Foto sekadar hiasan
Jiran Depan Rumah
Assalamualaikum dan hai semua. Nama aku Ann, tahun ni genap umur 35. Masih bujang dan belum ada hubungan serius. Bekerja biasa biasa dan rupa pun biasa juga.
Terpanggil nak mencoret di sini lepas terbaca confession ‘To Be Or Not To Be’ (klik link dibawah).
Masalah yang aku hadapi ni walaupun tak sama, tapi lebih kurang serupa. Eh ke tak serupa lansung?
Ceritanya, aku sempat membeli dan berpindah rumah sebelum PKP yang pertama lalu. Rumah kondo di tengah bandar metropolitan.
Permulaan semuanya indah, yer la dah lama teringin nak ada rumah sendiri setelah berbelas tahun menyewa.
Masalah bermula bila aku berkenalan dengan Rizal (bukan nama sebenar) jiran depan rumah. Fuh, intro pun dah serupa drama.
Awal perkenalan aku ingat kan dia bujang. Mana taknya, duduk seorang dan tiada tanda tanda milik orang.
Tiada heart feeling antara aku dan dia, sekadar terserempak di lif, tempat parking kereta, depan pintu rumah dan sesekali lepak mengopi di kedai mamak bawah rumah.
Topik perbualan pun kadang kadang random dan merepek tentang hal negara. Entah kenapa perbualan kami tidak pernah ke arah peribadi, seperti umur berapa, asal mana, adik beradik berapa ramai, dah berpunya atau belum, etc.
Yang aku tahu dia seorang jurutera di sebuah syarikat multinasional negara. Entah betul entah tidak, tapi tiap kali jumpa aku perasan lanyard hijau dia dalam poket seluar. Hubungan yang aku anggap sekadar jiran yang kebosanan.
Setelah hampir 5 bulan berjiran, baru aku tahu dia sudah beristeri dan mereka PJJ. Isterinya bekerja sebagai jururawat di Arab Saudi.
Tu pun sebab masa tengah lepak mengopi, anak tiri dia video call. Anak tiri duduk dengan mertua dia, dan dari cerita dia, diaorang memang rapat.
Sejak tahu dia sudah beristeri, memang tak la aku nak lepak mengopi lagi dengan dia. Hilang akal apa, nanti dituduh penyondol tak ke naya.
Bermacam alasan aku bagi, sibuk kerja, penat, malas eh macam macam la. Dan tak lama lepastu PKP 1.0 pun menjelma
Sepanjang PKP, aku memang bekerja dari rumah, dan Rizal kadang kadang ke ofis kadang kadang di rumah. Bagaimana aku tahu?
Setiap kali dia ke ofis, mesti ada makanan yang dia belikan untuk aku. Dari sekecil kecil karipap, sampai kadang kadang Tony Romas. Walaupun berkali kali ditegah, tetap juga belikan.
Sampai kemuncaknya, aku berterus terang tentang ketidak selesaan berhubungan dengan dia begitu atas faktor dia suami orang.
Dan dia dengan berani juga berterus terang telah jatuh suka pada aku. Gila ke apa, bini dia tahu nanti dah aku yang dikata menggatal pula.
Setelah meluahkan perasaan, Rizal mula berani menghantar mesej bunga bunga cinta. Dan kadang kadang call tengah malam sekadar nak ucap ‘Good night, sweet dreams’.
Jika aku tak angkat call, standby door bell pula berbunyi. Alasan dia, risau aku tak sihat dan dijangkiti c0vid.
Bila umur hampir 40an ni, dikejar oleh suami orang tak pernah difikir oleh akal aku.
Disebabkan runsing dengan kelakuan pelik dia, aku ambil keputusan block nombor dia dari menghubungi aku. Dia tekan bell, aku pekakkan telinga.
Dah tak dapat hubungi/jumpa aku, kad dan bunga pula menjengah ke pintu rumah. Makanan tu tetap ada juga.
Kadang kadang aku biarkan, esok esok aku humban dalam tong sampah. Belum kira entah nombor siapa dia guna call aku sepanjang malam.
Rumah yang dulunya ibarat ‘rumahku syurgaku’ bertukar menjadi tempat menakutkan buat aku.
Nak keluar buang sampah pun jenuh mengintai dahulu. Belum kira tiap kali keluar aku harap tak terjumpa dia. Gugur jantung habis bersepai.
Sepanjang tempoh PKP adalah waktu paling mengerikan, sudah lah keluarga, adik beradik semua jauh terpisah negeri, dengan sekatan pergerakkan lagi.
Makin lama aku rasa boleh jadi kemurungan berhadapan orang seperti Rizal.
Panjang lagi sebenarnya apa yang terjadi dari tempoh PKP hingga sekarang. Lagi lagi aku dah mula kembali bekerja.
Seawal subuh aku dah keluar rumah, dan selewat mungkin aku pulang. Semuanya kerana nak mengelak dari terjumpa dengan dia.
Nak buat report polis, aku tak tahu la diaorang terima ke tak.
Rizal tak pernah buat perkara yang mendatangkan kecederaan atau membahayakan nyawa aku, cuma sikap dia hampir dua tahun ni buat aku lelah dan menyeksa jiwa. Adakah dia manusia psikopat?
Sekarang ni, aku sendiri pun tak tahu nak buat apa. Nak buat laporan polis, atas sebab apa? Pindah rumah, bukan pilihan terbaik yang aku ada.
Cari suami, siapa lah yang nak dekat aku sekarang ni. Rakan serumah, aku tak rasa Rizal peduli. Lagipun aku sendiri tak rela berkongsi.
Atau aku upah mamat mana mana menyamar jadi pakwe aku, rasa rasa menjadi tak? Aku terfikir untuk beritahu isteri dia, pandai pandai lah nanti aku cari bagaimana. Cuma, rasa rasa adakah isterinya akan percaya?
Sekian,
Si Buntu, Ann
Reaksi Warganet
Adila Ismail –
Ambik gambar jari pakai cincin, up dekat status wasapp “alhamdulillah dah jadi tunangan orang”
Saara Zayed –
Awak pasang cctv dekat luar rumah, record kalau dia call, screensh0t semua perbualan dan buat police report baru bagitau bini dia.
Norsyina Tazali –
Nak cari suami bukan macam cari ikan dekat pasar. Pilih, beli, bayar dan bawak balik rumah.
Nak upah bf tu masuk akal la jugak tapi takkan la nak bawak bf tu balik rumah.
Tapi bahaya jugak tinggal sorang sorang dengan sorang jiran depan rumah yang gila bayang gitu.
Jadi, jalan singkat cari laa housemate sorang yang ala ala tomboy muka garang dan cakap selamba macam dalam drama. Kasi mamat psiko tu gerun sikit.
Tak pun ajak mak ayah sis tinggal situ temankan sis barang seminggu dua.
Nuriah Abdrazak –
Better report polis. Sebab ia sudah mendatangkan ketidakselesaan.
Memang ia nampak biasa biasa. Tapi bila kita jadi tak selesa memang kena report. Supaya polis sendiri boleh tegur..
Penat sebenarnya. And u, selalu berdoa mintak dijauhkan benda pelik pelik. Takut laa juga dipergunakan dan digunakan. Setiap kali awak keluar, baca ayatul kursi berkali sepanjang awak jalan ke kereta. Nak mintak dilindungi…
Bismillahitawakkaltu Allahhhhh.. Walahawlawawa.. Quwaitailla..(sambung sendiri)
Jaga diri baik baik. Andai ada jiran lain yang mengenali, inform dengan jiran..
‘Kak..andai jadi apa apa pada saya.. tolong datang rumah saya yer.. Saya duduk sini..sini..'(cari yang perempuan)
Mohd Arsad Bin Jamil –
SAYA fikir confessor benar benar perlukan bantuan praktikal, bukan sekadar teori, macamana nak berdepan dengan masalah ini.
Ramai komentator mencadangkan dibuat laporan polis. Saya fikir jalan perundangan seumpama ini menghantar mesej yang agresif dan confrontational. Ia hanya patut dilakukan setelah semua langkah langkah diplomasi telah diambil.
Dengan lain perkataan, tindakan undang undang seperti membuat laporan polis atau perintah mahkamah untuk sekatan (injunction) harus diletakkan sebagai keutamaan terakhir.
Saya berpendapat bahawa confessor telah melakukan perkara yang betul dengan menjarakkan diri setelah mengetahui status perkahwinan lelaki itu.
Sebelum terus menjarakkan diri secara fizikal kita tidak diberitahu adakah confessor telah meminta secara baik, dan dengan bahasa yang jelas supaya perhubungan sosial mereka dihentikan setakat itu.
Sebagai seorang profesional dan berpendidikan, adalah mudah bagi confessor dan orang berkenaan mencapai persetujuan bahawa ‘this is going nowhere, it is not going to work and it needs to stop now before it is becoming unstoppable.” Anyway tahap ini sudah berlalu.
Baiklah, secara praktikalnya apa yang confessor perlu lakukan sekarang.
Langkah pertama, ceritakan hal ini sepenuhnya kepada Ayah, abang, abang ipar, bapa saudara yang ada kematangan social dan keberanian untuk berdepan dengan orang berkenaan.
Langkah kedua, Ayah, abang, abang ipar, bapa saudara confessor perlu bertemu One on One atau face to face dengan lelaki itu dan minta dia hentikan sebarang bentuk cubaan menghubungi confessor dengan apa cara sekali pun.
Saya sebut ‘kematangan social’ kerana sangat perlu untuk Ayah, abang, abang ipar, bapa saudara confessor menggunakan kemahiran komunikasi yang baik dalam menyampaikan maksud.
Contoh ayat yang saya sendiri pernah gunakan lebih kurang berbunyi begini:
“Pakcik difahamkan bahawa awak sedang mencuba merapatkan diri dengan anak pakcik. Anak pakcik tak selesa dengan apa yang awak lakukan sebab awak suami orang dan ada tanggungjawab keluarga sendiri.
Jadi pakcik mintak awak hentikan perkara ini. Pakcik tau awak orang berpendidikan tinggi yang boleh faham maksud pakcik. CAN I COUNT ON YOU TO DO THE RIGHT THING AND STOP WHAT YOU DID?”
Confessor buat ni dulu. Kalau berjaya, alhamdulillah. Kalau tak berjaya tulis lagi dekat sini, nanti saya bagi next step yang setaraf “pulas telinga” dia sebelum “pulas tangan” mahu pun sehingga “kunci mati” pergerakan dia. Okay?
Sumber – Ann (Bukan nama sebenar) via IIUMC