.

Ainul Hastika –
1. solat taubat nasuha. Jauh sangat dah pegi tu. Dalam Islam ptut dah kena rjam sampai mati..

2. Honest, tell every single thing to her. Walaupun sakit, better she know from your mouth daripada hasil siasatan dia.

Then let her decide la nak stay or bercerrai. She deserve what ever the best for her.

3. in case dia mintak dilepaskn, let her go.

4. in case dia maafkan dan bagi peluang, sebaiknya resign 24/7 dekat brunei dan keje dekat Malaysia..

5. luka dikhianati, dicurangi takkan sembuh. Kalau isteri sudi memaafkan, you kena step up all the game to improve all about yourself. Tapi parut di hati tu kekal selamanya..

Btw, sementara dia ada dekat kmpung ,biar je dia ambil masa untuk tenangkan fikiran..

Sumber – Nazmi (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *